Showing posts with label Cuti². Show all posts
Showing posts with label Cuti². Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Banyak cerita, tapi tak banyak masa

Ding dong..

Cerita pertama

Bulan lepas merasa bercuti sekeluarga. Kali ni jauh sikit cutinya, naik kapaterobang. Tapi tidaklah ke luar negara pun. Masih lagi dalam Malaysia je. Plan yang dah dirancang sejak setahun lepas, akhirnya sampai jugak ke hari yang dinanti tu. Ni la jadinya kalau beli tiket promosi Air Asia, tahun ni beli, tahun depan baru terbang. Haha. Destinasi pilihan sekeluarga, Kuching, Sarawak.

Ni merupakan pengalaman pertama aku menjejak kaki kat kepulauan borneo. Selama hidup, memang tak penah la sekali pun sampai. Lepas 27 tahun hidup, baru la merasa. Tapi, sebenarnya semenanjung pun aku tak habis jalan lagi sebenarnya. Hahaha, kesian betul.

So far, sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, ok la. Perjalanan & aktiviti pun smooth. Sebab puan organizer (akak aku yang sulung) dah ada experience tambah dengan dia memang dah buat research mana nak pegi, mana nak makan, mana nak minum, mana nak shopping. 24 jam berkepit dengan iPad2 dia. Sambil jalan sambil intai forum sana sini. So, kami sebagai ahli rombongan, ikut jela ke mana pun diusung.

Group kami 14 orang semuanya, termasuk askar² kecik sekali. Jalan ke mana² naik van siap dengan driver. Which is baru aku tau kat sana memang van tu umpama macam teksi je kat sini. Memang tu dikira pengangkutan awam diorang. Baru la mokcik tau.

Yang tak laratnya bila ikut trip macam ni, bila banyak sangat bergerak. Aku yang membawa orang di dalam perut ni, kejap je dah mula rasa penat. So, memang ada sampai satu ketika, aku surrender la. Tak larat nak follow diorang berjalan shopping. Dok je kat mana² tunggu diorang selesai. Bab shopping pun, aku memang tak shopping banyak mana. Dapat t-shirt selai sorang jadik la kan. Dan beli benda² yang wajib beli macam kek lapis & ikan terubuk masin tu.

Tapi sampai ke hari ni, kek lapis tu masih ada lagi baki dalam fridge, ikan masin pun ada lagi 3 ekor belum distribute. Aku ada niat nak bagi someone, tapi susahnya sebab diorang ni payah nak jumpa. Tu yang lama terperam tu. Last2 nanti aku rasa benda alah tu aku kasi orang lain kot, huhu. Kira kalau ada rezeki orang tu, dapat la bagi kat dia. Tapi kalau aku dah bagi kat orang lain tu, consider tu bukan rezeki diorang la tu kot.

So, sepanjang 3 hari kat sana, aktiviti memang berjalan sesaja. Masuk muzium (padahal kat KL punya muzium tak penah jejak pun), tengok orang utan, tengok buaya, shopping kat Waterfront, borong kain batik kat India Street (betul ke ni nama dia ek?), makan seafood kat Top Spot, lepak tepi laut dekat² Santubong kot (yang ni aku lupa nama tempat sebab aku dah mula mabuk² jalan sepanjang hari), and last but not least makan mee kolok, mee kolok, mee kolok. Hahaha, tapi sekali pun aku tak penah order sendiri. Tumpang rasa je orang lain punya. Tekak aku tetap la nak makan nasi jugak sepanjang masa.



Alhamdulillah, perjalanan kitorang selamat semuanya. Lancar dari pegi sampai la balik. Yang tak lancarnya sebab flight delay pegi balik! Pegi delay sejam, balik pun delay sejam. Masa pegi lagi kelakar, dah la delay, boleh pulak bila dah masuk kapaterobang tu, tow truck yang tolak² kapaterobang tu boleh rosak lepas siap tolak² kapaterobang kitorang. Ada la 15 minit jugak kot tunggu baru dapat mula take off. Aku yang takut naik flight ni dah mula pikir macam². Ingatkan kapaterobang tu rosak la, ada technical problem la. Mula la anasir² jahat masuk ke otak nak menakutkan aku yang dah memang takut.

Dah tu fligth yang balik pulak, sampai² KL tengah hujan lebat. Punya la berpeluh tapak tangan aku menahan nerves masa mula nak start landing tu. Gegar satu macam je aku rasa. Tapi tengok bie kat sebelah rilek je macam takde benda. Nasib baik masa tu lampu diorang tutup. Kalau tak mesti semua orang boleh nampak muka aku yang dah pucat kot. Hahaha, takut tak penah hilang weh, biar la dah berkali² naik pun, tetap serammmmm..

Cerita kedua

Mari bercerita pasal budak tecit. Hari ni dah masuk 22 minggu dan 3 hari. Bersamaan dengan 5 bulan setengah lebih kurang. Perut pun dah mula nampak sikit, tapi bila pakai t-shirt, still maintain je macam slim (macam je la, tapi tetap gemok!). Last scan sebelum pegi Kuching hari tu, masa tu dah nak masuk 19 minggu. Tapi puas doktor pusing², tetap tak nampak jugak gender. Alahai anak ibu, pandai sorok kan. Tapi maybe sebab kecik sangat lagi, so susah doktor tu nak tengok. Insya Allah awal bulan depan ada appointment untuk scan dengan gomen. Mungkin masa tu dah boleh nampak ke, mana la tau kan.

Tapi, apa pun jantinanya, kitorang tak kisah. Baik laki atau pompuan kan, yang penting dia sihat walafiat sudah la. Aku kadang² risau jugak, tambah dengan keadaan aku kena daibetis ni. Tapi bie selalu ingatkan, jangan pikir yang bukan². Kalau kita pikir elok, elok la dia dalam tu. Jangan runsing sangat. Aku pun, pasrah jela. Tapi tiap kali rasa si tecit ni gerak, terus aku senyum. Sihat la tu kan. Doa je banyak².

Tapi yang tak tahan, masa aku pegi check up awal bulan hari tu. Nurse suruh baring pastu dia check perut. Check sambil buat muka yang something. "Erm, tak boleh nak rasa ni". Waaa.. aku macam nak nangis dengar nurse cakap macam tu. Cuak pulak aku kan. Nasib baik lepas tu dia test dengar bunyi jantung baby, desyus2 dia punya bunyi. Baru la lega sikit hati. Bikin gua seriau betul itu nurse la. Hopefully everything going to be fine lor. Aku pun takmo risau² sangat, takut nanti efek ke baby.

Khamis lepas pegi check up lagi, semuanya ok kecuali aku punya BSP. Last 2 weeks aku buat test tu tiba² bacaan dia naik. Jadik, minggu depan doktor suruh buat sekali lagi, pastu dia nak jumpa untuk tengok result. Hurm, matik ler tetiap minggu kena pegi klinik. Tapi aku rasa BSP hari tu naik mesti sebab banyak sangat makan masa raya haji kot. Makan tanpa kawalan. Lemak² daging korban tu belum clear lagi, tu pasal la bacaan tiba² naik kan. Ayat nak sedapkan hati je ni, haha.

Owh, bulan ni dah nak mula beli barang² si tecit ni. Setakat ni katil, stroller, baby carrier / carseat dah ada. Hasil turun temurun je dari kak ipar aku. Awal² dia dah suruh aku angkut bawak balik sebab nak kurangkan benda kat umah diorang. Lagipun kakak syina (anak sedara saya) tu dah tak guna pun semua benda² tu. Nak tunggu pakai untuk bakal adik dia, maybe lambat lagi kot. Hahaha. Jadik, nak kasi bakal adik sepupu dulu pakai.

So, barang² yang disebut di atas tu boleh la strike out dari list nak beli. Selamat sikit poket abahnya nanti. Minggu ni pulak kebetulan ada baby fair kat Midvalley sampai esok. Memandangkan hari ni keje, so kena tunggu esok baru dapat pegi. Tak tau lagi la akan beli belah ke tak kat sana, tapi kalau nampak apa² keperluan dia & aku yang rasa memang nak guna. Insya Allah beli la. Bajet untuk barang baby pun dah ada sikit simpan dari awal² tau pregnant hari tu (tq abahnya!).

Sat lagi, nak print list barang yang nak dibeli. Senang kalau dah ada list ni, takde la pening sangat nanti pusing² tak tau apa nak dicari. Lagipun risiko adalah sangat besar kalau berjalan shopping tanpa list ni. Sebab nanti akan end up beli benda yang bukan² sebab mata dah rambang. Hahaha.

Bilik baby pun mungkin akan di deco dalam masa terdekat ni. Bilik kedua kat rumah tu sekarang fungsinya lebih kepada bilik sidai kain & bilik solat. Tapi in near future, kalau ada rezeki lebih Insya Allah nak tukar mesin basuh. Aku dah goda² dan pujuk rayu bie mintak dia beli washer dryer je terus. Senang nanti basuh kain tu tak payah nak sidai² dah. Keluar dari mesin tu dah kering terus lipat je. Nasib baik mesin lipat kain belum ada orang cipta lagi, kalau ada, memang harus la mintak yang tu sekali. Hahaha.

Andai kata dah dapat tukar mesin basuh nanti, maka tak payahla sidai kain baju dalam bilik tu lagi. Boleh simpan ampai² yang dok dalam bilik tu. Space yang ada tu boleh letak katil baby. Katil yang ada dalam tu pun mungkin nak tukar ke katil single je nanti. Katil skang ni besar sangat, buat menambah space aku nak menyemakkan tempat je. Sebab katil tu besar dan kosong, harusla jadi tempat melonggok kain baju belum lipat. Maka unsur² yang menambah kemalasan ni, harus dihapuskan sesegera mungkin.

Kalau bilik tu dah lapang sikit, baru la selesa nak jadikan nursing room. Sebab nanti mesti nak ada sebijik almari kecik untuk letak baju², stok² pampers segala. Tu belum kira nak simpan stroller, carrier apa semua dalam bilik tu. Rumah kecik kan, nak longgok semua tu kat ruang tamu kang, takde ruang pulak orang nak bergerak. Semak otak aku nanti. Jadik, kalau boleh nanti semua barang tu aku nak sumbat dalam bilik je. Kot sepah2 camne pun, benda tu dalam bilik. Tak pening sangat memandang.

Cerita ketiga

Ini cerita pasal rumah pulak. Semalam baru lepas confirm deal nak pasang tinted cermin. Dah dekat setahun pindah baru la dapat nak buat. Nak buat camne kan, semua tu memerlukan bajet. Jadik, kena tunggu ada bajet baru boleh buat. Alhamdulillah, encik bie manage to get the bajet untuk 'aksesori' tambahan untuk rumah tu.

Untuk second phase ni, antaranya nak pasang tinted, pasang sliding window kat bahagian yard (sekarang just ada grill je) dan tambah wall cabinet kat dapur untuk simpan² barang yang banyak sepah² kat dapur tu. Ikutkan hati aku, macam banyak je lagi nak tambah, tapi ukur bajet di poket sendiri la kan. Baper yang ada tu, setakat tu jela dulu.

Wall cabinet tu penting sebenarnya. Sebab aku dah mula membayangkan nanti bila si tecit dah keluar, barang² dia kat dapur konfem kena ada satu space. Tempat nak simpan susu, simpan botol, simpan alat² BF pump, simpan warmer, simpan food processor (kalau dah beli nanti), simpan nestum (bila dia dah start makan nanti). Semua tu kena pikir dari sekarang.

Macam aku cakap tadi la, rumah aku kecik. Kalau benda tu bersepah², nampak sangat la tak tersusunnya. Kang aku jugak yang pening tengok rumah berserabut. Jadi, kena betul² plan tempat untuk pastikan benda² ni semua akan organize kat tempat yang sepatutnya.

Owh, berbalik kepada cerita nak beli washer dryer & katil single tu. Jadinya sekarang aku kena carik buyer untuk katil queen & mesin basuh yang ada tu. Bie punya syarat memang camtu, selagi tak dapat jual, dia takkan proceed untuk beli yang baru. Logik la kan, dah kalau yang baru tu sampai nanti, yang lama still ada dok kat umah tu, mana nak sumbat? Kalau roof top rumah aku tu diorang ada bukak ruang simpanan, boleh jugak aku tumpang sebulan ke dua bulan kan. Tapi nan ado, maka pepandai la carik solution sendiri yakni menjual benda² tu.

Maka dengan itu, saya sudahi entry panjang lebar saya ini dengan satu pengumuman..

Kepada sesiapa yang berminat nak beli mesin basuh jenama Samsung berkapasiti 7kg dengan fungsi fully auto dan katil queen yang disertakan dengan tilam sekali (tilam 100% baru tanpa sebarang tanda yang tidak diingini). Sila la tinggalkan pesanan untuk saya hokeh!

Nota kaki lapan: Ni namanya lepas gian nak menulis. Ikutkan hati, banyak lagi nak letak, tapi dah penat. Maka harusla berenti dulu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, July 19, 2010

Mari Mengawan a.k.a Bulan Madu.. :P

Ding dong..

Akhirnya, lepas sekian lama merancang dan asyik tak jadi dan tunda menunda untuk kesekian kalinya, kami sampai jugak ke destinasi bulanmadu yang pertama (lepas setahun empat bulan kami kawen!!). Niat asal nak ke Cameron Highland. Tapi mengenangkan keadaan kat sana yang asyik la sesak dengan manusia, kami tukar plan ke Bukit Tinggi, Pahang. Nak pegi jauh² sampai Paris belum berkemampuan. Jadi, ini pun jadi la kan. Untuk permulaan. Insya-Allah masa akan datang ada lagi plan nak bulan madu untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Takmo stick dengan frasa 'bulanmadu hanya untuk orang baru kawen'.



Kalau dah namanya naik ke Bukit Tinggi tu, memang takde apa aktiviti sangat la. Semua aktiviti & tempat yang ada boleh kami cover hanya dalam 4-5 jam. Sampai² je terus check-in. By the way, kami stay kat Meranti Park Suite. Apartment 1 bilik yang letaknya bawah sket dari Colmar Tropicale. Oklah tempat die, sunyi. Tapi satu la menghampakan, aku bajet Bukit Tinggi ni sejuk la. At least kalau tak sejuk pun, aku boleh rasa dingin². Tapi nan ado weh. Aku rasa sejuk lagi opis aku yang macam peti ais ni. Kecewa jugak la makcik pasal tu.

Kekecewaan itu menyebabkan aku takmo dah pegi Bukit Tinggi tu. Mencik! But afterall, aku tetap la enjoy berdua²an dengan suami tersayang kan. Memang la kat rumah kami boleh berdua²an jugak. Dah memang belum ada orang ketiga kan. Tapi feeling tak sama. Kat rumah kena memasak, mengemas, membasuh segala macam. Takde masa nak spend quality time together bak kata *omputeh. Jadi, bulanmadu sangat la penting untuk pasangan yang dah kawen untuk eratkan balik mana² part yang dah loose tu kan. Masa ni la nak curahkan sepenuh perhatian untuk diri masing². Manja², loving² kan. Ahaks! (Orang bujang jangan ngade nak try ye) :-P



Lepas je check-in, terus jelajah seluruh pelosok yang ada. Yang boleh masuk jela, takde la sampai nak masuk dalam hutan sebarang² kan. Bermula dengan Taman Jepun & Botanical Garden. Mula² sampai, kena park kete kat bawah. Lepas tu mendaki bukit. Aduih, rasa nak tercabut lutut. Tapi digagahkan jugak hati ni nak naik. Tapi sepanjang perjalanan asyik la mulut ni mengomel, "why?? kenapa kena penat² masa bercuti?? cuti sepatutnya untuk relax, bukan penat²". Nasib baik la bie penyabar orangnya. Dilayan je semua bebelan aku. Penat² camne pun, gambar tetap la banyak kan. Selagi ada battery, selagi tu la snap segala ceruk yang ada. Kesian bie terpaksa jadi model tak bertauliah aku. Macam² gaya-hero-remaja aku paksa die buat. Hahaha, sorry sayang..

Lepas penat mendaki, turun naik tangga bagai. Ambik gambar sana sini. Decide untuk turun balik. Boleh kata abis jugak la bukit tu kami explore. Sampai berpeluh² satu badan. Baju pun lencun dek peluh yang keluar. Mengharapkan nak rasa kabus sejuk², jangan harapla. Tak merasa langsung hokey! Tapi sesekali angin berhembus, dapat la jugak rasa dingin² angin tu. Masa tu, heaven kejap rasa.

