Sunday, August 29, 2010

Bulan Puasa adalah Bulan Makan dan Bulan berjumpa kawan² lama

Ding dong..

Diam tak diam, kita dah pun masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan. Insya-Allah, tak lama lagi dah nak raya. Hari kemenangan selepas sebulan melawan nafsu berlapar & dahaga. Alhamdulillah jugak sehingga ke hari ni aku diberikan kudrat dan kekuatan nak meneruskan ibadah puasa tanpa banyak cabaran dan halangan. Migrain yang selalunya rajin bertandang pun, sekarang dah jarang sangat terasa. Walhal, kalau dalam bulan² yang lain tu, jangan la terlewat sikit makan, sure penyakit aku yang satu tu datang. Tapi dalam pada seharian berpuasa dari pagi sampai ke petang, so far kepala aku ni macam memahami situasi aku. Kalau la sakit tu datang, memang terbaring la aku jawabnya nanti.

Setakat ni pun, walau perut berkeroncong lagu riang. Aku still steady dan boleh bekerja macam biasa. Lapar tu memang la terasa, tapi takde la sampai tahap macam nak pengsan kan. Lagi pulak keje duduk dalam opis berekon, tak terasa pun penat dan dahaga tu. Cuma masa balik Semenyih hari tu, memang terasa sangat dugaannya. Agaknya aku tak biasa berpanas dalam bulan puasa kali ni. Kebetulan masa tu kat rumah Atok panas terik. Boleh dikatakan masuk je tengahari, tekak aku ni kering satu macam. Petangnya pulak bila ke bazaar ramadhan, terliur bila memandang air soya, air tebu yang orang jual. Natijahnya, masa berbuka aku mulakan dengan minum air 2 gelas terus. Tambah pulak masa tu Makcik buat air bandung soda a.k.a soda gembira! Sementara menunggu azan berkumandang, mata ni asyik la dok menjeling air atas meja. Bie hanya mampu menggeleng je.

Padah memulakan berbuka macam tu, nasi pun terus tak lalu nak masuk sangat dah. Perut dah penuh dengan air. Tapi aku paksakan jugak telan nasi tu sebab taknak perut kosong nanti. Moral of the story kat sini, tak kira la sehaus mana pun tekak tu, cukuplah minum seteguk je sekadar nak membasahkan tekak. Dulukan makan nasi sebelum minum air. Lagi elok, berbuka dengan seteguk air, sebiji kurma. Lepas tu solat dulu. Selesai solat, baru la mula makan nasi. Tu pun jangan la makan sampai tak boleh nak bangun pulak. Hehehe. Jangan diikutkan sangat nafsu makan yang meruap² tu. Adatlah berpuasa, semua benda nampak sedap!

Dan sepanjang bulan puasa ni, dah beberapa kali jugak la aku merasa berbuka kat luar dengan kawan². Tak kira la samada yang dirancang ataupun yang mengejut. Salah satunya adalah event yang aku sendiri organize. Walaupun yang dapat hadir tu cuma beberapa kerat, tapi cukup berbaloi bagi aku. Bukan senang nak ajak kawan meluangkan masa nak jumpa macam tu. Tambah pulak dengan keadaan masing² yang dah ada komitmen sendiri, keluarga dan sebagainya. So, dah tentulah aku ni berbesar hati kalau ada yang sudi luangkan masa nak jumpa dan berbuka bersama. Bukanlah makan tujuan utamanya, tapi masa² macam tu lah kita nak rapatkan balik silaturahim yang mungkin dah sedikit renggang. Yelah, kalau dulu hari² bertentang mata. Sekarang ni, kalau takde benda² macam tu, susah rasanya nak kumpulkan semua.

So, minggu lepas kiranya berbuka puasa luar yang pertama. Ahlinya adalah ahli² Ikan Bakar Melaka Saban Tahun. Syukur, tercapai hasrat kami nak memecahkan tradisi berjumpa setahun sekali tu. Tahun ni dah 3 kali perjumpaan diaturkan. Yang pertama masa ke Melaka, kedua masa berkaraoke dan ketiga yang terbaru ni berbuka puasa. Ahli² biasa yang mesti ada, aku+bie, Rina+Azhar=Fatin, dan Namo. Tempat yang dipilih sejak awal, Wongsolo Ampang. Memang rancangan nak makan kat Wongsolo ni dah lama. Tinggal lagi waktunya je yang belum dapat dicari. Memandangkan bulan puasa dah sampai, jadi kami teruskan dengan agenda berbuka beramai² (walaupun sebenarnya kami berenam je, hehe).



Masa berbuka kat sini, adalah beberapa insiden yang tak menyenangkan hati terjadi. Makanan lambat, service tak teratur. Sampaikan aku bangun ke kaunter makanan sebab nampak ada orang lain yang order kemudian, tapi makanannya dah sampai dulu. Memang kepantangan sungguh la camni. Aku bukanlah nak marah, sebab aku paham orang ramai. Cuma aku nakkan explanation. Kenapa kami punya lambat yang hamat, tapi orang lain boleh dapat dulu kan. If the explanation satisfied me, then it's okey. "Owh, kami ikut turn. Turnya belum sampai lagi kak". "Abis yang table ni (sambil menunjuk ke arah table betul² depan kaunter) order kemudian tapi dapat awal tu, ape citer ye?". Sebab penjelasan diorang adalah sangat blur, jadi aku kasi jela 2-3 das. And guess what, tak sampai 5 minit lepas tu, makanan kami sampai. Kesemuanya tanpa tertinggal satu pun. Hurm, bak pahat dengan penukul. Tak diketuk, tak jalan..


Tragedi air tumpah. Mendalam maksudnya ni.. :P

Tu kisah minggu lepas. Tapi baru hari ni aku nak letak entry kan. Hehehe, so sorry wahai pembaca sekalian..

Yang terbaru iaitu semalam dan hari ni. Dua hari berturut² kami berbuka kat luar. Nasib baik la Encik Somi tak bising kan asyik nak kena menghulur note kepala agung tu. Bersyukur rasa dapat suami yang sporting dan supportive ni. Walaupun kedua-dua hari tu berbuka dengan kawan² aku, die tetap mainten je layan dengan sepenuh hati. Terima kasih yunk!

Semalam berbuka kat Ayam Penyet Ria, Sunway Mentari. Dengan geng² lama zaman belajar dulu. Walaupun yang hadirnya tak sampai 10% dari jumlah keseluruhan. Tapi dah cukup la setakat nak berjumpa. Mungkin hari raya nanti dah lain pulak halnya kan. Belum tentu lagi raya nanti dapat jumpa lagi. So, terima kasih la buat Mila+Abg Shah & family, Zura + Shah & family, Andy + Nisha & family. Kehadiran korang sangat² dihargai. Insya-Allah, ada kesempatan lain aku cuba organize lagi. Sejak masing² dah berkeluarga, agak susah la nak berjumpa kan. Tapi bila dapat berjumpa tu, rasa seronok sangat sebab dapat jugak mengimbau kenangan dulu². Zaman berpikir lebih banyak pakai lutut dari otak. Zaman suka melepak daripada memikirkan masa depan. Zaman tak pernah hiraukan keje sebab asyik nak main, melepak dan tido. Hurm, how I missed all that moment! Takpelah, yang berlalu kita biarkan berlalu. sekarang ni kite fokus hidup yang baru.


Anda semua memang sporting!

By the way, pesanan khas untuk Andy (kalau lah ko terbaca blog aku ni kan), jangan la menghilangkan diri lagi. Bukan senang nak cari kawan yang betul² kawan zaman sekarang ni. So, kalau rasa kami ni adalah kawan yang sebenar²nya, sila la keep in touch. Sebab kami ni tersangat la baik tau! Hahaha.

Dan tadi, turn berbuka puasa dengan kawan² zaman aku baru nak kenal dunia kebebasan. Zaman kali pertama berjauhan dari keluarga dan kawan² dari kecik. Mereka ialah kawan yang pada aku lebih sebagai kakak² yang jadi pembimbing masa aku ni baru nak belajar hidup sendiri kat kota besar KL ni. Walaunpun KL-Semenyih tu jaraknya tak la seberapa, tapi aku memang dibesarkan dengan keadaan yang terkawal dan dikawal. Aku memang tak penah ke KL sendiri sampai la aku habis sekolah. Paling jauh aku keluar, Leisure Mall, Cheras. Masa tu aku darjah 5 kalau tak silap. Kumpul duit raya dari raya pertama sampai la raya ketiga. Lepas tu keluar dengan kawan² naik bas. Masa tu tuhan je tau macam mana takutnya hati ni nak keluar sendiri sejauh tu. Dah biasanya aku keluar ke mana² dengan mak ayah aku naik kereta. Bila kena naik bas sendiri macam tu, seram rasanya! Tambah pulak takut kena marah andai kata balik lambat ke apa. Dan memangnya aku balik lambat sudahnya, lepas maghrib baru sampai rumah sebab bas rosak. Aduh, kenangan betul!

Back to story, tadi aku berbuka kat Restoran Mohd Chan Abdullah, Kelana Jaya. Mereka yang terlibat sebenarnya kakak² senior pada aku masa aku kat ILPKL dulu. Memang masa 1st sem kat sana, aku banyak habiskan masa dengan diorang. Bukan aku nakkan nama atau glam, cuma aku senang sebab diorang ni lebih matang dari aku. So, aku rasa selamat berkawan dengan diorang masa tu. Memang merasa la digelar sombong kalangan kawan² sama semester. Tapi entah la, mungkin sebab dari kecik aku memang lagi banyak berkawan dengan orang lagi berusia. Kalau sebaya ni rasa tak best, sebab perangai masing² macam budak baru nak naik masa tu kan. Masa tu la, sekarang dah takde hal. Sebab aku pun dah tua sekarang ni. Tapi ada jugak lagi yang lebih kurang sebaya aku, tapi pemikirannya kebudak²an. Kesian.




Siap dapat buah tangan lagi.. :)

Anyway, thanks buat Kak Yong yang jadi organizer untuk event tadi. Best dapat jumpa korang yang rata²nya dah pun bergelar ibu. Cepat betul rasanya masa berlalu kan. Anak masing² pun dah besar². Kena la selalu buat reunion macam ni sebab taknak nanti setiap kali jumpa, mesti terkejut tengok perubahan terlampau ketara. Contohnya aku la, dari saiz M ke saiz XL. Memang besar gila perubahan kan, hahaha. Jadi, moga perjumpaan kali ni bukan yang terakhir la untuk kite mudah²an. Moga tuhan panjangkan umur, sihat tubuh badan untuk kita jumpa lagi lain kali.

Nota kaki lapan: Ni la jadinya kalau peram entry lama², sekali kuar berjela! :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Tuesday, August 24, 2010

Asal bulan puasa je, penyakit yang satu ni mesti datang..

Ding dong..

Saban tahun dari kecik sampai la dah tua bangka ni. Aku memang suka bila masuk bulan puasa. Sebab masa ni la dapat makan macam². Masa kecik, aku cukup suka ayam percik. Kalau bukan bulan puasa, aku boleh dapat time ada pasar malam je. Which is hari Sabtu & Khamis. Tu pun bukan la tiap² minggu pun aku dapat nak pow mak aku ajak pegi pasar malam. Selalunya aku simpan belanja sekolah sebab nak beli ayam percik tu punya pasal. Aku rasa bukan la mak aku taknak bagi, tapi ayam percik kan makanan sorang². Tak macam murtabak yang boleh dimakan beramai².

Lain pulak ceritanya kalau dalam bulan puasa. Tiap² hari aku boleh jumpa ayam percik ni kat bazaar ramadhan. Maunya tak gemuk hari² makan ayam kan. Hehehe. Dan yang lagi best, mak aku adalah salah sorang dari ramai² kat bazaar ramadhan kat Kajang & Semenyih tu dulu. So, setakat nak mintak sebatang (sebatang la kan sebab ada buluh tu) ayam percik tiap² hari tu adalah bukan satu masalah. Tapi sekarang ayam percik bukan lagi aku punya keutamaan la. Tak tau la sejak bila aku stop jadi peminat ayam percik. Mungkin sebab aku dah kurang minat makan ayam kot. Lagipun bila dah tua² bangka ni, tiba² selera pun ikut sama berubah.

Hurm, tapi ada la satu benda yang aku tak suka bila dalam bulan puasa ni. Sembelit. Entah kenapa, mungkin sebab aku kurang minum air kot. Memang ye pun kurang minum air. Dah tu, masa sahur memang jangan harap la nak minum lebih dari 2 gelas air masak. Masa berbuka pulak, tangan ni lagi laju mencapai air manis. Lagi² kalau ada air soya atau air tebu. Memang tak pandang dah la air lain. Air masak memang tak ingat langsung dah. Kalau sampai ke esoknya aku tak sentuh air masak tu biasa la aku rasa.

Orang kata sembelit ni sebab kurang makan makanan berserat macam buah. Tapi hakikatnya, memang susah nak tengok aku makan buah dalam bulan puasa. Kalau dulu masa berbuka kat dengan family, mesti ada buah tembikai. Jadi masalah sembelit tu ada kurang sikit. Tapi sekarang, memang susah la nak tengok aku makan buah dulu sebelum makan nasi. Sebab kepala tu dah pikir nak cepat makan nasi sebab perut dah menaga je nak makan kan. Lagipun malas nak potong² buah tu sebelum berbuka. Padahal dalam fridge sentiasa ada je epal hijau yang memang tak penah putus bekalan.

Klimaksnya pada penyakit yang satu ni, bila perut memulas² tapi 'hasilnya tak dapat dituai'. Memang rasa amat terseksa. Boleh dikatakan malam tadi 2-3 kali aku terjaga dari tido sebab perut adalah sangat kesakitan. Hingga sakitnya terasa ke lubang *****. Sorilah kalau citer ni agak kotor pada pemikiran pembaca, tapi memangnya itulah kenyataan die. Puas sapu minyak panas, tapi tetap jugak sakit tu tak hilang. Sakitnya macam senggugut, tapi 2 kali ganda.

Jadi, bangun pagi ni aku nekad. Taknak pegi keje, aku nak MC. Pegi klinik dah tengahari. Sampai² je klinik tutup pulak, ada lunch break. Aku ingatkan bulan² puasa ni takde rehat. Hahaha. Rupanya ada jugak. Kenalah menunggu dalam kete hampir sejam lamanya. Nasib baik la masa tu perut yang memulas tu dah berkurangan. Harap ubat dari doktor tadi dan jugak buah² yang aku makan dapat membantu. Tak tahan jugak sebenarnya menyimpan 'sisa kumbahan' ni lama² sangat.

Okey lah, nak sambung tengok The Vampire Diaries yang best ini. Ni pun dah jadi satu ketagihan jugak ni. Apsal la ensem sangat puntianak² ni agaknya. Oopss, laki ku lebih ensem. Kena sentiasa muhasabah diri ni. Hahaha.



Nota kaki lapan: Entry ni sedikit kotor. Harap maaf..



Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, August 20, 2010

Tiba² je boleh berbuka puasa sesama..

Ding dong..

Semalam ada satu insiden yang tak diingini berlaku di pagi hari. Yang menyebabkan bie terpaksa lupakan harapan masuk-opis-awal-balik-awal. Sejam die menunggu tapi sia². Nasib baik la ada lagi satu kete yang aku guna, maka berkongsi kete la kami semalam pegi keje. Die hantar aku, lepas tu die teruskan perjalanan ke Putrajaya macam biasa. Sebab dah lambat macam tu, maka peluang untuk die balik berbuka kat rumah petangnya adalah amat tipis.

Pikir punya pikir, die mintak aku turun ke Putrajaya berbuka kat area sana je. Kepala aku terus terpikirkan kawan² yang memang ada kat sana. So, pagi² terus roger tanya adakah diorang free nak ajak berbuka sama². Sebab kalau harapkan aku dengan bie punya idea tempat makan kat Putrajaya tu, memang zero la. Mana tau celah mananya kat sana yang ada tempat makan. Abis jauh pun ke Alamanda jela gamaknya yang kami tau. Nak main terjah masuk mana² jalan, takut la sesat pulak nanti kan.


Mesti gambar dak tembam ni jugak yang lebih..

Mujur la diorang semua memang free. So terus set nak berbuka sama² tapi tempat kat mana tu to-be-confirm later. Aku & bie pun tak kisah sangat asalkan boleh makan sudah. Jangan bawak tah ke mana² sampai tak sempat makan sudah la kan. Aku memang serah keputusan kat diorang jela sebab aku rasa diorang lagi tau tempat area sana.

Aku gegas dari opis sharp pukul 4:30. Kalau boleh nak mengejar masa sebab taknak bersaing dengan orang yang balik pukul 5 nanti. Kang sesak pulak LRT. Owh, terima kasih la kepada Cik Puan Syasya sebab tumpangkan aku sampai ke LRT Universiti. Kalau tak, terpaksa la naik cab yang akan mencekik sebanyak RM9 duit aku. Selagi boleh jimat, memang nak jimat la. Sampai je LRT, orang memang dah padat. Masuk dalam tren pun tak dapat duduk. Tapi sebab dekat aku tak kisah sangat la. Yang penting sampai.

Dari KL Sentral pulak naik ERL ke Putrajaya. Orang masa tu dah ramai beratur. Aduhai, memang nampaknya harapan nak dapat tempat duduk tu takde la kan. Turun je kat platform, tren memang dah menunggu. Satu yang aku tak suka naik ERL ni sebab die takkan gerak selagi tak sampai masa. So kalau masuk awal², alamatnya sempat tido² mimpi² dulu la baru die jalan. But good thing is, memang masa die sharp. Setakat ni, dah 3 kali aku naik tak pernah sekali pun rasa delay ke apa. Walaupun tak dapat tempat duduk, aku redhakan jela. Dengan laptop yang tersandang, sampai sakit bahu setengah jam berdiri camtu. Nak letak kat tempat beg, takut terlupa pulak. Yelah, makcik ni kan dah tua nak..

Sampai Putrajaya tepat pukul 5:50. Dalam hati dah pikir tak sempat la nak carik tempat makan agaknya. Sebab aku agak kalau lambat camtu mesti kedai² pun dah penuh. Orang yang nak menyambut ketibaan aku pun tak nampak bayang lagi. So terus port kat bangku, bukak laptop, update status FB. Hahaha, sempat lagi tu kan. Yelah, makcik ni takde blackberry mahupun iphone ye anak². Henpon makcik ni pun cokia je, tak larat nak online² via mobile ni. Tak cukup kaya lagi la.. :P

Lepas baper minit menunggu, Cik Puan Zura call. Nice! Sebab masa tu memang dah kebosanan sebenarnya (saya bukan FB addict ye, harap maklum). Elok² pulak tengah aku nak jalan ke kete diorang, nampak dari kejauhan sang Kenari merah gagah berani pun baru sampai. So, timing memang just nice la kan. Bincang² mana nak makan, then terus gerak sebab taknak buang masa. Thanks to Encik Akmal a.k.a Batu sebab sudi jadi pemandu arah. Die la yang jadi tukang pilih tempat. 'Weh, ko bawak kete laju sangat la. Takleh ajak konvoi orang macam ko ni..'

Yang eloknya, masing² sementara menunggu nak berbuka, borak tak ingat dunia. Gelak ketawa macam duduk kat rumah sendiri kan. Orang keliling jeling baek punyer! Tapi kitorang bukan peduli pun, bukan usik orang kan. Hehehe. Lagipun, masa² macam tu la nak chill dengan kawan². Buat apa nak hipokrit kontrol ayu? Tapi bila makanan sampai, semua senyap. Lapar kan. Encik Akmal kata "makan bersederhana pun kenyang, alhamdulillah". Tapi aku rasa, tak sederhana pun menu malam tu compare to menu biasa orang makan kat rumah kan. Jadi, aku adalah paham kenapa perut die semakin maju ke depan.. :P

Lepas makan sambung lagi borak. Dari kedai yang mulanya penuh sampai lah lengang jadinya. Tinggal berapa kerat je manusia yang duduk makan (tu pun sebab diorang baru sampai). So bila rasa masa dah time, bangun dan pegi lah bayar. Aku tak tau pun baper jumlah semuanya. Makanya, kalau lebih aku halalkan, kalau kurang aku mintak halal ye kawan². Sambil berjalan ke kete sempat lagi sambung borak lagi 15 minit macam tu. Haha, tah apa benda citer la yang tak sudah² boraknya tu aku pun tak tau. Banyak mengarut je sebenarnya. Mengarut takpe, jangan mencarut. Dosa!

Moga² ada lagi lepakking together macam ni lain kali. Tak semestinya event makan² la. Kot kalau nak ajak jogging ke, main boling ke, paintball ke (oopss, ni takleh join la), daki Bukit Broga ke tak pun just lepak picnic tepi pantai or air terjun pun ok jugak. Asalkan event tu adalah sesuatu yang boleh mengeratkan silaturahim, silaturahman dan silaturahmah pun boleh la. Hahaha..

Nota kaki lapan: Banyak² event, yang berkaitan dengan makan la yang aku paling minat.. :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, August 19, 2010

Pissed Off!!!

Ding dong..

Aku betul² tak paham kenapa ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa pikir pasal orang lain. Kenapa takde otak sangat sampai boleh buat benda paling bodoh dalam dunia.

Kau takde parking. Kau pokai tak berduit nak bayar petak parking. Tapi kereta bulan² sampai 300-400 kau mampu bayar kan. Dah tau kau tu miskin tak berduit nak bayar petak parking, jangan la sampai kau block kete orang yang parking elok² dalam petak. Jual la kete tu, naik bas je sudah. Dah la kau block kete tu, lepas tu kau tarik your bloody handbrake! Fine, maybe kau takut kete kau yang mahal tu meluncur kat carpark yang lantainya rata tu kan. Tapi apsal tak guna bahagian otak bijak yang kau guna untuk test undang² nak mendapatkan lesen dulu tu, letak sekeping kertas yang ada nombor henpon kau untuk orang contact? Apasal bodoh sangat?

Kau ingat orang yang menunggu kau nak alihkan kete tu tunggul? Kau ingat orang rajin nak ketuk pintu rumah satu² dari tingkat 1 sampai ke tingkat 24 semata² nak carik sape tuan punya kete merah yang huduh tu? Apa kau ingat bapak kau bayar satu floor carpark tu supaya kau boleh senang² hati nak parking kete burok kau tu mana² kau nak? Dah tu, tak sedar diri pulak kan. Dah block kete orang dengan handbrake kau tarik sampai kejang, kau boleh pulak buat tak reti bila orang bunyikan hon berjam lamanya. Mana kau letak kau punya sensitivity pun aku tak tau la. Kalau nak selfish sangat, baik mampus cepat sket. Dok dalam kubur tu sorang², takyah menyusahkan hidup orang lain.

Aku harap kau learn something hari ni. Kesabaran orang ada hadnya. Bukan semua orang ada kesabaran tahap nabi². Selamat mengganti apa yang patut kat kete kau yang burok tu. Aku sure, seburok² kete kau tu, burok lagi rupa dan perangai kau. Memang ci**k* punya manusia la kau ni. Hati aku ni panas menggelegak, tapi aku tahankan sebab aku puasa. Mujur la kan setan² semua kena ikat, kalau tak seronok setan mengapi²kan hati aku yang memang dah berapi ni. Ada la orang merasa tengok setiap benda berunsur kaca yang ada kat badan kete die berkecai!

Aku benci la Flora Damansara dan penduduknya yang otak bodoh tahap anj**g..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, August 16, 2010

Saya puasa tau hari ni..

Ding dong..

Mood masih ke laut. Kepala dah mula berdenyut, hidung tersumbat srott srott dari pagi tadi. Bersin pun tak henti². Memang niat di hati nak update barang seketul dua entry. Tapi mood tak baper nak mari. Nantilah, mungkin malam ni kot. Ada la seciput dua citer nak aku kongsikan. Citer biasa² aje la. Citer² serius, bagi la blogger lain rebut² buat entry. Takut nanti bosan pulak orang membaca citer yang sama berulang² kali. Lagipun aku bukannya Mazidul yang sentiasa ada citer hangat dan terkini yang tersendiri, kan?

Anyway, takziah untuk keluarga yang terlibat dengan tragedi berdarah bazaar ramadhan kat Jasin tempoh hari. Sesungguhnya mereka pergi dalam bulan yang penuh keberkatan. Redhakanlah. Moga roh mereka dicucuri rahmat, aminn..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails