Friday, July 03, 2009

New Born..

Tahniah untuk pasangan Wandi-Syasya atas kelahiran baby gurl baru mereka berdua.
Setakat entry ini, baby ni masih belum ada nama.
Didoakan semoga kedua umi dan baby itu akan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

(di delete atas permintaan uminya.. sorry semua)
Lena dipelukkan uminya pada hari pertama. Syasya tak kasi amik gambar die sebab seksi :P..

NOTE: Berbaloi aku jadi pemandu 'ambulans' selasa lepas (rujuk entry ini).. hehehe..

Till my next post..

-END-

Wednesday, July 01, 2009

Our Very First Guest!!

Semalam genap 3 bulan aku mendiami rumah tumpang (rumah sewa) kami skang. Letaknya jauh diatas langit (tingkat 22, tinggi wor!!). Yerp, memang sangat tinggi untuk orang yang takut pada ketinggian macam aku. Well, untuk pengetahuan semua, aku ada memori silam pasal ketinggian ni. Tapi segan la nak citer apa bendanya. Lagipun ini bukan entry pasal ketakutan aku tu okey. Nak membayangkan tinggi tak tingginya rumah yang kami diami ni, bila pandang ke bawah, kereta² hanya nampak macam sekecil kereta mainan. Huhuhu, kali pertama memandang ke bawah dulu, horror! Tapi disebalik kegerunan tu, ada jugak keindahannya. Dari tingkap ruang tamu, boleh nampak indah lampu² kawasan The Curve yang cantik. Khabarnya kalau ada sambutan (hari merdeka atau new year), boleh nampak bunga api. So takyah la nak bersesak² dengan orang lain nak ke sana. Menarik jugak la fakta tu kan. Dan skang ni, aku dah mula secara perlahan² boleh mengatasi fobia tu sendiri. Caranya senang je, do the thing u don't want to.

Oklah, back to main topic. First of all, thanks a lot to Azhar-Rina-Fatin yang sudi meluangkan masa mereka sekeluarga untuk singgah ke teratak kecik dan sempit kami Sabtu lepas. Sangat berbesar hati menerima kedatangan korang sekeluarga. Walaupun korang hanya dihidangkan dengan album gambar kahwin je, harap tak serik ok. Memandangkan kami semua baru lepas makan masa tu, so aku agak diorang pun mesti dah full.

Alkisahnya bermula dari status FB yang rina buat petang Jumaat lepas. Kebetulan die bagitau nak ke IKEA petang sabtu tu lepas attend kenduri kawen. Jadi alang² dah dekat, aku ajak la datang rumah. Jadi petang tu seperti yang dijanjikan kami jumpa kat IKEA kurang lebih jam 5:30 petang. Terus ke bahagian dapur sebab diorg dah menunggu kat sana. Cadangnya aku ni taknak beli apa². Tapi cakap tak serupa bikin, baru je melangkah masuk mata aku dah terpandangkan sesuatu yang aku nak. Hehehe... Bie dah geleng kepala (bukan tak bagi beli, tapi pening sebab perangai suka shopping tu dah ada sket² kat aku kot). Dalam pada tak plan nak beli apa², ada jugak la 3 benda ni yang masuk ke dalam buying list aku. Ceitt!! Bukan amik benda² mahal pun. Semua tu tak lebih pun RM50..

3 benda yang berjaya disauk!

Sebelum dan selepas..

Tengah sibuk memilih² barang, tiba² ada yang menegur. Pusing² rupanya Rina & Fatin. Alahai budak Fatin ni, cute sangat. Besar dah skang. Dah mula nampak friendly sikit banding dulu. Mudah nak tersenyum dan ketawa. Geram tengok mata die tau. Sangat comel! Kali ni merasa la nak dukung die lebih lama dari biasa. Kalau dulu dukung kejap die dah nak start melalak. Tapi itu hari boleh la pulak die senyap je. Siap senyum² kambing lagi dalam dukungan aku (ke aku ni dah ada bau ibu², hahahaha). Pusing IKEA hampir 3 jam, lepas penat dan segala barang yang nak dibeli dah dicapai kami semua pun bergerak meninggalkan gedung IKEA yang maha besar itu (penat weh kalau betul² nak jalan setiap department die).

Amboi.. lebar senyum ye!!

Lena dalam dukungan uncle Kmie.. wahh, ada bakat ni

Agenda seterusnya adalah.. MAKAN! Tak sah kalau takde makan² ni kan. Tapi takde la special dinner sangat pun. Just singgah kedai tomyam yang biasa² je kat Damansara Perdana.

Jom makan!!

Kenyang je perut, Azhar-Rina-Fatin mengikut kami berdua ke rumah. Hanya untuk singgah kejap je. Fatin yang pada awalnya lena diulit intan sesampainya kat rumah kami terjaga lebih kurang 10 minit lepas diletakkan atas sofa. Tapi mujur la tak menangis. Bagus budak ni, tido kejap² pun menten jek! Untung korang wahai mama & ayah Fatin.

Fatin tumpang mandi kat dapur auntie Izma sambil diperhatikan mama & ayah.. tak malunye!!!

Akhirnya.. ada jugak tetamu yang sampai kat rumah kami yang tak berapa indah itu. Tapi sayangnya, belum ada sorg pun kalangan ahli keluarga yang sampai. Kenapa ek? Ayah aku sempoi je mintak buat lamb chop baru boleh datang. Ciss, mana nak cekau? Aku order kedai punya je nanti. Bukan reti pun nak masak yang bukan² ni. Hehehe. Jadi kepada ahli keluarga tercinta, sahabat handai tersayang. Jemput² la datang ke rumah. Kalau takde benda nak dimasak, McD delivery pun sempat je aku order :P.. hehehe (kedai makan kat umah aku pun ada buat delivery.. huhu, i love technology!)

Till my next post... pai pai

-END-

Tuesday, June 30, 2009

KECEMASAN

Di suatu tengah hari yang indah dan permai.. tiba²..
(11:43:13 AM) Sya²: weh izma erm.....aku rasa sesuatu keluar dari bwh ni la
(11:43:18 AM) Sya²: huhuhuu panas jerk
(11:43:26 AM) Sya²: tapi aku cek td bukan darah
(11:43:52 AM) Sya²: pe aku nak buat nih
(11:44:01 AM) iZmA: air je kot
(11:44:05 AM) iZmA: ko ada rasa basah2 ke?
(11:44:12 AM) iZmA: takkan ketuban kot
(11:44:13 AM) iZmA: hisy
(11:44:18 AM) iZmA: jangan beranak kat sini
(11:44:24 AM) iZmA: kang *** kena jadi bidan plak
(11:44:27 AM) iZmA: sanggup ke ko
(11:44:28 AM) iZmA: hahaha
(11:44:42 AM) Sya²: byk la ko, aku cek tadi mmg ar air
(11:44:49 AM) Sya²: ketuban kan jernih je
(11:44:56 AM) Sya²: seram dah aku nih
(11:45:00 AM) Sya²: bdn sesejuk
(11:45:14 AM) Sya²: takkan la nak beranak kat sini
(11:45:16 AM) Sya²: hohohoh
(11:45:21 AM) iZmA: huhuhuhu
(11:45:24 AM) iZmA: abis tu camne?
(11:45:29 AM) iZmA: ko rasa sakit2 ke?
(11:45:41 AM) iZmA: aku mana reti menda beranak2 bersalin2 ni
(11:45:47 AM) iZmA: nak tengok pon aku rasa seriau
(11:46:01 AM) Sya²: aku rasa perut je la sakit
(11:46:11 AM) Sya²: aku nak suh wandi amek aku ar
(11:46:18 AM) Sya²: bwk gi spital
(11:46:33 AM) Sya²: s*****r (upss) aku dah basah dah nih
(11:46:38 AM) iZmA: huh
(11:46:38 AM) Sya²: ayoh
(11:46:40 AM) iZmA: nak ***?
(11:46:45 AM) iZmA: aku ada spare kot
(11:46:50 AM) Sya²: aku ada
(11:46:54 AM) iZmA: pakai la
(11:46:57 AM) iZmA: takkan nak biar
(11:47:01 AM) Sya²: tapi aku risau gak
(11:47:09 AM) iZmA: rasanya takde apa kot
(11:47:16 AM) Sya²: ko nih....
(11:47:17 AM) iZmA: kalau nak beranak
(11:47:24 AM) iZmA: mesti dah sakit2 memulas
(11:47:36 AM) Sya²: mmg la, memulas tu aku dah rasa
(11:47:38 AM) iZmA: takpe, PPUM dekat je
(11:47:39 AM) iZmA: hahaha
(11:47:47 AM) Sya²: perut aku dah keras je dr pg td tau
(11:47:51 AM) iZmA: hisy ko ni, takkan dah nak beranak
(11:47:52 AM) Sya²: dr smlm lagi
(11:47:57 AM) Sya²: huhuhuhu
(11:48:01 AM) iZmA: hisy
(11:48:06 AM) iZmA: gile bodoh aku rasa
(11:48:10 AM) Sya²: aku ingt menda biasa je
(11:48:11 AM) iZmA: tatau apa nak cakap
(11:48:19 AM) Sya²: ko, aku nih lagi ar
(11:48:22 AM) iZmA: perut aku plak rasa sakit
(11:48:27 AM) Sya²: gila
(11:48:31 AM) iZmA: mintak ngan *** ko nak kuar gi sepital
(11:48:42 AM) iZmA: kalau ada apa2 kira jadi MC la ari ni
(11:48:53 AM) iZmA: kalau takde apa2 kire ko bleh datang opis balik
(11:49:03 AM) iZmA: sekang ni kire sempat lagi
(11:49:03 AM) Sya²: tu ar....aku baru nak apply mc smlm
(11:49:15 AM) iZmA: apply yang semalam je
(11:49:31 AM) Sya²: terus rasa panas je kat bawah
(11:49:33 AM) iZmA: yang hari ni just ko inform *** cakap nak pegi sepital sebab perut ko rasa sakit
(11:49:41 AM) Sya²: ok
(11:49:49 AM) iZmA: ko nak aku tolong hantar ke?
(11:50:03 AM) Sya²: tah la, mcm dah takleh nak pk dah
(11:50:05 AM) iZmA: tapi kalau beranak kang aku plak jadi bidan
(11:50:06 AM) Sya²: huhuhuhu
(11:50:07 AM) iZmA: pengsan aku
(11:50:09 AM) iZmA: hahahaha
(11:50:13 AM) Sya²: kehkehkeh
(11:50:22 AM) Sya²: aku soh wandi amek la hantar
(11:50:39 AM) Sya²: at least kalo kena tahan, baju² aku smua dh dlm kreta
(11:50:43 AM) iZmA: kalau ko nak aku hantar
(11:50:50 AM) iZmA: aku hantar
(11:50:58 AM) iZmA: kire nanti wandi terus pegi sepital la
(11:51:05 AM) iZmA: aku hantar n tinggalkan ko kat sepital tu
(11:51:11 AM) iZmA: then aku balik opis
(11:51:22 AM) Sya²: ye ar perut aku ni, dah geliat geliaut
(11:51:27 AM) iZmA: nak ke tak?
(11:51:33 AM) iZmA: buat la keputusan cepat!
(11:51:35 AM) iZmA: hisy!
(11:51:37 AM) Sya²: jomlah
(11:51:41 AM) Sya²: aku pun cuak
(11:51:46 AM) iZmA: ko pegi jumpa ***
(11:51:48 AM) Sya²: so nak buat pe dulu nih?
(11:51:54 AM) iZmA: cakap aku tolong hantar pegi sepital
(11:52:04 AM) iZmA: nanti aku balik opis semula
(11:52:08 AM) Sya²: okoook

Maka selepas itu kami berdua meneruskan perjalanan ke PPUM. Sempat la aku call bagitau bie aku nak keluar ke sepital kejap. Agak panik jugak la sebenarnya, hehe. Maunya tidak, bukan benda main². Bantai die nak bersalin dalam kete aku, sape nak jadi bidan tu kalau bukan aku?? Huhuhu, tak rela mak nak oi!

Tiba ke tempat yang dituju dengan selamat..

Ambulan yang bertugas.. tak pasal² jek

Note: Ada nama² dan perkataan yang terpaksa diedit bagi memastikan kesesuaian untuk dipublishkan ke dalam entry ini. Harap maklum.

Till my next post..

-END-

Transformasi

TIDAK, tajuk diatas tidak ada langsung kene mengena dengan movie Transformers yang tengah hangat kat wayang skang ni. Just hari ni nak citer apa aktiviti kami hubby & wifey pada Sabtu lepas kat rumah. Setelah sebulan berlalu, baru la sekali ni merasa duduk kat rumah waktu weekend. Kalau tak asyik padat je aktiviti luar. Fuh, kalah menteri dah rasanya busynya tu tau.

So, atas kelapangan waktu yang kami ada kali ni. Aku & bie gunakan sebaik mungkin untuk laksanakan hajat aku yang terpendam sejak 2 bulan lepas lagi. Takde la hajat besar mana pun sebenarnya. Just nak ubah kedudukan perabot dalam bilik tidur dan lepas tu nak alih barang² dalam bilik 1st ke bilik tengah yang lebih kecik. Rasa macam membazir pulak space dalam bilik yang 1st tu diguna untuk letak barang² je. Bilik tengah tu pulak kami guna jadi bilik ampai kain + bilik solat sebelum ni. Punya la sempit terasa duniaku dalam tu. Tapi apakan daya, memang takde masa nak mengubah², mengalih² barang dalam rumah tu.

Kebetulan program paintball yang dirancang bie & kawan² Sabtu lepas cancel. Jadi ada la masa aku nak mengerjakan rumah yang dah semakin terbiar tu (biarpun rumah tu aku sewa je, tapi nak jugak rasa selesa kan, tak gitu?!). Jadi tugas pertama celik mata pagi tu ialah, sediakan sarapan. Tak buat sarapan berat pun, bie alas perut dengan roti+telur. Aku pulak cukup dengan oat semangkuk. Yang buat sarapan pun bukan aku, tapi bie. Ehehehe, aku bangun lambat. Kira celik mata sarapan dah ada atas meja. Ciss, hampehnya aku ni kan.

Lepas perut terisi, kerja² pun dimulakan. Sasaran pertama ialah, bilik yang terletaknya barang². Bilik yang dah sarat dengan barang dan jugak benda² tak berguna (masa kemas la baru jumpa benda yang rasanya dah tak berguna). Lepas dah kosong, bie menjalankan tugas yang dah diamanahkan. Aku memang banyak jadi mandur je sepanjang proses mengemas² ni. Mop lantai, vaccum, lap sana, lap sini. Paling besar pun keje yang aku buat just cuci tingkap jela. Haha, mengelat je lebih.

Inilah antara barang²nya tu.. Banyak yang tak berguna je sebenarnya

Bekerja keras.. yeah!

Dan keras lagi.. yeeahhhaa!

Hampir sejam jugak la mengerjakan 1 bilik tu. Settle akhirnya. Bilik yang 1st skang dah menjadi bilik solat a.k.a bilik laundry (sebab ampai baju lepas basuh kat dalam tu). Bilik kecik yang tengah tu pulak jadi bilik barang. Lupa pulak nak snap gambar before & after progress bilik tu. Penat la kan, angkat barang sana sini (ye ke ni?) hehe. Sempat la belek² barang lama sambil mengemas tu. Nampak pulak album gambar lama, selak la jugak. Mengenang zaman² kekurusan dahulu. Skang camne, kurus ke? (huhu, usah ditanya soalan itu). Cukup², kerja perlu diteruskan. Maka barang² yang menimbun tu kami angkat dan susun cantik². Baru la sedap mata memandang. Lepas puas hati dengan kebersihan yang ditonjolkan oleh lantai rumah kami itu, bilik tidur utama pulak menjadi sasaran deco casa impian. Haha, tak taraf tu pun sebenarnya. Takat alih² je, takde la sampai nak deco²nye weh.
Sebelum dan selepas.. Spot the different? Dalam gambar memang tak nampak, meh la datang rumah tengok lagi senang. Hehe..

Dan tengah rancak kami mengemas² tu, Azhar-Rina SMS ajak lepak ke IKEA. Memang dah tau plan diorg nak pegi IKEA dari hari jumaat. Kami berdua on je. Setakat IKEA, naik beskal pun kejap dah sampai. Kira nasib baik takde beskal jela, hahaha. So, lepas siap berkemas. Juadah lunch disediakan. Aku dah masak nasi, tapi tiba² bie mintak makanan segera a.k.a megi. Jadi, takyah la aku bersusah payah masak lauk, yes!! Aku just makan nasi ngan sup tauhu je. Kan tengah diet, mana bleh makan banyak sangat. Tak gitu sayang?! ☻☺

Settle sudah agenda kemas-mengemas yang dirancang sejak sekian lama. Alhamdulillah, selamat semuanya (ceh, dah macam buat kenduri la plak main pikir selamat²).

Till my next post.. Chau Sien..

-END-

Monday, June 29, 2009

Go go Genting...

Oklah, ini adalah sambungan dari entry minggu lepas. Keadaan aku yang agak busy sejak 2 menjak ni membataskan jari jemari aku ni untuk mengupdate walau seciput mana pun.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sesampainya kat Outdoor Theme Park tu, game pertama yang kami main ialah..


Kuda berpusing!! Tatau la kenapa menatang ni yang menjadi pilihan pertama. Rasanya sebab benda alah ni je yang nampak tak menakutkan. Yang lain² tu memerlukan kesediaan rapi mental dan fizikal. So, sebagai warm up benda ni jela yang paling sesuai.

Seterusnya pulak beberapa game lain menjadi pilihan. Layan je la gambar yang bertimbun ni ye..

Spinner..
Mak & Ayah tak melepaskan peluang.. main jugak tu!! Kecut perut aku tak ilang lagi masa gambar ni diambil..

Dan seterusnya kami bawak haluan masing². Sebab ada yang nak main game itu, ada yang nak main game ini. So, baik cari sendiri apa yang nak dimain. Masa² macam ni takyah tunggu² orang. Aku & bie buat keputusan, kami nak pegi try Pirate Ship. Nampak dari jauh, jadi hati ni teringin nak try. Jani & Fitri pun menempel ikut sama. Kami tinggalkan yang lain kat belakang. Menunggu hampir setengah jam la jugak. Feel die? Huhuhu, rasa macam serik nak naik lagi. Kecut perut aku ni macam kena rendam ngan asam keping!

Akak melayan anak² yang nak naik cawan besar ribena..


Pirate Ship yang kami berempat nak naik

Sempat pose gedik sementara beratur menunggu


Inilah yang dinamakan senyum ketakutan.. agak²nya masa ni kapal ada kat posisi mana?

Dan lepas dari permainan tu la kepala aku mula berdenyut lebih kuat. Tapi masih boleh bertahan. Cuba jugak kuatkan semangat nak main macam² punya pasal. Perut pun masa tu dah mula nyanyi lagu² dondang dendang! Lepas dari tu terus mencari ahli keluarga yang lain. Bersepah² tah kat mana, haha. Tak susah pun nak cari, memasing kan ada henpon. Call je, sure boleh jumpa.

Seterusnya kami berdua layan Alif ngan Hajar main bumping boat. Aku ngan bie nak naik, tapi takleh sebab berat aku over limit! Aduh, berat sangat la plak aku ni rupanya. Hahaha, bie pun sudahnya tak naik sebab tak sampai hati tinggalkan aku sorang² menunggu. So sweet ☺.. TQ sayang.. Akak dah bawak ahli rombongan yang lain ke atas. Mak & ayah nak try naik Pirate Ship tu. Huhu, mak & ayah aku ni memang gile adventure rupanya. Anak die yang muda belia ni pun kecut perut naik menatang tu, die bleh rilek je muka (aku tak nampak pun muka diorg macam mana sebenarnya masa naik Pirate Ship tu).

Lepas lebih setengah jam beratur, dapat jugak Alif & Hajar naik Bumping Boat. Aku hanya jadi pemerhati je dari luar. Tukang snap gambar jela jadinya. Sukanya Alif dapat naik bot tu (jeles jugak rasanya!) Tak lama mana pun naiknya, ada la 10 minit. Jadik la kan, banyak lagi benda lain nak main.

Aksi Alif dan Maksu Hajarnya..

Lepas dari melayan Bumping Boat ni. Kami terus ke atas. Ahli rombongan cik kiah yang lain semua dah menanti kat sana. Diorg siap dah bersantap pun. Masing² memang tengah kebulur masa tu. Sampai² kat diorg, terus ngap apa yang ada.

Lepas menghilangkan penat lelah, teruskan perjalanan pulak ke atas. Cari apa lagi yang boleh dimain. Aku & bie aim Fun Kart. Jadi kami berdua bawak haluan sendiri. Tapi menunggu nak sampai turn sikit punya lama daaa... Ada jugak sejam rasanya. Kepala aku dah berdenyut macam nak pecah. Tambah pulak kat atas tu oksigen makin kurang. Lagi tambah denyut.

Tunggu turn nak main Fun Kart. Muka pun dah serabai..

Settle Fun Kart, terus mendaki ke atas. Mak dan yang lain² tgh beratur nak naik tongkang Dinosour Land. Diorg beratur sama sikit lebih kurang cam aku & bie beratur menunggu Fun Kart, punya la lama. Tapi kami datang terus cusss, cilok line! Hahaha, mesti orang² belakang tu bengang kan. Nasib la, siapa bijak die depan! Kat sini la terjadinya kejadian Adam nangis ketakutan. Hahahaha, penakut punya Adam. Masa kat dalam Dinosour Land tu, ada 1 tempat die kasi gelap. Pastu macam ada show la. Adam bantai nangis masa part T-rex muncul betul² kat depan muka die. Kitorang? Bantai gelakkan die ramai². Hahahaha..

Adam yang dalam ketakutan, dipeluk mamanya..

Itu game terakhir aku kat atas puncak Genting Highland (game ke tu? Bantai la, janji korang paham). Turun dari tongkang tu sempat posing di sana sini. Sampai la penat, aku & bie pun amik keputusan nak turun. Semua pun dah turun masa tu. Sempat la jugak aku main permainan bodoh kat gerai² yang ada (punya banyak main baling² bola tu, takde satu pun kena. Ciss!!). Seterusnya pegi kat mak & ayah yang dok rilek dekat² entrance. Masa ni sebenarnya memang dah takleh nak handle kepala ni punya sakit. Tapi bila dengar Cyclone dah bukak (masa awal² nak naik benda alah ni tutup la pulak), berlari la jugak pegi situ nak naik. Hahahaha, cam budak² je rasa. Dalam pada takut naik la jugak. Aku, bie, akak, Alif, Jefri, Jani & Fitri. Beratur sederet nak naik. Akak dah gerun² ajak Alif turun, takmo naik. Tapi Alif berkeras. Kesudahannya, Alif poyo² kepeningan la plak pas turun dari Cyclone tu. Ye ke Alif pening dari tadi, ke sebab takut??! Hahaha..

Itulah game terakhir yang aku mampu layan hari tu. Lepas je dari tu, aku memang dah total lost! Kepala aku dah bagi warning awal² tapi aku degil jugak nak naik itu ini. Hasilnya, terdampar la aku di saat orang lain still hepi² lagi enjoy moment² yang terakhir. Aku kat mana? Terlentok je atas kerusi sorang. Bie belikan milo panas yang berharga RM4 (bapak die ajar agaknya cekik darah orang camni!), tapi lepas je abis minum milo tersebut akhirnya menjadi cairan terbuang kat longkang (muntah la, apa lagi).

Terdampar..

Pose terakhir dengan muka yang pucat lesi, senyum pun paksa!

Jadinya, sekitar perjalanan balik takde la gambar yang di-snap. Cameraman bertugas pada hari tersebut tumbang sebelum waktunya. Kesian kat aku....

Note: Rasanya pasni kena jugak buat keje editing fotocop kalau ada big event. Banyak benar gambar nak tampal..

Till my next post.. tata!!

-END-
Related Posts with Thumbnails