Masa on the way turun, nampak orang tunggu ramai² kat satu tempat macam stesen bas. Aku memang tak tau apa yang diorang tunggukan sebenarnya. Sekali bie cakap ada bas turun naik bawak orang. Jadi takyah la mendaki kalau naik bas tu. "Ciss, kenapa tak cakap awal²". Suamiku itu hanya tersengih je. "Ingatkan dah tau tadi". Tapi takpela, anggap tu pengganti exercise aku untuk minggu lepas. Banyak tu kalori hilang sepanjang pendakian. Konon² nak tunggu bas tu masa turun. Nak merasa la kan naik bas tak berdinding tu. Tapi yang menunggu pun sikit punya ramai. Aku rasa mau 3 trip turun naik baru aku merasa nak naik kot. Jadi terus lupakan hasrat murni tu.

Puas jalan dalam hutan, kami ke Colmar Tropicale pulak. Feeling konon² tengah jalan² kat Kota France dulu² la kan. Kena bayar nak masuk sini, RM12 sorang. Nasib baik la aku pegi ni under Berjaya Club membership. Jadi boleh la mintak refund balik. Aku tak tau la pulak kalau normal visitor boleh dapat refund ke tak. Tak penah berpengalaman dalam hal itu. Kalau nak tau, mungkin boleh call diorang tanya kot.

Kat sini kami just banyak bergambar la. Berbekalkan battery kamera yang dah nyawa² ikan masa tu. Digagahkan jugak la nak berposing sana sini. Berjalan dari pangkal sampai la ke hujung. Takde apa yang menarik sangat pada pandangan mata aku. Tambah pulak boleh dikatakan semua benda kat situ mahal. Air coke dalam tin sampai RM6! Mang aih, kalah Genting. So, memang kitorang langsung tak beli air kat situ. Mujur la memang dah beli sebelum naik kan. Sempat singgah main pool. Lawak je rasa, punya la banyak tempat main pool ni kat KL aku tak pernah try. Boleh pulak kat sana aku main kan. Well, I have my own reason la. Bie sorang je tau apa sebabnya tu.



Lepas puas berjalan, singgah kedai roti pekena croisant ngan ngopi sekali. Saje menghilangkan lelah berjalan dari pagi. Tapi, harga memang mencekik darah hingga ke titisan darah yang terakhir sungguh rasanya. Kenapa la sampai gini sekali mahalnya kan, tak paham aku. Tempat dah la tak ramai sangat orang datang, tapi die punya harga macam takmo kasi orang datang terus. Teruk okey! Nasib baik la untuk lunch aku dah singgah beli McDonald kat Genting Sempah. Kalau tak, kenala jugak makan Pizza single harga RM28 kan.

Sempat main dengan itik yang sangat besar. Tak pernah aku tengok itik besar camtu live depan mata. Selalu aku tengok itik kampung je kan. Pastu siap merasa bagi makan itik tu kat tangan. Menjerit² jugak la. Maunya tak, kang kot dingapnya jari aku. Tak ke naya. Dah cacat sket hilang hujung² jari. Jari dah la memang tak runcing, kena gigit terus jadi kontot. Sape nak jawab tu?

Sebelum balik ke Apartment sempat singgah ladang arnab. Main² dengan arnab yang super jinak. Haih, nasib baik la bukan tempat aku kan. Kalau kat kampung aku tu, tangkap 2-3 ekor pastu buat satay. Yumm. Hahaha, tak la, aku tak sekejam itu. Aku tak pernah pun makan arnab. Comel sangat untuk dimakan, bleh camtu? Kat ladang arnab ni ada keldai jugak. Aku berjaya melawan ketakutan dengan memegang dan membelai keldai² tu. Siap bagi makan sekali. Well, aku ni penakut + penggeli. Kucing pun aku tak pegang weh. Kalau dapat pegang keldai tu, dah kira achievement la kan. Dan aku belajar satu perkara di situ, keldai ialah gatal. Mentang² la aku pompuan cute, kemain lagi die menyeringai tersengeh bila aku usap. Bie usap, die boleh buat derk je. Ciss!

End of day. Malamnya ke Club House nak dinner. But end up kami minum jela kat situ. Nasi goreng pun RM13, haih tak jadi la nak makan. Aku taknak hadapi risiko bayar mahal² tapi rasa hampeh. Buat terkilan tekak je nanti. Tunggu la balik KL, melantak 3 pinggan nasi goreng pun takde hal. Hahaha. Jadi, dinner kami makan megi je. Nasib baik memang ada bawak bekalan. Kitorang happy je layan megi. Low class pun low class la labu. Yang penting kenyang, hati tak sakit, jiwa tak kacau.

Esoknya lepas check-out, terus balik KL. Walaupun tempat ni bukan la tempat percutian feveret aku. Dan keje aku sepanjang hari memang asyik cursing itu ini. Tapi, deep down in my heart, aku sangat happy bersama si dia. Thanks my dear husband. You're my heart, you're my soul. Forever..



Nota kaki lapan: I Love You Bie, Saya Cinta Kamu Sangat²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, April 19, 2010

Selamat Kembali untuk diri saya..

Ding dong..

Di mana sih harus aku mulain ya. Hurm, ceritanya banyak banget dong. Kalau dikarangin, pasti penuh semua page ini. Ngahahaha, sila ampunkan saya kalau loghat / bahasa Indonesia itu kedengeran sangat hancus! (seminggu je dowh kursus intensif Bahasa Indonesia, mana cukup)



Alhamdulillah, selamat aku pergi dan balik. Kecuakkan dalam kapal terbang dari pergi sampai lah ke hari balik tetap sama. Mula² kapal terbang nak take off, tapak tangan aku kebasahan macam direndam dalam kolam. Huhu. Mujur la aku bukan berseorangan. Bie sentiasa menenangkan aku sebab die paham sangat dengan ketakutan yang aku rasai. Mujur jugak la Joey (adik aku) yang sedikit gila² boleh buat aku lupa sekejap dengan keadaan aku. Tapi, walaupun aku dah 2 kali (pergi - balik) naik kapal terbang. Rasanya ketakutan tu masih tetap ada untuk penerbangan akan datang (aik, ke mana pulak lepas ni?hehehe ). Bukan mudah kan nak menghilangkan apa yang dah memang sebati dalam diri ni.


Konon² macho..


Tenang rasanya..

Sepanjang aku kat sana, banyak yang aku dapat lihat. Banyak yang aku dapat pelajari. Niat bukan semata² untuk shopping je (Bandung memang sinonim sangat dengan shopping kan), tapi juga untuk aku ambik peluang belajar budaya negara orang. Kalau dulu aku hanya rasa tersekat dalam tempurung sendiri. Kali ni aku rasa puas dapat keluar dari kepompong yang selama ni buat aku rasa selesa. Walaupun tak banyak perbezaan sosio-budaya antara Malaysia - Indonesia, tapi jelas perbezaan taraf kehidupan antara kita dan mereka. Kalau kat sini melihat pengemis tu macam satu benda yang sangat menjengkelkan, di sana ia umpama satu kebiasaan, suatu yang memang culture. Kasihan. Memang tersentuh rasaya hati ni setiap kali memandang wajah anak kecil yang datang menadah tangan. Tapi, aku kuatkan hati. Teringat pada anak² bangsa sendiri yang adakalanya terlalu manja dan dimanjakan sampai lupa cara untuk berdikari. Mereka memang patut dibawa ke sana, lihat kesengsaraan orang lain, bersyukur dengan apa yang ada.


Kami hanya mampu memandang..

Yang paling menarik perhatian aku sepanjang aku berliburan kat sana. Keadaan lalu lintasnya. Sangat kelam kabut! Tapi dalam keadaan kelam kabut tu, tak pernah aku terlihat waima satu pun eksiden sesama kereta, bas, motor mahupun pejalan kaki. Malah pejalan kaki antara pengguna jalanraya yang paling dihormati di sana. Motor yang selaju mana pun akan berhenti, mengelak atau paling tidak slowing down bila nampak ada yang nak melintas jalan. Kita di sini, boleh ke macam tu? Ini menunjukkan betapa bertimbang rasanya mereka sesama pengguna jalanraya. Tapi peraturan jalanraya kat sana umpama tak wujud langsung. Traffic light tu saling tak tumpah umpama batang pokok yang tak berguna. Adalah lebih baik kan kalau peraturan yang ditetapkan diikuti. Tentu keadaannya akan jadi lebih tersusun kan. Manalah tau, satu hari nanti keadaannya akan jadi lebih baik. Wallahua'lam.

Cukup sampai sini la ye. Tak baik kondem negara orang banyak². Saya takut kena saman je nanti, hehe. Niat di hati memang nak buat full update. Rangkuman semua cerita selama 4 hari kat sana. Tapi kekurangan sumber bergambar sebab folder yang dah disimpan tertinggal dalam laptop 'tour guide' kami kat Semenyih ^_^. Insya Allah, ceritanya akan menyusul nanti. Keperluan untuk aku refresh segala memori yang tersimpan dalam kepala ni amat perlu untuk make sure tiada satu pun info berguna yang akan tertinggal. Siapa tau mungkin ada yang memerlukan info aku ni suatu hari nanti kan. Sedangkan aku pun banyak dapat info dari blog orang lain sebelum ke satu² tempat.


Joey yang over excited

Big and million thanks teristimewa untuk 2 orang di bawah ini (ke 3 orang ek?? hehe). Kerana mereka berdua yang merealisasikan impian aku yang satu ini. Tanpa mereka, pasti pengalaman ini tak dapat lagi aku rasai.


You're my heart, you're my soul..


'Tour guide' yang berat hati nak meninggalkan Piput

Sampe ketemu lagi.. :P

Nota kaki lapan: Ada lebih 800 keping gambar yang dapat di'capture'. Agaknya kalau semua aku sumbat, maunya berpinar bijik mata kan. Hehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, April 12, 2010

Cuti² Mode is ON!

Ding dong..

Hari ni last day aku keje sebelum bercuti panjang mulai esok. Bandung, Indonesia bakal aku jejaki kurang dari tempoh 24 jam dari sekarang. Mood nak meneruskan keje² kat opis ni memang dah lama terbenam sejak minggu lepas lagi. Mana taknya, separuh hati dah sampai ke sana agaknya. Keje yang ada depan mata, kalau boleh nak dipadam je. Nasib baik la tak boleh padam² kan. Kalau boleh tu, syok jugak. Ikutkan hati, nak datang keje hari ni pun malas. Dah alang² sehari je yang tinggal. Tapi sebab boss dah bagi warning, aku gagahkan hati datang jugak hari ni. Kebetulan pulak pagi ni ada kawan yang baru balik dari Korea Taiwan mengagihkan souvenir untuk semua orang. Lagi la mood aku untuk keje makin menipis.


Souvenir dari kawan opis
Sila abaikan sesuatu yang berunsur lucah itu..


Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku bakal meninggalkan bumi Malaysia tercinta ini. Hehehe, syok jugak bila dipikirkan. Paling jauh pernah aku berjalan setakat ni dalam Malaysia je, Kelantan. Tu pun naik mengah aku menghitung detik waktu nak menyampaikan tempat yang dituju tu. Tapi kali ni tentunya sangat² berbeza dari perjalanan aku yang biasa. Aku bakal berada tinggi di atas awan untuk tempoh lebih kurang 2 jam sebelum menjejakkan kaki ke tanah asing tu. Huhu, ai sangat takut sebenarnya. Menjadi aku yang takut dan gayat bila berada kat tempat tinggi, mesti la suatu penyeksaan bila membayangkan aku bakal terbang tinggi esok.


Naik kapaterobang murah je..
Ye, saya tau nama saya unik ^_^

Tapi takpe. Aku tau aku akan sentiasa tenang (atau mungkin ditenangkan) sebab bie sentiasa akan ada kat sebelah aku menjadi peneman paling setia. Tolong jangan takut²kan saya ye sayang. Belum ditakutkan pun lutut dah gigil, ni kan pulak kalau ada yang takutkan. Maunya aku pengsan esok bila dah terlalu nervous.

Jadi, kepada sahabat handai yang bakal ditinggalkan esok (walaupun seminggu je), doakan keselamatan kami semua ye. Moga perjalanan kami diberkati dan dirahmati. Doakan semoga iman aku kuat menghadapi godaan yang bakal mendatang esok (aku takut duit aku licin shopping sakan je ni). Andai la aku pulang dalam kepapa-kedanaan, jangan la kedekut untuk meminjamkan aku barang seratus dua ye, hehe. :P

Nota kaki lapan: Aku memang kejakunan yang amat sangat sebab tak penah weh naik flight!! Hahaha..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails