Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa, from my point of view

Ding dong..

Manage to get myself spend some times bersama ahli keluarga untuk tengok movie last Friday night. Walaupun keesokkan harinya aku kena ke opis, on duty. Tapi ku gagahkan jugak walaupun tau movie yang start pukul 9:30 mestila habisnya pun dekat² pukul 12 tengah malam. But, it's ok.

To be frank, aku sebenarnya bukanlah fan of filem² epik ni. Rasanya boleh dibilang dengan jari filem epik yang aku dah tengok. Gladiator salah satunya la. Yang tu aku memang suka sangat² sampaikan nak mintak Bie downloadkan lagi. Tapi selain dari tu, aku just tengok bila keluar kat tv jela. Tu pun kalau tertengok. Jarang sangat la bersemangat pegi cari dvd, download maupun beratur panjang² sebab nak tengok citer epik mahupun klasik ni.

So, segala komen aku pasal HMM ini semata² hanya dari point of view aku sendiri. Regardless of orang lain punya pujian mahupun kritikan.

Permulaan cerita agak lain dari filem Malaysia yang biasa aku tengok. Mula² tengok tu, aku dah confuse sket, "ni citer melayu ke omputeh?". Mungkin dipengaruhi latar belakang & bahasa yang digunakan masa tu. Dan memang sepanjang lebih kurang 15 minit pertama, cerita tu dalam bahasa Inggeris. Yang membuatkan aku tak rasa macam tengah tengok cerita melayu.

Aku sukakan latar belakang yang diguna sebab memang nampak real. Walaupun sebenarnya aku tau hampir keseluruhannya ialah teknik CGI. At least CGI tu nampak real. Tak macam Cicakman yang nampak sangat latar belakang tu tipu.

Pemilihan pelakon pun pada aku ok. At least bila nak tunjuk dia seorang putera raja Rom, mereka betul² pakai pelakon mat salleh. Bukannya macam sesetengah pembikin filem lain yang save budget, pakai je pelakon pan asian yang macam mat salleh. Speaking pun ada bunyi² *manglish.

Tapi, entah kenapa aku agak kurang setuju jugak la dengan pilihan watak Merong tu diberi pada Stephen Rahman-Hughes. Sebab bila dia berbahasa melayu, bunyinya agak kelakar. Tapi aku pun takde idea siapa yang sesuai untuk watak tu sebab aku ni bukan kenal sangat pelakon² kat Malaysia ni. Hahahaha. Sorry para pelakon Malaysia sekalian, anda tidak mendapat perhatian saya. Aku ada terpikirkan Fahrin Ahmad & Remy Ishak. Sebab 2 orang ni ada la ciri² Merong yang berbadan tegap tu. Pendapat aku jela kan. Aku bukan orang filem yang pandai menilai siapa yang patut, siapa yang tidak.

Macam pelakon² lain tu, quit okey la pada pandangan mata kasar aku ni. So far, HMM boleh beat PGL. As what I said earlier, from my point of view la. Sebab masa aku tengok PGL dulu, banyak part yang buat aku rasa mengantuk. Berbeza dengan HMM, aku rasa boleh fokus sepanjang cerita. Eventho di pertengahan Bie kat sebelah dah terlena, hahahaha. Lepas part tempat bermalam rombongan puteri China diserang dek orang jahat Geruda.

Mungkin aku dah tua, jadi aku dah boleh terima even sampai part yang agak slow motion. Masa tengok PGL tu darah muda lagi, so takleh la tengok kalau bosan. Matik la kan perasan. Tapi rasanya betul kot. Sebab baru² ni PGL keluar kat tv, boleh pulak aku layan sorang² dari mula sampai habis tanpa rasa bosan. Camne tu?

Back to HMM. Walaupun pertengahannya agak bosan, tapi cerita tu agak berjaya sebab dapat buat klimaks yang menarik. Aku tak suka jugak cerita yang anti-klimaks ni. Macam tergantung tak bertali rasanya. Pastu menunggu sambungannya berabad. Kira citer ni memang sekali tengok, ok tau dah abis. Tak payah nak tunggu next sequal ke apa. Sebab aku ni memang sangat la malas bab menungu² ni.

Kesimpulannya, pegi la tengok Hikayat Merong Mahawangsa ni. Memang kualitinya tak la sebaik filem² epik antarabangsa yang lain. Tapi sekurang²nya ini satu percubaan nak mengangkat mutu & kualiti perfileman Malaysia. Kita ni dah banyak sangat dilambakkan dengan citer² sampah yang kononnya kutip berjuta², tapi impaknya satu pun tak terasa. Macam melepaskan batuk di tangga, tak meninggalkan kesan langsung.

Nota kaki lapan: Semua ini hanyalah pendapat saya semata²..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, July 22, 2010

Review : Despicable Me

Ding dong..

Tengok citer ni malam Isnin lepas. Punya la semangat nak tengok sampai sanggup lupakan kepenatan keje. Sebab pikir kalau nak pegi tengok weekend, memang harapan la. Manjang sesak je orang tengok movie sekarang ni. Malas la nak bersesak² sangat. So kami memang awal² rancang nak tengok citer ni di minggu kedua tayangan. Malas nak tengok masa awal², nanti penuh sangat budak². Jadi, awal pagi Isnin tu aku dah bersungguh² booking tiket.

Bie la yang paling semangat nak tengok citer ni. Sejak kali pertama tengok promo die tah baper bulan lepas. Aku pun eksaited jugak, tapi takdela beriye² sangat kan (ceh, tak ngaku la plak kan). So, pegi la kami ke Cineleisure, The Curve malam Isnin kelmarin. Masing² dengan baju dari opis yang belum bertukar pun. Memang sempat singgah rumah letak barang je. Lepas tu turun balik.

Title : Despicable Me
Genre : Animation/Action / Crime / Drama / Thriller
Runtime : 2:12:01



A mysterious criminal mastermind has stolen one of the pyramids in Egypt, sparking a fit of jealous envy in evil genius Gru (Steve Carell), who hasn't managed to make headlines since he and his minions swiped the Times Square JumboTron years back. Ever since Gru was a little boy, he dreamed of going to the moon. Now, if Gru can just build a rocket and get his hands on a powerful shrink-ray, he can cement his reputation as the greatest thief who ever lived by stealing the Earth's satellite right out of the sky. But immediately after Gru heists the shrink-ray, the cunning super-nerd Vector (Jason Segel) swoops in and snatches it right out of his hands. Now, in order to claim the moon, Gru must first reacquire the weapon from Vector. Armed with the knowledge that his nemesis has a mean sweet tooth, Gru adopts cookie-selling orphans Margo (Miranda Cosgrove), Agnes (Elsie Fisher), and Edith (Dana Gaier) and commissions a new line of cookie robots from the evil Dr. Nefario (Russell Brand), his personal weapons specialist. But as Gru and his diminutive yellow minions prepare to carry out the biggest heist in history, something strange happens. Gru discovers that the three little girls who have come into his life are much more than simple pawns. They actually seem to care about Gru, and it turns out the scheming evildoer makes a pretty good father. When Gru realizes that his upcoming moon mission clashes with a ballet performance by the girls, he must decide what's more important -- being a present parent or cementing his nefarious reputation once and for all.

Source: Here
Ulasan saya:

Movie yang sangat santai. Sesuai untuk kanak² mahupun orang dewasa. Citer bodoh, tak logik, tak masuk akal. Tapi lawak gile sampai hilang segala stress aku di hari Isnin itu. Paling mengagumkan, efek 3Dnya memang jelas. Terasa macam betul² semua yang ditayang tu berlaku depan mata. Macam boleh digapai² kan. Nak rasa pengalaman tu, kena la tengok yang 3D ok.



Yang paling aku suka watak Agnes yang super comel la rasanya. Alahai, kalau ada anak camtu memang tak sampai hati nak marah. Terlalu comel. Then, watak² Minions yang pada aku sangat kelakar. Dah la cute, bulat² macam kacang je memasing. Pastu cakap pulak bahasa die sendiri yang kite tak paham, tapi kite boleh tau apa yang die cakap. Ala, macam zaman kecik² dulu. Tengok Power Rangers yang cakap omputeh. Dengan takde subtitle tu semua. Tapi tetaplah paham jugak kan. Main paham² sendiri je, hehehe. Kalau la ada jual patung Minions tu kat pasar malam, aku ingat nak beli la dalam 3-4 biji. Letak dalam kete, kasi tambah semak lagi kan. Haha.

Oklah, itu saje. Nak paham lebih², sila pegi tengok sendiri kat wayang² terdekat ok. Lagi superb kalau dapat tengok 3D version la. Punya la cantik 3D die sampai aku yang selalunya tak gemar bila tengok filem² 3D ni pun boleh kekal pakai spek tu sampai ke hujung citer. Sebab taknak missed apa² yang ada dalam movie tu.

So, selamat menonton!

Nota kaki lapan: Bie ajak tengok Mantra pulak. Haih, citer melayu ni ai ada sikit kurang kepercayaan nak tengok kat wayang. Kadang² indah khabar dari rupa..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, June 15, 2010

Review : Karate Kid || Mari beramal-amal

Ding dong..

Ini cerita berlaku beberapa hari lalu. Aku dengan secara tiba² teringin nak join program charity yang dianjur oleh company aku. Selama ni tak pernah pun terasa nak join. Mungkin sebab event yang dianjur tu aku suka, saje la nak merasa apa perasaannya bile bercharity dengan anak² yatim. Event yang diaturkan, tengok wayang citer Karate Kid. Lepas baca email tentang program tu lebih² kurang, dengan semangatnya aku terus reply email yang sampai dalam masa beberapa minit je.

Aku rasa budak corporate affair yang anjurkan event tu mesti terkejut tengok aku reply email die. Selama ni jangankan nak join jadi volunteer, jadi penyokong pun tak penah. Bukan taknak, tapi selalunya masa yang diorang set tu selalu clash dengan program peribadi aku. Jadi, tak dapek la nak nolong (konfiden je cakap camtu kan, padahalllll...). Kebetulan yang kali ni diorang buat masa weekdays. Tengok wayang pulak tu kan. Pastu tengok pun kat One Utama yang dah macam rumah kedua aku dah pun tu. So, belum sempat tanya bie. Aku terus proceed je. Nasib baik la bila tanya bie lepas tu, die kata ok. Pheww ~_~

Aku tengok tayangan hari pertama. Selalunya aku sendiri jarang sangat tengok movie yang tayang hari pertama. Malas nak berebut dengan orang ramai. Lagipun dah agak mesti susah nak beli tiket lagi² kalau citer yang tayang tu hot cakes! Tapi yang ni, semua dah tersedia. Aku tinggal datang bawak diri. Memang satu panggung tu kami punya. Syok! Aku ditugaskan jaga satu group anak yatim yang ada 20 orang. Nasib baik la diorang tu memang ada penjaga yang ikut sama. Kalau tak, memang pening aku. Ramai sangat nak jaga. Aku cuma jadi pemerhati & bantu sket². Bak kata orang tua, ambik nama tunjuk muka.


Mempoyo seperti biasa.. :P

Masa hati tu ada jugak la insiden yang buat aku panas. Panas dalam erti kata sebenar tau. Boleh pulak group yang aku kena handle tu sudah tersalah tempat. Bila call kata dah sampai, tapi bila cari tak nampak bayang. Puas aku pusing sana sini, rupanya diorang dah tersalah tempat la pulak. Sepatutnya jumpa kat GSC (new wing), diorang boleh pegi kat TGV (old wing). Naik berlengas la jugak nak pegi kat diorang macam menjemput anak² balik sekolah. Berderet semua mengekor montot dari Old Wing ke New Wing tu. Abis keluar semua peluh² aku yang selama ni segan² nak keluar. Nasib baik la tengah beramal kan, kalau tengah suka suki ni, tak koser aku nak menjemput der.. (eh, kembali kepada mode ikhlas nak beramal).


Cari mana aku terselit..

Keseluruhannya, aku perhatikan diorang happy la kot. Budak², apa la sangat yang diorang demand pun. Lagi² anak yatim, dapat outing camtu pun aku rasa diorang dah sangat happy. Bila memandang muka sorang², terasa diri aku bertuah. Ada mak ayah dari kecik, takyah mengharapkan belas ihsan orang nak merasa semua benda camni. Tapi tu lah, ramai jugak yang tak tau nak hargai mak ayah yang diorang ada. Lagi² budak kecik zaman sekarang. Manja terlebih sampai kadang² jadi kurang ajar. Sedih okey.. *_*

***********

Review Karate Kid


Twelve-year-old Dre Parker could've been the most popular kid in Detroit, but his mother's latest career move has landed him in China. Dre immediately falls for his classmate Mei Ying -- and the feeling is mutual -- but cultural differences make such a friendship impossible. Even worse, Dre's feelings make an enemy of the class bully, and kung fu prodigy, Cheng. With no friends in a strange land, Dre has nowhere to turn but maintenance man Mr. Han, who is secretly a master of kung fu. As Han teaches Dre that kung fu is not about punches and parries, but maturity and calm, Dre realizes that facing down the bullies will be the fight of his life.
Cast: Jaden Smith, Jackie Chan, Taraji P. Henson, Wenwen Han, Rongguang Yu
Director: Harald Zwart
Source: Dari Sini

Oklah, daripada 5 bintang aku kasi 3. Aku tak mengharapkan yang hebat² pun dari citer ni. Sebab aku tau citer ni target die pun budak². Buat jalan citer hebat² sangat kang budak kecik tak paham pulak. Asal ada jalan citer sket, ada lawan² sket, ada lawak² sket. Jadi la kan. Suka aku tengok muka Jaden Smith (watak Dre) tu. Sama sangat dengan muka bapaknya. Terbayangkan Will Smith zaman kanak². Mesti muka die camtu kan.

Yang kelakarnya part diorang (Dre & mak die) dalam kapal terbang dari Detroit nak ke Beijing. Mak die paksa die praktis cakap cina dengan sorang mamat cina sebelah die. Bersusah payah die nak menyebut "Ni Hao Ma" kat mamat tu. Sekali mamat tu cakap, "Dude, i'm from Detroit". Die terus jawab, "ooh, wazzup". Dengan muka innocent. Cute pulak. Oh, banyak je lagi scene² lain yang boleh buat gelak terburai. Sila pegi tengok sendiri kat panggung. Aku tak dibayar untuk bagi review penuh orait.

Part die lawan tournament pun best. Best tang papan markah die. Canggih gile dah macam dalam game PS2 la plak. Haha. Oklah, selamat tengok wayang!!

Nota kaki lapan: Suka dapat tengok wayang free, tiket orang dah belikan, seat boleh pilih je mana nak. :-)

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, June 07, 2010

Lagenda Budak Setan yang memang tinggal lagenda saje?

Ding dong..

Sepagi oren semalam, aku & bie dah bangun bersiap². Sungguh pun hari minggu selalunya kami akan bangun selambat yang boleh, haha. Tapi sebab semalam ada date, kena la bangun awal. Hehe. Mula² ke klinik kat Kepong. Lepas settle hal klinik terus je ke The Curve untuk dating. Aku awal² dah book tiket. Malas nak beratur panjang². Tapi sampai je kat kaunter lebih kurang 10:30 pagi, tengok keadaan masih lengang. Hurm, pagi hari minggu. Semua orang dok rilek² kat rumah lagi agaknya. So, takmo bayar booking fee punya pasal. Terus ajak bie beratur je kat line biasa.

Depan kaunter, sempat lagi berkira² nak tengok Lagenda Budak Setan ke Prince of Percia. Tapi sebab jiwa dah memang sedari awalnya berat kepada LBS, jadi tetap la itu menjadi pilihan. Show pukul 11:15 pagi. So, sempat la nak sarapan dulu. Keluar rumah sebelumnya tak sempat jamah apa² pun. Tempat breakfast yang paling dekat & senang, McDonalds aje la nampaknya. Tak pikir panjang pun. Gotuhel la diet ke apa ke, hahahaha. Siap ambik set yang paling banyak isinya, dulik aa kan! :-P


Pekena ini dengan kopi panas, satanemmm!
Sila google kalau nak tau isinya..


Selesai makan, terus naik ke atas. Tak sabar dah ni nak tengok citer LBS tu. Dah katanya epik cinta terunggul kan. Mesti la tak sabar nak tengok. Melangkah ke dalam panggung dengan harapan menggunung la jugak. Nak mengimbau segala kenangan lampau zaman² follow novel die dulu. Walaupun sebenarnya aku ingat² lupa jalan citer die dulu. Manakan tidak, masa tu aku ni anak² hingusan lagi beb. Main longkang, main pasir. Tak pedulik la cintan cintun ni weh. Daya imaginasi pun tak la sehebat mana. Tapi mengikutkan pada pengamatan ke-fanatik-an pencinta novel yang aku kenal (akak aku sendiri salah satu contohnya), nampak gaya citer ini sangat la best. Jadi, harus la pengharapan diletakkan setinggi yang boleh kan. Walaupun dalam hati tetap berkata², 'pernah ke ada citer yang diadaptasi dari novel 100% menepati semua jalan citer die?'.


Sumber Gambar dari GOOGLE

Permulaan je dah spoil mood aku. Tah kenapa boleh pulak pepagi tu ada technical error dalam panggung. Aduh, marah makcik ni nak oi! Dah la menunggu citernya nak mula sudah delay lebih setengah jam. Then bila dah mula, kembang kempis la jugak menanti ada part yang boleh buat aku recall pembacaan aku dulu. Tapi ternyata, aku blur. Takleh nak catch-up sangat apa yang ada dalam memory. Yelah, dah tua kan makcik ni. Number akaun sendiri pun kena tengok dalam hp dik non! Aku pun layan jela dari awal sampai abis. Mana part yang kelakar, aku gelak. Mana part yang jiwang, aku berangan (haha!!), masuk part sedih² aku nangis. But overall, aku blur. Citernya banyak sangat lompat di sana sini. Kesinambungan jalan citer tu kureng kot. Impaknya aku rasa tak sebagaimana yang diharapkan (nak challenge Adamaya pun tak mampu tu, camno?). Sedih. Kecewa. Hampa. Kabir Bhatia, sila tolong sikit untuk sequal kedua nanti buleh??

Jadi, takde review yang aku dapat buat. Sila la google ye. Ramai kot orang yang dah buat review. Good luck okeh!

Keluar dari movie, hari masih awal. Baru masuk time² lunch hour. Tapi perut masing² kekenyangan lagi. Jadi teruskan mengukur shopping kompleks jela gamaknya. Lalu kat centre hall yang ada sale F.O.S. Mula² lalu kononnya takmo layan. Tapi tu la, macam memanggil² je setiap kali lalu. Maka, 'ter'singgah la jugak sudahnya. Dan 'ter'beli la jugak beberapa helai baju. 2 helai untuk saya, 1 helai untuk bie, dan beberapa helai untuk anak² sedara. Okey anak² sedara sekalian, say thank you and i love you kat pakcik tau!


Tunggu cikma balik nanti ye baru boleh bagi :-)

Pastu puas hati dapat beli baju. Jalan lagi ukur baper meter persegi luasnya The Curve tu. Penat mengukur, berenti jap bie pegi solat (aku lepak tunggu sebab tengah kibar bendera Jepun separuh tiang :-P). Lepas tu bie pun sama datang lepak² atas sofa empuk sebelah aku. Menghilangkan lelah sambil kami membincangkan permasalahan negara dan kekecewaan dengan LBS yang ditatap hiba tadi. Tapi bie lagi clueless sebab die langsung tak tau pasal novel LBS tu. Puas berpacaran atas sofa tu, kami jalan lagi.

Kononnya nak dinner terus kul 6 petang. Tapi baru pukul 4 bie dah gosok² perut, lapar! Masa tu aku tengah syok membelek barang dalam kedai RM5 made in Japan. Daiso namanya. 2-3 kali terpandang die gosok² perut tu. Last² tak sampai hati, kena la berenti membelek. Dalam pada membelek, sambar jugak 4-5 barang. Hahaha, dah start jadi real woman la skang aku ni kan. Pantang ada chan, ada je jalan nak mengabiskan duit yang tak baper nak ada tu. Nasib baik la aku belum pandai shopping seminggu sekali baju, sandal, seluar, tudung macam setengah orang lain tu kan. Therapy minda katanya. Kalau tak, botak la kepala bie menjelang setahun aku buat perangai camtu. Hehe. Sesekali is okey, selalu buat camtu is membunuh namanya! :-P


Gambar pinjam dari SINI

Kali ni makan kat Waroeng Penyet. Lama dah ngidam nak makan sini. Semenjak 'ter'makan masa kat Bandung dulu. Sampai sekarang macam terasa² kat hujung lidah. Tak puas pulak rasanya. Bestnya Pak Chi Met! Nape sini takde ek macam Pak Chi Met tu. Satu pinggan lengkap dengan Nasi, ayam/ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ulam. My god! Heaven perut aku masa kat sana. Semua masuk tanpa ada pikir panjang. Dulik aar gemuk ke, buncit ke. Yang penting kenyang tahap babun! Tapi Waroeng Penyet punya tak baper kick la. Tak bisa menghilangkan rinduku pada Pak Chi Met, wakaka. Tu hint apa tu??


Sumber Gambar dari SINI


Tengok la, pukul 5 baru lunch?

Tapi, sungguh pun kurang kick. Masing² makan tak berbunyi. Ayam penyet satu, ikan bakar satu. Pastu memang makan laju je tak hengat donia! Dah puas cubit isi ikan, baru teringat nak snap gambar. Terkial² cari henpon dalam handbag sebab tangan sebelah lagi dah penuh dengan sambal, kicap, nasi segala. Haih, rasa macam nak mintak nasi tambah je masa tu. Hahaha. Mana taknya, kelaparan macam pirana. Konon nak tahan perut sampai dinner katanya kan. :-P


Penyedap makan.
Kicap ABC + Soda Gembira


Pesanan buat geng ronggeng STKB (Saban Tahun Ke Bandung), kalau tahun depan ada kekosongan seat nak ke sana. Roger² la ye. Nak ikut pegi makan je. Yang shopping² tak ikut pun takpe (kononnnnnn), hahaha. Bagitau awal² supaya saya boleh kumpul duit banyak².. :-)

Nota kaki lapan: Nak cari balik novel LBS. Ada sape² tau mana nak carik??

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, May 14, 2010

Review : Ip Man 2

Ding dong..

Movie ni aku tengok Ahad baru² ni. Citer yang ditunggu sekian lama kami laki-bini. Dek kerana dah sangat² terpesona dengan aksi yang ditonton dalam Ip Man yang 1st dulu. Memang boleh buat mulut ternganga bila tengok die (Ip Man itu) beraksi. Aku memang sangat² sukakan martial art. Dan dengan bangganya mengaku diri aku ialah pengamal martial art satu masa dulu. Walaupun sekarang aku dah boleh dikira dah pencen, tapi jiwa mertial art tu masih lagi kuat tertanam.

Well, walaupun Ip Man 2 ni mula ditayang seiring dengan Iron Man 2, tapi aku lebih tertarik nak tengok citer ni dulu. Action is way better than fiction, am I rite? Note: Saya tak pernah salahguna ilmu di dada tau. Kalau tak, ramai dah yang patah kaki-tangan kena belasah. :-P



Sinopsis..
In this sequel, Ip Man (Donnie Yen) arrives in Hong Kong in 1949, only to discover that martial arts schools there operated like triads rather than more respectable institutions. His efforts to teach his Wing Chun discipline is fraught with poverty and meets resistance from Master Hung (Sammo Hung), a fellow kungfu master who runs a fish market and is being bullied by the British authorities. However, he takes solace in his bright student Leung (Chen Dao Ming) and his loving, patient wife (Lynn Hung @ Xiong Dai Lin). As conflicts brew and tempers flare, an English boxing champ (Darren Shahlavi) insults the Chinese and challenges the whole establishment to an East vs. West showdown, leaving Master Hung and Master Ip to find themselves possible allies.
Pada yang mungkin tak tau. Ip Man ini ialah seorang sifu yang mengangkat kungfu aliran Wing Chun sejak zaman 40-an lagi. Dia antara orang yang menjadi tokoh sejarah kungfu yang sangat terkenal. Antara muridnya yang kite kenali hingga hari ni ialah Bruce Lee.



Pada yang bercadang nak pegi tengok, dinasihatkan supaya tengok dulu Ip Man yang 1st dulu. Berguna untuk bagi lebih paham dengan jalan ceritanya. Sebab Ip Man 2 ni lebih fokus kepada aksi lawan²nya berbanding dengan penceritaan.

Bagi aku, Donnie Yen memang salah sorang pelakon yang rasanya memang sesuai untuk filem² kungfu ni sebab muka die memang kena je dengan watak tu. Kira, kurang sket dari Jackie Chan pun sebab die tak boleh buat semua lagak ngeri sendiri kot. Apapun, citer yang ada elemen martial art memang sangat² best untuk dilayan. Tak kira la ianya silat, kungfu, taekwondo, karate, judo, atau apa saje. I still loike semua itu..

Nota kaki lapan: Saya nak sangat sambung aktiviti dalam dunia martial art saya sebenarnya..
Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, December 03, 2009

Ninja Assissin

Ninja Assassin

Genre: action

Studio: Warner Bros.

Director: James McTeigue

Cast: Rain, Naomie Harris, Rick Yune

Sinopsis (versi aku):
Kisah tentang Raizo (lakonan Rain) seorang ninja yang dilatih dari kecik untuk jadi pembunuh yang takde hati perut bersama sekumpulan anak yatim yang senasib dengannya yang digelar 'ozuno'. Mereka diculik dan dibawa ke suatu tempat rahsia. Semasa dalam 'kem latihan', Raizo adalah murid kesayangan kepada masternya (apa nama tah, lupa) yang sangat ganas mukanya. Dalam 'kem latihan, Raizo jatuh cinta dengan Kiriko yang jugak 'ozuno' sepertinya. Tapi Kiriko dibunuh sebab cuba melarikan diri. Apabila dewasa, Raizo diarahkan membunuh seseorang untuk membuktikan kesetiaan dan ketaatannya kepada 'keluarga'nya yang dikenali sebab 'Clan 9' (bukan cloud 9 ye adik²). Selepas berjaya melaksanakan tugasan tu, die menghadapi satu lagi ujian dimana masternya mengarahkan dia membunuh seorang budak perempuan yang cuba melarikan diri dari 'kem latihan'. Di sinilah segalanya bermula. Dia dengan sengaja mengingkari arahan itu dan mencederakan masternya menggunakan senjata specialnya (yang aku tatau apa nama die) tepat ke muka masternya.




Darah cam air sirap kat kenduri kawen je

Setelah keluar dari 'keluarganya' itu, die masih terus berlatih dan menjadi ninja baik yang sentiasa cuba membantu mangsa yang menjadi mangsa ninja jahat (boleh paham tak ayat tu?). Raizo bertemu Mika (Naomi Harris) seorang penyelidik forensik yang cuba menyelidik tentang beberapa kes yang berkaitan dengan ninja secara mendalam. Ini menyebabkan dia (Mika) diburu oleh kumpulan ninja 'ozuno' itu tanpa dia sedari. Raizo yang cuba menyelamatkan Mika telah membawa Mika lari bersamanya. Tapi mereka tersalah langkah setelah menemui rakan sekerja Mika, Ryan (yang aku tatau lakonan sape). Raizo ditangkap dan dikurung di sebuah tempat yang tak diketahui. Namun 'ozuno' yang memburu Mika dan Raizo berjaya menjejaki mereka. Maka berlakulah pertempuran yang dasyat.


Brutal gile mamat ni!


Inilah Mika..

Mika berjaya menyelamatkan Raizo daripada dibunuh dan membawanya ke suatu tempat. Raizo yang cedera parah akhirnya diculik oleh kumpulan 'ozuno' yang memburunya. Tapi Mika yang sememangnya menyedari keadaan tu akan terjadi awal² lagi dah memasukkan sejenis peranti untuk mengesan ke mana Raizo di bawa. Peranti yang diberikan Ryan kepada Mika itu akhirnya berjaya menemukan mereka dengan 'kem latihan' yang selama ini tersembunyi. Pertempuran antara ninja dan angkatan tentera US yang dasyat pun bermula.

Sekian.

Kalau nak detail lagi, sila la pegi tengok movie ni ye. Tapi dinasihatkan kepada mereka yang geli dengan darah, sila jangan menempah maut! Sebab sepanjang cerita ni, dari awal sampai ke akhirnya, darah memancut² di sana sini macam air sirap. Pertempuran mereka teramat ganas sebab tunjuk sampai tahap badan boleh putus dua, putus tangan, putus kaki dan tak kurang jugak putus kepala! Haih, aku yang dah tengok ni pun boleh terasa nak muntah lagi kalau diingatkan. Ngeri betul! Walaupun aku tau itu semua hanya tipu belaka. Walaubagaimanapun, aku salute jugak la dengan teknk CGI yang mereka guna dalam filem ni. Nampak real dan meninggalkan kesan yang mendalam. Cuma yang tak bestnya, ninja kalah jugak di akhir cerita. Biasalah US, mesti die nak tunjuk mereka yang terhebat. Padahal boleh je ninja² tu guna teknik pembahagi bayang ke, teknik ilusi ke apa nak kasi askar² US tu kalah, hahaha. Naruto la pulak!


Naruto gak best nak layan kalau bab ninja² ni
Takde ke sape² nak filemkan naruto ni ek?


Kelemahan filem ni mungkin pada jalan ceritanya yang bosan dan kurang isi penceritaan. Jadi plot ceritanya nampak terlalu ringkas dan ada setengahnya seolah-olah muncul tiba². Jadi untuk sesiapa yang berniat nak menonton cerita yang berseni, berdialog, bercerita dari hati ke hati. Ini bukan filem yang sesuai untuk anda okey..!

Nota kaki lapan: Cam tak caye je tengok badan Rain tu dah berketul² macam tu. Aku rasa masa Drama Full House dulu badan die normal je cam orang biasa..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-

Thursday, October 22, 2009

Sinchan VS Papadom

Semalam sepulangnya dari opis, aku & Bie melangsaikan hutang yang tertunggak pada En. Afdlin Shauki minggu lepas. Dari seawal hari Isnin aku dah merancang nak tengok wayang berdua dengannya cerite Papadom. Tiket dah aku dapatkan awal² dengan cara online sehari sebelumnya. Gampang kan hidup zaman sekarang. Hujung jari je nak dapatkan semua benda. I love technology!

Jadi, balik je dari opis, kami terus ke tempat yang nak dituju. Mana lagi kalau bukan OU. Nasib yang agak baik agaknya, sekali pusing je dah dapat parking, betul² depan pintu masuk kat bowling tu. Jadi mudah la nak merangka masa. Terus ke kaunter tiket, collect tiket yang dah dibayar. Lepas tu Bie terus ke surau sementara aku menantinya kat luar. Duduk seorang diri melihat pelbagai aksi. Macam² gaya, macam² rupa. Paling menyerlah sekali dah pastilah golongan remaja. Hurm, kehidupan aku dulu tak sama macam mereka sekarang. Syukur. Faham maksudku? Aku tinggalkan untuk kamu fikir sendiri.

Sebaik Bie usai solat, kami berdua terus mencari tempat mengalas perut kosong yang berkeroncong. A&W jadi pilihan. Setiba die kaunter, order apa yang nak dihadap. Bie terpandangkan mainan patung animasi Sinchan yang die suka sangat. Tak berlengah, terus sambar sepasang buat anak sedara menyepah kelak (jangan mimpi katanya!), haha. Seronok sangat budak tua tu mendapat apa yang die suka sangat² tu. Takpe sayang, isterimu ini sangat² memahami. Selesai makan, terus masuk panggung. Tak sabar dah rasanya nak menjamu minda dengan hidangan terbaru dari Afdlin tu, Papadom!


Wajah² gembira seorang budak tua.. :P

Review filem ini dari sudut pandangan peribadi ku:

Judul: PapaDom
Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn Bhd
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Korek maklumat diatas dari SINI



Secara kesuluruhannya, ini sebuah filem yang menarik untuk ditonton (memang citer Afdlin ada ciri yang tersendiri). Aku taklah pandai sangat nak mengupas apa yang tersurat, tersirat segala macam tu. Tapi, aku memang sukakan sentuhan karya Afdlin Shauki yang ini sebab;

1. Walaupun ceritanya ada sedikit meleret, tapi tetap terhibur dek kerana olahannya yang sempoi dan mudah difahami.

2. Lawaknya yang kena dengan kehidupan seharian kita dan bersahaja. Tak terlalu slapstik ataupun nampak dibuat².

3. Elemen kekeluargaan persahabatan yang kuat ditonjolkan dalam campur baur yang sangat tersusun. Tak terlalu serabut atau kelam kabut.

4. Setiap scene, pasti ada saje yang mencuit hati walaupun sedikit. Namun di sebalik gelak tawa, ada jugak terselit elemen menyentuh hati. Secara jujur, hampir saje air mata dara (dara ke?) aku menitis. Namun dapat ku tahankan.

5. Barisan pelakon yang sangat spontan dan berbakat. Jadi melihat mereka berlakon seolah² melihat dunia sebenar yang biasa kite hadapi sehari-hari. At least sepanjang citer, takde la aku nampak ada kayu yang boleh bercakap!! Haha..

6. Dan banyak lagi.. Nak tau pegi la tengok sendiri :P

Tapi dalam ke'best'an yang dihidangkan itu. Ada jugak part² yang aku rasakan seolah² kurang sesuai ataupun kurang logiknya. Aku paham sebagai seorang pembikin filem, kadang² memang ada perkara yang terpaksa diada²kan. Tapi kan lebih baik kalau ianya diada²kan dengan situasi yang sesuai? Contohnya;

1. Universiti yang menjadi pilihan. Umum pastinya tau macam mana life dan gaya hidup penuntut UiTM kan. No such thing cheerleader or apa je yang seumpamanya kat sana. Cara berpakaian penuntutnya pun tidak seperti yang digambarkan dalam filem tu. So, kalau boleh, pilih la universiti yang bersesuaian. Baru la realistik!

2. Dengan keputusan SPM Miasara, kenapa mesti Masscom yang menjadi pilihan kursusnya? Bukankah ada peluang lain yang lebih baik lagi dari itu? Aku paham ia sekadar untuk mengaitkan jalan cerita tu agar nampak plotnya satu persatu (maksud aku bidang yang die ambik tu). Tapi apa kata kalau cerite tentang keputusan die tak payah diadakan. Better don't show it.

But, overall aku sangat berpuas hati dengan hasil karya terbaru dari Afdlin ini. Dari seawal citernya bermula hinggalah ke penghujung. Tak pernah lekang dengan ketawa yang berdekah² melihatkan kelurusan Mat Wajib Tayang (Que Haidar), kelembutan Hisyam (Farid Kamil), kecomelan Miasara (Lyana Jasmey), dan kasih sayang Papa Dom (Afdlin) pada anaknya. Sesuai benar menjadi pengubat duka, penghilang derita (derita?) dan mungkin jugak pemecah runsing di dada. So, jangan lupa la untuk menonton. Sokonglah industri filem tempatan kita (yang berkualiti jela ye)!

4 bintang untuk Papadom (1 lagi bintang simpan untuk improvement akan datang).

Note: Kali pertama buat review, harap dapat dimaafkan segala kekurangan ye. Insya-Allah lepas ni akan buat review setiap kali lepas menonton wayang. Tak kira la apapun ceritanya, siapapun pengarahnya dan apa jua genrenya..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails