Thursday, March 15, 2012

It's the day I say I do

Ding dong..

Alhamdulillah, syukur.. syukur.. syukur...
Hari ni genap 9 tahun aku jadi kekasih hati si dia - 150303
Genap 3 tahun jadi pasangan hidup sah si dia - 150309
Macam² dah dilalui bersama

Adakala susah, adakala duka
Adakala senang, adakala gembira
Namun yang pasti, semua tu berjaya kita tempuh

At least, setakat hari ni la kan..
Insya Allah, sampai² akhir hayat pun

Yang pasti, tahun ni tahun yang paling bermakna
Tahun ketiga, dan akhirnya kita bakal hidup bertiga
Tambah seri rasanya bila bertambah ahli, kan..

Doa aku,
Moga semuanya bertambah harmoni
Moga semuanya akan tambah ceria
Moga segala yang dirancang dimakbulkan tuhan

Sayang,
You're my heart, you're my soul
Sampai bila² pun, Insya Allah..

HAPPY 3RD ANNIVERSARY DEAR HUBBY

Nota kaki lapan: Terukir di bintang, tak mungkin hilang, cinta ku padamu....

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Thursday, March 01, 2012

Ayers Rock at my 37th weeks

Ding dong..

Ini ialah entry yang terpaksa-rela kena update jugak. Kalau tak update, nanti ada la yang manjang nak perli² aku, "amik gambar sana sini, update blognya tak pun. Dok lagu tu je entry tak bergerak²". Hahaha, baiklah encik asben. Inilah updatenya. Ikutkan nak update semalam, tapi mata ngantuk sangat sampai dah tertido² depan tv. Memang tak kuasa la aku nak ngadap laptop lagi. Tido je lagi afdal kot.

Semalam balik keje agak lewat sket. Kebetulan pulak hujan lebat selebat² alamnya turun. Dek kerana kete ada kat aku, jadi aku kena pi jemput bie kat opis dia la. On the way ke opis dia, memang dah membayangkan nak dinner terus sebab perut memang dah nyanyi² lagu riang. Hujan ni buat perut aku yang berisi ni cepat benar laparnya. Budak tecit dalam perut ni pun tak reti dok diam kalau aku dah start rasa lapar tu. Harus la pikir cepat² apa nak makan.

Dalam pada drive sorang dalam hujan tu, tiba² teringat bie penah citer dia nak try satu steak house kat area opis dia. Aku ni walaupun bukan pemakan daging sangat, tapi kalau nak cuba benda best, memang laju je. So, sesudah menjemput tuan besar itu, terus tanya dia nak ke tak makan kat steak house yang dia cakap tu. Apa ke nama masa tu aku memang tak ingat langsung la. Disebabkan semalam adalah hari gaji sedunia, bie pun laju je jawab ok. Hamboi, takde pikir² langsung kan.

Ayers Rock (Butcher & Grill). Itu la nama kedainya. Kedainya senang je nak cari, betul² kat belakang maybank Wangsa Link. Kalau tak tau Wangsa Link tu kat mana, cari la Wangsa Walk Mall, mesti jumpa sebab dia sebelah² je pun. Takpun carik Carefour Wangsa Maju, betul² berdepan dengan Carefour tu je tempatnya.

Memang dekat sangat pun kedainya dengan opis bie, tak sampai 5 minit. Jalan kaki pun boleh, rajin dengan tak jela. Yang pasti memang tak rajin pun. Hahaha. Masuk² je, ada la baper kerat manusia je dalam tu. Suspen dah aku bila tengok orang tak ramai ni. Dalam hati dok pikir, sama ada makanan tak sedap, atau harga dia melampau cekik darah.

Ternyata, sebab kedua tu aku rasa paling tepat kot. Sekali bukak menu dia, telan air liur 200 kali. Tapi bie cakap, memang gitu la gaya harganya kalau tempat tu serve 100% daging import. Siap dia ada jual daging mentah sekali kalau nak beli. Terpisat² jugak la tengok menu sebab tak tau apa nak order. Aku ni bukan reti nak order daging lembu ikut bahagian² ni. Aku tau makan daging je, bahagian mana aku tak penah kenal. Kalau kaki, kepala, ekor, rusuk takpun organ dalaman tu. Aku kenal la jugak. Tapi bila dia tulis sirloin, tenderloin, ribeye kejadah apa semua tu. Memang mokcik ni failed ler..

Jadi penyudahnya, aku order beef burger je. Senang, takyah nak pikir bahagian mana dia bagi. Memang sah² aku dapat daging yang aku boleh makan nanti kan. Bie plak order ribeye-apa-benda-tah. Sementara menunggu order sampai, siap buat perjanjian. Kalau rasa dia tak sedap, jangan harap la nak jejak lagi. Buat ngabis kan duit je nanti.


Overall lepas makan tu, oklah rasa dia. Dah nama pun daging import Aussie, kalau tak sedap harus la potong tangan tukang masak tu kan. Daging dia pun memang lembut je, takde terselit² celah gigi. Aku tak pasti untuk sos dia ada pilihan ke tak. Tapi semalam masa order, waiter tu takde pulak tanya kitorang nak pilih sos apa. Tau² je sampai memang dia dah letak cream sauce yang macam cream mushroom soup tu. Ikut tekak aku yang tak cerewet ni, ok je la. Padan la jugak rasanya daging makan cicah² dengan cream sauce tu.

Gambar emvironment dalam kedai takde. Sebab aku malas nak snap sana sini skang ni. Tak tau la kenapa, tapi memang sejak dua menjak ni memang malas sangat nak ambik gambar. Gambar sendiri sepanjang preggy ni pun ada baper keping je. Usung jela kamera tu ke hulu ke hilir, tapi tak berguna pun. Gambar di atas tu pun snap guna henpon je.

Definitely will come again next time. Tapi next time tu bukan dalam masa terdekat ni la. Aku bukan boleh makan daging selalu sangat, muak. Tambah dengan harga dia yang agak tercekik la kalau nak membayarnya. Range harga untuk steak dalam RM40 - RM300, ikutla saiz hidangan yang dipilih. Burger aku tu murah la sket, sebab pakai minced beef kot. Tapi yang pasti, tetap sedap je aku rasa. But satu la failed, varierty kurang la. Lagi² untuk beverages, sangat limited. Memang dia nak suruh ko datang makan daging je, air takyah nak fancy² sangat. Hahahaha.

But anyhow, dalam top list aku & bie, tetap Pannaz jugak yang paling best!

***Quick Pregnancy Update***

Alang² dah mengupdate entry ni, citer la pasal pregnancy jugak. Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu ke 37. Dah masuk fasa matang, boleh nak bersalin anytime. Hehehe. Tapi takmo la anytime sangat, kalau boleh biar la ikut timing yang doktor dah bagi.

By the way, kepada readers yang follow blog saya (bajet macam ramai je kan), insya Allah dalam 2 minggu lagi maka sampai la masanya untuk aku bersalin. Doktor dah bagi tarikh yang dia rasakan sesuai untuk aku bersalin iaitu 12hb March 2012, Isnin. Maka, bila sampai tarikh tu, takyah tunggu² sakit terus masuk wad. Doktor dah plan untuk induce, sebab aku ada GDM case (diabetis). Jadi doktor takmo tunggu sampai cukup 40 minggu. Jumaat,9hb nanti ada last appointment dengan doktor, then doktor akan decide dari check up tu untuk proceed terus atau tunggu. Most probably akan proceed terus la. Silap² haribulan, on the same day dia dah nak aku admit terus.

Tapi kan, ada jugak gedik² rasa macam nak mintak induce hari Khamis, 15hb March tu. Boleh sambut birthday si tecit ni dengan anniversary abah-ibu dia sama². Tu pun kalau doktor bagi la, kalau tak, aku follow je. Hehehe.


Latest me
Pic taken on 25th Feb 2012, Saturday..


Jadi, harapan aku cuma satu la. Moga segalanya dipermudahkan Allah s.w.t hendaknya. Hanya pada DIA aku berserah segala²nya. Bila dah tau tarikh macam ni, rasa debar tu lagi hebat sebenarnya. Tapi at least aku dah berada dalam keadaan bersedia. Takde la rasa surprise sangat tertunggu² kan. Macam mana pun, tetap la berjaga² jugak. In case si tecit ni tak sabar² nak keluar. Sebelum sampai tarikh doktor bagi, dia dah nak keluar sangat ke kan. Kena la get ready sentiasa.

Nota kaki lapan: Tak sabor!

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Thursday, February 23, 2012

Quickie

Ding dong..

Wah, lama berkepam ko kan blog. Nasib la, dapat blogger yang pemalas cam aku ni. Ini la nasib ko wahai encik blog. Bukan takmo update, banyak benda nak tulis. Gambar ambik sana sini, tapi sudahnya dok diam dalam tu jela takde berusik. Entah la, fokus skang ni lebih ke arah yang lain. Kalau ada masa kat rumah tu, aku lagi suka lepak je rehat². Sori la ye encik blog, terabai ko untuk sekian lama.

Owh, I'm 36 weeks preggy sudah. Pejam celik, dah nak sampai masa. Berdebar? Mestilah, dah namanya pun first time. Tak tau apa nak expect. Just berserah & doa banyak² pada Allah mudah²an semuanya smooth hendaknya. Hari² usap perut mintak baby sabar, jangan keluar awal sangat. Biarlah ikut timing yang doktor bagi. Atau paling tak pun biarlah keluar nanti tu bukan pre-mature. Kesian nanti baby kena duduk dalam incubator tu lama² nak kena matangkan paru-paru apa semua tu. Seminggu je lagi sayang nak masuk mature phase tu. Tak lama dah.

Minggu ni pun baby's behavior agak pelik la. Aktif semacam je gayanya. Kalau sekali gerak tu, dah macam guling². Sampai perut pun berombak semacam. Yang peliknya, bila abah dia pegang perut, terus dia senyap takmo gerak. Pandai kan, belum keluar lagi dah takut kat abah dia. Hahaha. Tapi dengan ibu dia, usap² suruh dia dok diam pun dia takmo dengar kadang².

Erm, memandangkan dah masuk minggu² terakhir ni. So, kena make sure semua benda dalam keadaan ready-to-go. Beg baju memang dah letak siap² dalam kete. Lengkap ke tak tu, aku tak sure la. Tapi rasanya benda² asas, cukup la kot. Bukan nak berkampung pun kat hospital tu nanti. Kot kalau nasib tak baik kena stay lama, insya-Allah boleh topup barang kemudian. Bukan jauh sangat. Yang paling penting skang ni, mana pegi pun akan aku usung buku check up tu. Giler kentang punya penting tu kot.

Bie skang pun dah tak dibenarkan outstation mana². Kalau meeting within KL area, takpe. Tapi kalau kena pegi jauh² tu, aku memang taknak bagi dah. Pepandai la dia nak manage ngan opis dia kan. Tapi aku tak risau sangat pasal tu, aku tau dia pandai la nak handle timing dia.

Fokus utama skang ni, sediakan diri untuk detik penting tu nanti. Selagi ada ruang masa nak belajar apa yang patut, aku belajar. Well, nak pegi antenatal class masa awal² dulu, asik tak sempat. So, cara yang ada skang hanyalah thru pembacaan. Kira skang ni kena la rajin baca apa yang patut. Sambil pektis sendiri².

Doakan yang terbaik jela ye. Semoga segalanya berjalan lancar dan diredhai hendaknya. Ini umpama perjuangan jugak sebenarnya. Perjuangan melahirkan 1 nyawa dari 1 nyawa yang lain. Mudah² perjuangan tu diberkati dan dipermudahkan jalannya. Amin..

Nota kaki lapan: Kena la control sket perasaan takut tu. I can do it!

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Monday, January 30, 2012

Hari ini ada rasa tak sihat sikit. Sana sini rasa sakit..

Ding dong..

Kepala sakit, perut sakit, tangan sakit, kaki sakit. Adei la, apsal la semua nak rasa sakit hari ni ek. Sabar jela wahai hati. Kepala ni dah lebih seminggu asyik berdenyut je. Tapi sebab dia tak constantly berdenyut, jadi aku malas la nak pegi klinik. dalam sehari tu ikut suka hati mak tijah dia je nak berdenyut bila² pun. Nak telan ubat aku tak berani la pulak. Tahan jela gamaknya ni. Ikutkan hati, nak je sambung tido terus sampai ke petang. Pak akal la sedar diri skang ni kat opis, kalau kat rumah memang confirm aku dah peluk bantal siap sarung selimut.

Tangan & kaki pun dah mula rasa sakit. Ni mungkin pembawakkan peknen je. Jejari aku yang dulunya 'runcing' skang dah gemuk². Yang tak tahannya, tiap pagi dia akan bengkak dengan jayanya la kan. Sampai nak menggenggam pun rasa tak mampu. Dan skang jugak aku dah tak boleh bukak tutup botol mineral terutamanya yang baru beli. Sebab nak pulas penutup tu terasa amatlah seksa. Nasib baik ada Bie tolong bukakkan. Kalau tak, aku bukak pakai gigi jela kot. Eh, ni bukan merungut tau, nak cerita je. Merajuk pulak baby dalam perut nanti kalau dengar ibu dia merungut camni. Takpe sayang, ibu rela lalui semua ni demi kamu!

Skang dah masuk fasa² akhir peknen. Makanya, rasa ngilu² kat perut tu agak kerap la jugak. Kadang² dari duduk tu nak bangun agak seksa jugak la. Sebab senak semacam je rasanya. Tu belum lagi tengah² jalan tiba² baby mengeras, rasa nak meletup pundi kencing kalau baby himpit ke bawah. Nasib baik la setakat ni tak penah lagi terkucil tengah jalan. Tapi bila batuk & bersin, kadang² memang takleh nak control. Huhuhu. Selalu sangat dah jadi dari awal² dulu pun.

Baby punya gerak pun skang ni lain macam feeling dia. Dulu setakat rasa tendang kuat sekali sekala. Skang ni tiba² je boleh rasa perut berombak² macam dia tengah joget samba dalam tu. Eceh, belum keluar dah tunjuk perangai nampak. Hahaha. Ada masanya, tengah baik punya landing, tiba² dia takmo duduk diam dalam tu. Tak sabar nak keluar ke ha? Jangan la keluar awal² sangat ek, ibu tak puas lagi bawak perut ni ke hulu ke hilir (tipu! sebenarnya dah penat jugak la, hahaha). Mudah-nudahan baby akan terus aktif dan sihat sampai la keluar nanti ek.

Minggu ni masuk 33 minggu dah. Alhamdulillah, so far barang baby pun dah almost complete. Setakat keperluan asas la kiranya. Kalau ada tak cukup pun, insya-Allah nanti boleh tambah kemudian. Utamakan yang penting² dulu. Tapi masalahnya skang ni, keperluan mak dia masa pantang tak cukup² lagi ni. Tak tau bila nak cukupkan, asyik bertangguh manjang. Kang ada la pulak orang pantang tak berbengkung agaknya. Hahaha, takpela. Akan cuba completekan sebelum hujung Febuari ni.

Fokus selepas ni nak kemas semua barang² baby tu. Mana yang nak kena basuh apa semua. Dah mula buat pelan² sejak awal lagi. Tapi ada lagi baaaanyak nak kena settlekan. Start malam ni nak basuh lagi kalau boleh by end of this week semua dah settle. Pastu nak mintak Bie pasangkan cepat² drawer untuk dia yang beli kat Ikea hari tu, mau susun semua benda elok² dalam tu. Takde la bersepah sana sini macam skang. Kang bila tiba² nak pakai, dah kelam kabut nak cari. Aku pun pening sebenanya tengok barang dia terlonggok sana sini. Tak letak setempat. Serabut perut rasanya.

Tengoklah weekend ni. Cuti panjang, banyak sket masa nak menservice bilik baby tu..

Nota kaki lapan: Niat hati nak cat bilik, tapi tah bila² nak start buat pun tak tau la..

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah..

Ding dong..

Sampai je opis pagi² tadi, terus laju² check akaun bank..
Alhamdulillah, rezeki untuk si tecik nanti agaknya..
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah..
Memang sejak adanya si tecik dalam rahim aku ni, rezeki datang tak henti²..
Bersyukur sangat.. :)

Kepada the top management of my company..
Terima kasih atas suntikan vitamin 'B' tersebut..
Insya Allah saya akan bekerja dengan lebih gigih, kot..... :P

Tak sabar nak tengok senyuman ni secara live..

Nota kaki lapan: Bersyukur seadanya.. :)

Till my next post.. Bye bye bye..


-END-
Related Posts with Thumbnails