Showing posts with label Makan dan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Makan dan Jalan. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Makan: The Gardens

Ding dong..

Tiba2 lapar di petang hari. Jadi marilah kita buat entry pasal makan supaya perasaan lapar itu akan bertambah mekar di perut yang sedang berkeroncong ni. Nasib baik ada beli roti tadi, satgi bleh layan roti bakar. Hujan2 confirm layan punya la. 

Ahad lepas teman abahnya Hanan ke opis. Dia ada keje nak kena handle, nak ngadap para developers bawahan dia (eceh!). Kebetulan dapat jemputan dari akak aku untuk sambut birthday big boy Alif, dah 12 tahun umur dia tahun ni. Besar panjang dah, eh bukan2, besar lebar. Hahahahaha! Jadi, Hanan & ibu terpaksa la ikut abah pegi opis di pagi Ahad yang indah tu.

Masa baru sampai elok je dok dalam carseat ni.
Ada la 10 minit..

Nasib baik Hanan tak banyak ragam sangat sementara tunggu abah settlekan urusan keje dia. Walaupun kadang2 Hanan merengek2 nak turun bawah la, nak meniarap la, nak main keyboard la & macam2 lagi dia nak buat. Tapi ibu berjaya jugak pujuk dia supaya sabar. Lastly, lepas hampir 4 jam melayan kerenah dia, akhirnya dia tido jugak. Dia dah start ngamuk2, ibu pun sumbat terus nenen kat dia masa tengah ngamuk2 tu. Selamat! 

Memandangkan abah settle keje dah dekat pukul 2, maka terus ke Alamanda mengisi perut yang dah nyanyi lagu riang. Masuk2 dari parking, terus tengok apa ada menarik untuk dimakan. Tiba terpandangkan The Gardens dalam map, terus pegi situ jela. Sebab last time nak try masa kat Sunway Pyramid, tak jadi sebab situ takde halal cert. Yang kat Alamanda ni confirm ada, that's why takde serve alkohol kat situ.

Aku order Spaghetti Seafood Arabiata, bie pulak order Sirloin Steak. Kami ambik Spring Roll as appetizer. Eksyen tu, takmo order nasi2 la kan dua2 pun. Dah alang makan kat tempat ala2 mat salleh, makan pun nak selera mat salleh jugak, poyo je! Hanan tak makan apa2, makan kain je. Abis basah kain carrier dia kena kunyah2. Aku biar je, janji dia senyap. Dia pun dah nak duduk dalam baby chair, senang sket nak makan.

Makanan..

Ikut pada selera aku, ok la rasa makanan yang diorder hari tu. Nak kata sedap sangat pun tak, sebab aku dah makan kat tempat lain yang lagi sedap kot. Janji cukup rasa, ok la tu. Lain kali boleh try lagi menu2 yang lain pulak. Menu dia pun bukan la western je, ada jugak nasi lemak kalau aku tak salah pandang. Sebab aku tak membelek sangat, pasal masa tu memang dah set kepala otak aku nak makan spaghetti je. Takmo tengok2 benda lain.

Air adalah total big failure! Aku order mango juice. Tapi nan hado la juice weh, kordial je dia kacau pastu bubuh ais. Hampeh sunggu, rege sampai RM8! Baik aku order capuccino ke apa, pueh hati. Next time kalau makan sini I will never order juice anymore!!

Yang aku paling suka suasana dia yang mendamaikan. Macam betul2 duduk kat dalam taman rasanya. Siap ada sediakan tempat makan yang ada buai2 as kerusi. Tapi aku takde la nak duduk meja macam tu, lagi rela duduk atas kerusi biasa. Kang dibuatnya Hanan buat perangai takmo dak dalam baby chair, dah payah aku nak makan berbuai2 tu. At least kalau makan kat kerusi biasa, makan sambil pegang Hanan pun still boleh control lagi.

Boss ni asik la dengan henfon dia, tak abis2 lagi hal keje..

2 orang buah hati ibu.. :) 

Oops!

Ok, dari 5 bintang saya bagi 3..

Sekian..

Tuesday, July 10, 2012

Jammed packed!!

Ding dong..

Adeh, tertangguh2 nak menaip dari Jumaat lepas. Asal mula nak menaip je, mata ngantuk. Asal mata ngantuk je, masa tu la baru rasa nak menaip. Sudahnya, terkubur niat nak mengupdate. Begini la nasib ko wahai encik blog, selalu dipinggirkan. Padahal ngadap laptop hari2, tapi pemalas!

Weekend baru2 ni banyak betul program. Tak duduk diam kat rumah la jugak. Asalnya nak ke Kuantan, trip mencari makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur. Tapi berkesudahan dengan ketidakjadian sebab salah sorang ahli rombongan jatuh sakit. Kesian cik adik Farah, sampai warded dengarnya sebab kena bronchitis. Moga2 dah sembuh sepenuhnya la. Tak sempat nak pegi melawat, tak berkesempatan.

Disebabkan program Kuantan dah cancel, maka program gantian mengambil tempat. Masa dok pikir2 mana nak pegi, salah sorang ex-opismet bagi cadangan suruh pegi cari baju raya. Aku memang tak tempah baju lagi, padahal dah nak masuk bulan puasa ni. Bie pun asalnya tak cadang nak buat baju melayu tahun. Tapi lepas aku pujuk2, dia pasrah jela dengan pujukan aku. Tahun ni kami nak ber'biru2' pulak. Hehehe.

Pagi Sabtu, bangun bermalas2 dulu kat rumah. Sebab takde apa nak dikejarkan sangat pun. Lagipun malam Jumaat tu tido lambat sket sebab melayan Hanan yang taknak tido. Jumaat malam sempat pegi Williams Setapak. Layan tekak yang dah lama teringin nak makan kat sana. So balik dah agak lewat. Hanan dah puas tido dalam kete masa perjalanan balik. Sampai2 rumah dia bantai ajak borak dengan dia.
  
Yang sorang lagi tu anak sulong kami, besar dah kan. Hahahaha.. 

Saya makan seslice pizza je, caye tak?
 
Ini la boss kecik saya, steady kan dia!
Tengah landing2, bie ajak pegi KL Sentral beli tiket Hanan untuk pegi Padang bulan 10 nanti. Dah alang2 takde apa nak buat tu, aku on je. Balik dari KL Sentral, terus ke Keramat. Cari tempat tempah baju yang kawan aku citer. Tapi sampai situ just tanya harga tempah & tengok2 yang dah siap. Tak beli pun. Lepas tu, sempat singgah restoran nasi arab kat Jelatek, Restoran Nasi Arab SABA. Makan2 lepas tu terus balik.

Skang ibu dah start belajar pakai wrap ni nak kendong Hanan..

Dah lama bie nak belanja aku makan nasi arab ni, tapi asik la tertunda. Dari sebelum pregnant, sampai Hanan dah masuk 3 bulan! Tapi sebenarnya aku bukan la beria sangat pun nak makan. Sebab aku ni bukan fancy sangat dengan benda2 makanan berunsurkan kambing2 ni. Dah pegi makan nasi arab pun, order ayam jugak. Sama jela lebih kurang macam makan nasi briyani ayam kat mana2. But anyway, thanks hubby. Rajin benar melayan tekak isterimu ini. Bertambah gemok la aku tak lama lagi, huhuhuhu..

Malamnya ada program makan lagi. Berapa banyak kali nak makan daaa. Tapi ni melayan tekak bie pulak. Plan yang last minute jugak sebenarnya. Mula2 setakat gurau2 je cakap, sudahnya betul2 pegi. Repeat makan steak kat Ayers Rock. Last makan hari tu sehari sebelum aku masuk wad nak bersalinkan Hanan. Sebab masa tu bajet2 lama lagi la baru dapat nak makan situ lagi. Kenangkan ada anak kecik lepas tu kan. Mesti pergerakkan terbatas nak keluar2 malam.


Tapi, disebabkan Hanan dah menunjukkan ciri2 sporting dia setiap kali keluar, so berani la nak bawak dia. Padahal malam sebelum tu dia dah tido lambat kan, sian anak ibu kena layan kerenah parents dia yang suka merayap. So far, dia dah mula boleh tolerate kalau kitorang keluar makan ke apa. At least dia takde la mengamuk2 nak tido la apa la. Suka la ibu & abah dia kan. Tunggu dah besar esok2 kita tengok camne plak ragam dia.

This is the prove yang ada anak kecik bukan penghalang untuk kita bersosial dengan kawan2. Yang penting kita kena pandai la nak tackle anak tu aku rasa. kalau dah dia jenis cepat bosan, sekali sekala kena la layan dia jugak. Kalau dia jenis suka tido, kena la bagi dia tido dulu sebelum keluar. But, setiap orang lain cara. And this is my way. Train Hanan dari baby2 so that bila dia besar nanti dia dah biasa dengan perangai ibu & abah dia yang suka berjalan tak kira masa.

Hari Ahad cadangan tak rasminya nak balik Semenyih. Sebab hari Isnin kami semua nak ke Melaka. Nak ikut encik abah bekerja. Dia kena outstation 3 hari. Dah alang2 aku dah jadi housewife & Melaka pulak dah macam negeri aku jugak (sebab penah duduk sini 2 tahun), so aku decide nak ikut sama. Tapi sebab barang satu apa pun tak kemas lagi, plus Hanan pulak bukan main lagi tido bangun lambat. So, bertangguh2 sampai ke tengahari.

Dalam kul 1:30 camtu dapat call dari Zura, my bff dari 10 tahun lepas (weh, 10 tahun dah kita kawan kan? tak sangka!!) cakap dia nak datang serang rumah aku. Sebab kitorang ni ada perjanjian lepas aku pindah rumah dulu. Janji kononnya diorang akan datang lepas aku ada baby. Masin mulut tuan badan tu, boleh mintak doakan dapat project margin juta2 ni, boleh aku mintak bie belikan banglo pulak! Hahahaah (gelak evil). Maka skang aku dah ada baby, diorang kena kotakan la. Kalau tak nanti aku akan menghantui tido malam diorang.

Maka cancel la plan balik Semenyih. Tunggu je diorang sampai. Sempat la aku siapkan pasta resipi-ikut-suka-aku 2 pinggan besar. Tau dah ada tukang habiskan nanti, tak risau. Janji pukul gerak dari Putrajaya, tapi pukul 5 baru terhegeh2 call tanya alamat. Ceh, dasar melayu, janji takleh pakai. Nasib baik aku ni ada mix2 sket, janji memang ditepati selalu.

Makan-borak-gelak-makan-borak-gelak, tu saja la kejenya kalau jumpa budak2 ni. Rumah aku yang biasanya sunyi sepi, bergegar2 jugak la dengan ketawa segala. Masing2 ni kalau dah jumpa, tak sakat menyakat tak sah. Kira kalau tiba2 diam membisu seribu bahasa tu, memang pelik la. Sampai terkejut2 Hanan dengan orang ketawa kuat sangat. Yelah, ibu & abah dia kan bersopan santun. Mana biasa ketawa kuat2 ni. Hahahaha (ketawa tutup mulut dengan tangan ni tau, sopan :-p ).

Anyway, thanks la korang. Sudi datang ke teratak kami yang sekangkang kera ni. Rumah tak besar mana, jadi memang senang la nak borak2. Jarak dari meja makan ke ruang tamu tu tak sampai 10 langkah kan. Jadi takleh la nak mengumpat sangat kan. Nanti senang terdengar.

Dan semalam, kami sekeluarga (3 orang je pun) selamat sampai Melaka. Pagi2 dah bersiap & gerak ke opis bie dia nak ambik barang. Lepas siap breakfast, terus gerak. Hanan tido je sepanjang jalan sebab sebelum gerak tu aku dah bagi ubat selsema kat dia. Sian anak ibu, seminggu dah selsema tak baik2. Jangan sampai demam la mintak2nya.
Muka budak yang happy dapat tido puas2..

Bila masuk je plaza tol Ayer Keroh tu, terasa macam down with memory lane. Banyak jugak kenangan aku kat negeri ni. Sebab kat negeri ni la bermulanya episod kerjaya aku. Dan kali ni aku datang dengan gelaran baru. Ibu & isteri sepenuh masa. Datang pun bukan sebab nak bercuti macam sebelum2 ni. Tapi datang menemankan suami outstation untuk tugasan dia. Rasa lain yet still happy.

Kalau dah sampai sini, tak sah kalau tak makan ikan bakar. So malam tadi gagahkan jugak pegi makan ikan bakar sebab takut malam ni tak sempat. Tapi makan berdua, takleh la nak ambik macam2 sangat. Belajar dari pengalaman yang lepas. Sebab kali pertama datang makan dulu, sampai tersandar nak mengabiskan makanan banyak sangat.

Ok, dah penat ni. Panjang betul menaipnya. Hanan pun tido tak bangun2 dari tadi. Mentang2 la dapat tido dalam ekon, syok la dia. Hidung srot2 sret2, tido tetap tido. Petang ni kalau sempat nak bawak dia pegi taman. Tempat ibu dia selalu joging petang2 dulu. Tempat ibu dia kena ngorat dengan mat2 melaka yang nak cuba nasib. Tapi sorry, i'm single but not available, masa tu la. Skang dah triple and definitely not available!

Nota kaki lapan: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...


Till my next post.. Bye bye bye..
 


-END-

Tuesday, July 20, 2010

Ayam Penyet Ria - SEDAP!

Ding dong..

Ini kejadian lepas turun dari Bukit Tinggi. Terus ke Sunway Pyramid all the way dari sana. Plan asal nak berjumpa Cik Puan Zura (ex-housemate, ex-classmate dan segala macam 'ex' lagi) dan nak main² dengan anak die yang sangat la comel. Sambil tu nak berjalan la mencari makan sebab rindu nasi kan, 2 hari tak makan nasi. Tambah pulak aku dah lama tak jejak Sunway Pyramid ni. Padahal jarak dari rumah aku ke situ ada la dalam 10-15 minit je. Last sekali aku jejak kaki kat situ sebelum kawen dulu kot. Masa tu teman bie pegi hantar kad jemputan kawen kitorang kat ex-opismate die. Sekali bila datang, hambek ko. Banyak gila dah berubah, bertambah² di sana sini. Terpegun jap aku, tak sangka banyak betul perubahan dalam masa setahun lebih ni.

Tengah² berjalan cari tempat makan, dapat SMS dari Zura. Last minute dia tak dapat datang sebab kena balik kampung pulak, ada kenduri. Makanya, main objective kami dah tergendala la. But it's okey. Teruskan agenda lain pulak - Jalan² Cari Makan.



Abis segala pelosok kami terjah. Payah sket nak cari tempat sebab kat situ takde map macam kat OU, boleh tengok semua tempat dari satu map je. Situ map die floor-by-floor. So kalau ko kat tingkat 2, nak cari benda yang ada kat G tak boleh la. Itu satu kelemahan la jugak kiranya. Dah buat tempat besar camtu, sepatutnya upgrade la sket map tu. Menyenangkan semua orang yang mencari lebih² lagi untuk orang macam aku yang jarang² jejak kaki ke situ kan.

Lepas puas menelek², terpandang nama restoran Ayam Penyet Ria. Sejak² lepas pegi Bandung dulu, tiba² jadi penggemar ayam penyet kan. Padahal dulu² tak penah langsung rasa nak try. Sekali kena mandrem Pak Chi Met, memang terus tertawan hati ni. Makanya, dengan pantas la mencari kat mana duduk kedai tu kan. Tak susah pun nak cari, sekali pusing je dah jumpa. Perut pun dah tak sabar nak mentedarah! Hahaha..



Jadi, terus masuk, order dan duduk. Deko dalam kedai oklah, tak la bosan dan tak jugak serabut sangat. Yang penting pencahayaan. Aku tak baper gemar kedai makan yang suram². Terasa payah nak makan dalam gelap² tu. Kang tulang pun aku main sental je. Dah tercekik sapa yang susah, aku jugak. Yang best, ada disediakan tempat untuk makan bersila. Macam kalau datang dalam group besar ke kan. Lagi syok kalau dok bersila, santai sket rasa.

Jadi kami order ini..



Overall, saya sangat suka! Sambal die memang super kick la wa cakap lu. Mendidih lidah lepas kena kan. Memang kalau tak tahan pedas, maunya menggelupor atas lantai, hahaha. Sup Buntut a.k.a Sup Ekor tu pun sangat syok rasanya. Pelengkap la kiranya untuk orang yang gila sup cam aku ni. Ayam penyet die aku boleh kata so-so je kot. Sedap lagi Waroeng Penyet punya. Udang tu, yummi!! Aku makan sekali dengan kulit² die. Sebab kulit die garing, ai loike!

Selesai makan, terus ke digital center. Nak menunaikan hajat yang dah lama terpendam. Terima kasih ye Encik Bie sebab sudi jadi penasihat dan banker untuk menjadikan impian saya yang satu ini kenyataan. Ai Lap Yu lah! :-)



Nota kaki lapan: Pasni nak try Wongsolo pulak. Dengar citer katanya sedap jugak, setanding Pak Chi Met. Mari kite terjah!!

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 01, 2010

Melaka Trip, Season 2 - Pictures Only

Ding dong..

Day 1.. Lunch - Jalan Bachang, Cendol - Jonker Walk


Seafood - Muara Sungai Duyong.. Terbaek!!


Night market - Jonker Street, River Cruise - Sungai Melaka


Day 2..


Go-Kart, Ayer Keroh


Botanikal Park - Ayer Keroh




Lake Garden - Ayer Keroh


Berbanyak² terima kasih untuk Farid yang sudi menjadi fotografer tak berbayar kami dengan khidmat bantuan kamera DSLR yang mahal itu. Jasa anda akan tetap dikenang. Next trip jangan lupe tawarkan diri jadi fotografer lagi ye. Kami memang akan awal² offer diri jadi model² tak bertauliah. Hehehehe..

Nota kaki lapan: Kalau nak letak semua gambar, mampuih! Ni la natijahnya bila dah ada kamera digital..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Tuesday, June 29, 2010

Melaka Trip, Season 2 (rangkuman cerita tanpa gambar)

Ding dong..

Yeah, Jumaat hingga Ahad baru² ni adalah trip Melaka aku and the Ikan Bakar Gang yang lain. Seperti yang pernah berlaku tahun lepas, tentatifnya pada tahun ni adalah lebih kurang aje. Nampak gaya, memang trip ni akan jadi trip tahunan untuk kami. Dan Insya Allah ahlinya jugak akan bertambah saban tahun (doa² kan la ye).

Macam tahun lepas seperti yang aku cerita dalam entry ini dan ini , kali ni kami pilih menginap di Homestay Jafmanurin. Thanks to En. Jafri yang sudi menunggu kami yang sampai dah agak lewat malam. Homestay rumah teres 3 bilik dan jugak end lot, sangat sesuai la untuk group kami yang dah bertambah sorang ahli ni. Welcome to Farid, ahli baru tahun ni.

Objektif utama, dah pastinya makan seafood yang sudah terkenal fresh dan sedap kat sana (nak banding dengan kat KL, jauh sangat kan beza). Ketam masak cili, udang black pepper, ikan jenahak bakar berlada, ikan siakap sweet sour, sotong goreng tepung dan pepahat halia cili padi. Memang membuka selera betul. Makan non-stop, tapi tetap berada pada paras yang selesa. Maksudnya takde la sampai tahap perut penuh takleh gerak. Bila habis makan, yang dirasakan ialah just nice. Nikmat makan tu terasa tanpa ada rasa seksa nak bawak perut.

Rahsianya? Jangan makan nasi, jangan minum air, sebelum mula makan seafood² tu. Dan penting jugak makesure perut tak kosong dari pagi. Nanti penuh angin, kurang la nikmat makannya. Jadi, pastikan sarapan & lunch pada masa yang betul. Jangan biar perut kelaparan. That's all. Kalau nak makan nasi, better tunggu lepas semua seafood² depan mata habis dulu. Lepas tu baru la sambung makan nasi lemak atau nasi putih sebagai pelengkap. Tu pun kalau larat lagi la kan. Hehehe.

Malamnya, ke Jonker Street jalan² kat pasar malamnya. Tengahari dah pegi sebenarnya pekena cendol sambil layan panas terik matahari. So, malam tu consider 2nd round la. Puas jugak kami jejalah Jonker Street kali ni. Tahun lepas just dapat sampai ke Jonker88 which is amat popular dengan cendolnya yang satanem tak hengat. Tahun ni ada improve perjalanan kat Jonker Street ni. Kalau tahun lepas tak dapat berjalan malam, kali ni kami semua berjalan di malam hari pulak. Lebih kurang macam jalan kat Petaling Street. Tapi lebih kepada tengok² je. Takde membeli apa² pun. Seronok tengok gelagat orang je sebenarnya.

Sebelum merayap kat Jonker Street, kami naik River Cruise. Tahun lepas hanya mampu memandang sebab ianya takde dalam tentatif yang dah padat masa tu. Tahun ni, memang awal² dah set dalam program. Plan asal nak naik hari Ahad, sebelum balik ke KL. Tapi keputusan saat akhir dibuat memandangkan kami takde aktiviti apa sangat lepas makan ikan bakar (kami habis makan tu awal, dalam pukul 8:30). Jadi, bila ahli rombongan yang lain setuju. Terus beratur beli tiket (thanks En. Jafri sebab bagi voucher diskaun itu).

My advise, baik naik malam daripada siang. Sebab bila naik malam, baru la nampak kecantikkan Sungai Melaka tu. Penuh lampu sana sini. Kalau siang, nak nampak lampu macam mana? Kebetulan pulak, masa kami naik tu tengah berlangsung majlis penutup Pesta Sungai Melaka. Jadi merasa la tengok bunga api dari atas cruise. Gile la, cam kat Venice rasanya kan. Tapi takleh la nak romantik² sangat. Ramai orang atas cruise tu, malu la ai kan. Perjalanan river cruise ni makan masa 45 minit lebih kurang. Kejang jugak la duduk lama² dalam tu kan, hahaha. Tapi macam mana pun, tetap enjoy dengan pemandangang sepanjang Sungai Melaka tu.

Ahad, hari terakhir. Lepas check out terus lunch kat Restoran Ikan Bakar Malim, MITC. Tak jauh dari homestay kami. Nice sangat sebab banyak pilihan nak makan. Pening tak tau apa nak makan sebab semua nampak sedap. Specialty kat situ dah pastinya ikan bakar. Aku & bie tak ambik ikan bakar. Tapi sempat la rasa yang geng lain punya. Sedap, kuah cicahnya pun lain dari yang lain. Mesti cuba lagi lain kali kalau turun ke Melaka.

Lepas lunch, kami terus pegi layan Go-Kart. Lokasinya berdepan dengan Zoo Melaka. Niat aku asalnya nak bawak ahli rombongan ke litar go-kart baru yang katanya terbesar di Asia. Tapi bila mengenangkan perkataan 'terbesar di Asia', dah tentu la harganya pun besar jugak kan. Jadi, baik la pegi yang murah. Dapat la main 3 lap dengan bayaran RM10 je. Puas hati. 1st time aku main go-kart dulu kat Genting Highland. Amat² slow ok! Yang ni, sekali tekan pedal minyak, meluncur tak hengat. Baru la syok.

Lepas go-kart, ke Botanikal Park pulak. Tempat ni baru officially bukak sebulan. Tapi sebelum ni aku penah masuk dah. Zaman aku duduk Melaka dulu. Tapi masa tu apa pun takde. Ramai orang datang untuk riadah je, joging ataupun sekadar berjalan² bawak family. Tapi sekarang dah ada Buggy Ride yang best. Sangat sesuai la untuk orang yang malas berjalan macam aku kan. Hehehe. Kadar tiket pun tak mahal sangat. Dari RM10 dah dapat naik buggy (single ride) untuk pusing satu park yang ambik masa lebih kurang setengah jam. Dan memang betul, kami habis pusing trek yang disediakan tu ngam² setengah jam. Memang diorang dah kira siap².

Seterusnya ke Lake Garden, Ayer Keroh. Ni memang takde dalam plan asal. Tapi sebab ahli geng, Azhar-Rina nak balik rumah sedara menghantar barang. Jadi kami yang tak nak ikut ambik haluan sendiri ke situ. Duduk lepak situ makan aiskrim sambil gelak² layan bergambar. Bila lama², dah bosan duduk takde buat apa. Aku & Namo decide nak sewa basikal. Merasa la aku bawak basikal yang twin tu berdua dengan Bie. Gile penat okey. Susah pulak tu nak kayuh. Nampak je senang, tapi sebenarnya amat seksa. Peluh merembes tak hengat donia!!

Sebelum mengakhiri perjalanan trip ini. Kami semua singgah dinner kat Ramal Junction, Kajang. Pekena satay yang gebu dan juicy. Sambil layan stimbot Bulan Bintang yang memang boleh bawak kepala otak kita ke bulan bintang dengan pencicahnya yang best itu.

Sekian, tamat sudah trip kami kali ini. Insya Allah, tahun depan akan ada lagi. Thanks a lot kepada semua ahli rombongan yang memberikan kerjasama yang awesome. Love you all so much!!

Nota kaki lapan: Esok aku akan tepek gambar² yang ada. Hari ni layan membaca jela ye..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, June 21, 2010

Hujung minggu yang padat dan memenatkan

Ding dong..

Amaran: Entry ini sangat panjang, kalau malas jangan baca!!

Serius, aku memang sangat penat sebenarnya. Minggu yang sepatutnya aku habiskan dengan rehat² tapi segalanya telah berubah menjadi padat dengan aktiviti. Pheww, baru ingat nak tarik nafas panjang sebelum trip ke Melaka hujung minggu ni. Dah nasib badan, dapat kaki yang tak reti nak duduk diam. Tanggung la wahai badan ye. Aku harap badan aku boleh terima keadaan tanpa rehat ni. Jangan die balas dendam, tumbangkan aku seminggu macam masa kena chicken pox dulu tu sudah. Terseksa jugak duduk terperap kat rumah takleh nak ke mana². Naya beb rasanya.

Maka, inilah rentetan cerita yang berlaku sepanjang hujung minggu aku baru² ni..

Sabtu, 19 Jun 2010

Paginya..
Bie ada paintball tourney dengan orang² opis die. Aku sebenarnya dah separuh hati taknak pegi, separuh hati paksa pegi. Yelah, nak la jugak bagi sokongan moral buat suami tersayang kan (walaupun aku tau, die lawan dengan newbie² je pun). Pepagi bie dah kejut aku bangun. Aku nak bangun pun ala² malas je. Kepala pun sejak 2-3 hari sebelum tu asyik berpusing² manjang. Tapi digagahkan jugak hati ni nak mengikut.

Bersiap ala kadar je. Bie dah keluarkan seluar askar aku yang memang jadi pakaian rasmi kalau pegi paintball. Tapi aku malas nak beria² sangat. Bukan aku main pun, jadi penonton je dari luar. Lagipun aku bukan kenal dengan sape² kat situ. So lagi baik low profile je, lagi selamat. Kali ni main kat Dusun Ali King pulak. Dekat² dengan UIA Gombak. Dah nama pun dusun, memang main pun dalam dusun la. Celah² pokok durian segala. Kalau la tengah musim buah, ngeri jugak tu nak main.



Hampir sehari suntuk jugak kat situ. Aku walaupun tak main, badan naik berlengas la jugak. Keadaan yang panas tu memang mencabar tahap emosi betul. Ikutkan mata ni, memang nak tido je. Tapi tahankan aje. Dan ketahanan aku tu berbaloi la. Dapat jugak tengok bie menang something. Siap jadi best player lagi. Ceh, tak adil betul. Main dengan newbie, memang la boleh dapat best player kan. Mana boleh patutnya, tak adil betul pengadil tu. Hehehe.


Habis main dalam pukul 4 petang. Badan pun dah lesu sangat masa tu. Memang ingat nak tido je dalam kepala otak. Itu aku tak main tu, kalau main sama maunya on the way balik aku dah tido awal², haha. Tapi disebabkan aku tak main, maka kena la aku yang jadi driver masa balik. Bie dah kepenatan, lutu longgar, skru pun dah loose sket. Takut nanti tekan minyak terlebih pulak sampai tak sempat tekan brek, bahaya woo. :-P

Sampai je rumah, bie pengsan. Aku bajet² nak join sekaki. Tapi mengenangkan rumah tunggang langgang, tambah pulak malamnya ada tetamu nak datang bermalam, kena la kemas sket alih mana² yang patut. Lipat baju² sebakul yang dah lama menunggu turn nak dilipat.

Malamnya pulak..
Menerima kunjungan dari ZamReen (akak aku) sekeluarga. Die dah booking aku dari awal minggu lagi. Nak tumpang bermalam kat rumah sebab ada aktiviti hujung minggu dengan family die kat area KL. Dan malamnya, aku menerima arahan kena layan 2 orang budak kecik nak tengok wayang. Disebabkan diorang ada swimming class sampai pukul 9:30 kat Bandar Tun Razak, makanya kenala tengok wayang lepas pukul 10:30. Bila check, yang ada semua dah tengah malam. So belasah jela. Pukul 11:40 malam, Toy Story 3, One Utama.

Sementara menanti diorang sampai, kami suami-isteri sempat la makan dulu kat rumah. Tengah² sedap landing lepas makan (isy isy isy..) dapat call dari akak aku. Tanya kat mana tempat makan yang senang. Lepas guide lebih kurang, diorang semua ke Burger King Mutiara Damansara je. Senang. Lepas bersiap aku terus keluar rumah. Jumpa kat sana je. 2 orang budak kecik itu, Alif (yang tak baper kecik dah) & Adam, sudah tak sabar² nak tengok wayang. Kesian Hafiy, mengharap je nak ikut tapi tak boleh. Nanti kang die mengaruk nak keluar time movie tengah jalan, aku jugak yang pening.



Maka pergilah kami berempat je. Yang lain balik rumah tido. Sampai je depan movie, orang ramai tak hengat. Nasib baik la aku memang dah beli tiket online pastu dah ambik awal² sehari sebelumnya. Jadi terus beratur nak beli popcorn. Beratur yang ni pun sikit punya lama. Rasanya ada setengah 20 minit kot. Kalau bukan mengenangkan anak² sedara yang memang nakkan popcorn tu (dan mama diorang dah bagi duit), tak kuasa aku nak beratur panjang² tu.

Settle beli popcorn, still ada masa sebelum movie start. Lampu untuk masuk hall pun belum nyala. So, marilah kite layan budak² main game kat arcade. Haih, aktiviti wajib neh kalau ada masa sebelum tengok movie. Tapi kali ni kasi can la kat budak² nak enjoy. Kami berdua jadi penjaga semata². Bukan main happy lagi diorang dapat main game tanpa gangguan. Kalau kat rumah kang kena berebut² dengan orang lain kan. Tapi kat rumah main game free (sebab diorang tak bayar duit letrik pun), kat sini kena pakai token. Takleh la main sesedap rasa jugak kan. Lepas bagi main 2 game, aku arahkan untuk stop. Takleh main lama² sangat, nanti kang terlepas movie.

So far, diorang sangat enjoy. Tak sangka pulak aku budak Adam yang senang tido tu boleh tahan mata. Memang mama die dah bagi pil tahan mata ke apa aku tak tau la. Abis movie lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu tuhan je tau aku punya ngantuk macam mana. Perjalanan dari OU ke rumah terasa macam berkurun. Sampai je rumah, bie sempat pulak main cakuncak dengan budak² tu. Menakut²kan diorang dari parking kete sampai la ke lif. Suka betul die nyakat budak kecik. Sampai rumah, aku tak tunggu lama terus bersiap nak tido. Mama & ayah budak² tu termasuk Hafiy dah selamat landing depan tv. Terbongkang tak sedarkan diri.

Esok ada agenda lain menanti..

Ahad, 20 Jun 2010

Paginya..
Aku terjaga seawal 6:30 pagi. Takde sorang pun yang berkutik. Semua tido lena tak ingat dunia langsung. Selesai melunaskan segala hajat, aku sambung tido. Sedar balik tengok jam dah pun pukul 8 pagi. Bie dah bangung siap rilek je depan pc die layan game. Memang kesukaan die layan game pagi² hari camtu. Aku suruh die siap² pegi beli roti canai. Aku pun bangun buat air la, itu la ini la. Tetamu² still ketiduran lagi masa ni. Sekali Hafiy bangun, abis terbalik dunia, haha. Abis semua orang dikejutnya.

Agenda pagi ini ialah mengikut akak aku ke Bata yang tengah buat warehouse clearance. Aku la yang menjadi penghasutnya tu. Tapi serius memang murah la, tergoda ai nak beli semua² yang berkenan. Nasib baik la tak banyak pun yang berkenan kan, hehe. Siap sarapan, masing² bersiap dan akak pegi dulu ke sana, aku menyusul kemudian. Sebab yang nak bershoppingnya pun bukan aku. Hafiy & Adam ditinggalkan kat aku. Mudah sket mamanya nak memilih². Lepas bersiap², turn aku pulak nak meninggalkan rumah. Memandang sekilas ke belakang, "mang aih, memang macam kapal karam dikerjakan dek Hafiy. Tonggang terbalik segala komik yang ada".

Sampai kat Bata, akak aku dah selesai berborong sebeban kasut. Tapi masih lagi dalam proses penambahan. Aku & bie join pusing², tengok². Tengok kasut keje untuk bie, dan menghasut die supaya beli. Kalau tak hasut, memang payah la nak tengok die beli. Selagi tak jahanam, memang takkan berganti. Sambar 2 pasang terus. Hambek ko, cover 3-4 tahun punya terus kan. Settle beli belah, tiba la ke main event untuk hari itu. Apakah??

Kami semua teruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara. See, sangat berilmiah namanya. Aku pun tak pernah terpikir nak datang sini. Masa sekolah² dulu memang tak pernah berpeluang. Bila dah masuk fasa tua ni, tak teringin dah la nak pegi. Memang tunggu ada anak je baru ingat nak pegi. Tapi dah alang² ada yang mengajak, kami pun follow jela. Rasa kelakar jugak la sebab bagi aku tempat camtu selalunya orang bawak rombongan sekolah je pegi. Sampai situ, tempat parkingnya pun terhad. Masuk free saje ye, takyah tiket². Yelah, kalau die buat masuk kena bayar, maunya takde orang datang dah agaknya.



Menghabiskan masa lebih 4 jam kat situ. Abis semua kami jelajah, kami try. Dah macam budak² jugak pun ye perangai masing². Nasib baik la datang dengan group yang ada anak² kecik. Kalau aku berdua je dengan bie, mesti lawak kan. Dah tua bangka pun dating kat Pusat Sains, ape barang beb! Yang paling seronok dah semestinya la budak² sekalian. Segala ceruk rantau diorang jelajah. Selagi ada benda yang boleh ditekan, diputar, digodek semua akan jadi mangsa. Aku tengok banyak jugak la benda yang dah masuk fasa jahanam pun kat situ. Mana taknya, semua yang guna tu stok budak² tak tau apa. Bukannya diorang baca dulu sebelum guna. Orang suruh tekan sekali, die tekan 100 kali. Tak ke jahanam jadinya. Aku pun sama je jadi penyumbang sekali, hahaha.





Hafiy pulak? Mula² die follow la semua benda, bila nampak je playground, terus taknak buat benda lain. Nak duduk situ saje. Bila ugut nak tinggalkan die sorang², die bantai melalak sampai satu Pusat Sains tu bergema suara die. Aduhai Hafiy, macam² hal ler. Nasib baik la ada pakcik yang rajin layan die. Kalau harapkan aku, dah kena tinggal je agaknya. Tapi bukan la tinggal betul² pun, saje nak gertak² pastu dengar die melalak aku pusing la balik kan.




Memujuk Hafiy yang tengah merajuk lepas kena marah..

Bila tengah hari, semua dah nyanyi lagu lapar. Pegi kat cafe/kantin yang ada, alahai sedih amat. Sangat tidak mengundang nafsu makan sungguh. Budak² je yang eksaited nak makan megi cup. Setakat menda makanan darurat camtu, kat pantry opis aku pun berlambak. Makanya, aku ajak akak aku selaku ketua rombongan ke Murni Discovery. Dengan pantasnya jawapan die, "nak!! nak!! nak!!". Hahaha, sudah ku duga sebenarnya.

Jadi, lepas puas semua melayan anak², Pusat Sains Negara kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan (ayat tak hengat kan). Perjalanan diteruskan dengan perut yang berlagu riang. Sepanjang jalan, aku berdoa mintak² Murni tu bukak. Risau jugak kalau tutup kan, maklum la hari Ahad. Dah la aku membawak rombongan perut yang lapar. Masuk je simpang Murni tu, dari jauh aku pandang dengan penuh harapan. Fuh!! Nasib baik bukak. Semua duduk dan order dengan rakus apa yang ada dalam menu. Aku, bie, abg Zam (abg ipar aku) & abah Nuar (kwn abg ipar aku) ambik nasi campur. Cepat dan mudah dan murah dan sedap, hehe.

Yang lain semua kecur liur tengok kami makan. Tapi apakan daya, kami langsung tak melawa. Gile pelahap punya manusia kan. Bukan taknak lawa, aku tau diorang masing² dah order something yang lebih sedap, jadi biarla diorang tahan perut kan. Ngahahaha (gelak evil). Selesai makan, aku & bie dah tak sabar² nak balik. Perut kenyang + cuaca panas = mengantuk.



Tapi kami tak balik rumah terus, kena pegi rumah mummy dulu sebab bie nak ambik drama series yang die download. Kena la ke sana kejap. Tapi lepak sana pun tak lama. Ada la dalam sejam lebih sket, lepas tu kami gerak balik rumah. On the way home, sempat singgah lagi Bata tu. Akak mintak tolong mintak tali kasut yang konon²nya takde. Tapi tak dapat. Apa yang kami dapat ialah sandal lagi sepasang sorang, hahahaha. Alasan beli sandal, senang nak pakai berjalan kat Melaka nanti. Gile!

Malamnya pulak..
Balik je rumah, dua² kepenatan. Lepas salin baju apa semua, kemas sket² rumah yang berterabur dengan komik dan segala macam patung² permainan (ye rumah aku memang banyak mainan), terus landing atas katil. Bie pasang citer apa tah kat pc. Tapi berkesudahan citer tu yang tengok kami. Aku tersedar bila dengar bunyi azan Maghrib. Cepat² kejut bie suruh bangun. Tapi lepas tu tertido balik kat sofa depan tv. Sahih penat yang amat! 2-3 kali bie kejut suruh bangun dinner, tapi gagal. Sudahnya pukul 9:30 malam baru aku bangun. Bie dah ngadu lapar.

Mula cuba order McDonald. Tapi menghampakan sebab service delivery ke Flora Damansara dah dihentikan since August 2009. Why? Why? Why? Lepas tu try call kedai makan kat blok belakang yang ada buat delivery service, lagi la menghampakan. "Sorry, kami dah pindah Damansara Damai." Demmit!! Cubaan terakhir, call Pizza Hut pulak. Nasib baik la lepas. Kalau tak boleh jugak, memang makan megi jela. Sebab aku memang malas nak masak, malas nak keluar. Kalau boleh makan pun aku malas, boleh camtu?

Sekian, entry saya yang panjang lebar.

Nota kaki lapan: Bila nak letak entry Broga Hill ni?? Haihh...


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails