Tuesday, June 08, 2010

Bila Cinta - Gio (OST Lagenda Budak Setan)

Ding dong..

Jatuh cinta sejak kali pertama dengar iklan promo LBS kat hotfm. Bila dengar sambil tengok LBS, lagi la tangkap cintun!!! Arghhhh, syahdu...

BILA CINTA
***************

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkan ku

[**chorus]
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Ku sebut namamu
Di setiap doa ku
Bangkitkan setiap
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

[ulang **chorus]

Sekarang rasa macam nak dengar tanpa henti je. Sejak dapat mp4 full version few minutes ago. Help me! Takleh stop dari dengar. Haih. Kalau la Faizal Tahir yang nyanyi lagu ni, lagi tangkap leleh kot. Dengan suara die yang ala² rock syahdu gitu..

Nota kaki lapan: Lagu yang tiada kena mengena dengan perjalanan hidup saya sekarang. Dulu² maybe?

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Monday, June 07, 2010

Lagenda Budak Setan yang memang tinggal lagenda saje?

Ding dong..

Sepagi oren semalam, aku & bie dah bangun bersiap². Sungguh pun hari minggu selalunya kami akan bangun selambat yang boleh, haha. Tapi sebab semalam ada date, kena la bangun awal. Hehe. Mula² ke klinik kat Kepong. Lepas settle hal klinik terus je ke The Curve untuk dating. Aku awal² dah book tiket. Malas nak beratur panjang². Tapi sampai je kat kaunter lebih kurang 10:30 pagi, tengok keadaan masih lengang. Hurm, pagi hari minggu. Semua orang dok rilek² kat rumah lagi agaknya. So, takmo bayar booking fee punya pasal. Terus ajak bie beratur je kat line biasa.

Depan kaunter, sempat lagi berkira² nak tengok Lagenda Budak Setan ke Prince of Percia. Tapi sebab jiwa dah memang sedari awalnya berat kepada LBS, jadi tetap la itu menjadi pilihan. Show pukul 11:15 pagi. So, sempat la nak sarapan dulu. Keluar rumah sebelumnya tak sempat jamah apa² pun. Tempat breakfast yang paling dekat & senang, McDonalds aje la nampaknya. Tak pikir panjang pun. Gotuhel la diet ke apa ke, hahahaha. Siap ambik set yang paling banyak isinya, dulik aa kan! :-P


Pekena ini dengan kopi panas, satanemmm!
Sila google kalau nak tau isinya..


Selesai makan, terus naik ke atas. Tak sabar dah ni nak tengok citer LBS tu. Dah katanya epik cinta terunggul kan. Mesti la tak sabar nak tengok. Melangkah ke dalam panggung dengan harapan menggunung la jugak. Nak mengimbau segala kenangan lampau zaman² follow novel die dulu. Walaupun sebenarnya aku ingat² lupa jalan citer die dulu. Manakan tidak, masa tu aku ni anak² hingusan lagi beb. Main longkang, main pasir. Tak pedulik la cintan cintun ni weh. Daya imaginasi pun tak la sehebat mana. Tapi mengikutkan pada pengamatan ke-fanatik-an pencinta novel yang aku kenal (akak aku sendiri salah satu contohnya), nampak gaya citer ini sangat la best. Jadi, harus la pengharapan diletakkan setinggi yang boleh kan. Walaupun dalam hati tetap berkata², 'pernah ke ada citer yang diadaptasi dari novel 100% menepati semua jalan citer die?'.


Sumber Gambar dari GOOGLE

Permulaan je dah spoil mood aku. Tah kenapa boleh pulak pepagi tu ada technical error dalam panggung. Aduh, marah makcik ni nak oi! Dah la menunggu citernya nak mula sudah delay lebih setengah jam. Then bila dah mula, kembang kempis la jugak menanti ada part yang boleh buat aku recall pembacaan aku dulu. Tapi ternyata, aku blur. Takleh nak catch-up sangat apa yang ada dalam memory. Yelah, dah tua kan makcik ni. Number akaun sendiri pun kena tengok dalam hp dik non! Aku pun layan jela dari awal sampai abis. Mana part yang kelakar, aku gelak. Mana part yang jiwang, aku berangan (haha!!), masuk part sedih² aku nangis. But overall, aku blur. Citernya banyak sangat lompat di sana sini. Kesinambungan jalan citer tu kureng kot. Impaknya aku rasa tak sebagaimana yang diharapkan (nak challenge Adamaya pun tak mampu tu, camno?). Sedih. Kecewa. Hampa. Kabir Bhatia, sila tolong sikit untuk sequal kedua nanti buleh??

Jadi, takde review yang aku dapat buat. Sila la google ye. Ramai kot orang yang dah buat review. Good luck okeh!

Keluar dari movie, hari masih awal. Baru masuk time² lunch hour. Tapi perut masing² kekenyangan lagi. Jadi teruskan mengukur shopping kompleks jela gamaknya. Lalu kat centre hall yang ada sale F.O.S. Mula² lalu kononnya takmo layan. Tapi tu la, macam memanggil² je setiap kali lalu. Maka, 'ter'singgah la jugak sudahnya. Dan 'ter'beli la jugak beberapa helai baju. 2 helai untuk saya, 1 helai untuk bie, dan beberapa helai untuk anak² sedara. Okey anak² sedara sekalian, say thank you and i love you kat pakcik tau!


Tunggu cikma balik nanti ye baru boleh bagi :-)

Pastu puas hati dapat beli baju. Jalan lagi ukur baper meter persegi luasnya The Curve tu. Penat mengukur, berenti jap bie pegi solat (aku lepak tunggu sebab tengah kibar bendera Jepun separuh tiang :-P). Lepas tu bie pun sama datang lepak² atas sofa empuk sebelah aku. Menghilangkan lelah sambil kami membincangkan permasalahan negara dan kekecewaan dengan LBS yang ditatap hiba tadi. Tapi bie lagi clueless sebab die langsung tak tau pasal novel LBS tu. Puas berpacaran atas sofa tu, kami jalan lagi.

Kononnya nak dinner terus kul 6 petang. Tapi baru pukul 4 bie dah gosok² perut, lapar! Masa tu aku tengah syok membelek barang dalam kedai RM5 made in Japan. Daiso namanya. 2-3 kali terpandang die gosok² perut tu. Last² tak sampai hati, kena la berenti membelek. Dalam pada membelek, sambar jugak 4-5 barang. Hahaha, dah start jadi real woman la skang aku ni kan. Pantang ada chan, ada je jalan nak mengabiskan duit yang tak baper nak ada tu. Nasib baik la aku belum pandai shopping seminggu sekali baju, sandal, seluar, tudung macam setengah orang lain tu kan. Therapy minda katanya. Kalau tak, botak la kepala bie menjelang setahun aku buat perangai camtu. Hehe. Sesekali is okey, selalu buat camtu is membunuh namanya! :-P


Gambar pinjam dari SINI

Kali ni makan kat Waroeng Penyet. Lama dah ngidam nak makan sini. Semenjak 'ter'makan masa kat Bandung dulu. Sampai sekarang macam terasa² kat hujung lidah. Tak puas pulak rasanya. Bestnya Pak Chi Met! Nape sini takde ek macam Pak Chi Met tu. Satu pinggan lengkap dengan Nasi, ayam/ikan bakar, sotong bakar, udang bakar, ulam. My god! Heaven perut aku masa kat sana. Semua masuk tanpa ada pikir panjang. Dulik aar gemuk ke, buncit ke. Yang penting kenyang tahap babun! Tapi Waroeng Penyet punya tak baper kick la. Tak bisa menghilangkan rinduku pada Pak Chi Met, wakaka. Tu hint apa tu??


Sumber Gambar dari SINI


Tengok la, pukul 5 baru lunch?

Tapi, sungguh pun kurang kick. Masing² makan tak berbunyi. Ayam penyet satu, ikan bakar satu. Pastu memang makan laju je tak hengat donia! Dah puas cubit isi ikan, baru teringat nak snap gambar. Terkial² cari henpon dalam handbag sebab tangan sebelah lagi dah penuh dengan sambal, kicap, nasi segala. Haih, rasa macam nak mintak nasi tambah je masa tu. Hahaha. Mana taknya, kelaparan macam pirana. Konon nak tahan perut sampai dinner katanya kan. :-P


Penyedap makan.
Kicap ABC + Soda Gembira


Pesanan buat geng ronggeng STKB (Saban Tahun Ke Bandung), kalau tahun depan ada kekosongan seat nak ke sana. Roger² la ye. Nak ikut pegi makan je. Yang shopping² tak ikut pun takpe (kononnnnnn), hahaha. Bagitau awal² supaya saya boleh kumpul duit banyak².. :-)

Nota kaki lapan: Nak cari balik novel LBS. Ada sape² tau mana nak carik??

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, June 04, 2010

Sepetang Yang Girang

Ding dong..

Pagi semalam mungkin adalah hari yang sedikit malang untuk aku. Macam dalam entry ini, yang mana aku terpaksa turun tangga setinggi 22 tingkat! Nasib baik la turun kan, kalau naik memang super duper malang la aku rasa.

Tapi malang itu berganti dengan bertuah di petang harinya. Kenapa?

Waktu aku sedang drive dengan tenang lepas penat bekerja (juga mengular dan menyurfing tenet), aku leka melayan radio HotFM. Leka melayan celoteh deejay Anne & Keeran yang buat aku tak bosan sepanjang perjalanan. Elok² je masuk kawasan rumah aku. Terdengar diorang cakap HotFM Viva Zoomers ada kat area Damansara Perdana. Dengan pantasnya aku pusingkan steering kereta menghala ke Damansara Perdana. Punya la semangat nak pegi. Padahal masa tu belum tau pun diorang tu ada kat celah mana. Aku tak peduli, aku tetap teruskan pemanduan yang mantap!

Puas la aku pusing semua kawasan Damansara Perdana tu. Punya la semangat waja nak jadi orang first sampai kononnya kan. Ada la lebih kurang 5 minit aku pusing sana sini. Tapi kelibat Viva HotFM tu langsung tak kelihatan. Dan elok² aku dah sampai kat penghujung Damansara Perdana tu, diorang buat announcement kat mana lokasi sebenar diorang tunggu. Ceit, rupanya ada kat pangkal. Penat la aku mencari sampai ke hujung benua ni. Terus dengan pantas u-turn (secara halal la, bukan sesuka hati je nak pusing). Diorang tengah lepak tunggu orang depan Dominos Neo Damansara. Haih, kalau tau dari awal tadi takyah aku pusing² pun. Dah memang lalu pun sebenarnya masa awal² tadi. Hahaha. Tapi tetap awal jugak pun. Masa tu diorang baru nak setup² barang yang nak diedarkan. Orang pun memang dah ramai yang menunggu.


Yang rambut panjang tu Yen namanya. Cam matawang Jepun lak kan..

Tapi sayangnya, hadiah kali ni tak baper mantap dan menarik minat aku. Aku target nak dapatkan movie ticket sebenarnya. Tapi takde la pulak. Macam mana pun, aku tak pulang dengan tangan kosong. Tetap jugak dapat balik dengan sesuatu. Siap dapat exclusive merchandise dari HotFM. Satu tempat cuma bagi satu je. Alhamdulillah, itulah namanya rezeki. Tak kira sekecik mana pun kan. Terima kasih Viva Zoomers Krew dan HotFM. Ni yang tambah lekat ngan HotFM kan. Hehe.. :-)



Malamnya pulak aku & bie ke 'kedai Mak Keah'. Pekena meatball dengan sos strawberi yang yummi! Hasrat sebenar ialah nak jumpa kawan bie untuk pass komputer yang aku jual (pasaran gelap neh!). Asalnya aku teringin nak makan nasi kandar. Punya la kepingin dari minggu lepas. Tapi semalam tah kenapa perut ni rasa fully loaded dengan entah apa bendanya aku pun tak tau. Jadi, itu menjadi alasan untuk kami ke 'kedai Mak Keah' semata² sebab nak memakan meatball yang sedap, haha..


Muka penuh kegumbiraan dapat makan!


** Kedai Mak Keah = IKEA :-P

Nota kaki lapan: Suka kejar HotFM Viva Zoomers ni. Dapat benda free kan, sape tak suka ye tak? :-P


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, June 03, 2010

Mari bersenam di pagi hari

Ding dong..

Pagi ni, lepas je bie kejut bagitau die dah nak pegi keje. Lepas salam², cium tangan segala. Aku pun bangun la duduk depan tv sebelum mandi. Tiba², *trettt.. trettt...*. Bie sms. Ingatkan die ada tinggal barang ke apa. Rupanya..


...

Damn it! Dah la semalam aku didera kat gym dek trainer. Lenguh semalam tak hilang lagi. Tapi nampak gayanya aku kena top-up lagi kelenguhan tu. Apa nak dikata, takkan aku nak terjun pulak kan. So, off tv and cepat² bangun capai towel segala. Mandi cepat², siap dengan pantas. Bedak sana sini, sembur minyak wangi. Done, tak sampai 30 minit aku dah ready untuk melangkah keluar. Sempat la capai 2 bijik epal hijau dari dalam fridge. Tengah kelam kabut nak keluar, sampai lagi 1 sms.




Aku malas nak pusing² tengok lif tu dah siap repair ke belum. Memandangkan rumah aku memang kat belah hujung. Yang paling dekat dengan tangga. Maka aku terus je decide nak turun tangga. Guess what, rumah aku kat tingkat 22!! Ye, bukan tingkat 2 tau! Aku memandang ke bawah. Aduh, sayupnya la rasa. Rasa macam nak terjun je biar cepat sampai. Tapi memang cepat la, pastu tak naik² dah kan. Hahaha. Apa nak dikata, kalau bukan sebab memang kena pegi keje. Maunya aku masuk rumah balik sambung tido. Huhu, kalau la kampeni ni bapak aku yang punya kan.


Sayup je kete aku kat bawah tu..

Jadi, tarik nafas dalam². Hembus sambil mata pejam. Bajet ada la miracle bukak² mata dah sampai bawah ke kan. Nan adonyo weh! Bersedia jela turun tanpa berenti setapak pun. Memang sepanjang perjalanan turun aku tak tengok langsung nombor kat setiap tingkat. Konon nak kawal psikologi la kan. Taknak mental tertekan tengok nombor tu berubah lambat sangat. Hahaha, memang psyco! Aku dah macam separuh berlari pun sebenarnya. Nasib baik la menurun kan. Kalau naik ni, sure muka dah merah macam nak meletup tahan nafas. Dah pernah rasa sekali weh, harap² tak kena lagi. Kalau ditakdirkan aku jumpa lagi lif rosak lepas balik keje. Memang aku sanggup tak naik. Amik mc terus balik rumah mummy kot. Hahaha.


Kena pikir 22 kali nak daki naik atas tu

Jadi, harap² aku balik nanti llif tu dah berfungsi seperti biasa la. Satu je masalah yang aku rasa tak penah selesai kat rumah aku tu. Orang yang tinggal sekeliling aku semuanya jenis peluk tubuh bila jadi benda² macam ni. Semua taknak ambik tindakan. Biasanya bila bie call lif technician, jawapan diorang ialah takde orang report lagi. See? Aku tak paham la jugak dengan orang yang lagi suka tengok je apa benda yang jadi daripada ambik tindakan nak fix benda tu. Membebel je kat tepi dalam group die. Nak panggil Aduan Rakyat bagai, sigh. Cuba la jangan selfish sangat, takleh??

Hurmm, lambatnya rumah baru kami tu nak siap. Dah tak larat rasanya nak duduk rumah sewa yang orang kelilingnya style 'stingarden-minded' ni. Bosan!


Gambar dari: Google

Nota kaki lapan: Akal tu anugerah Allah. Kan molek kalau kita tau gunakan pada tempat dan masa yang betul..


Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Wednesday, June 02, 2010

KL - Lipis - Jerantut - KL

Ding dong..

Aku suka balik kampung. Dulu masa belum kenal bie, satu je cara aku nak merasa suasana balik kampung ialah ikut member² yang duduk jauh. Boleh rasa macam mana naik bas ekspress long hours. Beratur beli tiket bas ekspress kat puduraya. Suatu benda yang aku tak rasa la kalau balik kampung sendiri. Well, aku tak pernah rasa nak sebut balik kampung pun kalau balik Semenyih. Mana taknya, dekat sangat. Nak balik hari² pun boleh. Masa zaman duduk Tg. Sepat (satu tempat yang letaknya kat daerah Kuala Langat, dekat² Banting), rasa la jugak seminggu sekali balik Semenyih. Tapi masa tu, rasa kelakar jugak nak sebut balik kampung. Well, dekat sangat. Aku punya imagination masa tu, kalau balik kampung kena perjalanan makan masa berjam². Naik bas ekspress ke. Baru la syok nak panggil 'balik kampung'.

Wah! Hambek kau mukadimah aku kasi. Actually, aku baru je lepas balik kampung belah bie last week. Memandangkan cuti hujung minggu yang agak panjang, jadi kami decide nak balik dua kampung sekali gus. Kuala Lipis - Kampung Abah, Jerantut - Kampung Mummy. Kebetulan jugak sebab terasa macam dah lama sangat tak balik sana. Rasanya last balik dulu masa cuti Tahun Baru Cina. Lepas tu takde dah jejak ke sana memandangkan kami ni adalah pasangan suami isteri yang sangat busy berjalan ke sana ke mari. Hahaha. Sampai ada la jugak yang komplen tak dapat merasa berehat² kat rumah time weekend. :-P

So Jumaat lepas bie balik solat Jumaat, aku dah pun standby kemas barang². Siap lengkap bertudung. Punya la eksaited nak balik kampung kan. Bie sampai je rumah terus tukar baju dan bersiap sedia nak berangkat. Sepanjang perjalanan, keadaan agak baik. Maybe orang dah mula balik sehari sebelum tu kan. Jadi perjalanan kami agak lancar. Just hujan je sket yang membataskan bie nak full speed. Tu pun kejap je hujannya. Kali pertama perjalanan jauh aku tak tertidur langsung. Kalau tak, half way je mesti mata berat. Mana taknya, bekal penuh kat dashboard kereta :-P

Destinasi pertama kami, Kg. Lalang, Kuala Lipis.

Sampai dah agak rembang petang. Damai je rasa. Hilang terus penat berjalan jauh. Dari jauh ternampak Aki tengah gigih kat kebun. Tak tau apa yang dia buat. Aki dah tua sangat, bongkok dah pun. Tapi berkat pengalaman dia dalam askar dulu, dalam usia die yang dah melampaui batas senja, dia masih mampu la nak berkebun. Kagum aku. Sedangkan aku yang muda belia ni pun tak sekuat tu. Baru suruh naik tangga sket dah mencungap. Sigh! Badan dah dimanjakan sangat dengan kesenangan kan. Buat apa naik tangga kalau lif tu lebih mudah dan cepat. :-P

Lepak Kg. Lalang cuma 1 malam. Pagi Sabtu aku, bie & 2 orang adik sepupunya ke pasar tani kat pekan Kuala Lipis (or should i call it Bandar?). Kali pertama ke pasar tani sini. Selalunya, kalau balik Kg. Lalang, kereta kami akan tersadai selama mana kami balik. Memang takkan keluar dah ke mana². Lagi suka lepak² kat rumah sambil tengok ayam. Lepak tepi sungai main air (yang ni bie je berani, aku??). Tapi sebab kali ni kami balik without Mummy, jadi hal² dapur aku kena take over la. Wan sebelah sini tak berapa daya nak layan tekak kami ni. So kena buat sendiri sebab sini takde bibik ye. Daripada membeli sampai la memasak. Nasib baik la skill tu dah diasah sket², tak la segan nak tayang depan orang tua kan. Hahaha.


Pekan Kuala Lipis
Sini ada Alamanda!! Tapi tak sempat snap..


Talapia merah - wajib neh buat goreng!


Motif gambar??


Sata Ikan - Wajib jugak beli kalau jumpa..

Satu yang tak best dengan rumah kampung ni, tengahari adalah waktu yang meyeksakan!! Rasa macam matahari kena direct ke badan. Panas yang hamat. Tapi pagi memang sangat heaven la, siap berkabus². Dek kerana kepanasan tu, aktiviti aku lepas makan tengahari ialah TIDUR depan kipas direct ke kepala. Huhuhu, panas² pun tido tetap lena. Sampai la ke petang lenanya. Bangun² terus bersiap nak ke destinasi seterusnya.

Destinasi kedua pulak, Kg. Melayu, Jerantut.

Sampai rumah Wan belah Jerantut ni memang dah amat petang menghampiri Maghrib. Kena la bebel sket kan pasal lambat sangat sampai. Abis, nak buat camne. Tido depan kipas tu ialah best! Maunya tak terlajak 2-3 jam layan mata. Lagipun nak gerak awal², hamat panas mataharinya. Jadi kena la tunggu petang (alasan kena bijak!).

Ramai yang balik kali ni. Jadi bab makan takde masalah la. Memang dah tersedia atas meja. Kebetulan pulak masa tu birthday Mak Itam. Jadi ada la celebration kecil²an. Tak tau sape yang belanja sebenarnya. Aku bedal je apa yang ada. Kebanyakkannya datang dari pasar malam je pun. Bukan prepare sendiri. Takde apa aktiviti sangat dapat buat. Sebab hari pun dah malam kan. Menanti esok jela nak bangun pagi sebab nak pegi pasar tani (aku memang suka la pegi pasar tani. macam² ada!). Malam tu kejenya tengok tv je. Tengok cerekarama yang amat bosan. Sampai mata dah nak terlelap². Dek kerana tak tertahan mata ni, maka tidur awal la. Malas tunggu citer tu abis.


Birthday girl. Atas permintaan, muka kena tutup sebab hajah ni tak pakai tudung :P

Pagi² dah bangun. Memang sini tak reti bangun lewat sangat sebab pukul7 tu dah macam pukul 10. Dah riuh dengan bunyi budak berlari sana sini. Lagipun, agak keseganan la orang lain dah bangun buat bekfes, tapi aku berselimut sedap² lagi. So kena la jugak bangun. Seperti entry² yang dulu kalau citer pasal balik Jerantut ni. Mesti ada bagitau aku bangun awal gile dan bekfes pun sangat awal. Kalau balik Semenyih, kul 11 pun kira bekfes lagi. Kalau sini, kul11 tu dah siap masak untuk tengahari. :-P

Macam biasa, sampai time pegi pasar tani. Tapi kali ni lalu je, sebab dah lewat. Pegi beli barang kat pasaraya jela. Balik dari pasaraya, singgah ekspo apa tah. Gaya macam uptown pun ada jugak. Tapi panas tak hengat. Gile cair muka kalau ada mekap. Takleh tahan lama la nak window shopping. Cepat² lari masuk kete nakkan aircond punya pasal. Balik je rumah, terus bersiap nak makan tengahari. Perut pun dah gendang² lagu dongdang dengdang. Lepas makan, dok lepak tengok tv sambil mata dah kuyu². Lepas rasa perut dah lega, cuba teka apa berlaku agaknya?? Ngahaha, biarlah rahsia. Hehehe.

Petang menanti cuaca panas kurang sket. Lepas tu baru la bersiap² nak balik KL. Kami delegasi terakhir yang meninggalkan rumah Wan. Yang terakhir sampai, yang terakhir check out. Bagus la tu kan. Ikut turn. Perjalanan balik agak kureng sebab kereta agak banyak. Sampai KL singgah rumah Mummy. Dapat puding swiss roll sebekas. Owh, ai loike! Lepas dinner, bersiap balik rumah sendiri pulak. Badan pun dah penat sangat.

Sekian, karangan aktiviti hari cuti dari saya.

Nota kaki lapan: Best kan duduk kampung, takyah pikir jem, takyah pikir keje, takyah pikir tol mahal, takyah pikir minyak naik harga. Hurm..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails