Wednesday, September 30, 2009

Goyang!!!!

Baru je kira-kira 10 minit tadi kami kat opis ni merasakan gegaran. Terkejut semua orang. Terkejut bercampur blur. Aku pulak sedang syok melepaskan 'sisa kumbahan' kat dalam bilik hajat. Ingatkan kepala aku yang berpinar, sekali aku pandang atas, tengok hose pipe water heater tu beralun. Lariiiiiii... Selamatkan diriiiiii...

Kami semua bergegas turun ke bawah menyelamatkan diri. Agak cemas jugak rasanya. Alhamdulillah, takde apa yang serius berlaku. Mudah²an Allah akan sentiasa memelihara keselamatan negara kita yang tercinta ni. Jauhkan kita semua dari bala bencana yang melanda negara² jiran kite tu. Aminnnn...


Gambar sekadar hiasan..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Ceritera Di Hari Raya..

Mungkin masih belum terlambat aku nak kongsi² cerita aku berhari raya tahun ni. Sesuatu yang baru, sesuatu yang lain dari tahun² sebelum ni. Manakan tidak, inikan tahun pertama aku berhari raya sebagai seorang isteri dan jugak seorang menantu. Jadi untuk cover cerita yang tertangguh selama berminggu lamanya, aku akan ringkaskan seringkas mungkin dengan bantuan gambar² yang ada. Let's pictures do the talking okay..

HARI RAYA PERTAMA...


Note: Ini bukan gambar anak kami okey, pinjam je kejap..

Ini adalah sekitar pagi raya pertama. Sessi bersalaman dan bergambar mengambil ruang sebaik saja semua balik dari sembahyang sunat hari raya. Keluarga sebelah Jerantut (sebelah mummy) penuh satu rumah. Raya tahun ni turn untuk semua adik beradik mummy balik Jerantut. Meriah!!


Lengkap semuanya. Gamat suasana!


Himpunan 2 generasi.. Ikutkan ada 4 generasi patutnya..

Selesai sessi bergambar², perjalanan kami sekeluarga diteruskan ke Kuala Lipis (sebelah abah) pulak. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam kalau aku tak silap. First time aku berjalan jauh pagi raya pertama. Sebelum² ni, raya pertama aku lebih kepada menjadi 'orang dapur' je kat rumah. Tak ke mana² sangat. Dan akibat dari perjalanan kami pagi tu, aku diserang mabuk jalan dan migrain yang agak parah. Mungkin jugak disebabkan oleh 2 ketul lemang yang aku sebat kat rumah wan Lalang (wan Kuala Lipis, Lalang = Kampung Lalang). Sudahnya, aku hanya mampu bertahan sampai pukul 3 petang. Kepala aku dah mengeluarkan warning supaya berhenti makan walau apa pun. Dek kerana kepala yang berdenyut, mood nak snap gambar terus turun mendadak.

*******************
HARI RAYA KEDUA...

Malang untuk aku, kepala masih berdenyut masa ni. Jadi tak banyak yang aku mampu buat. Seharian duduk rumah je. Kebetulan sebelah tengahari kaum kerabat dari Jerantut datang beraya. Jadi ada la jugak aktiviti aku melayan tetamu. Selebihnya, hanya dipenuhi dengan berbaring, dan duduk je. Petangnya kami berdua ditinggalkan kat rumah. Mummy & abah pegi beraya sekitar kampung. Tinggal la aku & bie melayan suasana kampung yang damai dan permai. Nyaman!!


Penuh dan riuh bila semua dah sampai dan mula makan. Lauk wajib sudah pastinya asam tempoyak ikan patin!!


Ni la kedamaian yang aku dambakan, KL mana ada semua ni..

*******************

HARI RAYA KETIGA...

Baru la aku rasa sihat sepenuhnya. Setelah mendapat khidmat Mak Ngah yang mengurut aku malam sebelumnya. Thanks Mak Ngah!! Pagi tu selesai bersarapan, acara melemang dimulakan manakala Pak Anjang dan Ayah Ngah menebang dahan rambutan kat belakang rumah. Agak berlainan cara mereka kat sana melemang. Kalau kat Semenyih, aku biasa tengok mak melemang dengan cara memasukkan beras pulut kemudian baru masukkan santan bergaram dalam buluh. Tapi kat Pahang ni, mereka campurkan sekali beras pulut dan santan dalam periuk, kemudian ditenggekkan atas api sampai agak² sebati. Kemudian baru masukkan ke dalam buluh dan dibakar macam biasa, tetapi dengan masa yang lebih singkat. Benda baru yang aku dapat belajar kali ini.


Semua bertungkus lumus, aku pun sama menyibuk jugak.. hehehe...

Tengah harinya aku & bie mula meninggalkan rumah wan untuk balik ke Semenyih pulak. Banyak betul rumah yang aku nak cover raya tahun ni kan. Biasanya balik satu kampung je. Kali ni kena balik 3 kampung. Berbeza sungguh rasanya.


Gambar yang kurang menjadi. Nasib baik boleh edit bagi cun sket...

Kat Semenyih pun, tak banyak aktiviti yang aku buat. Nak beraya pun dah malas, hehe. Ada la 3-4 rumah je aku pegi. Itu pun aku ikut je kat mana orang ajak. Harap nak pegi sendiri, memang jangan harap la. Dah terbiasa dari dulu apa² keputusan kalau bab nak pegi beraya ni, mak yang decide. Tahun ni mak pulak tak berapa sihat nak pegi beraya sana sini. Pandai² kami la adik beradik nak berjalan. Tapi tetap jugak jalan walaupun sikit kan. Itupun dah raya ke-4 baru la kami keluar berhari raya.


3 generasi berbeza..


Gambar selingan: All about Hafiy..

Ini jela gamaknya yang dapat aku kongsikan serba sikit. Banyak lagi rumah sedara mara & sahabat handai yang belum sempat kami singgah. Insya-Allah, ada kelapangan sampai la kami nanti. Moga Allah merahmati kita semua, dan semoga ibadat kite sepanjang ramadhan yang lalu diterima oleh-Nya..


Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari kami berdua..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Friday, September 18, 2009

Akhirnya..

Sejak dari pagi lagi, aku dah terasa sangat² malas. Rasa macam nak buat keje pun takde mood. Si polan depan aku ni selamat dah pun sampai ke kampung agaknya. Syok die dapat cuti awal ek. Tapi die tak dapat cuti seminggu macam aku ngan syasya. Hahahaha. Gilir² la kan, takkan tiap² tahun orang yang sama je kena standby.

Jadi sesampainya kat opis pagi ni, aku meneruskan rutin macam biasa. Settlekan report² yang berkenaan. Lepas tu terus sambung menyiapkan kerja² yang masih berbaki. Tak boleh terus meleka-leka, takut nanti tak siap keje aku sampai ke sudah. Dengan gigihnya aku melaksanakan segala tugas yang ada. Semuanya mesti aku pastikan selesai sebelum petang menjelang. Sambil ditemani lagu² raya yang berkumandang kat radio, aku tetap tabah mengharungi sehari lagi bekerja. Chaiyyok!!

Dan tepat pukul 3 petang, semua kerja² yang nak aku lunaskan telah pun selesai. Alhamdulillah, akhirnya terbayar sudah hutang² yang tertunggak. Boleh la aku nak bercuti dan berhari raya dengan gembira. Update blog pun dalam mood yang hepi² je kan. Mana taknya, cuma menghitung masa nak berambus dari opis yang membosankan ni. Dari pagi aku duk memandang jam yang terasa pusingannya amat perlahan. Haih, bila la nak pukul 4:30 ni.. :P



Gambar 1 - Buat keje ; Gambar 2 - Lelapkan mata kejap, penat!! ; Gambar 3 - Kerja haram, burn lagu raya :P

Ni pulak kisah berbuka puasa semalam. Memandangkan semalam merupakan hari terakhir berbuka kat rumah. Jadi segala juadah dan makanan nak berbuka kami beli je kat bazaar ramadhan. Mudah dan ringkas. Takyah masak² sebab aku malas nak mengemas dan meninggalkan saki baki makanan lagi. Biar peti ais tu suci dari segala sisa makanan yang tak habis dimakan. Yang mentah tu tak boleh nak buat apa la, takkan aku nak buang pulak kan.


Nasi kerabu untukku, nasi campur untuknya. Satay 10 cucuk. Ikan pari bakar sepotong. Yong tau fu semangkuk.

Semalam sempat jugak la aku gunting rambut bie yang dah panjang tu. Biar di hari raya nanti hensem bergaya suamiku itu. Lepas tu dengan pantasnya jugak menggosok baju raya. Malas nak gosok kat kampung, takut nanti kena kiu (beratur) panjang² menanti turn. Dah siap awal² kan senang. Sambil tu bie pulak mengemas rumah. Vakum semua habuk² yang ada sebab lepas seminggu ditinggalkan nanti mesti lagi menimbun² habuk yang tiba. Siap mengemas rumah dan barang² yang nak dibawa balik kampung lebih kurang pukul 2. Penat!!

Natijahnya, kami lambat bangun sahur. Tapi suami tersayang ku itu gagahkan jugak hati die bangun masak air dan buat air untuk aku. Roti prhata segera yang tinggal sekeping tu aku biar bie makan sorang. Biarlah aku mengalah sekali sekala kan. Aku cuma bersahur dengan milo panas je pun takpe. Takpe bie, ayang tak kisah : ) . Selesai bersahur, sambung tido lagi. Nak topup tido semalam yang tak cukup tu. Tapi bie tak tido kot, sebab aku bangun² tengok die dah sidaikan segala tudung² yang aku spin masa sahur tadi. Tenkiu sayang!!

Kami meninggalkan rumah lebih kurang pukul 8 pagi. Sarat dengan segala macam beg baju dan barang² nak balik kampung. Nasib baik ada beg 'akademi fantasia' aku yang besar gedabak tu. Boleh la aku sumbatkan segala baju² kami sekali gus. Lepas tu tarik je la sampai ke kereta. Tak la penat nak mengendong beg berat².


Semoga rumah kami dipelihara dari sebarang kejahatan dan dilindungi oleh Allah SWT sepanjang ketiadaan kami nanti. Aminnn.

Kepada teman² yang berada di mana saja kat luar sana, tak kira walau di mana anda semua berada. Aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan, jutaan, million² ampun dan maaf jikalau sepanjang aku mengenali dan berblogging ni ada yang terkasar, tersilap, tersasul dan segala terr la kan. Mintak dimaafkan dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki. Semoga kite semua diberkati Allah selalu. SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, September 17, 2009

Malas dah hujung² ni...

Ini adalah update lapok dan sedikit berkulat, hehehe..

Sepanjang bulan puasa ni, ada la beberapa kali aku & bie berbuka kat luar (beberapa kali? ye ke?). Antara yang paling besar budget dan eventnya ialah, berbuka buffet ramadhan kat Dynasty Hotel. Last year pun kami berdua berbuka kat sini masa hujung² ramadhan. Ingat lagi masa tu aku terus balik Semenyih malam tu jugak lepas drop bie kat umah die (masa tu belum kawen, so tak boleh la nak balik raya bersama kan.. Ooppss!!). Tahun ni berbeza la sikit sebab kami dah pun jadi hubby-wifey, jadi boleh la pegi mana² hari pun yang ada kelapangan. Takyah plan beriye² sangat. Credit to Abang Eddie sebab booked meja yang besar untuk kami (makan berdua, tapi dapat duduk meja 4 org, punya la gile kuasa!!).


Perkarangan hotel.. saje aku blurkan bawah tu sebab banyak "gagak".. :P

Kami pergi last week hari Jumaat. Kebetulan masa tu tengah rancak dengan hal Persidangan MIC kat PWTC. Jadi, tak pasal² la kami terpaksa bersesak dengan kaum² tersebut yang kebetulan ramai ada kat area Dynasty tu. Jalan yang memang hari² jem jadi bertambah jem la gamaknya. Nak u-turn depan Dynasty tu pun sampai ambik masa dekat 20 minit. Benci!! Sesampainya dalam hotel, memang bersepah² kaum itu. Nak parking kereta pun payah. Penuh semedang (sesaje). Naik lif pun, penuh sesak dengan "mereka²" jugak. Haisy, cam nak pengsan aku rasa dalam lif tu.

Sesampainya kat Aseanna Cafe (tempat buffet ramadhan diadakan), kami disambut oleh encik 'menejer' F&B-nya coffee house, Abang Eddie dan jugak staff² yang lain. Owh, lupe bagitau. Bie memang dah kenal dengan mereka semua sebab penah buat system untuk Dynasty masa keje tempat lama dulu. Jadi, boleh la dapat special rate dan special punya layanan kan, hehe. Lepas tengok meja kat mana, terus solat asar dulu. Selesai semua, duduk la tercanguk menunggu waktu berbuka. Takleh buat apa la kan, kalau berbuka kat luar memang macam tu la. Kalau kat umah boleh jugak melayan sinetron ke apa. 5 Minit sebelum berbuka, kami berdua mula ambik juadah² yang terasa berkenan di tekak. And guess what, we are among the first yang mulakan sebelum yang lain² follow. Ciss, perut kebulur sangat dah tu!!

Dapat je apa yang nak disentap, terus kami menyantap sebaik je azan berkumandang. Owh, ini ada tips yang aku belajar dari seorang teman kalau nak manfaatkan ruang perut masa berbuka buffet. Make sure sebelum menjamah apa², minum 2-3 teguk air suam (bukan sejuk ye). Tujuannya untuk pastikan angin dalam perut yang kosong tu dapat dikeluarkan. Dengan cara apa? Depends la, sendawa ke *tut* ke. Lepas tu tunggu la dalam 2-3 minit. Baru la mula makan, but make sure jugak jangan terus menyental yang berat². It's better kalau mulakan dengan kuih muih dulu. Macam kami malam tu, lepas makan kuih muih, terus pegi solat dulu. Lepas tu baru la makan macam lupa diri kan, hahaha!! Buffet kan mahal, jadi kena la makan sampai rasa berbaloi² dengan duit yang nak diterbangkan.


Yummi..!!


Dessert a.k.a sekerim layan diri.. Superlicious!!


Sukanya la dua orang budak kecik ini..!! :D

Lepak kat situ sampai la pukul 9 malam. Kalau boleh nak lepak sampai cafe tutup :P. Tapi sebab mata pun dah berat, perut pun dah penuh. Jadi baiklah kami berangkat pulang je.

Dan bermula dari detik tu sampai la ke hari ni, aku dah mula malas nak masak untuk berbuka. Mana taknya, Sabtunya kami sambung berbuka kat rumah Pak Busu aku kat Kajang. Ahadnya pulak berbuka kat umah mak. Isnin konon²nya nak berbuka ramai² dengan ex-classmate tapi kesudahannya aku berdua je berbuka dengan bie kat Pizza Hut. Selasa pulak menggunakan alasan nak ambik baju raya yang dah siap kat rumah mummy, jadi berbuka la kat rumah mummy. Semalam lagi hebat la, berbuka kat rumah, tapi lauk yang ada semua reheat je. Hari ni? Awal² aku dah plan nak pegi bazaar ramadhan TTDI. Esok, sah² lepas balik keje terus gerak balik Jerantut. Berbuka dalam kereta je. So, complete la seminggu aku tak masak langsung untuk berbuka. Hehehe, kemalasan di hujung ramadhan kan. Gitu la gamaknya. Apa nak jadi ko ni Izma????


Macam monyok je muka tuan tanah ni.. kenapakah?? :P

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Thursday, September 10, 2009

Bazaar Ramadhan Feveretku 2009

Sepanjang bulan puasa ni, tak banyak bazaar ramadhan yang aku pegi. So far kalau dikira² ada la 5 tempat yang berbeza. Kat pekan Semenyih, TTDI, Kg Sg Penchala, Kg Batu (a.k.a kem Ampat Tin) dan Flat PPR Kg Batu (kat depan rumah aku yang bakal siap tahun depan, hehe). Tapi setakat ni, yang paling kerap aku kunjungi ialah bazaar ramadhan Kg Sg Penchala. Sebab tempatnya dekat ngan rumah aku dan tak sepadat TTDI. Sekali je aku pernah singgah bazaar ramadhan TTDI tu. Tapi end up kepala aku berpusing dan mata aku berpinar sebab terlalu ramai umat manusia berpusu² nak membeli. Sampaikan ada gerai yang aku tak boleh tengok pun apa yang dijualnya.

Boleh dikatakan dalam seminggu 2-3 harii mesti aku ada singgah situ walau sekadar untuk beli murtabak dan popia basah. Yerp, aku memang penagih popia basah dan murtabak tegar, tak kira bulan puasa ataupun tak. Kalau pegi pasar malam pun, 2 benda tu la yang wajib aku cari dulu. Lain² kalau tak jumpa pun, tak kempunan mana la gamaknya. Jadi disebabkan kriteria² di atas, maka tahun ini bazaar ramadhan Kg Sg Penchala menjadi pilihan feveret aku tahun ni. Antara yang aku rasa menarik kat sini ialah salah satu gerai murtabak. Tak pernah lagi setakat semalam aku tengok orang yang beratur kat situ kurang dari 3 orang. Memang hari² berderet manusia yang beratur sanggup menanti walaupun hari hujan. Rahsianya? Pada pendapat aku mungkin intinya yang tak sama macam yang orang lain jual. Pakcik ni memang betul² ikhlas meniaga pada aku. Kalau daging, memang terasa dagingnya. Kalau ayam, memang boleh nampak isi ayamnya. Kentangnya pun dimasak macam inti karipap sebelum dicampurkan ayam/daging dan telur. Sorry to say, selalunya org lain punya murtabak, lebih telur je. Which is bagi aku terlalu common kat mana² pun. Tapi aku puas hati dengan harga RM2.50 yang di bayar pada abang tu walapun ada murtabak lain yang harganya RM2 aje kat situ.


Tengok jela telur yang berkotak² itu..


Murtabaknya pun gemuks²..

Satu lagi feveret aku kat situ ialah popia basah. Kalau kat Semenyih/Kajang ada popia S. Ali yang sangat femes. Tapi aku rasa kalau die meniaga kat situ mungkin takkan setanding popia basah akak ni. Why i'm saying like that? Aku agak frust dengan popia S. Ali tu sebab hari pertama puasa, aku ada beli popia basah dan popia goreng kat die. But apa yang mengecewakan, rasanya dah tak seperti dulu. Mungkin popularitinya membuatkan quality rasanya menurun. Rasa popia basah akak ni memang lain dari yang lain. Kalau kebiasaan orang guna carrot, sengkuang dan timun. Akak ni pulak ada lain sikit. Sayur yang die guna ialah tauge segar (terasa kesegarannya every bite tau), timun dan sengkuang (sengkuang ni dimasak ye, bukan mentah). Setakat ni aku tak pernah missed beli popia basah akak ni. Sosnya pun tak pedas sangat, tak manis sangat, just nice. Walaupun ada peniaga lain yang jual popia basah lebih murah dari akak ni, tapi orang tetap sanggup beratur menunggu popia basahnya. Kenapa agaknya ek?


Deretan popia basah yang baru nak digulung..

Rasa dengan lidah, nilai dengan akal dan buat la pilihan tepat. Renung² kan dan selamat makan.. Hehehe..

Till my next post.. Bye bye bye..




-END-
Related Posts with Thumbnails