Showing posts with label Farewell. Show all posts
Showing posts with label Farewell. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

Lambaian Haji

Pagi ni tepat 7:30, selamat sudah abah, mummy dan mak tam berlepas ke tanah suci Mekah. Jadual penerbangan yang sepatutnya dijadualkan jam 1 pagi tertunda dan mereka terpaksa bermalam dulu di Pan Pacific, KLIA. Mungkin atas faktor cuaca agaknya, maka penerbangan terpaksa ditunda. Dan hingga ketika entry ini ditaip, mereka masih lagi dalam penerbangan yang memakan masa 8 jam!! Sama dengan opis hour aku di sini. Alangkah kejangnya rasa duduk lama² begitu kan. Tapi demi mengejar rahmat, apalah sangat dengan 8 jam tu.

Semalam, sebelum berangkat sempat kami satu family berkumpul beramai². Ramai jugak kalangan kawan² mummy dan abah yang datang untuk berjumpa kali terakhir sebelum kami semua bergerak ke Kelana Jaya. Hujan sepanjang hari sikit pun tak menghalang niat mereka yang mahu sama² berkongsi kegembiraan. Namun dalam pada rasa gembira itu dah pasti ada jugak rasa sebak di dada. Tiap kali ada yang sampai dan bersalaman, pasti air mata akan gugur juga. Terharu jugak rasa hati ni setiap kali terpandangkan situasi tu, tapi aku tahankan. Aku tabahkan saje hati ni.



Sebaik saje semua yang di tunggu tiba, kami pun mula bersiap² untuk bertolak ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Suasana pilu memenuhi ruang petang yang suram dengan hujan yang masih belum mahu berhenti. Saudara mara dan kawan² yang tak dapat ikut bersama saling bersalaman dengan abah, mummy dan mak tam. Aku pun ada terasa sebak masa terdengarkan azan dilaungkan imam yang turut serta petang tu. Walaupun aku hanya mendengar dari dalam rumah, tapi azan yang dilaungkan terasa begitu menusuk dada (sebak ye, bukan panas!). Terasa macam tak sanggup pulak nak melihat mereka bersalam kali terakhir. Takut² kalau aku tak mampu menahan rasa sebak di dada. Selesai hal di dalam rumah, kami pun keluar. Aku lihat air mata adik dah mula menitis laju. Ah, anak bongsu. Walau sekental mana hati lelakinya, akhirnya tewas juga. Selesai berpamitan dengan yang lain, kami semua berangkat ke Kelana Jaya lebih kurang pukul 6 petang. Keadaan hujan yang renyai² sepanjang jalan ditambah lagi waktu kami gunakan itu adalah sama dengan waktu orang lain pulang bekerja amat menduga perasaan. Mujur aku dan bie dah biasa dengan jalan di sekitar area PJ ni. Jadi tak hairanlah kalau kami yang pertama sampai walaupun kami yang terakhir meninggalkan rumah.



Sampai Kompleks Tabung Haji sebaik saje azan magrhib berkumandang. Mencari tempat yang sesuai untuk berteduh sambil menunggu yang lain sampai. Orang ramai dah mula memenuhi ruang legar Kompleks Tabung Haji. Seorang demi seorang ahli keluarga dan saudara mara sampai dan kami berkumpul berhampiran dengan kumpulan jemaah haji yang sama group dengan abah dan mummy. Sambil menantikan sebarang pengumuman untuk check-in, sempat la kami semua berkumpul lagi untuk kali terakhir sebelum mereka berangkat.



Lama jugak menunggu. Almost 3 hours! Pengumuman dari petugas haji menamatkan penantian. Alhamdulillah, sampai juga masanya. Dari corong² speaker berkumandang "labbaikallah hummalabbaik labbaikallah syarikala kalabbait" (abaikan ejaan yang tak betul kalau ada). Dan bermula jugalah drama air mata. Bersalaman, berpelukkan. Aku menahan sebak dengan sedaya mungkin, tapi ada juga yang gugur. Sebak bercampur gembira. Lebih sebak hati ni bila melihatkan air mata bie yang turut sama menitis. Takpela sayang, biarkan mereka pergi dengan aman. Aku faham perasaannya sebab aku pernah lalui situasi yang sama masa mak dan ayah umrah dulu. Mungkin agak berlainan suasananya, tapi perpisahan itu tetap sama. Aku berusaha menahan air mata sebab aku tak mau memberatkan hati mereka. Insya-Allah, panjang umur murah rezeki nanti kite jumpa lagi sebulan dari sekarang.

Aku doakan semoga mereka sejahtera di sana. Moga mereka dilindungi Allah s.w.t dan sentiasa dilimpahi rahmat serta dapat mengerjakan ibadah haji dengan aman tanpa sebarang kesukaran. Aminn..

Nota kaki lapan: Ye, update ini sedikit baku, itu aku tau..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Friday, July 31, 2009

Farewell my friend...

Hari ini adalah hari terakhir buat 2 teman seopis aku mencurah bakti dah khidmat di sini. Sampai sudah masa mereka untuk pergi akhirnya. Setelah berbulan menghitung hari, akhirnya tiba hari pembebasan mereka. Hehehe, dah macam duduk dalam penjara kan. Sebagai tanda kenang²an di hari terakhir, salah seorang daripada mereka ini telah berbesar hati dan baik hatinya mengeluarkan beberapa keping kepala agung dari poketnya (ke suaminya??) untuk menjamu kami beramai². Thanks Vivian atas diatas kesudian kamu itu. Sorry la sebab tak dapat nak menunaikan hajat kamu nak ber'RedBox'an. Maybe next time okey!

Layankan la beberapa keping gambar yang sempat di'snap' sebelum camera aku kiokk baterinya. Sayang sungguh, banyak moment yang terlepas capture nampaknya kali ini. Takpe, akan menggunakan khidmat bukumuka a.k.a FB untuk mendapatkan gambar² dari teman² yang lain nanti.


San Francisco Steakhouse... Tatau la kenapa, tapi aku sedikit hampa la jugak dengan hidangannya. Indah khabar dari rupe..


Awek yang belakang nampak blur² sebelah kiri tu la orangnya..


Menunggu hidangan yang tak kunjung tiba.. Lapar duh!!


Satu²nya makanan yang sempat aku snap gambarnya.. Seafood & bla bla bla creamy soup

Kepada Vivian, harap kamu akan bahagia, tabah dan sabar menempuh hari mendatang sebagai surirumah sepenuh masa. Kalau rasa boring sudah duduk rumah tu, come la join us again okey! (walaupun aku tau dia tak baca blog aku ni, tapi aku nak jugak wish)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails