Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts
Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts

Friday, February 01, 2013

Kipas Udang, apasal ko mahal sangat gile!!!

Ding dong.. 

Ini ialah entry ketidakpuasan hati seorang pengguna yang boleh dikatakan tegar. Setia sangat walaupun hati selalu bagai dirobek2 je setiap kali membelinya.Kicap Cap Kipas Udang. Siapa tak kenal kan brand ni. Confirm la semua yang baca ni mesti tau punya jenama kicap yang amatlah femes sebab dia yang mula2 mengfemeskan kicap manis kat Malaysia ni. Rasanya la, sebab sebelum tu aku biasa dengar kicap masin je. Mana penah mak aku beli kicap yang rasa dia manis.

Adakah anda semua tau sekarang ni berapa agaknya harga sebotol kicap ini? Kalau tak silap aku, ini dah 3 kali dia naik harga sejak tahun lepas. Yang terbaru ni aku tengok masa beli barang dapur minggu lepas kat Giant. RM9.99. Ye, RM10 untuk kicap yang botol besar tu. Lebih 2 kali ganda harganya dari brand2 yang lain. Kedasyatan yang melampaui batas akal aku dah ni. Kat situ jugak keluar ayat dari mulut aku, "ini kicap ke emas? cepat benar ko naik harga mendadak2 gini?". Tersenyum sumbing salah sorang pekerja Giant yang ada sebelah aku masa tu.

Satu lagi kelaianan yang aku perasan kali ni bukan je pada harga dia, label pun dah ada benda berubah. Kalau dulu, kat label dia memang dah ada printed harga. Sekarang ni dah takde ok. Maknanya, kalau beli kicap ni kat pasar malam ke, kedai runcit aceh ke, kedai runcit Muniandy ke, jangan terperanjat la kalau depa charge RM11-RM12. Memang tak mustahil punya la. 

Jadi, disebabkan rasa tak puas hati yang mendalam. Aku dengan nekadnya mencari kicap jenama lain. Kali ni, aku tekad nak ubah terus list pembelian kicap aku. Yang sebenarnya, aku dah banyak kali cuba ubah. Tapi disebabkan tekak big boss yang takleh masuk ngan kicap lain, tu yang terpaksa jugak beli walaupun dari dulu lagi aku dah terkesan dengan kemahalan harga Kipas Udang ni. Asal aku tukar je jenama lain, mula la dia tunjukkan ketidaknikmatan waktu makan. Haih, sebagai isteri yang solehah, perut suami jadi keutamaan kan.

Antara langkah2 yang diambil masa nak racun fikiran big boss bahawa Kipas Udang haruslah dinyahkan dari list barang dapur ialah, aku kasi dia tau berapa harga terkini. Pastu siap ingatkan dia, ini sudah kali ketiga naik harga since tahun lepas. Sambil tu menceceh2 la pasal kicap lain pun harga tak sampai gitu, sedap je biasanya. Apa sangat yang membezakan diorang sampai harga jauh benar bezanya. 

Last sekali baru aku bagitau, kicap dah ditukar kepada jenama lain. Kipas Udang yang ada dalam petiais tu adalah yang terakhir. Sebelum bagitau ni pun, aku dah QC siap2 kicap yang baru tu. Mengikut lidah aku yang tak berapa pakar ni, sama je rasa dia. TAKDE BEZA! Malam tu jugak aku saja kasi big boss test makan dengan kicap brand baru tu. Jawapan dia positif. Tak tau la positif sebab dah kena torture dengan hujah2 aku ke apa. But I don't care! Tukar tetap tukar tak kira apa alasan sekali pun.

Dengan ini diumumkan, aku bakal jadi pengguna sos cili kicap Life. Ye, korang tak salah baca. Sekarang Life dah keluarkan kicap makan pulak. Sedap pun sedap. Sebelum ni, aku penah beli Tamin, Jalen. Tapi big boss tepis kaw2 punya. Terpaksa convert kicap tu jadi kicap goreng sayur etc. Kali ni mujur dia kata ok, kalau tak aku rasa aku kena start belajar buat kicap sendiri la pulak kot. Hahahahaha..

Kepada pengeluar brand Life ni. Be nice to me and the whole country okey! Jangan la nak naikkan harga sesuka hati. Takkan sampai kicap pun gomen kena tetapkan harga kawalan jugak kan. Jangan, kang aku bukak kilang kicap jugak kang, gigit jari semua (bajet macam kalau aku buat kicap, sedap giler la kot). Hahaha. I am happy sebab lepas ni takyah sakit2 hati setiap kali beli kicap.

 Sila jauhkan diri anda dari beliau2 di atas..

Sekian..

Nota kaki lapan: Kicap punya pasal boleh gaduh laki bini, jangan buat main!

Friday, October 02, 2009

Potluck Poyo-poyo

Sebagai menepati janji, inilah die update yang aku cakapkan sebelum ni. Actually ini bukan la aktiviti yang dirancang dengan teliti. Suddenly terlintas kat kepala nak bawak bekal ke opis. And tiba² jugak terlintas kat kepala nak ajak Biha & Syasya join sekaki. Jadi, kami bertiga buat keputusan masing² bawak something dari rumah.


Gulai ketam yang aku bawak.. yang lain tak sempat snap, terlupa

Aku bawak lauk, Syasya bawak sambal belacan dan ulam, Biha bawak yang paling simple sebab die org bujang iaitu nasi. Jadi tengah hari Jumaat itu, duduk la kami bertiga, eh berempat dalam bilik meeting bersantap secara berjemaah. Nana yang last minit kata nak join just beli nasi bungkus kat kedai. Seronok jugak makan berjemaah ni. Insya Allah, selepas ni akan ada lagi acara² seumpama ini.


Layan sampai tak pandang kiri kanan..!


Nasib baik ada bibik yang sudi basuhkan semua bekas2 makanan..
Tq bibique..



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, September 17, 2009

Malas dah hujung² ni...

Ini adalah update lapok dan sedikit berkulat, hehehe..

Sepanjang bulan puasa ni, ada la beberapa kali aku & bie berbuka kat luar (beberapa kali? ye ke?). Antara yang paling besar budget dan eventnya ialah, berbuka buffet ramadhan kat Dynasty Hotel. Last year pun kami berdua berbuka kat sini masa hujung² ramadhan. Ingat lagi masa tu aku terus balik Semenyih malam tu jugak lepas drop bie kat umah die (masa tu belum kawen, so tak boleh la nak balik raya bersama kan.. Ooppss!!). Tahun ni berbeza la sikit sebab kami dah pun jadi hubby-wifey, jadi boleh la pegi mana² hari pun yang ada kelapangan. Takyah plan beriye² sangat. Credit to Abang Eddie sebab booked meja yang besar untuk kami (makan berdua, tapi dapat duduk meja 4 org, punya la gile kuasa!!).


Perkarangan hotel.. saje aku blurkan bawah tu sebab banyak "gagak".. :P

Kami pergi last week hari Jumaat. Kebetulan masa tu tengah rancak dengan hal Persidangan MIC kat PWTC. Jadi, tak pasal² la kami terpaksa bersesak dengan kaum² tersebut yang kebetulan ramai ada kat area Dynasty tu. Jalan yang memang hari² jem jadi bertambah jem la gamaknya. Nak u-turn depan Dynasty tu pun sampai ambik masa dekat 20 minit. Benci!! Sesampainya dalam hotel, memang bersepah² kaum itu. Nak parking kereta pun payah. Penuh semedang (sesaje). Naik lif pun, penuh sesak dengan "mereka²" jugak. Haisy, cam nak pengsan aku rasa dalam lif tu.

Sesampainya kat Aseanna Cafe (tempat buffet ramadhan diadakan), kami disambut oleh encik 'menejer' F&B-nya coffee house, Abang Eddie dan jugak staff² yang lain. Owh, lupe bagitau. Bie memang dah kenal dengan mereka semua sebab penah buat system untuk Dynasty masa keje tempat lama dulu. Jadi, boleh la dapat special rate dan special punya layanan kan, hehe. Lepas tengok meja kat mana, terus solat asar dulu. Selesai semua, duduk la tercanguk menunggu waktu berbuka. Takleh buat apa la kan, kalau berbuka kat luar memang macam tu la. Kalau kat umah boleh jugak melayan sinetron ke apa. 5 Minit sebelum berbuka, kami berdua mula ambik juadah² yang terasa berkenan di tekak. And guess what, we are among the first yang mulakan sebelum yang lain² follow. Ciss, perut kebulur sangat dah tu!!

Dapat je apa yang nak disentap, terus kami menyantap sebaik je azan berkumandang. Owh, ini ada tips yang aku belajar dari seorang teman kalau nak manfaatkan ruang perut masa berbuka buffet. Make sure sebelum menjamah apa², minum 2-3 teguk air suam (bukan sejuk ye). Tujuannya untuk pastikan angin dalam perut yang kosong tu dapat dikeluarkan. Dengan cara apa? Depends la, sendawa ke *tut* ke. Lepas tu tunggu la dalam 2-3 minit. Baru la mula makan, but make sure jugak jangan terus menyental yang berat². It's better kalau mulakan dengan kuih muih dulu. Macam kami malam tu, lepas makan kuih muih, terus pegi solat dulu. Lepas tu baru la makan macam lupa diri kan, hahaha!! Buffet kan mahal, jadi kena la makan sampai rasa berbaloi² dengan duit yang nak diterbangkan.


Yummi..!!


Dessert a.k.a sekerim layan diri.. Superlicious!!


Sukanya la dua orang budak kecik ini..!! :D

Lepak kat situ sampai la pukul 9 malam. Kalau boleh nak lepak sampai cafe tutup :P. Tapi sebab mata pun dah berat, perut pun dah penuh. Jadi baiklah kami berangkat pulang je.

Dan bermula dari detik tu sampai la ke hari ni, aku dah mula malas nak masak untuk berbuka. Mana taknya, Sabtunya kami sambung berbuka kat rumah Pak Busu aku kat Kajang. Ahadnya pulak berbuka kat umah mak. Isnin konon²nya nak berbuka ramai² dengan ex-classmate tapi kesudahannya aku berdua je berbuka dengan bie kat Pizza Hut. Selasa pulak menggunakan alasan nak ambik baju raya yang dah siap kat rumah mummy, jadi berbuka la kat rumah mummy. Semalam lagi hebat la, berbuka kat rumah, tapi lauk yang ada semua reheat je. Hari ni? Awal² aku dah plan nak pegi bazaar ramadhan TTDI. Esok, sah² lepas balik keje terus gerak balik Jerantut. Berbuka dalam kereta je. So, complete la seminggu aku tak masak langsung untuk berbuka. Hehehe, kemalasan di hujung ramadhan kan. Gitu la gamaknya. Apa nak jadi ko ni Izma????


Macam monyok je muka tuan tanah ni.. kenapakah?? :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, September 04, 2009

KFC Jejari Udang??

Suatu perkara yang sangat biasa jika nak dikaitkan dengan KFC, indah khabar dari rupa. Yerp, sape yang tak setuju, angkat kaki pegi main jauh². Hehehehe.


Menipu je kejenye!!

Kenapa timbulnya persoalan ini? Bukannya apa, aku sebagai penggemar udang agak tertarik jugak la dengan menu terbaru dari KFC, Shrimp Stix. Yang digambarkan dalam iklan teramat la lazat rupa wajah dan fizikalnya. Siap ada tunjuk udang 2-3 ekor dalam stix tu. Maunya tak terliur di bulan² ramadhan ni kan? Tambahan pulak aku ni memang kurang kuat iman bile tengok iklannya yang sangat tempting itu (note: aku maksudkan untuk dimakan masa berbuka puasa ye, bukan ponteng puasa). Aku sendiri bayangkan saiz shrimps stix tu setidak²nya sama dengan chicken fingers Ayamas tu ke kan.


Nampak besar kan, at least lebih besar dari jari budak KFC ni..

Tapi alangkah dukacitanya, semalam masa aku sibuk merayap di sana sini dalam alam cyber yang penuh fana ini. Aku terjumpa satu blog yang menceritakan kekecewaannya pasal die dah mencuba shrimp stix KFC tu. Kesian die, punya la mengharap nak makan. Sekali tengok² shrimp stix tu ada la sebesar jari kelingking. Huh!! #@&%(*&, rasa cam nak mencarut di bulan puasa agaknya dia kan.


Super duper punya kecik

AKU BANNED KFC!!

Moral of the story: Don't judge a book by it's cover. Don't craved for something from KFC just by it's commercial view..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Tuesday, September 01, 2009

Baju Raya + Family bertandang berbuka..

Seperti tajuk diatas. Itu adalah antara inti pati update kali ini ye pembaca semua..

Bersempena menjelangnya hari raya, aku dan bie ke Jalan TAR untuk mencari baju melayu untuknya. Kalau ikutkan die, memang taknak beli tahun ni. Sebab baju melayu yang beli masa nikah hari tu still dalam keadaan yang sangat baik. Tapi atas dasar kuasa veto yang digunakan oleh mummy, tahun ni kena jugak beli sepasang kaler hijau. Khas sempena kenduri kawen sepupu bie bulan 10 nanti. Takpela, kalau orang boleh follow tema masa kite dulu. Why not kali ni kami pulak follow tema org kan.


Pakcik belakang tu tengah pening nak pilih.. banyak sangat!!

Jadi, hari sabtu yang indah dan permai itu. Keluar la kami suami isteri pepagi buta sebab nak servis kete dulu kat Batu Caves sebelum meneruskan perjalanan ke Jalan TAR sebaik selepas kete siap diservis. Lebih kurang pukul 12 tengah hari, kete siap diservis. Terus tanpa melengahkan masa kami gerak ke Jalan TAR. Perjalanan mula²nya macam sangat lancar. Tapi panas yang ku sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Masuk je area KL, jem yang agak teruk dah pun bermula. Kereta bertali arus di setiap penjuru. Orang lain pun dah mula bershopping untuk hari raya gamaknya. Jadi, bersama la kami mengharungi jalan yang jem teruk itu. Nak menyampai ke Jalan TAR tu pun dah makan masa 2 jam!! Haih, sangat tensi rasanya. Sampai je kat Jalan TAR tu, kebanyakkan jalan masuknya ditutup. Disebabkan dah tak tau nak parking kat mana dan bie pulak dah terlajak jalan, kami ambik keputusan nak parking kat KL Sentral jela. Naik LRT dari sana. Settle!!


Gambar selingan: Kete baru yang mendapat restu, confirm ke tak eksiden ni??

Kat Jalan TAR, org dah penuh sesak. Betul la sangkaan aku, orang dah start bershopping sakan untuk sambut hari raya. Walaupun baru je seminggu kite mula berpuasa. Aku tak toleh kiri kanan sangat, terus je kaki ni diarahkan ke Wisma Yakin. Bie yang telek² baju melayu tu. Tapi lepas 1-1 kedai masuk, takde jugak hasil. Maka, aku pun segera la ajak die ke kedai yang sama masa beli baju nikah dulu. Telek, cuba, tukar, cuba lagi. Akhirnya dapat jugak yang berkenan di hati dan sedap dipakai (duit yang keluar pun sedap jugak, huhu), bie decide beli yang itu je. Sebelum balik kami singgah Mydin memborong apa yang patut dan selepas tu terus balik rumah. Settle!! Esoknya aku ada satu mission yang penting..

Keesokkan harinya, tibalah hari yang ditunggu² sepanjang minggu itu. Rombongan berbuka puasa dari Semenyih akan tiba pada sebelah petangnya. Inilah kali pertama mak & ayah serta yang lain² datang bertandang ke teratak sempit kami itu. Seawal pagi aku dan bie dah bangun mengemas rumah. "Kemas untuk disepahkan", itu yang aku cakap pada bie. Sebab tau sangat dah bila 'bala tentera' seramai 3 orang itu sampai. Maka akan tunggang langgang la rumah itu nanti, hehehe. Tapi takpe, pakcik & cikma tak kisah pun..

Selesai mengemas rumah, berehat sekejap dan lepas tu terus keluar. Hajat hati nak ke tesco beli barang basah. Elok² sampai tesco, Alif call bagitau dah sampai area Damansara, The Curve. Jadi aku dan bie cepat² shopping, lepas tu terus jumpa Abg Zam (abang ipar aku) untuk ambik Adam dulu. Die akan menyusul kemudian. Lepas tu kami cepat² balik sebab masa tu pun dah pukul 4:30. Takut tak sempat masak. Sampai je rumah aku terus sarung apron and start my action kamen!! Tengah² khusyuk masak, Joey (adik aku) call bagitau dah sampai. Haih, lain yang ditunggu lain yang sampai dulu. Kisahnya, Abg Zam dah salah simpang dan tersesat sket sebelum jumpa dengan jalan yang betul. Hahahaha, dugaan di bulan Ramadhan. Takpe, akhirnya sampai jugak.

Tepat pukul7, aku settle masak. Alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan semua. Simple² je sebab ada lagi tambahan yang lain² dari bazaar ramadhan. Mak pulak ada bawak kuih muih dari Semenyih. Import khas daripada Lina's Bakery (Mak uda aku), hehe. Penuh jugak la semeja (istilah je ni, meja umah aku tak muat pun nak isi semua). Kali pertama rasanya dapat makan beramai² kat rumah sendiri. Selalunya aku makan berdua je dengan bie. So, seronok la jugak rasanya dapat makan ramai. Hafiy macam biasa la, jadi pemeriah suasana. Tak reti duduk diam walau sesaat. Lepas berbuka, masing² hanya lepak depan tv. Masing² menanti nak tengok bunga api (rumah aku kan tingkat 22, boleh nampak The Curve). Tapi sampai ke sudah, takde pun bunga apinya. Takpela, tunggu new year nanti la ye kalau nak tengok bunga api. Hehehe. Mak balik malam tu jugak, akak & family pulak balik keesokan harinya. Puas la Hafiy pusing satu rumah cikma kan..


Santap time!!


Hafiy yang tak reti dok diam!


Menanti bunga api yang tak kunjung muncul.. sian die..

Sebaik je semua mereka balik, terus lengang rumah aku seperti biasa. Lepas hantar akak & family ke bawah. Petang tu kami hanya menghabiskan masa dengan.... tidorzzzz.. Balas dendam sebab 2 hari cuti yang tak dapat tido lama tu. Petangnya, berbuka puasa kat rumah mummy pulak. Haih, bila mummy, abah, along, nana & adik nak datang berbuka kat rumah kite pulak bie?? Tolong jawab sket.. hehehe..


Inilah mereka..
Depan dari kiri: Jepp, Hafiy, Adam, Alif, Bie
Belakang: Joey, Ayah, Mak, Akak
Tiada dalam gambar: Abg Zam


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, July 21, 2009

Resipi - Gulai Tempoyak Ayam

Atas permintaan Rina, ini die resipi lengkap berserta cara² membuatnya sekali. Andaikan ini hidangan untuk satu famili ye.

Bahan²nya adalah..

☺Ayam (sekor)
☻Kunyit Hidup (seinci)
☺Cili Padi (Merah / Hijau, dedua pun boleh. Ikut la nak pedas letak banyak)
☻Daun Kesum (ikut selera, letaklah dalam 20 helai ke kalau rajin nak kira)
☺Asam Keping (2 keping)
☻Tempoyak (4-5 sudu, kalau nak pekat letak lebih)
☺Air (3-4 gelas, ikutla periuk tu muat banyak mana)
☻Garam secukup rasa

Cara²nya pulak..
♠ Tumbuk cili dan kunyit hidup sampai lumat
♠ Campurkan semua bahan dalam periuk (Ayam, tempoyak, air, bahan² yang ditumbuk, asam keping, daun kesum dan garam)
♠ Tenggek periuk atas dapur, hidupkan api dan kacau² sampai la ayam tadi empuk

Sesungguhnya masakan ini sangatlah senang, bahannya pun simple je. Ayam tersebut boleh digantikan dengan daging atau ikan. Kalau dapat ikan patin, lagi piaw!! Hehehe..

Selamat Mencuba!!

Note: Lebihkan air, kurangkan tempoyak kalau nak kuah tu cair. Lebihkan tempoyak, kurangkan air kalau nak kuah tu pekat.



Till my next post.. Bye bye bye..

-END-

Friday, July 17, 2009

Gulai Tempoyak Ayam yang sukses!!

Dari opis semalam dah terpikir² apa menu nak dibuat sebelah malam nanti untuk Bie dinner. Untuk diri sendiri tak kisah sangat, sebab aku memang dah isytihar puasa malam since awal bulan hari tu. Memang segala mak nenek nasi dan lauk dah lama aku lupakan. Kecuali atas dasar² tertentu. Contohnya masakkan mak yang terlalu menggoda, mana bleh tahan. Sesekali langgar jugak la pantang kan. Maka untuk aku cukupla sekadar fresh salad dan thousand island. Jadi semalam, sepanjang hari aku dok pikir punya pikir apa nak masak. Last sekali aku decide nak buat ayam masak kicap jela. Memandangkan Bie suka makanan berkicap, so i guess mesti die tak kisah. Lagipun Bie bukan jenis orang yang memilih sangat bab makan. Asalkan tekak die rasa ok, die akan makan. Tambahan pulak dalam frigde kat rumah memang ada ayam (yang dah lebih seminggu beli, tak abis² masak!), so baik aku abiskan stok yang ada sebab weekend ni dah nak balik Jerantut pulak.

Masa lunch, aku khabarkan la benda ni kat Bie. Kot la kalau² die ada teringin nak makan apa² selain dari menu yang aku nak hidangkan tu. Jawapannya takde, so aku on jela. Jadi sambil keje sambil pikir apa bahan yang tak cukup kat rumah. Balik je dari opis, singgah kat kedai bawah rumah aku tu nak cari bahan² tambahan nak cukupkan apa yang kurang. Tapi sebaik je aku melangkah kat bahagian sayur, tiba² tergerak pulak nak buat gulai tempoyak kesukaan hubby aku yang tersayang tu. Bila aku ajukan kat die, senyum die dah nak sampai telinga! Suka la tu kan, orang nak buatkan feveret gulai die. Untuk pengetahuan, ini first time aku nak masak sendiri gulai ni. Selama ni aku hanya makan je (kalau balik rumah mummy atau balik Pahang), tapi malam tadi dengan beraninya aku offer nak masakkan untuk Bie. Huhuhu, gigil la jugak takut rasa die tak sama. Well, aku penah la buat sekali masa balik Lipis dulu, wan lalang yang guide dari mula sampai abis. Berbekalkan pengalaman tu la aku masak semalam.

Memula agak suspen jugak. Sebab aku ingat² lupa bahannya. Bila dah start buat, warnanya pulak tak sama macam yang mummy atau wan selalu buat. Aku anggap warna tu jadi camtu sebab aku guna cili padi merah (lebih dari cili yang aku dah kisar awal² n simpan dalam frigde untuk sambal tempoyak mentah), sedangkan mummy atau wan selalunya guna cili padi hijau. Masak punya masak punya masak, masuk ayam kunyit segala.. Agak² dah menggelegak kuah tu, aku pun rasa la (masa ni belum letak garam).. Sekali masin daaa.. Bila aku pikir² balik, kenapa masin padahal aku belum letak garam. Pastu baru teringat, cili yang aku kisar tu aku dah bubuh garam siap², tempoyak tu pun kalau tak salah memang dah bergaram. Mungkin terlebih letak tempoyak campur pulak dengan cili yang dah sedia masin. Maka hasilnya, berdengung la masinnya!! Huhu, takpe². Boleh repair lagi. Tambah air sket, pastu acceptable la rasanya. Panggil Bie rasa sket, dan senyumnya terpamer. Hehehe, maknanya berjaya la tu. Alhamdulillah, Bie makan sampai licin pinggan. Ayam tu yang memang saje aku buat lebih, cuma berbaki 2 ketul jek. Kira banyak la die ratah ayam tu. Bie cakap, "sama la rasa dengan yang mak itam (mak sedara die yang duduk Jerantut) masak, pedas!" hehehe..





Begitu la kisah cubaan pertama aku masak gulai tempoyak kesukaan hubby tersayang aku ni. So lepas ni boleh la buat lagi. Ada rezeki nanti boleh buat untuk orang kat Semenyih pulak. Bagi mak rasa masakan anak die ni. Mak aku sure suspect aku ni tak pandai masak sebab aku memang malas masak kalau balik Semenyih. Keje nak tengok tv je manjang, pemalas sungguh!! Hahahaha..


Layannnn...


Till my next post.. bye bye bye




-END-

Friday, July 10, 2009

Entertaining diri sendiri

Semalam adalah hari melayan movie untuk aku & bie. Agak lama jugak la kami tak hangout for a movie tengah² malam. Kebetulan tiba² minggu ni mood nak tengok movie sudah mari. Jadi aku pun survey apa citer yang menarik untuk ditonton. Cadangnya nak guna voucher free yang kami dapat dari easyrenew bulan lepas. Tapi kalau guna voucher tu just boleh tengok kat Cineleisure je. Survey punya survey, terpandangkan Ice Age 3. Huh, citer ni la yang kami nanti²kan sekian lama. Dah keluar rupanya. Mentang² la die keluar lebih kurang sama ngan Transformers, abis tenggelam promotionsnya ditelan iklan citer robot bertukar² itu. Setelah dicuba beberapa kali, maka dapat la aku beli tiket online kat GSC. Makanya tengok kat One Utama la yang terdekat.


Sesungguhnya citer ini sangatlah kelakar.. sampai sakit perut ketawa sepanjang citer!

So semalam, lepas je keje terus shoot ke One Utama. Movie kul 9:10 malam. Jadi kami ada masa lagi nak hang around. Malas nak jalan ke mana², akhirnya decide nak lepak makan kat Glitters GSC. Ini merupakan kali kedua dok lepak kat sini. Tapi masa first time dulu just minum je. I like the teh tariknya and my beloved hubby suke ice lemon teanya. Beli hotdog kat kaunter makanan GSC tu, then cadangnya nak makan hotdog tu dan order air je kat Glitters. Tapi ternyata, bie sudah pun tergoda dengan set makanan dalam menu itu. Niat asal nak makan hotdog je sudah bertukar kepada makan hotdog dulu, dan kemudian.... Ish ish ish, kenapa selera berganda ni ye encik bie ku itu? Tapi takpela, kali ni bagi chan. Jadi order kami pada malam itu ialah, ice lemon tea dan black pepper chicken chop (ye ke camni nama dalam menu tu? Tah la, tak ingat dah) dan aku hanya order apple & peach drinks (aku hanya bedal hotdog je la, malam mana boleh makan banyak kan. Hehehe). Tak order teh tarik sebab benda tu kena order set la pulak. Malas la aku nak makan macam².


Yummi..

Lepas makan, masih ada masa terluang sebelum boleh masuk movie. Jadi arah tuju seterusnya ialah, game centre! Hehehe. Yerp, kami memang suka pegi game centre kat mana² shopping complex pun. Bukan nak main beriya sangat pun. Kadang² setakat nak main² gendang bodoh tu je. Enjoy apa, dapat jugak released tension. Masa budak² dulu tak puas main, ni la jadinya. Sampai ke tua la terbawak perangai agaknya. Hahaha.

Dan tadi waktu lunch 2 orang (Biha & Nana) teman seopis tiba² meroyan. Tak penah² ajak aku makan kat luar, tiba² pulak hari ni rajin ajak aku join agenda jahat mereka. Aku memang tak kisah, on je. Tambah² kalau hari jumaat. Tapi bila ditanya nak ke mana, boleh pulak diorang cakap takde idea. Ciss, ni yang tak gemar ni. Takde proper planning sungguh. Pastu boleh plak ajak aku makan sushi kat Sushi King. Huh, sangat jauh citarasa tekak aku dan mereka. Aku memang alergic sushi (ada ke penyakit ni? hehe). Jangan kata makan, bau pun tak sanggup. Bukan aku gedik² taknak makan, tapi memang aku dah cuba. Dan hasilnya, aku hampir nak muntah lepas makan benda alah tu. Oh, tidak akan ku ulang kesilapan lalu weh! Jadi pusing punya pusing, citer punya citer. Kitorang decide nak pegi One Utama (alahai, naik bosan dah aku asik pegi tempat yang sama je). Pegi redah je sebab 2 org makhluk tuhan paling seksi itu masih lagi belum decide apa yang nak dibedal. Sesampainya kat OU, baru la terkedek² mencari keputusan. Mulanya macam nak makan kat The Chicken Rice Shop, pastu tukar plak Delifrance. Alih² on the way nak ke Delifrance, kami lalu kat depan Dave's Deli (betul ke aku eja ni?). Boleh pulak on the spot decide nak makan kat situ. Adoih, planning memang fail tahap ke-8 sungguh. Aku tak kisah, janji halal & makanannya sedap. Dan menu yang menjadi pilihan adalah seperti berikut, (hahaha.. dah macam soalan SPM la pulak)



* Biha - Grilled chicken + ice lemon tea
* aku - Boneless chicken + ice lemon tea
* Nana - Lamb chop (sangat besar daging lamb itu!) + ice lemon tea

Sedap jugak makanannya. Selama aku hangout kat OU ni, tak pernah sekali pun aku terpikir nak singgah makan kat sini. Aku ingat just ada jual sandwich je Dave's Deli tu, rupanya macam² ada. Yang menariknya, die prepare masakan tu kat depan which is customer boleh nampak macam mana benda tu dimasak. Itu maksudnya, makanan² tersebut bukanlah di'microwave'kan bila diorder. Dan tambah menarik, on weekdays semua meal akan mendapat 30% off! Nice! Kami menghabiskan sepenuhnya 2 jam yang ada pada waktu lunch tadi. Sepatutnya lunch hour 1 jam je, tapi biasa la dah kalau tokeynya tak betul, mana mungkin anak² buahnya nak betul jugak kan, hehehe. Kepada korang 2 orang, tolong la jangan buat gile macam tadi lagi ye. I tak biasa la jahat² ni, hahahaha..

Note: Bie, nanti kite pi try la ek makan berdua kat Dave's Deli ni.. :)

Till my next post, bye bye bye..

-END-

Thursday, May 28, 2009

Adakah tekak sudah muak???

Burrpp.. Alhamdulillah..




Kenyang perut tengah hari ni. Bie belanja lunch kat Secret Recipe. Gaji dah masukkan! Ini entah kali yang ke berapa dah agaknya aku mencekik makanan yang sikit lebih kurang sama je setiap kali. Tambahan pulak Secret Recipe dekat sangat dengan ofis aku sekarang, bersebelah blok je. Lagi la makin kerap, almost setiap bulan! Kadang lebih dari sekali. Lama², aku rasa tekak aku dah mula muak! 

Menghadap menu yang hanya lebih kurang 15-20 jenis makanan (atau mungkin lagi sikit), tapi rasanya hampir semua aku dah cuba. Dan daripada banyak² tu, hanya 2-3 saja yang boleh buat aku terasa nak makan lagi. Yang lainnya, hurmm.. kureng la. Tak berapa kena dengan tekak ni. Yang masuk mulut then terus rasa nak keluar balik pun ada. Aku ni 79.99% tekak melayu kot! Hahaha..

Dan tadi hidangan yang menjadi pilihan adalah, Chicken Cordon Bleu (aku), Tomyam Kung (Bie), New York Cheese Cake (kami). Ini dah masuk kali keberapa aku mencekik benda alah ni pun, aku tak ingat dah. Yang pastinya, 3-4 kali membelek menu tadi, yang tu jela dapat membuka sikit pintu selera dan anak tekak aku. Yang lain²nya macam mana? Hurmm, i've lost my appetite on others tu kot. Rasanya Secret Recipe ni akan menjadi pilihan ke-8, ke-9 aku kot lepas ni. Bukan kerana tak sedap, tapi aku dah rasa sangat muak!! Kalau ada pun aku pegi lagi, mungkin hanya untuk menjamah kek. Itu pun yang kurang bercis (ber-cheese). 

By the way, tahniah la untuk branch manager (mana la tau die ke, anak die ke, adik beradik die ke,  pakcik makcik die ke, kawan² die ke ada yang terbaca entry ni kan) Secret Recipe Phileo Damansara 1 diatas usaha anda untuk mengurangkan penggunaan kakitangan, matamulut dan segala bentuk anggota badan pekerja² 'import'. Rasa berpuas hati bila dapat tengok anak bangsa tempatan yang menjadi pelayan dalam restoran tu tadi. Ini membuktikan bukan anak tempatan kite tak mau masuk ke bidang pekerjaan macam tu, tapi keadaannya adalah lebih kepada tidak berpeluang sebab terpaksa bersaing dengan pekerja 'import' yang so called berdedikasi dan mudah menerima arahan (sure or not???!!). Paling tidak pun, kurang sikit index peningkatan pengusaha anggur-tak-berbuah dalam negara kite yang tercinta ini. Kepada yang telah diberi peluang kat luar sana, buktikan la bahawa anda bukannya anak tempatan yang kononnya manja dan memilih seperti yang digembar-gemburkan para *barisan* pemimpin kite yang tersayang itu.

Renung²kan, dan.. selamat beramal.. 

Till my next post.. chouww!!

-END-

Thursday, January 22, 2009

Birthday Lunch...

Dan masa lunch tadi bie belanja makan kat Screaming Bananas... Bestnya rasa dapat mengisi perut dengan makanan yang lazat... Walaupun tiada kek birthday yang menghiasi meja, mahupun menjadi hidangan, tapi takpe. Apa yang dah terhidang is more then enough.
Tenkiu my dear.. MySpace

Pisang yang menjerit.... Kat tempat lain takkan jumpa punya...

Birthday Girl.. Takde kek, ayam pun jadi la.. Asal dapat potong!!

Thanks bie... Cayang awak!!

The Main Course........... Nyumm

The Dessert......... Woooo....

The Destroyer......... Wakakaka....

Sampai pulak kat opis, dapat hadiah CNY dari kampeni....

Dua biji limau dari kampeni... aiihhh, takkan limau je kot. Angpau mana?? huhuhu ;P


Related Posts with Thumbnails