Friday, June 25, 2010

Tag: Top Blogger 2010

Ding dong..

Aku di TAG oleh si pompuan senget ini, MakMemerangHijau. Jadi marilah kita layan TAG di pagi hari jumaat ini. Aku pun tatau macam mana aku boleh jadi TOP Blogger di hati die sebab setau aku baper kerat sangat la yang baca blog aku ni. Follower pun ada belas² jeww. Belum lagi puluhan ribuan kan. Ngehehehe..



Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Journey to the center of my mind. Kerana memang semua kisah yang ada dalam ni ditulis menggunakan minda yang ada dalam kepala otak ini. Jadi, bila baca ni ibarat macam membaca apa yang ada dalam fikiran aku la.

Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea itu?
http://mind-thinker.blogspot.com. Kerana saya memang seorang yang boleh membaca minda. Jadi sila berjaga² bila bertentang mata dengan saya. Nguahahahaha..

Apa method dalam penulisan anda?
Apa saje yang terlintas di kepala. Memang takde apa² method yang khusus. Kalau rasa nak buat hari², aku rajinkan la buat entry hari². Kalau rasa nak buat citer pasal makan, kena tunggu time aku pegi makan. Kalau aku rasa nak senyap, terus la aku senyap tak berbunyi².

Pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Pernah je. Kadang² macam dah hilang arah tatau apa yang nak diblogkan. Jadi, terasa macam nak tutup kedai jela daripada biarkan bersawang. Sib baik kerajinan yang on off ni berterusan on off on off nye. Kalau on pastu off sampai ke sudah, memang sampai situ jela gamaknya.

Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Hehe, ni pun salah satu reason macam aku nak stop blogging. Segan ler bile ada family yang baca blog aku. Nak buat perangai mulut puaka pun jadi terbantut. Terus jadi sopan santun bertatasusilabambangyudoyono terus. Wakakaa.. Jawapannya, definately ada!

Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
Tak pernah ada orang cakap pun. Baik cantik mahupun buruk. Kalau ada pun yang nak komen, terpulang la. Tu kan pendapat individu. Padangan mata setiap orang tu kan berbeza². Ada orang suka putih, ada orang suka warna-warni, ada orang suka hitam. Pada aku, as long as mata aku tak semak memandang, maknanya cantik la.

Bila blog anda diberanakkan?
Aku mula blog since zaman² dengan friendster dulu. Tak ingat la tahun bila. Blogspot ni pun aku dah create account sejak tahun 2005 kot. Tapi satu post pun tak keluar. Malas punya manusia kan. Akhirnya, tahun 2008 bulan September, terhasil la entry yang pertama. Gile kan, 3 tahun peram saje tak buat apa².

Siapa org pertama yg tahu anda ada blog?
Sudah semestinya la soulmate yang satu itu. He is my first for everything... *Maceh yunk*

Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?
Masa sekolah dulu saya takde blog la. Masa tu saya apapun tatau pasal dunia IT ni. Kalau menulis pakai pen je, tak reti tekan². Blog saya ialah buku log kulit tebal berwarna biru yang kini sudah hancur dimakan lipas. Ngehehe..

Sepuluh orang seterusnya bakal di nobat.
Saya TAG sape² je yang ada baca blog kerdil ini. Lepas buat tu jangan segan silu tinggal pesan. Nanti saya datang jenguk²..

Sekian, terima kasih.

Nota kaki lapan: Aku bukan la top mana pun. I am the very the low of the profile. :-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, June 24, 2010

Kisah Satu Hari Mengganti Puasa

Ding dong..

Mode hari ini: Merepek, jadi sila layan kemerepekkan aku kali ini..


Pada suatu hari, seorang perempuan jelita telah membuat keputusan untuk mengganti puasanya yang banyak lagi tak berganti. Jadi, die telah bertanya kepada suaminya pada malam sebelum kejadian, adakah boleh jika die mahu berpuasa pada esok hari. Suaminya terus memberikan persetujuan tanpa sebarang bantahan. Maka, perempuan jelita itu terus memasang niat untuk berpuasa. Dek kerana si perempuan jelita itu risau die takkan terjaga pada esok harinya untuk bersahur. Die pun telah masak dan makan semahunya pada malam itu.

Kini, tibalah hari untuk perempuan jelita itu berpuasa. Seperti yang diduga, die tidak langsung terjaga dari tidurnya untuk bersahur. Maka, adalah berbaloi die menyumbatkan sepinggan nasi ke dalam mulut pada malam sebelumnya. Jika tidak, pasti die berasa sangat sedih dan kecewa memandang ikan bilis goreng bercampur cili dah sosej lada hitam yang telah die masak itu.

Dengan perut yang disangkanya mampu bertahan, die meneruskan langkah untuk ke pejabat. Sebaik tiba, perutnya sudah mula berbunyi. Hampir setiap jam bunyi-bunyian dari perutnya semakin rancak. Dari perut, sudah pindah pula ke kepala. Denyut² yang makin hebat dan dasyat mula terasa. Migrain kah? Entah la, perempuan itu masih kurang pasti. Lama kelamaan, makin sakit dirasakan. Di kala itu, terbayang di ruangan mindanya segala juadah yang lazat dan enak. Owh, itu sudah pastinya kerana perut yang menggelodak kelaparan.

Walau dugaan yang datang amat hebat. Perempuan jelita itu masih lagi cuba bertahan hingga ke titisan yang terakhir. Tiba² terbayang di ruangan matanya 'Ayam Penyet'. Owh, air liur tiba² bergenang di kolam bibir. Terus si perempuan jelita meminta pendapat suaminya, "nak makan ayam penyet boleh?". Mujur suaminya bersetuju. Dengan syarat die perlu tunggu sedikit lewat. Demi keinginan terhadap ayam penyet itu, die rela menunggu. Dan sanggup berbuka dengan 3 keping pisang goreng saje.


Sementara menanti kepulangan suaminya, perempuan jelita itu merasa sedikit terseksa kerana perutnya menyanyi² lagu irama lapar tanpa henti. Ditambah dengan kepala yang berpusing². Berpinar² seluruh alam maya. Mujur kaki masih mampu melangkah. Akhirnya, deringan telefon dari suaminya mengubat sedikit penderitaan yang ditanggung. Maka, pergilah mereka berdua ke tempat yang ingin di tuju.



Waroeng Penyet, Mutiara Damansara.

Hati sudah tidak dapat menahan sabar. Dengan pantas di pesan segala yang diinginkan tekak. Tanpa segan mahupun silu. Sebaik sahaja makanan tiba, dengan rakusnya segala juadah dan hidangan itu dimakan. Tidak langsung mempedulikan kiri dan kanannya. Perutnya yang tadi bersenandung lagu sedih, kini sudah gembira berdondang dendang. Wajahnya yang tadi muram kini sudah mula bersinar kembali.



Perempuan jelita itu berterima kasih kepada suami yang tersayang. Sungguh pun penat, beliau masih sanggup meluangkan masanya untuk melayan selera si isterinya yang berpuasa. Licin pinggan kedua²nya. Habis sudah segala haiwan yang ada ditelan hingga hanya yang tinggal adalah tulang temulang. Sungguh berselera sekali perempuan jelita itu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.



Dan bila sudah habis semuanya, tiba la kepada juadah yang terakhir untuk dihabiskan. Air alpukat yang lazat dan menyamankan itu dihirup tanpa henti sehingga habis licin. Sungguh dasyat nafsu perempuan jelita itu. Langsung tidak tertinggal walau setitis pun.




Burrpp.. Alhamdulillah.... :-)

Ceria kembali perempuan jelita itu. Hari ini die berpuasa lagi. Dan die lebih bertenaga berbanding semalam kerana hari ini die bangun bersahur. Walaupun hanya dengan semangkuk oat dan secawan milo panas. Tapi sayang, suaminya tidak dapat menemaninya untuk berbuka. Tak mengapa, mungkin gerai makcik joyah atau makcik bedah bisa jadi tempatnya mengadu nasib membawa perut yang lapar malam nanti. Ataupun mungkin berbuka hanya dengan megi goreng dari Pakcik Mohamed mamak di hujung jalan itu saje. Tunggu dan lihat..

Nota kaki lapan: Ada lagi 6 hari nak ganti lepas tolak hari ni. Hurmmmm...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, June 21, 2010

Hujung minggu yang padat dan memenatkan

Ding dong..

Amaran: Entry ini sangat panjang, kalau malas jangan baca!!

Serius, aku memang sangat penat sebenarnya. Minggu yang sepatutnya aku habiskan dengan rehat² tapi segalanya telah berubah menjadi padat dengan aktiviti. Pheww, baru ingat nak tarik nafas panjang sebelum trip ke Melaka hujung minggu ni. Dah nasib badan, dapat kaki yang tak reti nak duduk diam. Tanggung la wahai badan ye. Aku harap badan aku boleh terima keadaan tanpa rehat ni. Jangan die balas dendam, tumbangkan aku seminggu macam masa kena chicken pox dulu tu sudah. Terseksa jugak duduk terperap kat rumah takleh nak ke mana². Naya beb rasanya.

Maka, inilah rentetan cerita yang berlaku sepanjang hujung minggu aku baru² ni..

Sabtu, 19 Jun 2010

Paginya..
Bie ada paintball tourney dengan orang² opis die. Aku sebenarnya dah separuh hati taknak pegi, separuh hati paksa pegi. Yelah, nak la jugak bagi sokongan moral buat suami tersayang kan (walaupun aku tau, die lawan dengan newbie² je pun). Pepagi bie dah kejut aku bangun. Aku nak bangun pun ala² malas je. Kepala pun sejak 2-3 hari sebelum tu asyik berpusing² manjang. Tapi digagahkan jugak hati ni nak mengikut.

Bersiap ala kadar je. Bie dah keluarkan seluar askar aku yang memang jadi pakaian rasmi kalau pegi paintball. Tapi aku malas nak beria² sangat. Bukan aku main pun, jadi penonton je dari luar. Lagipun aku bukan kenal dengan sape² kat situ. So lagi baik low profile je, lagi selamat. Kali ni main kat Dusun Ali King pulak. Dekat² dengan UIA Gombak. Dah nama pun dusun, memang main pun dalam dusun la. Celah² pokok durian segala. Kalau la tengah musim buah, ngeri jugak tu nak main.



Hampir sehari suntuk jugak kat situ. Aku walaupun tak main, badan naik berlengas la jugak. Keadaan yang panas tu memang mencabar tahap emosi betul. Ikutkan mata ni, memang nak tido je. Tapi tahankan aje. Dan ketahanan aku tu berbaloi la. Dapat jugak tengok bie menang something. Siap jadi best player lagi. Ceh, tak adil betul. Main dengan newbie, memang la boleh dapat best player kan. Mana boleh patutnya, tak adil betul pengadil tu. Hehehe.


Habis main dalam pukul 4 petang. Badan pun dah lesu sangat masa tu. Memang ingat nak tido je dalam kepala otak. Itu aku tak main tu, kalau main sama maunya on the way balik aku dah tido awal², haha. Tapi disebabkan aku tak main, maka kena la aku yang jadi driver masa balik. Bie dah kepenatan, lutu longgar, skru pun dah loose sket. Takut nanti tekan minyak terlebih pulak sampai tak sempat tekan brek, bahaya woo. :-P

Sampai je rumah, bie pengsan. Aku bajet² nak join sekaki. Tapi mengenangkan rumah tunggang langgang, tambah pulak malamnya ada tetamu nak datang bermalam, kena la kemas sket alih mana² yang patut. Lipat baju² sebakul yang dah lama menunggu turn nak dilipat.

Malamnya pulak..
Menerima kunjungan dari ZamReen (akak aku) sekeluarga. Die dah booking aku dari awal minggu lagi. Nak tumpang bermalam kat rumah sebab ada aktiviti hujung minggu dengan family die kat area KL. Dan malamnya, aku menerima arahan kena layan 2 orang budak kecik nak tengok wayang. Disebabkan diorang ada swimming class sampai pukul 9:30 kat Bandar Tun Razak, makanya kenala tengok wayang lepas pukul 10:30. Bila check, yang ada semua dah tengah malam. So belasah jela. Pukul 11:40 malam, Toy Story 3, One Utama.

Sementara menanti diorang sampai, kami suami-isteri sempat la makan dulu kat rumah. Tengah² sedap landing lepas makan (isy isy isy..) dapat call dari akak aku. Tanya kat mana tempat makan yang senang. Lepas guide lebih kurang, diorang semua ke Burger King Mutiara Damansara je. Senang. Lepas bersiap aku terus keluar rumah. Jumpa kat sana je. 2 orang budak kecik itu, Alif (yang tak baper kecik dah) & Adam, sudah tak sabar² nak tengok wayang. Kesian Hafiy, mengharap je nak ikut tapi tak boleh. Nanti kang die mengaruk nak keluar time movie tengah jalan, aku jugak yang pening.



Maka pergilah kami berempat je. Yang lain balik rumah tido. Sampai je depan movie, orang ramai tak hengat. Nasib baik la aku memang dah beli tiket online pastu dah ambik awal² sehari sebelumnya. Jadi terus beratur nak beli popcorn. Beratur yang ni pun sikit punya lama. Rasanya ada setengah 20 minit kot. Kalau bukan mengenangkan anak² sedara yang memang nakkan popcorn tu (dan mama diorang dah bagi duit), tak kuasa aku nak beratur panjang² tu.

Settle beli popcorn, still ada masa sebelum movie start. Lampu untuk masuk hall pun belum nyala. So, marilah kite layan budak² main game kat arcade. Haih, aktiviti wajib neh kalau ada masa sebelum tengok movie. Tapi kali ni kasi can la kat budak² nak enjoy. Kami berdua jadi penjaga semata². Bukan main happy lagi diorang dapat main game tanpa gangguan. Kalau kat rumah kang kena berebut² dengan orang lain kan. Tapi kat rumah main game free (sebab diorang tak bayar duit letrik pun), kat sini kena pakai token. Takleh la main sesedap rasa jugak kan. Lepas bagi main 2 game, aku arahkan untuk stop. Takleh main lama² sangat, nanti kang terlepas movie.

So far, diorang sangat enjoy. Tak sangka pulak aku budak Adam yang senang tido tu boleh tahan mata. Memang mama die dah bagi pil tahan mata ke apa aku tak tau la. Abis movie lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu tuhan je tau aku punya ngantuk macam mana. Perjalanan dari OU ke rumah terasa macam berkurun. Sampai je rumah, bie sempat pulak main cakuncak dengan budak² tu. Menakut²kan diorang dari parking kete sampai la ke lif. Suka betul die nyakat budak kecik. Sampai rumah, aku tak tunggu lama terus bersiap nak tido. Mama & ayah budak² tu termasuk Hafiy dah selamat landing depan tv. Terbongkang tak sedarkan diri.

Esok ada agenda lain menanti..

Ahad, 20 Jun 2010

Paginya..
Aku terjaga seawal 6:30 pagi. Takde sorang pun yang berkutik. Semua tido lena tak ingat dunia langsung. Selesai melunaskan segala hajat, aku sambung tido. Sedar balik tengok jam dah pun pukul 8 pagi. Bie dah bangung siap rilek je depan pc die layan game. Memang kesukaan die layan game pagi² hari camtu. Aku suruh die siap² pegi beli roti canai. Aku pun bangun buat air la, itu la ini la. Tetamu² still ketiduran lagi masa ni. Sekali Hafiy bangun, abis terbalik dunia, haha. Abis semua orang dikejutnya.

Agenda pagi ini ialah mengikut akak aku ke Bata yang tengah buat warehouse clearance. Aku la yang menjadi penghasutnya tu. Tapi serius memang murah la, tergoda ai nak beli semua² yang berkenan. Nasib baik la tak banyak pun yang berkenan kan, hehe. Siap sarapan, masing² bersiap dan akak pegi dulu ke sana, aku menyusul kemudian. Sebab yang nak bershoppingnya pun bukan aku. Hafiy & Adam ditinggalkan kat aku. Mudah sket mamanya nak memilih². Lepas bersiap², turn aku pulak nak meninggalkan rumah. Memandang sekilas ke belakang, "mang aih, memang macam kapal karam dikerjakan dek Hafiy. Tonggang terbalik segala komik yang ada".

Sampai kat Bata, akak aku dah selesai berborong sebeban kasut. Tapi masih lagi dalam proses penambahan. Aku & bie join pusing², tengok². Tengok kasut keje untuk bie, dan menghasut die supaya beli. Kalau tak hasut, memang payah la nak tengok die beli. Selagi tak jahanam, memang takkan berganti. Sambar 2 pasang terus. Hambek ko, cover 3-4 tahun punya terus kan. Settle beli belah, tiba la ke main event untuk hari itu. Apakah??

Kami semua teruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara. See, sangat berilmiah namanya. Aku pun tak pernah terpikir nak datang sini. Masa sekolah² dulu memang tak pernah berpeluang. Bila dah masuk fasa tua ni, tak teringin dah la nak pegi. Memang tunggu ada anak je baru ingat nak pegi. Tapi dah alang² ada yang mengajak, kami pun follow jela. Rasa kelakar jugak la sebab bagi aku tempat camtu selalunya orang bawak rombongan sekolah je pegi. Sampai situ, tempat parkingnya pun terhad. Masuk free saje ye, takyah tiket². Yelah, kalau die buat masuk kena bayar, maunya takde orang datang dah agaknya.



Menghabiskan masa lebih 4 jam kat situ. Abis semua kami jelajah, kami try. Dah macam budak² jugak pun ye perangai masing². Nasib baik la datang dengan group yang ada anak² kecik. Kalau aku berdua je dengan bie, mesti lawak kan. Dah tua bangka pun dating kat Pusat Sains, ape barang beb! Yang paling seronok dah semestinya la budak² sekalian. Segala ceruk rantau diorang jelajah. Selagi ada benda yang boleh ditekan, diputar, digodek semua akan jadi mangsa. Aku tengok banyak jugak la benda yang dah masuk fasa jahanam pun kat situ. Mana taknya, semua yang guna tu stok budak² tak tau apa. Bukannya diorang baca dulu sebelum guna. Orang suruh tekan sekali, die tekan 100 kali. Tak ke jahanam jadinya. Aku pun sama je jadi penyumbang sekali, hahaha.





Hafiy pulak? Mula² die follow la semua benda, bila nampak je playground, terus taknak buat benda lain. Nak duduk situ saje. Bila ugut nak tinggalkan die sorang², die bantai melalak sampai satu Pusat Sains tu bergema suara die. Aduhai Hafiy, macam² hal ler. Nasib baik la ada pakcik yang rajin layan die. Kalau harapkan aku, dah kena tinggal je agaknya. Tapi bukan la tinggal betul² pun, saje nak gertak² pastu dengar die melalak aku pusing la balik kan.




Memujuk Hafiy yang tengah merajuk lepas kena marah..

Bila tengah hari, semua dah nyanyi lagu lapar. Pegi kat cafe/kantin yang ada, alahai sedih amat. Sangat tidak mengundang nafsu makan sungguh. Budak² je yang eksaited nak makan megi cup. Setakat menda makanan darurat camtu, kat pantry opis aku pun berlambak. Makanya, aku ajak akak aku selaku ketua rombongan ke Murni Discovery. Dengan pantasnya jawapan die, "nak!! nak!! nak!!". Hahaha, sudah ku duga sebenarnya.

Jadi, lepas puas semua melayan anak², Pusat Sains Negara kami tinggalkan dengan seribu satu kenangan (ayat tak hengat kan). Perjalanan diteruskan dengan perut yang berlagu riang. Sepanjang jalan, aku berdoa mintak² Murni tu bukak. Risau jugak kalau tutup kan, maklum la hari Ahad. Dah la aku membawak rombongan perut yang lapar. Masuk je simpang Murni tu, dari jauh aku pandang dengan penuh harapan. Fuh!! Nasib baik bukak. Semua duduk dan order dengan rakus apa yang ada dalam menu. Aku, bie, abg Zam (abg ipar aku) & abah Nuar (kwn abg ipar aku) ambik nasi campur. Cepat dan mudah dan murah dan sedap, hehe.

Yang lain semua kecur liur tengok kami makan. Tapi apakan daya, kami langsung tak melawa. Gile pelahap punya manusia kan. Bukan taknak lawa, aku tau diorang masing² dah order something yang lebih sedap, jadi biarla diorang tahan perut kan. Ngahahaha (gelak evil). Selesai makan, aku & bie dah tak sabar² nak balik. Perut kenyang + cuaca panas = mengantuk.



Tapi kami tak balik rumah terus, kena pegi rumah mummy dulu sebab bie nak ambik drama series yang die download. Kena la ke sana kejap. Tapi lepak sana pun tak lama. Ada la dalam sejam lebih sket, lepas tu kami gerak balik rumah. On the way home, sempat singgah lagi Bata tu. Akak mintak tolong mintak tali kasut yang konon²nya takde. Tapi tak dapat. Apa yang kami dapat ialah sandal lagi sepasang sorang, hahahaha. Alasan beli sandal, senang nak pakai berjalan kat Melaka nanti. Gile!

Malamnya pulak..
Balik je rumah, dua² kepenatan. Lepas salin baju apa semua, kemas sket² rumah yang berterabur dengan komik dan segala macam patung² permainan (ye rumah aku memang banyak mainan), terus landing atas katil. Bie pasang citer apa tah kat pc. Tapi berkesudahan citer tu yang tengok kami. Aku tersedar bila dengar bunyi azan Maghrib. Cepat² kejut bie suruh bangun. Tapi lepas tu tertido balik kat sofa depan tv. Sahih penat yang amat! 2-3 kali bie kejut suruh bangun dinner, tapi gagal. Sudahnya pukul 9:30 malam baru aku bangun. Bie dah ngadu lapar.

Mula cuba order McDonald. Tapi menghampakan sebab service delivery ke Flora Damansara dah dihentikan since August 2009. Why? Why? Why? Lepas tu try call kedai makan kat blok belakang yang ada buat delivery service, lagi la menghampakan. "Sorry, kami dah pindah Damansara Damai." Demmit!! Cubaan terakhir, call Pizza Hut pulak. Nasib baik la lepas. Kalau tak boleh jugak, memang makan megi jela. Sebab aku memang malas nak masak, malas nak keluar. Kalau boleh makan pun aku malas, boleh camtu?

Sekian, entry saya yang panjang lebar.

Nota kaki lapan: Bila nak letak entry Broga Hill ni?? Haihh...


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, June 15, 2010

Review : Karate Kid || Mari beramal-amal

Ding dong..

Ini cerita berlaku beberapa hari lalu. Aku dengan secara tiba² teringin nak join program charity yang dianjur oleh company aku. Selama ni tak pernah pun terasa nak join. Mungkin sebab event yang dianjur tu aku suka, saje la nak merasa apa perasaannya bile bercharity dengan anak² yatim. Event yang diaturkan, tengok wayang citer Karate Kid. Lepas baca email tentang program tu lebih² kurang, dengan semangatnya aku terus reply email yang sampai dalam masa beberapa minit je.

Aku rasa budak corporate affair yang anjurkan event tu mesti terkejut tengok aku reply email die. Selama ni jangankan nak join jadi volunteer, jadi penyokong pun tak penah. Bukan taknak, tapi selalunya masa yang diorang set tu selalu clash dengan program peribadi aku. Jadi, tak dapek la nak nolong (konfiden je cakap camtu kan, padahalllll...). Kebetulan yang kali ni diorang buat masa weekdays. Tengok wayang pulak tu kan. Pastu tengok pun kat One Utama yang dah macam rumah kedua aku dah pun tu. So, belum sempat tanya bie. Aku terus proceed je. Nasib baik la bila tanya bie lepas tu, die kata ok. Pheww ~_~

Aku tengok tayangan hari pertama. Selalunya aku sendiri jarang sangat tengok movie yang tayang hari pertama. Malas nak berebut dengan orang ramai. Lagipun dah agak mesti susah nak beli tiket lagi² kalau citer yang tayang tu hot cakes! Tapi yang ni, semua dah tersedia. Aku tinggal datang bawak diri. Memang satu panggung tu kami punya. Syok! Aku ditugaskan jaga satu group anak yatim yang ada 20 orang. Nasib baik la diorang tu memang ada penjaga yang ikut sama. Kalau tak, memang pening aku. Ramai sangat nak jaga. Aku cuma jadi pemerhati & bantu sket². Bak kata orang tua, ambik nama tunjuk muka.


Mempoyo seperti biasa.. :P

Masa hati tu ada jugak la insiden yang buat aku panas. Panas dalam erti kata sebenar tau. Boleh pulak group yang aku kena handle tu sudah tersalah tempat. Bila call kata dah sampai, tapi bila cari tak nampak bayang. Puas aku pusing sana sini, rupanya diorang dah tersalah tempat la pulak. Sepatutnya jumpa kat GSC (new wing), diorang boleh pegi kat TGV (old wing). Naik berlengas la jugak nak pegi kat diorang macam menjemput anak² balik sekolah. Berderet semua mengekor montot dari Old Wing ke New Wing tu. Abis keluar semua peluh² aku yang selama ni segan² nak keluar. Nasib baik la tengah beramal kan, kalau tengah suka suki ni, tak koser aku nak menjemput der.. (eh, kembali kepada mode ikhlas nak beramal).


Cari mana aku terselit..

Keseluruhannya, aku perhatikan diorang happy la kot. Budak², apa la sangat yang diorang demand pun. Lagi² anak yatim, dapat outing camtu pun aku rasa diorang dah sangat happy. Bila memandang muka sorang², terasa diri aku bertuah. Ada mak ayah dari kecik, takyah mengharapkan belas ihsan orang nak merasa semua benda camni. Tapi tu lah, ramai jugak yang tak tau nak hargai mak ayah yang diorang ada. Lagi² budak kecik zaman sekarang. Manja terlebih sampai kadang² jadi kurang ajar. Sedih okey.. *_*

***********

Review Karate Kid


Twelve-year-old Dre Parker could've been the most popular kid in Detroit, but his mother's latest career move has landed him in China. Dre immediately falls for his classmate Mei Ying -- and the feeling is mutual -- but cultural differences make such a friendship impossible. Even worse, Dre's feelings make an enemy of the class bully, and kung fu prodigy, Cheng. With no friends in a strange land, Dre has nowhere to turn but maintenance man Mr. Han, who is secretly a master of kung fu. As Han teaches Dre that kung fu is not about punches and parries, but maturity and calm, Dre realizes that facing down the bullies will be the fight of his life.
Cast: Jaden Smith, Jackie Chan, Taraji P. Henson, Wenwen Han, Rongguang Yu
Director: Harald Zwart
Source: Dari Sini

Oklah, daripada 5 bintang aku kasi 3. Aku tak mengharapkan yang hebat² pun dari citer ni. Sebab aku tau citer ni target die pun budak². Buat jalan citer hebat² sangat kang budak kecik tak paham pulak. Asal ada jalan citer sket, ada lawan² sket, ada lawak² sket. Jadi la kan. Suka aku tengok muka Jaden Smith (watak Dre) tu. Sama sangat dengan muka bapaknya. Terbayangkan Will Smith zaman kanak². Mesti muka die camtu kan.

Yang kelakarnya part diorang (Dre & mak die) dalam kapal terbang dari Detroit nak ke Beijing. Mak die paksa die praktis cakap cina dengan sorang mamat cina sebelah die. Bersusah payah die nak menyebut "Ni Hao Ma" kat mamat tu. Sekali mamat tu cakap, "Dude, i'm from Detroit". Die terus jawab, "ooh, wazzup". Dengan muka innocent. Cute pulak. Oh, banyak je lagi scene² lain yang boleh buat gelak terburai. Sila pegi tengok sendiri kat panggung. Aku tak dibayar untuk bagi review penuh orait.

Part die lawan tournament pun best. Best tang papan markah die. Canggih gile dah macam dalam game PS2 la plak. Haha. Oklah, selamat tengok wayang!!

Nota kaki lapan: Suka dapat tengok wayang free, tiket orang dah belikan, seat boleh pilih je mana nak. :-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, June 14, 2010

Rupa Baru Untuk Tahun 2010

Ding dong..

Amacam? Okey tak ni?? Saje menggodek function² baru yang ada dalam blogspot ni. Lagipun pembaharuan diperlukan untuk menambah mood berblogging. Nantikan update akan datang pasal aku bercharity dan mendaki Bukit Broga. Tunggu yeee...

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails