Showing posts with label Paintball. Show all posts
Showing posts with label Paintball. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Hujung minggu yang padat dan memenatkan

Ding dong..

Amaran: Entry ini sangat panjang, kalau malas jangan baca!!

Serius, aku memang sangat penat sebenarnya. Minggu yang sepatutnya aku habiskan dengan rehat² tapi segalanya telah berubah menjadi padat dengan aktiviti. Pheww, baru ingat nak tarik nafas panjang sebelum trip ke Melaka hujung minggu ni. Dah nasib badan, dapat kaki yang tak reti nak duduk diam. Tanggung la wahai badan ye. Aku harap badan aku boleh terima keadaan tanpa rehat ni. Jangan die balas dendam, tumbangkan aku seminggu macam masa kena chicken pox dulu tu sudah. Terseksa jugak duduk terperap kat rumah takleh nak ke mana². Naya beb rasanya.

Maka, inilah rentetan cerita yang berlaku sepanjang hujung minggu aku baru² ni..

Sabtu, 19 Jun 2010

Paginya..
Bie ada paintball tourney dengan orang² opis die. Aku sebenarnya dah separuh hati taknak pegi, separuh hati paksa pegi. Yelah, nak la jugak bagi sokongan moral buat suami tersayang kan (walaupun aku tau, die lawan dengan newbie² je pun). Pepagi bie dah kejut aku bangun. Aku nak bangun pun ala² malas je. Kepala pun sejak 2-3 hari sebelum tu asyik berpusing² manjang. Tapi digagahkan jugak hati ni nak mengikut.

Bersiap ala kadar je. Bie dah keluarkan seluar askar aku yang memang jadi pakaian rasmi kalau pegi paintball. Tapi aku malas nak beria² sangat. Bukan aku main pun, jadi penonton je dari luar. Lagipun aku bukan kenal dengan sape² kat situ. So lagi baik low profile je, lagi selamat. Kali ni main kat Dusun Ali King pulak. Dekat² dengan UIA Gombak. Dah nama pun dusun, memang main pun dalam dusun la. Celah² pokok durian segala. Kalau la tengah musim buah, ngeri jugak tu nak main.



Hampir sehari suntuk jugak kat situ. Aku walaupun tak main, badan naik berlengas la jugak. Keadaan yang panas tu memang mencabar tahap emosi betul. Ikutkan mata ni, memang nak tido je. Tapi tahankan aje. Dan ketahanan aku tu berbaloi la. Dapat jugak tengok bie menang something. Siap jadi best player lagi. Ceh, tak adil betul. Main dengan newbie, memang la boleh dapat best player kan. Mana boleh patutnya, tak adil betul pengadil tu. Hehehe.


Habis main dalam pukul 4 petang. Badan pun dah lesu sangat masa tu. Memang ingat nak tido je dalam kepala otak. Itu aku tak main tu, kalau main sama maunya on the way balik aku dah tido awal², haha. Tapi disebabkan aku tak main, maka kena la aku yang jadi driver masa balik. Bie dah kepenatan, lutu longgar, skru pun dah loose sket. Takut nanti tekan minyak terlebih pulak sampai tak sempat tekan brek, bahaya woo. :-P

Sampai je rumah, bie pengsan. Aku bajet² nak join sekaki. Tapi mengenangkan rumah tunggang langgang, tambah pulak malamnya ada tetamu nak datang bermalam, kena la kemas sket alih mana² yang patut. Lipat baju² sebakul yang dah lama menunggu turn nak dilipat.

Malamnya pulak..
Menerima kunjungan dari ZamReen (akak aku) sekeluarga. Die dah booking aku dari awal minggu lagi. Nak tumpang bermalam kat rumah sebab ada aktiviti hujung minggu dengan family die kat area KL. Dan malamnya, aku menerima arahan kena layan 2 orang budak kecik nak tengok wayang. Disebabkan diorang ada swimming class sampai pukul 9:30 kat Bandar Tun Razak, makanya kenala tengok wayang lepas pukul 10:30. Bila check, yang ada semua dah tengah malam. So belasah jela. Pukul 11:40 malam, Toy Story 3, One Utama.

Sementara menanti diorang sampai, kami suami-isteri sempat la makan dulu kat rumah. Tengah² sedap landing lepas makan (isy isy isy..) dapat call dari akak aku. Tanya kat mana tempat makan yang senang. Lepas guide lebih kurang, diorang semua ke Burger King Mutiara Damansara je. Senang. Lepas bersiap aku terus keluar rumah. Jumpa kat sana je. 2 orang budak kecik itu, Alif (yang tak baper kecik dah) & Adam, sudah tak sabar² nak tengok wayang. Kesian Hafiy, mengharap je nak ikut tapi tak boleh. Nanti kang die mengaruk nak keluar time movie tengah jalan, aku jugak yang pening.



Maka pergilah kami berempat je. Yang lain balik rumah tido. Sampai je depan movie, orang ramai tak hengat. Nasib baik la aku memang dah beli tiket online pastu dah ambik awal² sehari sebelumnya. Jadi terus beratur nak beli popcorn. Beratur yang ni pun sikit punya lama. Rasanya ada setengah 20 minit kot. Kalau bukan mengenangkan anak² sedara yang memang nakkan popcorn tu (dan mama diorang dah bagi duit), tak kuasa aku nak beratur panjang² tu.

Settle beli popcorn, still ada masa sebelum movie start. Lampu untuk masuk hall pun belum nyala. So, marilah kite layan budak² main game kat arcade. Haih, aktiviti wajib neh kalau ada masa sebelum tengok movie. Tapi kali ni kasi can la kat budak² nak enjoy. Kami berdua jadi penjaga semata². Bukan main happy lagi diorang dapat main game tanpa gangguan. Kalau kat rumah kang kena berebut² dengan orang lain kan. Tapi kat rumah main game free (sebab diorang tak bayar duit letrik pun), kat sini kena pakai token. Takleh la main sesedap rasa jugak kan. Lepas bagi main 2 game, aku arahkan untuk stop. Takleh main lama² sangat, nanti kang terlepas movie.

So far, diorang sangat enjoy. Tak sangka pulak aku budak Adam yang senang tido tu boleh tahan mata. Memang mama die dah bagi pil tahan mata ke apa aku tak tau la. Abis movie lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu tuhan je tau aku punya ngantuk macam mana. Perjalanan dari OU ke rumah terasa macam berkurun. Sampai je rumah, bie sempat pulak main cakuncak dengan budak² tu. Menakut²kan diorang dari parking kete sampai la ke lif. Suka betul die nyakat budak kecik. Sampai rumah, aku tak tunggu lama terus bersiap nak tido. Mama & ayah budak² tu termasuk Hafiy dah selamat landing depan tv. Terbongkang tak sedarkan diri.

Esok ada agenda lain menanti..

Ahad, 20 Jun 2010

Paginya..
Aku terjaga seawal 6:30 pagi. Takde sorang pun yang berkutik. Semua tido lena tak ingat dunia langsung. Selesai melunaskan segala hajat, aku sambung tido. Sedar balik tengok jam dah pun pukul 8 pagi. Bie dah bangung siap rilek je depan pc die layan game. Memang kesukaan die layan game pagi² hari camtu. Aku suruh die siap² pegi beli roti canai. Aku pun bangun buat air la, itu la ini la. Tetamu² still ketiduran lagi masa ni. Sekali Hafiy bangun, abis terbalik dunia, haha. Abis semua orang dikejutnya.

Agenda pagi ini ialah mengikut akak aku ke Bata yang tengah buat warehouse clearance. Aku la yang menjadi penghasutnya tu. Tapi serius memang murah la, tergoda ai nak beli semua² yang berkenan. Nasib baik la tak banyak pun yang berkenan kan, hehe. Siap sarapan, masing² bersiap dan akak pegi dulu ke sana, aku menyusul kemudian. Sebab yang nak bershoppingnya pun bukan aku. Hafiy & Adam ditinggalkan kat aku. Mudah sket mamanya nak memilih². Lepas bersiap², turn aku pulak nak meninggalkan rumah. Memandang sekilas ke belakang, "mang aih, memang macam kapal karam dikerjakan dek Hafiy. Tonggang terbalik segala komik yang ada".

Sampai kat Bata, akak aku dah selesai berborong sebeban kasut. Tapi masih lagi dalam proses penambahan. Aku & bie join pusing², tengok². Tengok kasut keje untuk bie, dan menghasut die supaya beli. Kalau tak hasut, memang payah la nak tengok die beli. Selagi tak jahanam, memang takkan berganti. Sambar 2 pasang terus. Hambek ko, cover 3-4 tahun punya terus kan. Settle beli belah, tiba la ke main event untuk hari itu. Apakah??

Kami semua teruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara. See, sangat berilmiah namanya. Aku pun tak pernah terpikir nak datang sini. Masa sekolah² dulu memang tak pernah berpeluang. Bila dah masuk fasa tua ni, tak teringin dah la nak pegi. Memang tunggu ada anak je baru ingat nak pegi. Tapi dah alang² ada yang mengajak, kami pun follow jela. Rasa kelakar jugak la sebab bagi aku tempat camtu selalunya orang bawak rombongan sekolah je pegi. Sampai situ, tempat parkingnya pun terhad. Masuk free saje ye, takyah tiket². Yelah, kalau die buat masuk kena bayar, maunya takde orang datang dah agaknya.



Menghabiskan masa lebih 4 jam kat situ. Abis semua kami jelajah, kami try. Dah macam budak² jugak pun ye perangai masing². Nasib baik la datang dengan group yang ada anak² kecik. Kalau aku berdua je dengan bie, mesti lawak kan. Dah tua bangka pun dating kat Pusat Sains, ape barang beb! Yang paling seronok dah semestinya la budak² sekalian. Segala ceruk rantau diorang jelajah. Selagi ada benda yang boleh ditekan, diputar, digodek semua akan jadi mangsa. Aku tengok banyak jugak la benda yang dah masuk fasa jahanam pun kat situ. Mana taknya, semua yang guna tu stok budak² tak tau apa. Bukannya diorang baca dulu sebelum guna. Orang suruh tekan sekali, die tekan 100 kali. Tak ke jahanam jadinya. Aku pun sama je jadi penyumbang sekali, hahaha.





Hafiy pulak? Mula² die follow la semua benda, bila nampak je playground, terus taknak buat benda lain. Nak duduk situ saje. Bila ugut nak tinggalkan die sorang², die bantai melalak sampai satu Pusat Sains tu bergema suara die. Aduhai Hafiy, macam² hal ler. Nasib baik la ada pakcik yang rajin layan die. Kalau harapkan aku, dah kena tinggal je agaknya. Tapi bukan la tinggal betul² pun, saje nak gertak² pastu dengar die melalak aku pusing la balik kan.




Memujuk Hafiy yang tengah merajuk lepas kena marah..

Bila tengah hari, semua dah nyanyi lagu lapar. Pegi kat cafe/kantin yang ada, alahai sedih amat. Sangat tidak mengundang nafsu makan sungguh. Budak² je yang eksaited nak makan megi cup. Setakat menda makanan darurat camtu, kat pantry opis aku pun berlambak. Makanya, aku ajak akak aku selaku ketua rombongan ke Murni Discovery. Dengan pantasnya jawapan die, "nak!! nak!! nak!!". Hahaha, sudah ku duga sebenarnya.

Jadi, lepas puas semua melayan anak², Pusat Sains Negara kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan (ayat tak hengat kan). Perjalanan diteruskan dengan perut yang berlagu riang. Sepanjang jalan, aku berdoa mintak² Murni tu bukak. Risau jugak kalau tutup kan, maklum la hari Ahad. Dah la aku membawak rombongan perut yang lapar. Masuk je simpang Murni tu, dari jauh aku pandang dengan penuh harapan. Fuh!! Nasib baik bukak. Semua duduk dan order dengan rakus apa yang ada dalam menu. Aku, bie, abg Zam (abg ipar aku) & abah Nuar (kwn abg ipar aku) ambik nasi campur. Cepat dan mudah dan murah dan sedap, hehe.

Yang lain semua kecur liur tengok kami makan. Tapi apakan daya, kami langsung tak melawa. Gile pelahap punya manusia kan. Bukan taknak lawa, aku tau diorang masing² dah order something yang lebih sedap, jadi biarla diorang tahan perut kan. Ngahahaha (gelak evil). Selesai makan, aku & bie dah tak sabar² nak balik. Perut kenyang + cuaca panas = mengantuk.



Tapi kami tak balik rumah terus, kena pegi rumah mummy dulu sebab bie nak ambik drama series yang die download. Kena la ke sana kejap. Tapi lepak sana pun tak lama. Ada la dalam sejam lebih sket, lepas tu kami gerak balik rumah. On the way home, sempat singgah lagi Bata tu. Akak mintak tolong mintak tali kasut yang konon²nya takde. Tapi tak dapat. Apa yang kami dapat ialah sandal lagi sepasang sorang, hahahaha. Alasan beli sandal, senang nak pakai berjalan kat Melaka nanti. Gile!

Malamnya pulak..
Balik je rumah, dua² kepenatan. Lepas salin baju apa semua, kemas sket² rumah yang berterabur dengan komik dan segala macam patung² permainan (ye rumah aku memang banyak mainan), terus landing atas katil. Bie pasang citer apa tah kat pc. Tapi berkesudahan citer tu yang tengok kami. Aku tersedar bila dengar bunyi azan Maghrib. Cepat² kejut bie suruh bangun. Tapi lepas tu tertido balik kat sofa depan tv. Sahih penat yang amat! 2-3 kali bie kejut suruh bangun dinner, tapi gagal. Sudahnya pukul 9:30 malam baru aku bangun. Bie dah ngadu lapar.

Mula cuba order McDonald. Tapi menghampakan sebab service delivery ke Flora Damansara dah dihentikan since August 2009. Why? Why? Why? Lepas tu try call kedai makan kat blok belakang yang ada buat delivery service, lagi la menghampakan. "Sorry, kami dah pindah Damansara Damai." Demmit!! Cubaan terakhir, call Pizza Hut pulak. Nasib baik la lepas. Kalau tak boleh jugak, memang makan megi jela. Sebab aku memang malas nak masak, malas nak keluar. Kalau boleh makan pun aku malas, boleh camtu?

Sekian, entry saya yang panjang lebar.

Nota kaki lapan: Bila nak letak entry Broga Hill ni?? Haihh...


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, May 24, 2010

Penyeksaan adakalanya berbaloi..

Ding dong..

Sebahagian yang join.. Ada yang dah balik awal² lepas kalah.. :p

Alhamdulillah, berjaya sudah event yang memeningkan kepala otak aku sejak 2 bulan yang berlalu. Ringan separuh badan rasanya dari beban yang dibawa selama ni. Walau mungkin kejayaannya tak 100% sempurna, bagi aku apa yang penting kepuasan setiap satu org yang sama² menjayakan event ni. Mungkin bagi event manager yang dah biasa, setakat 40 orang tu chese cake je nak settlekan. Tapi untuk orang macam aku yang takde apa² experience ni, rasa nak tercabut 2-3 wayar sambungan ke otak ni dek kerana banyak sangat berpikir. Apa²pun, tahniah untuk diri sendiri dulu. Wakakaka..

Walaupun acara yang sepatutnya bermula pukul 9:30 pagi sudah tertunda hampir sejam. Namun segalanya tetap berjalan dengan lancar dan terkawal. Kalau dah namanya rakyat Malaysia, culture janji-lain-buat-lain tu memang kuat. Susah betul nak dapat event run on time. Kalau dah masa mulanya dah drag sejam, masa tamatnya pun ofcoz la efek sama nanti. Tapi yang penting, masa untuk lunch tak terjejas (untuk team yang kalah awal la). Untuk itu, terima kasih bergunung² diucapkan kepada team 'KFC-Ranjers' yang bergegas mengambil makanan sebaik masanya tiba. Korang memang terbaik la (walaupun kalah :P).



Rasa sangat² puas hati bila tengok muka² yang join semua happy. Gembira agaknya dapat keluarkan side of childish (ni aku punya peribahasa sendiri, jangan pertikai) dalam diri yang selama ni tersimpan. Masa ni la dapat tengok yang pendiam jadi aggresif, yang pemalu jadi aktif. Memang main tak hengat dunia. Lari sana, terjun sini, meniarap macam askar, tertonggeng macam ayam. Haih, kalau nak list down sini, penuh sampai lantai. Bie yang jadi fotografer pastinya seronok dapat tengok 'wayang free' di sana sini. Ramai jugak (ke hampir semua ek?) yang bawak balik 'tatu' 50 sen kat badan. Baik kaki, tangan, badan dan yang paling extreme kat leher (lovebite yang akan kekal kesan dan sakitnya untuk beberapa minggu), semoga mereka semua tabah membawa 'tatu' tu kemana. Come on guys, tu lambang keberanian tau! Congrates!! Not everyone have the guts like what you'll have.


Sudah pandai camwhore skang ek!


Bertepek!!


Identiti mangsa dirahsiakan.. :P
Kalau la itu darah, pastinya horror kan!


Tapi dalam semua moment yang aku lalui tu. Penat, tensi, rasa nak pengsan dan macam² lagi (juga kemarahan yang tak tertahan seperti dalam entry ini). Saat yang paling best ialah bila team aku (yang hanya aku sorang je pernah main sebelum ni) berjaya dapat champion!! Gelaran yang langsung tak terpikir di fikiran sebelum kami mula main sampai kami habis game masa qualification. Tapi, ternyata la kan. Pengalaman yang sedikit kalau kita manfaatkan bersama kawan² yang lain, pasti akan mendatangkan hasil yang baik. Jadi, jangan la kite kedekut ilmu okeh. Tak guna beb tunjuk hebat sorang, one man show (dengan niat nak bagi nampak shining lebih banding team-mates lain yang 'sayur') sebab kesudahanya tak la sebaik mana selalunya. Ini team play punya game, jangan nak bolot semua okey. Lain la kalau kita main badminton kan.


Gaya kena lebih!

Banyak yang kite boleh belajar dari permainan berkumpulan macam ni. Masa ni la kite boleh nampak sifat semulajadi seseorang. Sebab masa ni ibarat macam bertarung nyawa. Kite akan cuba menjatuhkan lawan kite sehabis baik. Time² camni la kite boleh tau sape dikalangan kawan² kite yang ada perangai buruk macam selfish, tamak, ego, poyo, eksyen terlebih dan tak boleh terima arahan / pendapat kawan² lain. Tapi bukan la semua yang kite nampak keburukan semata². Banyak jugak kebaikkan yang kite boleh tengok. Macam aku yang baik hati berkongsi ilmu (masuk bakul....?? :P), semangat juang yang tinggi, keberanian, dan jugak team work antara pasukan. (Pesanan untuk management - Tahun depan kasi la bajet lebih sket.. :P)

Dan, berkat perkongsian ilmu dengan niat yang baik (eceh!) maka ini yang aku dan kawan² se-team (bukan stim ye) dapat..


Eksaited!

See, berbaloi beb! Memang la kalau dibandingkan hadiahnya dengan kepenatan yang aku rasa tu tak sama nilainya. Tapi, kepuasan tu yang penting. Dapat main free, makan free, tak cukup ke?? Hahaha. Walaupun mungkin ada yang akan backfire dibelakang aku nanti, "die dah main 2 tahun, memang la boleh menang". Aku akan jawab balik, "hello, saya main 2 tahun bukannya hari². Sebulan sekali pun payah beb. Main pun macam sayur jek, jangan la jeles!".

Akhir kata, thank you so much untuk mereka yang sama² berjuang semalam. Kepenatan, kesakitan dan kelebaman yang dirasai tak sama dengan kepuasan yang kita dapat. Bukan senang kan nak dapat chance balas dendam dekat orang yang kite geram depan². Tanpa ada risiko kita akan dibuang keje mahupun diturunkan pangkat dan juga bermasam muka sepanjang hari bekerja. Siap lepas dah dapat balas dendam boleh duduk sebelah² makan ayam KFC sama². Kan syok gitu? Tak kira kalah atau menang, kite tetap sama. "Antara kita tiada pengalah, semuanya ialah pemenang" - Vince AF1.. :P

Nota kaki lapan: Saya rasa sangat sakit badan, siyes tak tipu!


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, May 21, 2010

Wahai hari Ahad, cepatlah datang dan cepatlah jugak pergi..

Ding dong..

Apa kes tiba² macam nak mengadu domba kan, ni semua kerana aku dah sangat serabut berdepan dengan keadaan hari ni. Sebelum aku bebel panjang², biar lah aku bagitau kat sini. Ahad ni, kampeni aku (atau lebih tepat Kelab Sukan kampeni aku) telah bemurah hati nak belanja kami main paintball. Itu adalah berita yang sangat menarik, tapi yang kurang menariknya aku dipaksa-rela menjadi manager untuk event ini. Hanya kerana aku ada pengalaman yang maha seciput siput ini, maka aku terpaksa-rela dengan tugasan yang diberi.



Takpela, aku tak kisah sebenarnya. Just that aku agak rasa tertekan dengan beberapa keadaan dan insiden yang berlaku. Bermula dari pencarian tempat, sampai la ke hari ni (hari terakhir untuk confirmation), ada je masalahnya. Lepas satu, datang lagi yang lain. Naik berlengas aku nak settlekan semua benda. WHY?!! Hari ni pulak, baru dapat tau ada teams yang tak cukup orang atas alasan ada team-mates yang FFK (missing in action). Terpaksa tarik diri di saat² akhir. Pastu tak bagitau aku. Nak kena tunggu aku tanya jugak baru bukak mulut. Tak ke hangin aku dibuatnya. Dah la nak mencari replacement tu adalah hazab giler!

Tu belum lagi campur dengan masalah player yang agak rasa kurang percaya dengan event organizer. Tak buatkan table game, diorang mintak buat. Bila dah buat, banyak pulak komen. Takut tak cukup pellets la, takut tak cukup masa la, takut yang macam² lagi la. Aku pun tak tau sape sebenarnya yang experienced skang ni, diorang ke organizer? Kalau dah banyak sangat citer, apa tak organise sendiri je kan. (Oops, jangan marah.. Cool.. Cool..)

Mula² aku ikutkan jugak kehendak diorang² ni. Tapi lama² fedup la jugak. Asik nak tukar itu, tukar ini. Sampai dah hari² terakhir pun nak mintak tukar macam². Serabut kepala aku nak layan semua. Sudahnya, aku potong semua cakap diorang. Kalau nak tau apa², aku boleh mintak organizer call and advise. Boleh pulak senyap pastu. Tau pun yang diorang (organizer) tu lagi berpengalaman. Nasib baik la senyap, kalau tak senyap agaknya mau je aku resign jadi event manager. Dah bagi aku jadi manager, biar la aku manage.

Yang tambah memburukkan keadaan, ada pulak 'lalat' yang poyo konon macam pro sangat. Dok arah aku itu ini, tanya itu ini. Tapi hakikatnya, dia baru main sekali. Bila citer, kalah gaya askar pegi perang kat Iraq! 'Lalat' yang annoying sungguh.

Aku tau aku ni bukan project manager / event manager yang experienced. Tapi jangan la tekan aku banyak² sangat. Kang aku give up, pastu chow gitu je baru tau kan. Dah la dari awal aku je yang deal, sorang pun takmo involved sama. Dah tu bila aku dah setting semua cantek², ramai pulak 'lalat' yang datang (eh, ramai? macam tak sesuai je kata penghubung tu kan). Datang kalau nak membantu takpe jugak. Tapi ni ramai nak menyibuk, nak men'kondem' orang je. Camne la aku tak angin. Cuba bagi support sket, sejuk la hati aku kan. Kang aku cakap lebih, kata aku racist plak. Haisyh..!!

Oklah, malas mau serabut banyak². Apa yang penting, aku dah buat sehabis baik. Apa result dan outcome yang datang, aku terima je. Jangan la anggap aku ni expert bab² event management ni. Aku ni manage event dengan kawan² & family je, boleh la. Bila dah membabitkan orang luar lebih² lagi aku tak kenal. Memang aku banyak je benda nak sembur. Nasib baik la tahap kesabaran aku di tahap tinggi lagi. Tapi dalam sabar² tu, ada jugak 'lalat' yang sentap sebab aku ignore dengan die punya pertanyaan, hahaha. "Dah tu, kau tanya soalan tak smart langsung la bro, camne aku nak jawab. Padahal semua benda aku dah bagi, kau nak apa lagi ha?? Kata dah pro sangat penbol!".

Semoga aku dikurniakan kesabaran yang panjang. Semoga semua orang enjoy main paintball nanti. Semoga event ni berjalan lancar biarlah walau tak sempurna sekalipun. Ada aku kisah? Aku tau sampai masa, dapat je marker dah ada target yang memang aku idam²kan sangat! Lama siot tunggu nak shoot lepas geram..

Nota kaki lapan: Muak la layan diorang yang poyo itu. Baik layan suami ke, DVD ke, karaoke ke. Lagi syok!

Till my next post..

Bye bye bye..



-END-

Sunday, February 28, 2010

Ber'gathering' sambil paintball

Sabtu lepas aku dan bie menghabiskan sebahagian hari kami ber'gathering' bersama beberapa bloggers yang lain. Aku yang tau agak last minute hanya datang sebagai penonton yang menambahkan lagi dan memenuhkan ruang yang ada. Ini kali pertama aku join gath yang dianjurkan bloggers yang rajin² belaka. Selalunya aku hanya jadi pembaca dari jauh je. Tapi, disebabkan kali ni punya gath agak menarik hati, aku putuskan untuk join. Paintball!! One of my favourite activity recently kan. Walaupun tak dapat main, dapat tengok pun jadi la.

Masa yang ditetapkan untuk berkumpul ialah sebelum pukul 10 pagi kat depan pintu masuk zoo negara. Tapi sudah menjadi lumrah 'janji melayu', timing itu sudah tentunya sekadar angka yang tak menjanjikan apa². Aku tiba sebelum jam 10 (padahal kalau pegi main paintball sendiri tak pernah pon punctual, haha). Penganjurnya, melz da romeo sudah pun sedia menanti. Dan juga beberapa lagi bloggers yang aku langsung tak kenal! Sehinggalah salah seorang dari mereka mengenalkan diri sebagai jogger. Itu jela antara blogger yang aku kenal (nama saje, bukan muka) sebelum ni. Menunggu hampir setengah jam sementara menanti arahan seterusnya daripada organizer. Lebih kurang jam 10:30 pagi, kami diberi arahan untuk ke McDonalds berdekatan. Aku hanya menurut arahan. Bersarapan (walaupun sebenarnya kat rumah dah sebat sebungkus nasi lemak) kat McDonalds. Kat sini la baru aku nampak muka masing2. But yet, still tak kenal sesapa, huhuhu. But what to do, just follow the flow.

Bersarapan untuk kali yang kedua :P

Sila la cari sendiri ikut map dan address tu ye!

Sila cari brader ni yang bernama "Bro" kalau nak dapat diskaun!!
Selagi stok masih ada... :P

Lebih kurang jam 11:15 pagi, baru la kami mulakan perjalanan ke tempat yang sebetulnya nak dituju, Kombat Zone Taman Melawati. Aku yang hampir² ditinggalkan kat belakang berjaya jugak mengejar semula semua ahli rombongan. Sesampainya kat tempat yang nak dituju, aku agak terkejut jugak dengan 'pintu masuk' tempatnya yang sangat mencabar, licin dan perlu didaki dengan berhati². Teruja jugak la, naik terus kadar adrenalin dalam tubuh, huhuhu. Namun bagus jugak la keadaannya begitu sebagai menggambarkan betapa mencabarnya apa yang menanti di dalamnya nanti. Sesampainya kat atas, tempatnya memang sangat² nyaman dan menyegarkan.

Daki selagi terdaya..
Takde la tinggi pun sebenarnya, hehehe

Disebabkan aku tak terlibat dalam acara perang tu, maka apa yang aku buat hanyalah snapping around, sambil perhati gelagat orang lain yang sama² jadi penonton. Bie yang nampak sangat teruja sebab selama ni die duduk dalam field, ni la first time die merasa nak tengok orang lain main secara live. Dalam hati masing² geram je rasa nak turun padang. Especially bie la, aku memang dah biasa jadi penonton :P

Barisan pelakon utama dan pelakon tambahan juga..

Pom-pom gurls! huahuahua...

Lepas hampir 3 jam melepak kat situ, aku & bie mintak-diri-nak-bawak-balik lebih awal. Sebab perut masing² dah berdondang sayang irama keroncong tahap kelapan! Tinggal la mereka yang masih bersuka ria lagi kat sana. Nevermind, bulan Mac cadangnya nak try field kombat zone. Jadi para pejuang R&D sekalian, sila asah bakat dive dan slide anda semua okey! Aku? Yes, seperti biasa. Masih direhatkan dari sebarang aktiviti lasak dan ganas buat sementara waktu. Jadi cameraman lagi la gamaknya nanti, hehehe.

Penganjur yang bertugas pada hari kejadian
Good job Melz!

Kepada penganjur gath kali ini: terima kasih daun keladi, kalau sudi lain kali organize la lagi. Usaha murni anda untuk mengeratkan silaturahim yang sudah sedia terjalin ataupun baru nak dijalin (tapi bukan kicap jalen) amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Nota kaki lapan: I memang pemalu dan anti-sosial dan juga sangat low profile.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Wednesday, February 10, 2010

Paintball Vol. 6

Paintball sekarang ni sudah menjadi aktiviti bulanan untuk bie dan kawan² opis juga ex-opismet (ada beberapa yang dah tukar keje, tapi still contact dan hang out bersama). Dan untuk kesekian kalinya, aktiviti paintball ni diadakan lagi. Tempat yang menjadi pilihan juga dah ditetapkan, Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Kalau ada yang mengikuti perjalanan cerita² paintball ni, tau la bahawasanya ini adalah kali ke-6 kami mereka ber'paintball'an. Dan untuk kali ini aku sama sekali dilarang keras untuk sama² menyakitkan badan yang tough lagi gebu ini. Huhuhu. Ini semua sebab paintball bulan lepas aku telah secara tak sengaja mencederakan diri sendiri yang bukan diakibatkan oleh pellet yang berterbangan. Tapi sebab aku secara tak sengaja telah menterseliuhkan ankle kaki kanan aku dan sesungguhnya ia amat sakit!! Mendapatkan khidmat urut dari jiran sebelah kat rumah mom-in-law sambil dibebel². Jadi, kerana tidak tertahan lagi menanggung sakit kena urut (bukan sakit main tu :P ) maka aku ambik keputusan untuk bersara seketika dari dunia paintball. Tapi, semangat tetap bersama. Kini aku hanya mampu jadi jurugambar bebas jela setiap kali bie main paintball. Jurugambar merangkap penonton merangkap pengkritik merangkap tukang lap peluh merangkap segala²nya la untuk bie tersayang :P..

Persediaan...

Untuk pengetahuan anda semua. Aktiviti tembak² ini telah menaikkan semula semangat aku untuk bersukan. Memandangkan sejak aku abis belajar, segala aktiviti bersukan yang aku sertai selama ni terhenti serta-merta. Maka, disebabkan itu jugalah badan ku ini jadi makin gebus debus². Jadi, bila saje bie ajak main paintball masa mula² dulu. Aku memang terus angkat tangan, "nak main jugak!!!!". Nasib baik la aku ni mendapat suami yang sporting tahap kelapan. Die memang berbesar hati 'sponsor' aku main setiap kali ada game (note to pejai: rahsia kite jangan dipecahkan okey!). Maka sejak dari itu, bermula la episod drama bersiri bulanan aku bermain paintball.

On mission.. Semua serius cam perang betul tu!!

Tapi sayang seribu kali sayang, dengan pengunduran diri sementara aku dari dunia paintball ini. Maka, negara ini telah kehilangan seorang pem'paintball' yang amat berbakat besar. Eceh, takde la. Aku newbie lagi. Pegang marker pun menggigil lagi. So far, melihat dari jauh pun seronok jugak. Dari situ aku boleh belajar dari kesilapan yang aku sendiri takkan perasan kalau aku berada dalam map. Dan memandang kepada pasukan yang dari asalnya takut² akhirnya dah menjadi berani seumpama kamikaze. Ada sikit bangga dalam diri aku sebab aku adalah sebahagian daripada mereka. Fuh, statement cam politician! Hahahaha. So, aku respect la sebab game kali ini, semuanya menunjukkan aksi gagah berani sebab takde sorang pun pakai vest. Semua boleh tak sedar pun rupanya masing² tak pakai protection penting untuk badan halus mulus mereka itu, haha. Akibatnya, adalah segelintir antara mereka yang pulang dengan bekas² yang akan kekal berbulan lamanya. Sakitnya? Haha, hanya kami yang lebih memahami. Biar sakit, janji hati puas. Lega segala stress dan bebanan kerja yang digalas otak masing² kat opis!!

Sakit tu kejap je, kepuasan yang penting.. Gambate!!

Camnepun, tahniah la diucapkan kepada encik organizer (sapekah die ye??) yang tak jemu memastikan aktiviti ini berterusan saban bulan. Walaupun bermacam dugaan yang datang, tak cukup orang la, last minute cancellation la, itu ini la. Tapi atas semangat juang yang tinggi, aktiviti ini tetap dapat diteruskan dengan jayanya. "Suruh datang main perang² pun susah, belum suruh pegi perang betul² lagi.." - kata² ini pun sangat menusuk kalbu kalau didengari oleh seseorang yang berkenaan itu. Tapi I gurau je okey, jangan marah! :P

Satu²nya gambar aku yang terselit di situ..
Berlatar belakangkan Empangan Batu..

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak mencuba aktiviti yang sangat happening ini. Sila la contact saya ye. Saya berbesar hati akan meng'arrange'kan untuk anda. Tak rugi kalau mencuba walaupun sekali. Kalau tak cuba, mana kan tau apa nikmatnya. Jangan nanti dah cuba, tiap² bulan mau pulak!!

Nota kaki lapan: Kan bagus kalau saya ada DSLR yang berkuasa tinggi. Boleh la shoot gambar yang lebih solid hasilnya!! Hurmm...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, November 13, 2009

Perjuangan tak pernah padam

Agak kebosanan hari ni. Jumaat penghulu hari, Jumaat penghujung hari bekerja, tapi aku rasa hari ni macam sepi bosan je. Kenapa ek? Keadaan opis yang orangnya tinggal beberapa kerat je ni menambahkan lagi kesunyian. Bayangkan saje la, opis yang sepatutnya dihuni oleh lebih 40 orang kini hanya tinggal 7-8 orang di dalamnya. Yang lain buat masa ni ditempatkan kat opis di Cyberjaya atas sebab² tertentu. Jadi, opis aku yang memang dah sedia sunyi (walaupun semua orang ada dulu, keadaan sunyi jugak), kini bertambah² sunyinya. Takpela, lebih baik begini daripada suasana hingar bingar mesin yang aku lalui suatu ketika dulu.

Pagi tadi bangun agak lewat (haha, hari² pun lambat sebenarnya). Seusai bie siap mandi, terus die kejutkan aku. Dan macam biasa jugak aku bangun dengan malas yang amat sangat. Siap mandi dan bersiap, terus start masak untuk sarapan. Lebih nasi putih malam tadi aku gorengkan saje. Dalam pada kelewatan tu sempat jugak aku mengetuk kuali kan. Bukan setakat ketuk kuali, tumbuk cili bawang semua sempat. Hehehe. Tapi hanya tapau untuk bawak ke opis. Takut kalau makan kat rumah, memang ada la yang sampai opis pukul10 nanti. Siap masak dan tapau. Aku tiba² teringat nak snap gambar seluar askar yang beli minggu lepas untuk paintball esok. Tiba² bie bersuara, "simpan gambar tu untuk update bulan depan jela ye. Kite tak jadi nak main esok".. Huhuhuhu, tak jadi ke? Aku punya la dah bersemangat waja nak main tembak² esok. Almaklum, kan yang last game tak dapat main. Tapi takpela, gambar tetap akan publish. Yang bulan depan, tu lain cerita pulak la kan. Jadi sementara untuk menantikan next game, sempat la aku berjogging barang seround dua (ye ke nak jogging ni?) untuk menaikkan kembali stamina yang kian menurun. Asyik mengah dan cepat penat sekarang ni. Mana taknya, bawak 'beban' lebihan kan.


Persediaan untuk berjuang nanti!!

Owh, dalam pada kebosanan hari ni. Ada jugak perkara yang bestnya. Hari ni gambar yang aku nantikan akhirnya tiba juga. Mungkin ada antara anda di luar sana pernah dengar atau terbaca tentang review eoe kan? Perkhidmatan printing gambar secara online. I love technology!! Aku boleh submit dan terima pesanan aku hanya dengan hujung jari. Dan yang lebih best, kadar bayarannya yang aku rasa setimpal dan amat berpatutan. Sebenarnya sekarang ni pihak eoe ada buat reward untuk sesiapa yang review tentang eoe online ni. Tapi buat masa ni aku belum terasa nak review sepenuhnya lagi. Masih mencari jika ada sebarang kelemahan padanya. Setiap yang baik tu pasti ada kelemahannya di mana² kan. Insya Allah, andai ada kerajinan aku nanti, ada la review tentangnya. Yang pasti, setelah beberapa kali menggunakan khidmatnya, aku agak berpuas hati dengan hasil yang aku dapat. Berbaloi baloi dengan bayarannya.


Semua sekali ada 8 album.
1 album ada 40 keping. Sila kira sendiri ye..


Dengan adanya perkhidmatan yang seperti eoe ni, tak payah la aku nak ke kedai gambar kalau nak print gambar yang menimbun² dalam simpanan mahupun yang baru. Almaklum la, sejak hidup dengan dunia camera digital ni, gambar yang tersimpan jadi bertambah². Pantang ada event, walau sekecik mana pun mesti ada gambarnya. Maka, eoe ni macam jadi pelengkap untuk orang² yang malas macam aku ni kan. Klik sana, klik sini. Tau² gambarnya dah pun siap dicuci. Tunggu beberapa hari, "Cik(ceit!! nak jugak guna 'cik'), ni parcel untuk cik". Best kan!


Nota kaki lapan: Saya agak frust esok tak dapat main penbol! Ditujukan untuk seseorang..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, October 24, 2009

Paintball again.. Tapi ku hanya melihat dari jauh..

Happy weekend everyone!! Aku baru selesai menjamu selera bersama bie tersayang. Hari ni sangat penat dan itu membataskan aku untuk merajinkan diri nak memasak sendiri kat rumah. Jadi, melayanglah beberapa ringgit kat kedai makan tadi untuk menjana ekonomi negara,hehe. Dah dua malam la nampak gayanya aku tak memasak. Mujur Bie memahami kepenatan isterinya ni yang bertungkus lumus pagi tadi menyediakan makanan untuk paintball game kami mereka.

Semalam memang dah merancang nak makan kat luar je sebab kebetulan kami nak ke downtown Kota Damansara. Jadi, alang2 nak keluar tu lagi baik makan kat luar je. Tambahan pulak keesokkan harinya ada misi penting yang mesti aku laksanakan. Tugasan pertama sebagai jurugambar jemputan khas memaksa aku untuk memastikan persediaan mental dan fizikal cukup lengkap. Kalau tak, pastinya bidikan camera-DSLR-pinjam aku tu tak menghasilkan pulangan yang memuaskan. Kunjungan ke downtown Kota Damansara semalam pulak bertujuan nak membeli gloves untuk digunakan Bie masa paintball esok. Wah, dah gaya2 paintballer terlatih je gayanya (padahal main baru 4 kali, hahaha).


Suasananya macam makan kat rumah.. santai je..

Seawal 6:30 pagi aku dah bangun (hari keje pon aku tak bangun awal camni). Aku kena siapkan bekalan makanan yang nak dibawa ke sana nanti. Dah menjadi kebiasaan, aku akan sediakan lebih. Cukup untuk menampung semua yang ada nanti! Walaubagaimanapun, ini kali pertama aku terpaksa melupakan keseronokkan bermain paintball demi memberi ruang kepada yang lain untuk berseronok dalam field sementara aku snap setiap movement yang menarik pada pandangan mata aku. Ternyata, bukan mudah tugasan aku kali ni. Manakan tidak, aku shoot camera dalam keadaan orang lain sedang seronok shoot pellet mereka. Andainya ada peluru sesat yang melayang ke arah aku, tak ke lebam badan dibuatnya! Tapi nasib aku benar2 baik, walaupun tanpa perlindungan dari vest, takde satu pun pellet yang sampai kepada aku. Syukur.


Satu2nya gambar yang ada aku dalam DSLR tadi

Satu lagi yang menjadi kesukaran sepanjang menjadi photographer siang tadi ialah, sudut pandangan mataku yang terbatas. Disebabkan aku memilih untuk sama2 berada dalam kawasan netting, maka aku diwajibkan untuk memakai mask. Yang mana ia amat menyukarkan aku untuk melihat terus melalui corong lense (tak tau nak panggil benda tu apa) update - view finder namanya, thanks Bie. Jadi, dengan serba kepayahan aku meneruskan tugasan (cewah, cam professional job pulak rasanya).


By the way, kamera ni tak boleh tengok melalui skrinnya ye adik2..

Dan hasilnya, lumayan! Terima kasih banyak2 kepada adik aku yang sudi meminjamkan DSLRnya pada aku sepanjang sebulan ni. Sempat la aku nak berlatih dan belajar serba sikit fungsi DSLR dan ilmu fotografi yang akhirnya dapat aku praktikkan pada game pagi tadi. Kalau mengharapkan hanya pada camera compact, harapan itu pastinya hanya tinggal angan2.

Selesai game, macam biasa aktiviti mandi2 pulak mengambil tempat. Aku tak dapat nak join sebab terlupa bawak tudung extra. Damn!! Tapi takpela, dapat jugak aku snap sekeping dua gambar. Kepada yang berminat nak mencuba bermain paintball kat sini, boleh inform aku anytime. Aku boleh arrangekan untuk korang jumpa direct atau berbincang dengan tokey tempat ini which is kawan kepada Bie. Korang boleh pilih samada nak cuba jungle war ataupun main dalam field macam yang kami main tadi. Tempatnya dekat je, satu kat Ulu Yam, satu lagi kat Hulu Langat. Bonusnya kalau main kat Ulu Yam, lepas je main boleh terus terjun dalam sungai yang letaknya tak sampai 50 meter dari padang tempat game berlangsung. Sungai private!! Memang best, cuba la jangan tak cuba.


Seronok semua melepaskan lelah.

Akhir sekali, tahniah kepada yang menang (team Encik Bie saya :D ) dan takziah kepada yang kalah, hehehe. Koleksi gambar2 boleh dilihat dalam Flicker saya (belum upload lagi buat masa ni), dan jugak akan ada dalam FB Bie (hampir semua shot) dan FB aku (selected shot).

Petunjuk:
Pellet - bola yang mengandungi cat a.k.a peluru..
Mask - topeng muka
Vest - baju keselamatan
Netting - kawasan permainan


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 09, 2009

Paintball Vol. 2

Sabtu lepas kami berpeluang meneruskan aktiviti paintball yang cancel pada minggu sebelumnya atas sebab kekurangan ahli. Aktiviti diadakan seperti biasa (ceh, biasa la sangat.. baru 2 je kali pun mainnya) bersama dengan kengkawan opis my dearest hubby. Lokasi yang menjadi pilihan masih jugak sama seperti dulu. Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Paintball kat tempat ni berkonsepkan jungle war. Dah kalau namanya jungle, mesti la mainnya pun kat dalam hutan kan. Tapi takde la merisaukan sangat sebab hutannya masih boleh diterima tahap ketebalannya (dalam kawasan dusun sebenarnya). Yang bestnya, kalau main kat sini kena la tahan lasak sikit. Sebab tunggul kayu, pokok buluh, ranting² halus ada di mana². Malah lipan pun boleh melintas kat kaki tanpa kite sedar. So, sebelum mula main, kena sentiasa remind diri sendiri supaya berhati² sepanjang masa. Sekali je tersilap langkah, padah menanti. Huhuhu, scary issit?


Pose sporting bersama team lawan..



Aksi² sepanjang aktiviti berlangsung....

Malang tak berbau. Walaupun aku berjaya mengelakkan peluru² sesat yang datang. Tapi ke'over excited'an aku dah memberikan aku hasil yang parutnya boleh dibawak sepanjang hayat. Dalam game pertama, aku menunjukkan aksi slide yang hebat tapi malangnya kaki aku terluka (tak tau la kena kat kayu ke apa ke). Akibatnya, sampai ketika entry ini ditulis. Lukanya masih terasa sakit. Mungkin agak dalam kot. Jadi ini menambahkan lagi koleksi parut sedia ada pada kaki kiri aku, huhuhu. Tapi semua itu berbaloi. Sebab akhirnya yang menang tetap team kami. Yahoo!! Menang pada game pertama dan kedua, tapi tewas di game terakhir. Aku adalah the last person remain. Kalah game terakhir pun bukan sebab kena tembak, tapi sebab kehabisan pellet. Kalau tak, memang berbekas la badan Anip (opismate bie a.k.a teammate bie jugak) yang kebetulan lalu betul² depan aku masa tu. Nasib die baik je tu, hehe.





Anyway, ia tetap adalah hari yang enjoy untuk kami semua hari itu! Bukan kemenangan yang kami kejar pun. Tapi keseronokkan dan peluang melupakan sekejap hal² kerja yang menimbun tak pernah abis kat opis tu. Sesekali dapat released tension camni, memang best sangat. Terasa macam kembali ke zaman kanak², main kombat² dengan senapang kayu buatan sendiri dan peluru terung. Hehehe, bestnya zaman² yang berlalu tu kan. Dan seperti biasa, lepas main tujuan seterusnya semestinya mandi sungai. Sg Congkak jadi pilihan kali ini. Dapatlah berendam kejap melepaskan penat lelah berlari dan berguling-gulingan dalam hutan tadi.



Jadi sampai di situ saje la aktiviti kami pada hari tersebut. Masing² pun dah refresh + lega lepas dapat berendam dalam air yang sejuk dan dingin. Isi perut dengan bekalan yang ada, bersiap² dan lepas tu terus balik. Dalam perjalanan pulang, sempat aku & bie singgah beli beberapa biji durian untuk dijadikan bekalan makan kat rumah pulak. By the way, kebetulan tempat kami berhentikan kereta tu betul² kat kawasan air panas. Ada 1 kolam buatan (betul² dekat simpang masuk ke IKBN Dusun Tua). Aku ingatkan hanya kolam biasa. Rupanya air dalam kolam tu panas. Sempat jugak la try masukkan kaki dalam tu. Huhuhu, panasnya! Camnela ada orang boleh berendam dalam air panas camtu ek? Tak masak ke daging? Hehehe. So, kalau ada yang melalui jalan tu, singgahla try rendam kaki dalam tu. Sure terlompat kejap sebab terkejut. Amacam, ada berani? Hahaha..


Kalau malam² sure aku tak singgah. Scary jek!

Till my next post.. Bye bye bye..

-END-

Related Posts with Thumbnails