Showing posts with label Blur... Show all posts
Showing posts with label Blur... Show all posts

Friday, July 09, 2010

Gunting Dalam Lipatan

Ding dong..

Pernah tak korang rasa sangat² sedih sebab macam dikhianati orang yang korang paling percaya? Aku? Pernah, tapi tu suatu masa yang amat dulu la. Memang masa tu aku rasa dunia ni kelam kejap. Rasa macam nak slap muka die 180 kali. Tapi, aku tak buat pun. Sebab aku bukan jenis orang yang suka mengamuk tak tentu pasal. Aku boleh jamin tahap kesabaran aku biasanya boleh menjangkau tahap yang mengagumkan bila sampai dalam situasi macam tu. Habis kuat pun, aku baling barang je. Still under control bagi aku la kalau camtu. Sebab kalau dah masuk tahap aku pegi face to face hadap orang tu, memang panas telinga. Sebab aku boleh sound direct tanpa rasa belas kasihan dan boleh buat orang tu sampai terduduk (yes, i did that before).


Kan nampak keji je kan..
Dalam baik je ko nyorok situ!


Tiba² ayat pembuka kata aku hari ni sangat emo kan. Hahaha, serious said la, aku sket pun tak emo. Malah aku rasa sangat lapang dada pagi ni. Thanks to someone yang menyedarkan aku. I owe you something babe! Tak sangka rupanya peribahasa rambut sama hitam, hati lain² tu betul² terkena tepat ke batang hidung aku. Tak sangka sesangat la makcik ni nak oi. But anyway, aku rasa lega sebab at least aku tau sape dia yang sebenarnya di sebalik wajah konon² ikhlas dia tu kan. Glad to know that u are like that kind of person. Paling tak pun ada modal aku nak bergelak sakan dengan bie bila mengenangkan kebodohan dia tu.

Apa agaknya yang dia dengkikan sangat dengan aku ek? Aku pernah kacau hidup dia ke? Aku rasa tak pernah pun. Jangan kata nak kacau, nak cari pasal pun jauh sekali. Tapi, kenapa la dia 'ambik berat' sangat dengan apa yang aku buat? Sampai apa yang aku buat untuk diri aku, keluarga aku, yang sikit pun tak melibatkan hidup dia pun dia sibuk nak ambik berat sangat.
*Kepochi jugak ko ni kan*. Risau sangat ke kalau aku ni nanti mengatasi dia? Haih, semua tu kan rezeki dari tuhan. Janganlah kiasu sangat beb! Aku tak mintak sesen pun harta benda dia. Apa rezeki tuhan bagi, aku redha la. Kalau aku down pun, jangan risau. Aku ada suami yang cukup² penyayang nak tenteramkan aku. Suami yang takkan biar aku sorang² kalau aku stress, *kau ada*?? Oh, takpe. Aku tau hidup dia lebih baik dari aku. Fine, ambik la Batu Caves tu buat award okey!

Bagi aku, hidup aku adalah yang terbaik untuk diri aku. Apa yang ada sekeliling aku adalah kekuatan aku. Gagal sekali, aku tak takut la gagal lagi sekali. Tu semua tuhan yang tentukan. Apa yang aku buat, tu usaha aku. At least aku tau aku bukan jenis orang yang berpeluk tubuh. Terima je apa pun keadaan yang menimpa diri tanpa usaha? So not me ler kan. Jadi pesan aku untuk dia, sebelum buat apa², fikir 100 kali. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Takkan nak tunggu sampai badan binasa baru nak jaga mulut kan? Tuhan tu memang sentiasa adil. Aku tak tau direct, lama² tetap sampai jugak kat telinga aku bila tuhan tu nak aku tau. Hidup ni singkat, jadi kurangkan perasaan hasad dengki sesama manusia ni ye. Membazir je..


Jangan sampai jadi camni ye!

Entry kali ini sangat mengundang sesuatu kan. Hehehe, tapi jangan risau, aku masih mampu tersenyum. Sebab pada aku, semua ni tak effect pada hidup aku sikit pun. Just ini mungkin untuk ingatan sesiapa saje yang ada 'PhD' dalam diri tu. Tolonglah berubah, kita hidup ni tak lama. Tak tentu bila masa kita akan pergi tau. Takut nanti 'PhD' tu tak sempat nak khatam, dah sampai masa kita yang khatam dulu. Takut tak sempat mintak maaf beb. Salah dengan tuhan, kita mintak maaf dengan tuhan, settle. Tapi salah dengan sesama manusia, selagi tak mintak maaf tergantung la kat padang masyar nanti. But don't worry, aku maafkan dia. Aku taknak la amalan aku pun tergantung disebabkan benda² stupid macam ni. Apakah bendanya? It's for me to know, for you to find out. Nasihat aku untuk dia, sila jangan terlalu Mak Joyah sangat la in future. Tu saje, sekian..

Adioss amigos santos!

Nota kaki lapan: Pasni aku nak kaler rambut warna oren la, pastu pi sokong Belanda kat final WC..
:-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, March 12, 2010

Format kasi bersih

Ding dong..

Semalam seawal pagi oren dah mendapat arahan dari technician support bahawasanya PC kami (team aku yang ada 3 ketul ini), akan diformat. Yahuu, makcik suko sangat. Memang aku dah agak menyampah dengan kelembapan dan kesiputan PC budak² team aku ni. Sejak sekian lama kami bersabar, akhirnya penantian kami berbaloi jugak. Sebenarnya aku memang dah request diorang format since minggu lepas lagi. Sepatutnya diorang datang format hari Selasa. Tapi semalam baru diorang datang, maybe sebab diorang nak siapkan PC kosong yang dah siap diformat dari sana untuk di bawak ke sini. Jadi apa yang perlu kami buat kat sini hanyalah standby dan letakkan document yang nak disimpan dalam 1 folder untuk memudahkan proses pemindahan data nanti. Aku dengan rasa eksaitednya uninstall segala benda² 'haram' dalam PC aku ni dan buang semua benda yang aku rasa² taknak dikongsikan bersama orang lain. Sebab PC aku yang lama ni akan di bawak balik oleh mereka ke opis mereka. Dan aku takmo la orang lain yang dapat PC aku tu nanti tertekan dengan tahap kepenuhan hard disknya itu. Haha.

Selesai semua benda, lepas tu aku hanya rilek² bloghopping sambil tunggu kedatangan mereka. Syasya lagi dasyat, memang semua benda die dah tutup dan logout. Tinggal belum shutdown je. Kalau tak, memang complete la macam dah taknak keje sangat, hahaha. Tak sampai berapa minit menunggu, sampai la orang yang dinanti. Dengan muka penuh gembira dan suka kami menyambut kedatangan mereka kali ini. Padahal biasanya, tak pernah ambik port pun kalau diorang ni datang. Ngehehe. Mangsa pertama mereka, Syasya dan Mizzi. 2 orang team-mate aku yang PCnya memang sangat² bermasalah (apa yang korang buat haa?? mesti banyak sangat 'mengular' ni :P ). Aku menanti penuh sabar, khusyuk dan tawaduk. Takpe, mana boleh semua sekali harung buat. Kang sape nak standby kan. Jadi aku kasi can la kat diorang nak bersenang lenang dulu. Apa aku buat sementara menanti? Mestila aku bekerja dengan tekun dan amat dedikasi. Memang tak hirau kiri kanan aku yang tunggang langgang (ye ke ni??).

Bila sampai je turn aku, masa tu dah pun masuk time lunch. Aku yang memang tak keluar waktu lunch, just tengok je dari jauh apa yang diorang buat. Godek sana, ketuk sini, bukak itu, kopek ini. Aih, kenapa parah sangat gayanya bila sampai turn aku ni. Masa yang berdua tadi rilek je diorang takde godek beriya². Rupanya, ada problem (yang aku tak tau, taknak amik tau, dan tak peduli apa bendanya) masa diorang nak buat file transfer bagi tujuan back-up. Aku just perhatikan je diorang dok bincang apa nak buat. At last, keputusan yang diambil sedikit menyedihkan. Tak jadi tukar PC. Aku stick dengan PC asal je la memandangkan conditionnya yang acceptable lagi. Kalau betul² die membengong nanti, panggil je 2 orang wira ini. Mereka akan dengan pantas datang menyelamatkan aku sebelum aku bukak tingkap dan buang PC ini ke bawah. Huh, kejam betul kan aku, hahaha.


Macam kapal nak belayar je meja aku tu

Dan untuk menjaga hati ku yang remuk redam ini. Diorang replace RAM aku kasi power sket dari yang asal. Pastu siap cakap kononnya PC aku paling hi-spec diantara kami 3 orang. Ceit, ingat aku kanak² ke boleh happy bila dapat gula². Tak suka tau! Sakit jiwa makcik ni sebab tadi dah beriya² padam semua benda + uninstall software² 'berguna' yang ada. Skang dah kena buat balik. Ngeee!!! Marah ni tau! Hahahaha. Pastu bila tengok pulak email member sebelah ni updated version. Laju je tangan ni mencari jugak sebab nak update sendiri punya. Bila tanya kat brader tech support itu, boleh plak die balas dengan ayat yang memilukan hati kecil ku ini. "Ooo, nak sama ngan diorang punya ek? Kesian dier..". Ciskek cap ayam betul! I kick you baru tau, hahaha. Anyway, thanks la kepada cik abang berdua itu kerana sudi bersusah payah datang dari 'jauh' dan melayan kerenah kami yang macam² ini. Jasa anda berdua akan dikenang. Nak aku belanja? Boleh.. Tunggu dapat gaji nanti, tengok payslip tu ada tulis "treat by Izma" kat sebelah kiri bawah sekali. Kalau tak nampak, maknanya adalah 3 kali jumaat je lagi. So better buat² nampak kalau tak nampak ye. Hahaha.


Belek la jangan tak belek..

Moral of the story: Dengar guruh di langit, air tempayan jangan ditumpahkan. Nampak burung terbang, cili jangan digiling lagi. Kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kan dah rugi. (Sila baca gaya Karam Singh Walia yang angkat² tangan tu ye)

Nota kaki lapan: Nak PC hi-spec macam keje tu hi-spec sangat. Nguahahaha, tak sedar diri ke makcik weh! (Ditujukan pada aku, orang lain takyah nak terasa disudut hati ke apa ek)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, November 12, 2009

Pasti Tapi Buntu..

Aku dah mula rasa bosan berada di sini. Tanda² awal yang menunjukkan aku perlukan pembaharuan dalam hidup aku yang sekarang. Dah semakin banyak kepincangan yang aku nampak di sini sekarang. Semakin hari semakin bertambah² pincangnya. Sebenarnya, hampir setiap hari jugak aku ada terpikir untuk keluar dari kebuntuan ni. Tapi tak tau mana patut aku mulakan. Owh, bukan tak pernah aku mulakan. Tapi permulaan tu selalunya mati di tengah jalan. Kenapa? Mungkin aku tak cukup berusaha barangkali. Kalau pada fizikalnya aku nampak tenang dan aman saje di sini. Tapi sebenarnya, hati ni tuhan je yang tau. Banyak yang sering aku ngomelkan bila sendirian (gile ke ape!). Tak, aku cukup waras setiap kali aku bermonolog. Lebih setahun aku berdiam di sini. Tapi dari setahun yang lebih itu, tak banyak yang aku nampak boleh berkembang dan bertambah. Tak banyak yang aku boleh capai dan gapai. Tak banyak yang boleh aku tingkatkan dan realisasikan. Jadi, apa guna lagi terus bertahan di sini? Aku masih mencari jalan pasti sebenarnya.

Dan pagi ini, sedang asyik berbual sembang kosong dengan seorang teman. Tiba² kami sampai kepada satu topik yang tak pernah terpikirkan di akalku selama ni. Soalan yang berkisar tentang kisah orang lain akhirnya susur galurnya terus mengalir hingga menjadi kisah tentang aku, aku dan aku. Si teman memberi satu harapan untuk aku tinggalkan kebosanan yang aku alami di sini. Hurm, peluang depan mata. Takkan aku nak lepaskan? Banyak hidangan enak yang dihamparkan depan mataku sepanjang kami berbual. Aku teruja, amat teruja. Berbunga harapan la jugak. Jadi langkah pertama dah aku mulakan seawal pagi tadi. Lepas tu? Ada lagi langkah seterusnya. Tapi tak kisah la, yang penting mukadimahnya dah pun aku laksana. Terima kasih teman, andai berjaya jasamu takkan aku lupa.

Tapi.. Dalam pada asyik aku merencana agenda sendiri. Terpikir jugak tentang yang satu itu. Sepatutnya tahun depan ada habuan yang bakal aku terima dari sini. Habuan yang aku tak tau berapa. Mungkin banyak, mungkin jugak sedikit. Tapi walaupun sikit, pasti terkesan jugak di hati kalau aku tak dapat merasa apa yang sepatutnya aku terima tu kan? Buntu lagi. Dilema ditambah pulak dalam hati. Macam mana ni ye, harus aku pilih yang mana agaknya nanti? Kata hati sekarang agak berbelah bahagi. Mau yang itu ataupun yang ini? Hurm, takpelah. Aku masih punya waktu nak menimbang dan jugak membahagi. Kalau rezeki ku bukan untuk itu, aku redha. Moga doa yang aku panjatkan selama ni beroleh hasil yang memuaskan hati. Bantu aku ye tuhan..


Sumber gambar dari google

p/s: Entry ini agak rahsia bunyinya.. Kalau pening nak memahami, maaf ye kawan²..


Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Thursday, August 06, 2009

Again dan sekali lagi..?!!

Malang sungguh nasib aku sejak kebelakangan ni. Dalam masa kurang dari sebulan, 2 kali aku eksiden!! Dan 2-2 kali tu jugak salahnya bukan berpunca dari aku. 10/07/09, Kenari ku itu menjadi mangsa kebodohan seorang pemandu Viva, rujuk post ini. Dan semalam, 05/08/09, Kelisa pulak menjadi mangsa keadaan seorang manusia rabun yang keretanya je yang besar, tapi mata kecik. STUPID!! Sangat sakit hatiku ini. Satu pun tak settle lagi, satu lagi datang. Nasib baik Kelisa tu masih boleh bergerak. Jadi sementara menanti Kenari dan police report Kelisa tu siap untuk dihantar ke bengkel, terpaksa la aku usung kelisa tu ke sana ke mari dengan wajahnya yang dah rebeh sebelah. Poor our Kelisa.



Semuanya terjadi pagi semalam masa aku & bie baru nak memulakan perjalanan ke opis. Dalam bangunan parking lot rumah kami!! Macam biasa, bie memang akan bergerak dengan kadar yang sangat perlahan dalam parking lot tu memandangkan keadaannya yang agak sempit dengan orang² bodoh yang suka sangat block jalan dan parking orang lain. Setibanya betul2 berhampiran jalan keluar dari parking lot tu, aku nampak sebiji Toyota Hilux dengan lajunya nak masuk ke dalam. Bie berhentikan kereta dengan tujuan nak bagi laluan pada die masuk dulu. Tapi betapa bodohnya die (driver Hilux tu), masa masuk ke dalam kawasan parking lot tu aku boleh nampak dengan jelas matanya sikit pun tak memandang ke depan. FAK YU!! Dan dalam sekelip mata, BOOMMED!! Singgah satu ciuman mesra dari Hilux itu kepada muncung Kelisa kami. Aku sangat pissed off!! Dan aku hanya biarkan bie turun seorang. Aku hanya memerhati dari jauh. Ada la sikit tegang urat dan tikam lidah. Selepas beberapa minit, driver Hilux tu hanya terus berlalu tanpa sikit pun maaf. Jangan kata maaf, turun dari kereta pun tidak. Kami malas pikir panjang, terus ke balai dan buat report.

Jadi kepada anda sekelian, sila berhati² kalau nampak kereta Toyota Hilux, warna hitam, WSF 1868. Pemandunya seorang *cayanunalif* memang sangat² kurang ajar!! Jangan sampai aku sendiri jumpa die dalam kawasan parking tu, memang something will happen. Tak banyak, sikit aku akan bagi. Dan, aku percaya dengan hukum karma. Hari ni die langgar aku, maybe next time turn die pulak dilanggar lori kontena ke. Who knows?!!

Till my next post... Bye bye bye..



-END-

Tuesday, June 30, 2009

KECEMASAN

Di suatu tengah hari yang indah dan permai.. tiba²..
(11:43:13 AM) Sya²: weh izma erm.....aku rasa sesuatu keluar dari bwh ni la
(11:43:18 AM) Sya²: huhuhuu panas jerk
(11:43:26 AM) Sya²: tapi aku cek td bukan darah
(11:43:52 AM) Sya²: pe aku nak buat nih
(11:44:01 AM) iZmA: air je kot
(11:44:05 AM) iZmA: ko ada rasa basah2 ke?
(11:44:12 AM) iZmA: takkan ketuban kot
(11:44:13 AM) iZmA: hisy
(11:44:18 AM) iZmA: jangan beranak kat sini
(11:44:24 AM) iZmA: kang *** kena jadi bidan plak
(11:44:27 AM) iZmA: sanggup ke ko
(11:44:28 AM) iZmA: hahaha
(11:44:42 AM) Sya²: byk la ko, aku cek tadi mmg ar air
(11:44:49 AM) Sya²: ketuban kan jernih je
(11:44:56 AM) Sya²: seram dah aku nih
(11:45:00 AM) Sya²: bdn sesejuk
(11:45:14 AM) Sya²: takkan la nak beranak kat sini
(11:45:16 AM) Sya²: hohohoh
(11:45:21 AM) iZmA: huhuhuhu
(11:45:24 AM) iZmA: abis tu camne?
(11:45:29 AM) iZmA: ko rasa sakit2 ke?
(11:45:41 AM) iZmA: aku mana reti menda beranak2 bersalin2 ni
(11:45:47 AM) iZmA: nak tengok pon aku rasa seriau
(11:46:01 AM) Sya²: aku rasa perut je la sakit
(11:46:11 AM) Sya²: aku nak suh wandi amek aku ar
(11:46:18 AM) Sya²: bwk gi spital
(11:46:33 AM) Sya²: s*****r (upss) aku dah basah dah nih
(11:46:38 AM) iZmA: huh
(11:46:38 AM) Sya²: ayoh
(11:46:40 AM) iZmA: nak ***?
(11:46:45 AM) iZmA: aku ada spare kot
(11:46:50 AM) Sya²: aku ada
(11:46:54 AM) iZmA: pakai la
(11:46:57 AM) iZmA: takkan nak biar
(11:47:01 AM) Sya²: tapi aku risau gak
(11:47:09 AM) iZmA: rasanya takde apa kot
(11:47:16 AM) Sya²: ko nih....
(11:47:17 AM) iZmA: kalau nak beranak
(11:47:24 AM) iZmA: mesti dah sakit2 memulas
(11:47:36 AM) Sya²: mmg la, memulas tu aku dah rasa
(11:47:38 AM) iZmA: takpe, PPUM dekat je
(11:47:39 AM) iZmA: hahaha
(11:47:47 AM) Sya²: perut aku dah keras je dr pg td tau
(11:47:51 AM) iZmA: hisy ko ni, takkan dah nak beranak
(11:47:52 AM) Sya²: dr smlm lagi
(11:47:57 AM) Sya²: huhuhuhu
(11:48:01 AM) iZmA: hisy
(11:48:06 AM) iZmA: gile bodoh aku rasa
(11:48:10 AM) Sya²: aku ingt menda biasa je
(11:48:11 AM) iZmA: tatau apa nak cakap
(11:48:19 AM) Sya²: ko, aku nih lagi ar
(11:48:22 AM) iZmA: perut aku plak rasa sakit
(11:48:27 AM) Sya²: gila
(11:48:31 AM) iZmA: mintak ngan *** ko nak kuar gi sepital
(11:48:42 AM) iZmA: kalau ada apa2 kira jadi MC la ari ni
(11:48:53 AM) iZmA: kalau takde apa2 kire ko bleh datang opis balik
(11:49:03 AM) iZmA: sekang ni kire sempat lagi
(11:49:03 AM) Sya²: tu ar....aku baru nak apply mc smlm
(11:49:15 AM) iZmA: apply yang semalam je
(11:49:31 AM) Sya²: terus rasa panas je kat bawah
(11:49:33 AM) iZmA: yang hari ni just ko inform *** cakap nak pegi sepital sebab perut ko rasa sakit
(11:49:41 AM) Sya²: ok
(11:49:49 AM) iZmA: ko nak aku tolong hantar ke?
(11:50:03 AM) Sya²: tah la, mcm dah takleh nak pk dah
(11:50:05 AM) iZmA: tapi kalau beranak kang aku plak jadi bidan
(11:50:06 AM) Sya²: huhuhuhu
(11:50:07 AM) iZmA: pengsan aku
(11:50:09 AM) iZmA: hahahaha
(11:50:13 AM) Sya²: kehkehkeh
(11:50:22 AM) Sya²: aku soh wandi amek la hantar
(11:50:39 AM) Sya²: at least kalo kena tahan, baju² aku smua dh dlm kreta
(11:50:43 AM) iZmA: kalau ko nak aku hantar
(11:50:50 AM) iZmA: aku hantar
(11:50:58 AM) iZmA: kire nanti wandi terus pegi sepital la
(11:51:05 AM) iZmA: aku hantar n tinggalkan ko kat sepital tu
(11:51:11 AM) iZmA: then aku balik opis
(11:51:22 AM) Sya²: ye ar perut aku ni, dah geliat geliaut
(11:51:27 AM) iZmA: nak ke tak?
(11:51:33 AM) iZmA: buat la keputusan cepat!
(11:51:35 AM) iZmA: hisy!
(11:51:37 AM) Sya²: jomlah
(11:51:41 AM) Sya²: aku pun cuak
(11:51:46 AM) iZmA: ko pegi jumpa ***
(11:51:48 AM) Sya²: so nak buat pe dulu nih?
(11:51:54 AM) iZmA: cakap aku tolong hantar pegi sepital
(11:52:04 AM) iZmA: nanti aku balik opis semula
(11:52:08 AM) Sya²: okoook

Maka selepas itu kami berdua meneruskan perjalanan ke PPUM. Sempat la aku call bagitau bie aku nak keluar ke sepital kejap. Agak panik jugak la sebenarnya, hehe. Maunya tidak, bukan benda main². Bantai die nak bersalin dalam kete aku, sape nak jadi bidan tu kalau bukan aku?? Huhuhu, tak rela mak nak oi!

Tiba ke tempat yang dituju dengan selamat..

Ambulan yang bertugas.. tak pasal² jek

Note: Ada nama² dan perkataan yang terpaksa diedit bagi memastikan kesesuaian untuk dipublishkan ke dalam entry ini. Harap maklum.

Till my next post..

-END-

Thursday, November 27, 2008

Blur Lagi nih..

Still have no idea what, where and how i should start.. So, just wait laa..

Related Posts with Thumbnails