Saturday, August 07, 2021

Hello 2021.. (yang dah ke penghujung)

Assalamualaikum w.b.t 


Dah bulan Ogos wei. Buat yang sesat masuk ke dalam ni, anda semua apa khabar? Puas kita berkurung tahun ni dalam rumah tak keluar² kan. Aku coret sikit kat sini untuk kenangan di masa akan datang. Semoga selepas 20 tahun lagi kalau² aku terjumpa balik posting ni, aku tak lupa betapa seksanya hidup di zaman gelap covid19.

Doakan semoga aku kembali rajin blogging di zaman orang dah tak pandang blog² ni semua. Bila baca balik blog post lama², rasa macam eh, bestnya dulu² boleh celoteh sorang² tanpa risau kena kecam atau ada yang terasa hati tiba² lepas tu terus unfriend kau tanpa sebab. Lagipun bila umur dah menuju ke 4 series ni, kalau kurang menulis macam tepu lama². At least bila menulis dapat keluarkan isi² otak yang lama terpengap.

Lagi satu, rasanya sekarang ni bila nak cari petua ke, review tempat makan ke (yang ikhlas), nak cari review tempat jalan² ke, atau nak baca citer² santai macam susah. Kat FB, IG tu penuh iklan je kalau bab review² ni. Nak cari yang genuine tu susah (bukan takde langsung la, ada tapi susah). Kalau search kat google kang, keluar mesti posting zaman tok kaduk, zaman aku masih berdua. Sekarang aku ni anak pun dah tiga. Padan muka aku, aku pun antara penyumbang jugak kepada kurangnya posting² kat blog kan.

Aih, aku rasa macam nak tulis satu perenggan je tadi, dah panjang jugak melalut sudahnya. Nampak sangat jiwa menulis masih menebal lagi kan. Doakanlah semoga selalu datang ilham nak menulis ok. Busuk² pun mungkin boleh share resepi ke kan. Memandangkan sekarang ni pun bukan boleh pegi berjalan² waima nak makan luar pun tak boleh. OKlah, see u when i see u..

Ciao

Wasalam..
Izma A.W

Friday, April 20, 2018

K Fry Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum w.b.t Wasalam..

Memandangkan tengahari semalam haiwan terakhir yang ada dalam peti ais sudah pun habis, maka plannya nak makan kat luar jela sambil pegi topup barang basah. Mula2 sebut KFry kat incek abah, tapi dia kata nak Nandos sebab kami ada voucher nak kena guna sebelum end of this month. Aku say ok jela, janji makan kat luar. Ajak tomyam pun iols on je.

Maka sebelah petangnya aku join anak2 tido petang. Adat seorang surirumahtangga sepenuh masa macam tu la. Tidokan anak, dengan maknya jalan sekali. Siap bersambung2 mengalahkan anak2. Hahahaha. Alih2, incek abah datang kejut sambil bisik, "KFry jom". Aku terus macam blur, mimpi ke apa ni...

Kami ni kalau dah terjebak, memang payah nak move on. Lagi2 kalau benda tu terasa sesuai sangat dengan tekak ni kan. Nak kata melayu sangat pun tak, nak kata mat salleh sangat pun tak jugak. Kira tengah2 la ni. Hehehe.

Al-kisahnya, semalam masuk kali ke tiga dalam bulan ni makan KFry ni. Setiap kali datang pun order benda yang sama je. Punya kuat kuasa mandrem diorang ni buat kami laki bini angau teringat2 agaknya. Padahal plan awal sebelum tu nak makan benda lain tu kan. Begitu pantas hatimu berubah orang kata.

Disebabkan incek abah semalam keje from home, maka dapatlah kami gerak keluar awal sikit. Elok je incek abah suruh bersiap, dengan pantasnya semua bersiap2.

Ioi City Mall ni, kalau pegi time weekend manusia penuh macam ulat ta**k. Sebab tu seboleh2nya kami akan elak pegi weekend. Kalau dah sangap sangat dok rumah, lagi sanggup pegi cari tempat lain dulu. Kira ni kalau boleh choice terakhir.

Sampai semalam terus dengan pantas naik atas sebab nak kejarkan line up beratur. Mujur sangat, sampai2 tengok line beratur tu ada la dalam 4-5 family je. Takde la serabut nak tunggu lama2 beratur panjang2.

Ok, lets layan gambar2..


Terus dapat masuk dalam tali2 ni beratur. Biasanya sampai2 je line dah sampai kedai sebelah. Nangeh nak beratur. By the way, kalau datang dengan rakyat yang ramai macam aku ni kadang2 lambat sikit dapat table sebab nak bagi table yang sesuai dengan ruang yang lapang. Sebab aku dengan nak letak stroller la, baby chair la. Jadi kena la memahami sikit kalau dia bagi table dulu kat orang belakang.

Siap semalam ada 1 group warga emas sampai2 terus dia bagi masuk, tapi diorang bagitau la kat orang2 depan ni diorang nak bagi keuatamaan kat warga emas. Ok next time, kami bawak mak ayah kami suruh diorang beratur. Hahahahaha... :-P

Nah, bawah ni barisan menu2 yang ada. Tapi ada 3 page yang belakang tak transfer masuk lappy dan aku kemalasan nak buat lagi sekali. Ampunlah ye. Hope this help.










Kami punya order yang tak pernah berubah since 1st time datang. Setia betul kan. Yang ye sebenarnya tak reti nak makan apa sangat pun. Sebab kami duorang bukan biasa makan makanan Korea ni. Nak order tah apa2 kang takut tak kena tekak. Ayam goreng jela senang, konfem makan sampai abis.

 Kepak ayam goreng tak pedas untuk bebudak.
Tapi mak bapak budak pun tumpang sekaki. 
Siap tapau tak abis sambung makan kat rumah pulak.

Yang paling happy bila abah ajak pegi KFry

 Kakak ni tengah gaulkan nasi & buatkan bebola.
Sedap namati la nasi bola ni, rasa macam makan sushi.
Must try!

 Dah jadi bola!
Tengok tu, tuan dia tak sabar2 nak mencapai.

 Half chicken pedas namati. 
For abah & ibu. 
Serius pedas, pijar2 bibir lidah semua.
1st time order dulu takut sangat tak abis.
Sekali masuk kali ketiga dah ni, tak pernah tak abis.. :-p

2 orang kenit yang paling happy dapat keluar pakai baju baru.

Footnote: Doakan semoga hakak istioqamah kembali menulis dan mereview ye.

Wednesday, April 18, 2018

I'm back!

Assalamualaikum w.b.t Wasalam..

Terasa janggal sangat nak mula menaip kat blog balik. Maklumlah, dah tak mainstream orang kata. Semua orang sekarang lebih fokus update aktiviti masing2 kat medium media sosial yang lain. FB, tweeter, instagram dan tah apa benda lagi agaknya aku pun tak tau. Mana la orang rajin sangat nak mengadap blog menulis panjang2 sekarang ni kan. Huhu, tak cakap orang lain, cakap diri sendiri tu.

Tapi, aku rasa sebenarnya tak puas kalau tak dapat update kat blog. Sebab kat sini, lagi senang nak rujuk balik di masa hadapan. Macam sekarang ni, bila terasa nak carik info susah sikit nak dapat info2 terkini bila google. Balik2 keluar posting tahun 2010, 2011, 2012. Orang dah kurang sharing maklumat kat blog. Tu yang kadang2 bila berjalan, terasa nak cari tempat makan yang best pun susah. Kalau kat FB, orang dok viral bermusim. Kalau musim kedai A, asik naik citer kedai A je. Tak best.

Lepas tu, kalau ada apa2 memori nak cerita untuk baca balik masa akan datang, kat blog jugak seronok nak merepek sorang2. Takyah risau orang nak kecam ke, nak kutuk ke apa. Sebab aku sorang je baca sambil ketawa syok sendiri. Kalau kat FB kang bila over sangat cerita, kena cop riak pulak. Sharing kegembiraan pun kena kecam, I is dong andestan kekadang. Baik lagi kat blog je.

Oklah, till next entry..

Sunday, November 23, 2014

Berubah ke arah yang baru

Assalamualaikum w.b.t

Melihat balik entry teratas, haih dah sebulan lebih rupanya tak menulis. Patutlah rasa macam sarat dada je selama ni. Cerita banyak, tapi jejari kemalasan nak menaip. Takde ke application yang boleh updatekan entry blog dengan cara aku-cakap-kau-publish? Kesibukkan sikit sekarang ni. Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun bermastautin kat rumah. Hari2 bangun ikut suka, ikut timing anak bangun baru bangkit dan sesedap rasa nak berbaring2 landing ngadap tv sepanjang hari. Akhirnya aku pilih untuk keluar dari comfort zone yang aku sendiri cipta. Berhijrah.

Aku rasa macam satu big step jugak bila aku buat keputusan ni dulu. Sebab untuk keluar dari keadaan yang aku dah rasa selesa selama ni, macam2 alasan yang hadir dalam kepala. Alasan2 yang aku sendiri cipta untuk aku kata TIDAK pada keputusan yang aku cuba buat. Tapi, syukur alhamdulillah. Aku ada roommate yang sangat supportive. Walau dia tak banyak mencurah idea, tapi sekurang2nya dialah yang banyak mencerahkan otak aku bila aku rasa stuck nak buat decision.

Awal bulan November baru2 ni, dengan rasminya aku dah upgrade jawatan aku dari sekadar surirumahtangga sepenuh masa yang dapat elaun sara hidup dari suami dan dicampur sedikit imbuhan daripada perniagaan Qaseh Gold. Kepada surirumahtangga separuh masa yang bergaji sendiri. Aku sekarang adalah salah seorang dari ribuan yang menyertai Coway sebagai Health Planner full-time! Kerja biasa2 je, jual penapis air & penapis udara.


Bukan kerja 9 to 5 pun. So far aku still ada masa untuk uruskan rumah macam biasa. Cuma komitmen yang aku tak boleh elak ialah meeting setiap pagi Isnin, Rabu & Jumaat. Sejam je pun meetingnya. Lepas habis meeting, fleksibel. Takde appointment, aku balik terus. Kalau ada appointment, boleh straight away ke tempat yang nak dituju. The best part is, aku yang tentukan workload aku sekarang. Nak income banyak, buat keje lebih. Kalau keje sikit, income pun ciput la braderrrr.

Tapi dalam pada sibuk berkerja sekarang, Hanan masih dalam jagaan aku sepenuhnya. Just baru2 ni aku baru mula bagi dia duduk rumah pengasuh sekali sekala. Untuk persediaan dia ke taska tahun depan, insya Allah. Walaupun kerja aku sekarang boleh dikatakan fleksibel. Takde masalah pun kalau aku nak terus jaga Hanan sendiri. Tapi aku kena mula fikirkan kebajikan dia. Ibu dia sekarang dah terjun ke bidang sales. So, bila buat sales nak taknak aku memang ada komitmen untuk jumpa client.

Untuk pastikan Hanan dapat life sebagai seorang toddler yang ceria dan gembira, aku kena makesure dia dapat bergaul dan bermain dengan kawan2 sebaya dia. Memang setakat ni aku nampak happy je dapat usung dia ke hulu ke hilir. Tapi deep down in my heart, aku kesian tengok dia. Sebab aku tau sebenarnya dia penat. Kalau aku yang dah dewasa ni pun penat, inikan pulak dia yang kecik lagi. So, keputusan yang baik perlu dibuat. Aku putuskan, tahun depan January 2015 bermulalah kehidupan baru Hanan bersama kawan2 kat taska. Insya Allah, aku cuba sediakan yang terbaik untuk dia, my sweet little pumpkin yang makin bijak.. :)

Setakat entry ini ditulis, aku dah mampu buat sales yang incomenya melebihi berkali ganda gaji aku dulu yang bekerja 8am - 7pm campur hari Sabtu dan kadang2 hari Ahad pun keje. Alhamdullillah.. Mungkin berkat doa daripada anak dara aku yang aku usung ke sana ke mari tu. Dan restu yang tak pernah putus daripada roommate aku yang tersayang. Yang tak pernah jemu jadi penyokong, penasihat, dan segala2nya. Thanks bie. Dia mungkin tak baca pun ni, sebab dia sendiri pun dah lama tak jenguk blog. But I know, satu hari nanti dia akan baca jugak entry ni.

Semoga kami terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dariNYA. Semoga kerja keras aku nak membantu meningkatkan ekonomi family kecil aku ni diredhai Allah hendaknya. Walaupun komisen untuk sales yang aku buat untuk bulan ni akan masuk bulan depan. Aku tetap syukur ya Allah. Tak sangka, lain yang kami rancang, tapi rancangan Allah jugaklah yang lebih hebat. Alhamdulillah, 2014 adalah tahun yang sangat hebat dan indah.

Semoga penghijrahan aku kali ini memberikan kebaikkan untuk ramai orang..

Wasalam..

Friday, October 03, 2014

Minyak bawang putih, penawar selsema dan kahak

Assalamualaikum w.b.t


Anak korang selalu selsema? Kena pulak kalau musim2 hujan kan, konfem ada je hingus meleleh. Kesian tengok budak kecik kalau kena selsema. Yelah, diorang bukan reti nak hembus keluar semua macam kita yang dah tua bangka ni. Dapat pulak kalau yang pakej dengan hidung tersumbat sekali. Tengah2 malam kang tiba2 terjaga si kecik tu sebab tak selesa nak bernafas.

Hanan memang ratu selsema la aku rasa. Dari baby sampai la sekarang, pantang silap sikit terus kena selsema. Mudah sangat. Kalau balik kampung belah Kuala Lipis, konfem kena. Sebab kat sana kalau malam sejuk mengalahkan macam duduk dalam aircond. Siang pulak panas ya rabbi. Tu yang cepat je hingus dia start meleleh. Jadi, sebagai mak yang prihatin, aku memang dah belajar cara2 sediakan ubat natural untuk dia dari dulu. Especially untuk selsema, batuk dan kahak.

Buat yang tak tau, selsema ni kalau dibiar memang akan seterusnya lead kepada batuk, dan akhir sekali kalau terus dibiarkan boleh jadi kahak. Kalau kahak tu pulak dibiarkan, boleh jadi sampai ke tahap bronchitis pulak. Hanan dah kena awal tahun hari tu. Sampai masuk wad segala. Mak serik nyah! Kesian tengok dia kena neb, kena cucuk2, kena paksa2 makan ubat apa semua. Tobat! Tapi masa tu takleh nak elak, sebab memang tengah musim jerebu yang sangat teruk. Ramai jugak budak yang kena.

Seboleh2nya, elakkan la bagi anak biasa dengan ubat2 moden ni. Selagi boleh gunakan cara dan kaedah natural, selagi tu la kena elak ubat-ubatan yang penuh dengan segala macam bahan kimia tu. Tapi kalau keadaan dah mendesak, takpe. Kita tak boleh jugak nak menolak sepanjang masa.

So, let me share cara nak buat minyak bawang putih ni..

Bawang putih 2 - 3 ulas (Jangan buang kulit)
Minyak sesudu (Sebaik2nya minyak zaitun. Tapi kalau takde, minyak apa2 pun boleh la)

Goreng sangai (tanpa minyak) bawang putih tu sampai dah nampak lembik. Lenyek dalam sesudu minyak yang dah diletak dalam bekas. Sapukan kat dada, ubun-ubun, belakang, tapak kaki, betis dan batang hidung (jaga2, jangan sampai terkena mata).

Disebabkan minyak bawang putih ni agak panas, better cuba calit sikit dulu untuk percubaan kali pertama. Takut kulit anak sensitif, tak boleh tahan panas dari bawang putih tu pulak kan. Tak pasal naik ruam ke apa, dah jadi kes lain pulak.

Sebaik2nya amalkan sapu minya ni setiap kali selepas mandi dan tengah malam antara jam 1am - 3am. Sebab waktu baru nak masuk pagi keadaan yang sejuk tu boleh jadi makin menusuk untuk yang tengah selsema tu. So disarankan sapu masa2 macam tu untuk bagi keselesaan masa tido.

Selain minyak, satu lagi cara ialah stokin bawang putih. Caranya ambik bawang putih yang dah disangai tadi tu, ketuk sikit pastu bubuh dalam stokin. Pakaikan sepanjang malam. As usual, kena try test pakai kejap dulu. Takut kulit anak tak tahan sebab bawang putih ni memang bersifat panas. Tak caya cuba pegi dapur ambik bawang putih, tenyeh kat pipi. Then you will know what I mean. Hehehe. Kalau nampak macam kulit tapak kaki si kecik tu jadi kemerah-merahan, better stop. Cukup la setakat sapukan minyak bawang putih tu, pastu pakaikan stokin.

Selain tu, jangan lupa amalkan Qaseh Gold Junior ni sepanjang masa. Insya Allah, boleh meningkatkan daya imun dan ketahanan tubuh anak2 kita. Hanan dah setahun amal Qaseh Gold Junior, alhamdulillah jarang la dihinggap demam so far. Hahaha, sempat aku selit iklan sekali kan.. :) 


Selamat mencuba ibu2 yang prihatin sekalian..

Wasalam..

Monday, September 22, 2014

Gigi bongsu oooo gigi bongsu

Assalamualaikum w.b.t

Dah 4 hari menanggung sakit sebab gusi yang bengkak. Hari Sabtu memang bengkak tu dah masuk tahap kritikal sampai tak boleh nak makan. Mengunyah sambil tahan air mata. Shaket!!!! Memang kalau kira jumlah makanan yang masuk perut tu ada la 5 suap nasi je agaknya. Penyudahnya malam tu aku cuma mampu telan bubur. Iye, telan terus. Tak payah nak kunyah2 la nak tambah derita. Malam tu pun tido tak lena, denyut2 kat bengkak tu efek sampai ke kepala. Demm!

Lepas buat research sendiri kat internet, akhirnya aku putuskan nak pegi klinik pergigian kerajaan jela. Sebab kalau cabut gigi melibatkan geraham ni, kos kat klinik swasta boleh cecah ribu-ribu lemon. Sebab biasanya memang kena ada minor surgeri untuk keluarkan gigi tu. Busuk-busuk kalau pegi klinik gigi swasta ni, kena standby jugak dalam RM300. Kalau klinik gomen, RM50 je maksimum kalau ada surgeri. Kalau takde surgeri, cabut sebatang gigi RM1. 

Rugi je aku cabut kat swasta dulu, RM150 sebatang tauuuuu! Tapi masa tu dah kritikal, hazab sangat sampai dah takleh nak pikir mana nak pegi. Aku ambik option yang paling senang je, pegi klinik gigi belakang opis. Masa tu kat Phileo Damansara, pempaham jela kos hidup kat situ baper. Sewa premis je dah makan 5-6 ribu gamaknya.

Tapi kali ni takleh nak kompromi bab harga tu. Sebab satu aku tak keroje, mengharapkan duit poket daripada encik Bie je, mana boleh. Kena kesian kat dia jugak. "Kan ada duit Qaseh?" Eh, lagi la tak boleh. Itu duit meniaga mau rolling2, mana boleh usik. Jadi aku pilih untuk ke gomen saja la. Tunggu lama sket takpe, janji jimat. Lain la kalau ada tanggungan insurans, laju je aku pegi swasta, zoooshhh! Dah tak ada buat cara tak ada sudah.

So tadi sepagi yang boleh aku dah keluar rumah. Mujur mertua dekat & dua2 dah bersara. Boleh la mintak tolong nak jagakan Hanan sementara aku ke sana. Tapi tak lama pun tadi, klinik gigi tak sesak macam klinik kesihatan biasa. 10 minit je lepas register, terus dah kena panggil masuk jumpa doktor. Tapi tak dapat cabut pun tadi. Sebab kena set appointment dulu.

Ikut apa yang doktor cakap tadi, memang geraham bongsu yang belah kiri ni kena cabut. Sebab dia tumbuh dekat tempat yang terlalu sempit. So dia dah kena bahagian gusi yang lembut, sebab tu bengkak. Ada 2 kemungkinan nak cabut nanti tu. Samada cabut macam biasa, ataupun kena buat pembedahan sket untuk keluarkan gigi tu. Semuanya bergantung pada keadaan nanti.

So, khamis ni tengok la camne. Apa2 hal aku update ler kalau aku larat dan rajin. Doktor kata nak bagi MC 3 hari. Tapi kerja manager rumahtangga ni, cuti ke tak cuti ke, keje sama je kena jalan macam biasa kan. Ye tak? Tapi nanti kita tanya bigboss kot2 dia rajin nak ambik cuti menjaga anak di kala isteri tengah tertonggeng2 tahan sakit. Kot la.. :)

Wasalam..

Wednesday, August 20, 2014

I'm back (buat gaya Arnold Susahnakeja)

Assalamualaikum w.b.t

Lama sangat dah terbiar blog ni. Macam dah tak bertuan je gayanya. Kemalasan tahap maksima sesangat. Kadang2 ada idea nak diluah, tapi kesempatan nak mengadap laptop tu takde. Bila dah mengadap, idea pulak kering. Lama2 jadi malas terus. Tapi rasa rugi pulak tak catit apa yang dilalui kan. Rugi sebab tak dapat nak refresh balik benda2 yang boleh jadi kenangan & panduan. Jadi, hari ni pasang azam la, 1 hari 1 entry. Kalau tak sempat sangat, bubuh jela sekeping gambar jadi la kan. Huhuhu.

Tahap kesibukkan skang sebenarnya takde la melampau sangat. Hanan dah besar, dah tak perlu perhatian 100% macam dulu. Kadang2, aku biar je dia main sorang dengan mainan2 dia dalam bilik tu. Sampai dia puas mengumbah semua sekali, baru dia datang cari ibu dia ni. Kiranya, setakat nak memasak, mengemas rumah apa semua dah jadi lebih smooth la.

Bisnes pun so far so good, alhamdulillah. Sebelum ni cuma konsentret dengan Qaseh Gold. Skang tambah 1 lagi, Coway pulak. Kalau ada sesape yang rumahnya belum ada filter air, atau terasa nak beralih angin kepada Coway, dijemput hello2 diriku ini di talian 0173807379. Aku buat part-time je, tapi insya Allah, kualiti service sebaik full-time agent.  


Aku sendiri pun dah pakai water filter Coway, almost setahun. Pada aku ok la, convenient dan yang penting sekali tak payah pikir pasal filter kotor ke apa. 2 bulan sekali ada technician datang rumah check dan service. Peace of mind, insya Allah air minuman kami bersih selalu. Next target nak pasang water filter untuk satu rumah, supaya air untuk basuh baju, mandi dan masak memasak pun terhindar dari karat dan kotoran.

Qaseh Gold pun jalan seiring jugak. Bulan ni cukuplah setahun aku jadi pengguna setia Qaseh Gold. Sebab puas hati, maka aku upgrade diri jadi RakanNiaga (Rania). Sambil dapat manfaat, sebarkan jugak untuk orang lain. Kot kalau dia tak beli dari aku, mungkin dia beli dengan orang lain yang dia kenal ke kan. Tapi, at least aku jalankan tanggungjawab aku menyebarkan kebaikan makanan sunnah. Rezeki di tangan Allah, aku berserah pada DIA. Tak pernah pun aku rasa nak compete dengan online seller yang lain, setiap orang dah ada bahagian masing-masing. 

 

Yang penting, aku nak semua dalam friendlist FB aku tau aku ada jual Qaseh Gold, dan diorang tau kebaikan Qaseh tu macam mana. Dapat membantu serba sikit masalah orang lain pun dapat pahala jugak kan. Tapi kalau beli dari aku, syukur alhamdulillah. Kita kongsi nikmat sama2. Dia dapat khasiat, aku pun dapat income. Win-win.

FYI, aku baru mula proses detox untuk diri sendiri hari ni. Terasa badan dah penuh dengan macam2 benda dah. Lagi menambahkan kerisauan, aku dah lama tak exercise ni. Kesuntukkan masa satu, kesakitan lutut pun satu hal jugak. Dah cuba buat freeletic exercise, sebab itu yang aku nampak mudah nak buat dalam rumah. Tapi lutut jadi makin sakit pulak lepas 2-3 kali buat. Terus stop. Tah bila nak datang keberanian pegi sepital pun tak tau la. Dengar operet je, aku terus rasa nak pitam. Setahun setengah dah lutut kanan ni sakit and bertambah sakit day by day. 

Air bercampur Qaseh Sole
+
Infused Water 
 Untuk mendetox segala isi dalam badan ni

Doakan aku kuat semangat ye, aku nak sihat macam dulu. Boleh kayuh basikal, boleh jogging, boleh turun naik tangga macam orang normal. Janji dengan diri sendiri, bulan depan nak pegi sepital, janji! Takmo la nampak tua sebelum usianya kan. Umur tak cecah 50 lagi tapi naik tangga dah macam nenek2 si bongkok tiga, huhuhu. :-(

Nah, aku belanja satu gambar si tecik ni..

Wasalam!








Monday, May 05, 2014

Wean-off : Mission accomplished!

Assalamualaikum...

Saat entry ni tertulis, Hanan dah berjaya berhenti menyusu badan selama almost 3 minggu. Alhamdulillah, syukur yang amat sangat. Perjalanannya macam terasa panjang, tapi sebenarnya bila dipikirkan balik, alahai, kejap je dah 2 tahun. Ye, 2 tahun yang penuh cabaran jugak sebenarnya. Tapi syukur, sentiasa diberi kekuatan untuk harunginya sampai selesai. Misi berjaya!



Proses putus susu dengan Hanan pun tak lah lama yang macam aku bayangkan. Seminggu je. Aku pun macam tak percaya dalam masa seminggu usaha keras aku tu boleh berjaya. Kalau tengok pada situasi Hanan setiap kali dia meraung nak 'meme' dia ni, macam takde harapan je aku nak stopkan dalam masa sebulan. Alhamdulillah, berkat doa kami suami isteri barangkali kot. Tak putus2 aku berdoa mintak dipermudahkan.

Bahan yang digunakan pun, sangat simple. Rasanya almost setiap rumah mesti ada kot. Asam jawa. Terima kasih wak2 jawa semua atas ciptaan asam jawa ni. Hanan sampai sekarang kalau dioffer sekalipun, dia jawab 'taknak, meme acem'. Hehehe, kelakar je muka dia setiap kali sebut acem tu. 

Lepas dah settle proses putus susu badan ni, aku perasan sesuatu. Betul kot kata2 yang setiap kejadian tu ada hikmah tersembunyi. Hanan ni punya la taknak minum dengan botol dari baby, asyik melekap je kat aku. Lebih2 lagi waktu tido. Memang tak pernah berenggang selama ni. Tapi once dia dah wean-off, dia seolah2 macam bagi aku satu nikmat yang dah lama aku tak rasa, tido sepanjang malam! Tiada lagi episod terjaga pukul 2-3 pagi. Nyenyak sampai ke subuh.

Dan yang paling aku rasa rare sekali untuk budak kecik yang selama umurnya berkepit tido dengan ibunya. Sekarang Hanan tido sorang, kat tilam dia sendiri la. Letak kat bawah. Sebab belum belikan katil dia lagi. Once dah beli katil nanti, nak ajar dia tido kat bilik sendiri. Insya-Allah, boleh nampak harapannya sebab Hanan memang akan naik atas katil sekarang ni paling awal pun pukul 7 pagi. Biasanya memang dia lajak terus pukul 8 pagi. Bangun2 terus mintak biskut, duduk depan tv.



Sekian.

Nota kaki lapan: Semoga misi kami seterusnya berjaya. Besar dah wei, anak dara aku ni! Kejap sangat rasanya..

Thursday, April 17, 2014

Wean-off

Assalamualaikum w.b.t

Jiwa tengah berat skang ni. Sendu je seiring cuaca yang sama2 sendu sejak dua menjak ni. Hujan saja bila petang hari kan. Tapi takpe, syukur dengan rahmat tuhan. Sekurang2nya hilang sudah jerebu yang menebal sebelum ni. Tapi hati aku la pulak yang tengah jerebu sarat skang. Allahuakbar, moga KAU tabahkan hati aku ni ye.

Hanan dah genap 2 tahun 20 Mac lepas. Bermakna, sudah sampai masanya untuk kami dipisahkan. 2 tahun berkepit sentiasa, akhirnya sampai masa untuk perubahan yang sebenarnya aku sendiri pun rasa berat nak lakukan. Tapi terpaksa la, keadaan diri aku dah tak berdaya. Aku terpaksa teruskan usaha ni walaupun Hanan nampak macam belum bersedia.

 

Bercerai susu bukan perkara enteng. Tak kena gaya, boleh demam2 dibuatnya. Dan memang Hanan dah demam sampai seminggu tak kebah. Mujur la cuma demam biasa je, takde virus2 lain yang hinggap. Cukup la merasa 3 malam duduk ward hari tu (nanti aku up entry, kalau rajin). Masa dia demam tu, terbantut jugak usaha nak mencerai susu yang aku baru start. Kesian bila dia menangis2 nakkan 'bff' dia.

Kaedah yang aku guna skang ni ialah asam jawa. Baru seminggu start guna asam jawa ni. Awalnya dulu just guna method don't offer don't refuse. Maknanya selagi dia tak mintak, jangan offer. Tapi bila dia mintak, bagi je. Memang nampak perubahannya. Dia dah kurang menyusu badan. Kadang2 sampai 4-5 jam tak mintak. Cuma menyusu masa nak tido ataupun dalam kereta. Dia memang suka sangat menyusu dalam kereta, tak tau kenapa. Sedap sambil kena aircond kot.

Kaedah asam jawa ni berkesan jugak nampaknya, walaupun baru seminggu mula. Sebenarnya, aku taknak pun guna kaedah memaksa macam ni. Tapi, skang ni aku dah mula rasa sakit setiap kali Hanan menyusu. Sakit yang tak dapat nak ditanggung, rasa nak demam. No, aku tak preggy! Dah check pun. Mungkin atas faktor susu badan yang dah kurang agaknya. So, aku nekad nak guna kaedah paksaan macam ni. Buat Hanan rasa yang 'meme' dia dah tak sedap, dah basi, dah masam. So far, berjaya. Aku offer pun dia tolak. "Asham, dah ashi"..

Tapi, cabarannya skang ni ialah waktu nak tido. Sebab Hanan ni memang jarang sangat tido tanpa 'meme' dia. Camne dia kenyang sekali pun, dia tetap nak mengempeng kalau dia nak tido. Memang payah la nak buat dia lupa. Bila dia try dan 'meme' dia masam. Maka, bermula la drama air mata. Guling2 atas katil segala. Allah.... hiba hati ni takleh nak citer la Kalaupun dia dah tertido sebab terlalu penat / ngantuk. Bila terjaga, dia tetap cari 'meme' dia. Even worst, dia punya ngamuk tu macam orang tak sedar. Pujuk pun tak jalan.

Ini la dugaan yang aku kena hadapi skang ni. Kekuatan mental & hati memang sangat2 diperlukan la. Hanan ni susu dalam botol dia langsung tak layan. Aku dah bagi dari semahal2 botol Mimijumi sampai ke semurah2 botol Pureen. Takde yang dia minat. Tiap2 hari kalau buatkan dia susu tu, penyudahnya aku la yang minum, campur dalam milo. Telan jela, sayang punya pasal.

Mudah-mudahan Allah bukakan selera dia untuk mula minum susu formula dan tutupkan nafsu dia pada 'meme'. Ada masanya, aku rasa apa petua pun takkan jalan kalau Allah tak izinkan. Jadi, kena la banyakkan berdoa pada DIA.. Ya Allah, Kau permudahkan lah, jangan diberat-berat.. Aminn..

Sekian

Friday, February 28, 2014

Mari budayakan makanan sunnah dengan QASEH GOLD

Assalamualaikum w.b.t

Lepas lebih setahun setengah duduk rumah tak buat apa2. Aku buat keputusan untuk mula berniaga. Bukan la meniaga barang sendiri, kira skang aku jadi wakil produk untuk AnaEdar, kampeni yang memperjuangkan amalan pemakanan jus minuman yang berasaskan dari makanan sunnah, QASEH GOLD namanya. Ada juga product lain selain Qaseh Gold, tapi itu biar nanti2 aku terangkan. Untuk posting ni, biar aku fokus pada Qaseh Gold dulu la ye.




Asalnya cuma jadi pengguna. Lepas beberapa bulan, aku rasa puas hati dengan hasil yang aku rasa. Jadi, aku ambik keputusan nak kongsikan manfaat yang terkandung dalam Qaseh Gold ni dengan semua orang. Aku pun cuma duduk2 saja kat rumah dengan Hanan, masa terluang tu banyak. Baik cari something yang boleh dibuat.

Qaseh Gold ni merupakan produk yang diiktiraf sebagai makanan dan bukan ubat oleh KKM. Dikilangkan dengan standard pengilangan IMP (Islamic Manufacturing Practice). Terhasil daripada gabungan beberapa jenis makanan sunnah. Setiap satu dari bahan tu dipercayai boleh membantu dalam proses merawat sesuatu penyakit kerana khasiatnya yang tinggi. Cara mengamalkannya pun sangat mudah dan ringkas, tak perlu pening2 pikir jadual dan sebagainya. Cuma guna sudu, makan waktu pagi sekali malam sekali.

Terdiri dari 3 jenis

Qaseh Gold Kekanda untuk lelaki. Mengandungi kurma, madu, habbatussauda, buah delima, buah tiin, air zam zam, minyak zaitun, arabic gum, zaafaran, sireh dan ginko biloba. Dengan tambahan tribulus, guarana dan ashwaganda.

Qaseh Gold Adinda untuk wanita. Mengandungi kurma, madu, habbatussauda, buah delima, buah tiin, air zam zam, minyak zaitun, arabic gum, zaafaran, sireh dan ginko biloba. Dengan tambahan manjakani, pegaga dan passiflora.

Qaseh Gold Junior untuk kanak-kanak. Mengandungi kurma, madu, habbatussauda, buah delima, buah tiin, air zam zam, minyak zaitun, arabic gum, zaafaran, pegaga, garam bukit dan ginko biloba. Dengan tambahan kismis, badam dan bayam.



MEMBANTU MENGATASI MASALAH

· Keletihan
· Batuk/Sakit Tekak
· Selsema
· Asma
· Gastrik
· Gout
· Migrain
· Buasir
· Resdung
· Sembelit
· Tekanan darah tinggi
· Masalah wanita seperti keputihan & haid tidak teratur
· Kurang keinginan seksual
· Anemia
· Kebas-kebas ringan
· Susah tidur
· Sakit sendi
· Sakit tumit
· Stres/Tekanan

MEMBANTU MEMBERIKAN FAEDAH/MANFAAT SEPERTI

· Membekalkan tenaga
· Anti penuaan/Awet Muda
· Membantu usaha mendapatkan zuriat
· Menguatkan sistem imun
· Membantu membanyakkan susu ibu
· Menstabilkan hormon
· Mencerdaskan minda
· Meningkatkan libido & keintiman suami isteri
· Melawaskan pembuangan
· Mempercepatkan proses penyembuhan
· Mengawal tekanan darah
· Menaikkan seri wajah

Untuk sebarang pertanyaan ataupun pesanan jangan segan2 untuk call/SMS/WhatsApp ke no ni 017-3807379. Atau boleh email ke yas.izma@gmail.com bila-bila masa. 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Insya Allah, sekarang dalam proses untuk posting dalam satu blog khas untuk Qaseh dan rangkaian produk AnaEdar yang lain. Supaya senang la nanti kalau nak refer apa2 yang berkaitan. Untuk rujukan diri sendiri jugak sebenarnya.

Tuesday, December 24, 2013

Mengajar anakanda mengenal binatang

Ding dong..

Selasa lepas punya kisah. Baik update sebelum banyak lagi event lain masuk sampai entry ni tertinggal kapal terbang. Kalau tangguh, konfem terbiar dalam draft sampai akhirnya aku delete je terus dari list kan.
Dengan selambernya Selasa lepas bawak Hanan ke Zoo Negara dah tengahari buta. Pukul 12 baru terhegeh2 nak bersiap keluar. Tapi nasib baik memang kami laki bini jenis bersiap sepantas kilat. Dalam masa setengah jam dah boleh settle bersiap nak keluar rumah. Sebelum keluar pun, tak decide habis lagi nak pegi zoo. Aku punya syarat, kalau dapat parking depan pintu masuk, baru on. 

Kalau tak, bie cadang nak ke Midvalley je. Tapi dalam hati aku memang dah berharap sangat dapat masuk zoo. Lama dah tertangguh2. Kesian Hanan asyik kena ikut masuk shopping mall je, bukan ada apa yang seronok pun untuk dia. Melainkan kalau dibawak ke playland ke apa dalam shopping mall tu kan, memang konfem terlonjak2 dia.

Nasib menyebelahi, dapat parking betul2 depan pintu masuk. Orang pun mungkin tak ramai sangat tengah2 minggu kan. Yang ada pun mungkin jenis yang bawak anak2 berjalan waktu cuti sekolah. Lagipun mungkin jugak mana2 yang datang sebelah pagi dah balik. Kira yang tinggal memang jenis macam aku, yang keluar rumah lambat. Jadi, masuk ke zoo dengan gembira.

Tiket naik harga lagi! Last aku datang sini dulu tahun 2011, masa tu tiket RM20 untuk dewasa kalau tak silap. Ini dah naik jadi RM30 untuk dewasa, bawah 3 tahun free. Atas 3 tahun aku tak ingat, sila la refer kat website ye. Tapi masuk tetap masuk, bayar jela baper pun harga tiketnya.

Masuk2 je terus pegi tengok gajah. Sebab ini antara binatang yang Hanan dah kenal, tengok gambar & tengok tv jela. Kali ni kasi dia tengok yang real punya. Seronok kemain si tecik tu, sampai muncung2 dia punya la nak ikut panjang belalai gajah tu. Siap pandai pegi cari port sendiri nak bagi nampak view yang dia suka agaknya. Suka hati awak la anak, ibu ikut jela montot awak tu mana nak pegi.

Muncung tu yang mahal!

Lepas tu tengok binatang2 lain yang kecik2, dia macam tak amaze sangat. Dia buat gaya macam nampak kucing je. Tapi nampak gaya anak aku ni memang tak takut binatang kot, selamber dia je hulur2 tangan. Jangan hulur kat rimau dah la ye. Nasib baik rimau tu jauh dalam tu, kalau dekat memang pengsan aku nampak anak aku hulur2 tangan camtu. Haisy!


Tapi silap sebab keluar waktu Hanan selalu tido. Dia dah memang mengantuk sangat masa baru2 sampai tu. Tapi ditahan mata agaknya sebab nampak binatang besar2 macam gajah ngan zirafah tu. Bila masuk bab binatang2 kecik, dia macam bo layan je. Last sekali dia tahan sampai kat animal show. Tu pun masa orang tu buat show, dia bantai buat show sendiri. Lari sana lari sini, turun naik tangga, kacau2 orang. Tu petanda dia dah tak minat la tu, dah ngantuk sangat. 



Keluar je dari animal show tu, terus cari port nak lepak2. Hanan dapat 'candu' dia, terus selamat lena. Dapat la aku ngan bie nak rehat sekali sementara tunggu dia betul2 lena. Memang betul punya lena sampai angkat masuk stroller pun dia pejam tak gerak2. Jalan sana sini siap dengan kena matahari, kena gigit nyamuk bagai, tetap jugak lena. Lesson untuk lepas ni kalau rasa nak pegi zoo lagi, kena tampal ubat nyamuk, sapu minyak zaitun sekali kat kaki ngan tangan. Abis bintat2 Hanan kena gigit nyamuk dalam tu.

Lebih kurang kul 5, abis dah pusing satu zoo tu. Kiranya Hanan dapat tengok lebih kurang 30% jela daripada keseluruhan. Sebab dia tido boleh tahan lama jugak. Ibu & abah jela yang jalan2 tengok binatang sebenarnya. Tambah pulak Zoo Negara sekarang tengah proses renovation, so ada certain tempat dia still tutup. Jadi kalau nak pegi Zoo Negara, better tunggu lagi dalam setahun ke. Sebab nampak gaya macam major jugak renovationnya.


Malam tu kitorang terus siap2 balik Semenyih. Sebab katanya KL takde air seminggu. Tah ye tah tidak rumah aku kena, aku tak tau la kan. Tapi aku balik jela, malas nak menghadap in case betul2 takde air. Maka, berkampung la aku selama dekat2 seminggu kat Semenyih. Sempat aku berurut badan 3 hari berturut2. Lega! Hilang terus sengal yang lama dan yang baru dapat daripada aktiviti riadah-lah-sangat kat hari tu.

Gambar terakhir dapat snap sebelum kamera mampuih
Suka sangat berjalan dengan kamera tak charge battery.. 

Sekian. Esok nak pegi Melaka woi! Trip layan ikan bakar tempat biasa dengan geng2 yang sama seperti selalu. Sotong goreng tepung, mu tunggu aku datang!!

Nota kaki lapan: Insya Allah, Hanan besar sket nanti bawak pegi zoo lagi. Bagi dia enjoy sepenuhnya tengok binatang2 dalam tu..

Till my next post.. Bye bye bye..




 

-END-

Thursday, December 12, 2013

Happy Birthday my dearest!

Ding dong..

Sepatutnya entry ni keluar hari Isnin lepas. Tapi dek kekangan masa dan keadaan yang tak mengizinkan, maka tersimpan la dalam draft selama berhari-hari. Sori my sayang, bukan lupa tapi tak sempat. Kadang2 kalau ada masa terluang pun, dah ada keje lain menanti mintak dibereskan. Makanya entry ni tersangkut2 separuh jalan.

9 Disember 2013, birthday si dia yang ke 31. Tahun ni takde buat apa2, hadiah pun tak beli. Cuma sempat sediakan kad ucapan je. Itupun, secara jujurnya kad tu sepatutnya tahun lepas punya. Tapi sebab dah missed bagi tahun lepas, jadinya simpan sampai ke tahun ni. Giler cheapskate betul la. Tapi yang pasti, aku tak penah lupa walaupun sekali nak wish kat dia. 

Cumanya tu la, tak dapat la nak beli2 hadiah macam dulu. Sejak dah duduk rumah ni, income pun takde. Masih tercari2 apa nak dibuat untuk tambah income supaya tak mengharapkan dia sorang je yang bekerja makan gaji tiap2 bulan. Sori ye sayang, takde bajet la nak beli hadiah. Nak beli kek 1 slice pun tak sempat sebab nak keluar petang2 skang ni asik hujan je. Hadiah diganti dengan masakan jela. Tu pun mampu masak simple2 je, tak reti pun nak grand2 sangat. Dapat la buat pizza petang Isnin tu, baru2 nak belajar. Rasa pun so-so jela.

Semalam sempat singgah ke One Utama lepas balik melawat kawan yang baru lepas keguguran. Dari hari Isnin bie ajak makan kat luar, asik tertunda je. Sebab aku dah masak la, sebab aku malas la, sebab Hanan tengah makan nak menunggu dia abis makan nanti lambat la dan macam2 alasan. So, semalam ajak bie singgah One Utama tu memang bertujuan nak ajak dia dinner sekeluarga kat luar. Keluarga kami je, 3 kerat ni.

Jarang2 dapat gambar bertiga..

Bie macam dapat baca apa yang aku pikir. Dalam banyak2 tempat makan dalam OU tu, dia ajak makan kat Dave's Deli. Memang aku teringin nak ajak ke situ pun. Lama dah tak makan mashed potato sedap tu. Tapi semalam macam ada kureng sket rasa dia. Ke sebab aku dah makan yang lagi sedap dibuat sendiri oleh kakak ipar aku? Mungkin jugak kot, lidah dan upgrade standard rasa untuk mashed potato.

Haih, tengah lapar ni tengok gambar makanan. Parah rasanya!

Macam mana pun, tetap happy dapat makan luar sefamily. Walaupun Hanan buat peel dia sepanjang masa kat OU tu. Budak tak cukup tido, paham2 jela camne dia punya perangai. Abis semua ride yang masuk syiling dalam OU tu dia nak naik aku rasa. Masalahnya semua nak kena pakai syiling, mana nak korek? Kalau pakai duit kertas gagah jugak lagi nak layan.

Natang ni kalau nampak, semua dia nak naik!

Untuk suami tersayang, semoga pertambahan umur akan menambahkan lagi kematangan, kesihatan dan semoga ekonomi keluarga kita bertambah baik untuk tahun2 mendatang. Sebenarnya kesian jugak tengok bie struggle sorang2 nak cukupkan keperluan keluarga ni. I'll do my best to support you dengan apa cara sekalipun yang termampu.

Bie, jom kita pegi makan kek malam ni!

Nota kaki lapan: Bulan depan turn saya pulak! :-)


Monday, November 11, 2013

Selamat Hari Lahir Mak & Abah!!

Ding dong..

Ada sesuatu yang sangat unik yang aku rasa kebetulan antara aku dengan incek suami. Sesuatu yang masa mula2 kenal dulu memang tak perasan ataupun tak tau Tapi bila dah lama2 kenal baru la sedar betapa takdir jodoh kami memang dah ditulis cantik2 olehNya.

Pertama no IC kami yang 4 digit belakang tu. Berbeza cuma satu digit (memang tak boleh sama la sebab digit tu membezakan jantina). XXX0 dan XXX1. Ni perasan lepas dah 2-3 tahun kenal. Logik la dah lama kenal baru perasan kan. Takkan la baru2 kenal ko nak selidik sampai ke no IC? Hehehe. Tapi zaman sekarang bagus jugak selidik, takut2 terkena "mat foreigner" mengaku orang Malaysia. Guna IC palsu, naya!

Kedua, kaitan antara mak ayah & mummy abah. Umur mak sebaya dengan mummy, umur ayah sebaya dengan abah. Tarikh lahir ayah 29 September, mummy pulak 1 September. Tarikh lahir mak 10 November manakala abah 9 November. Mudahkan aku nak ingat tarikh lahir parents aku dua2 side.. :)

Makanya, weekend baru2 ni double celebration la kami. Sabtu malam dinner dengan keluarga mertua, Ahad minum petang dengan family aku. Dua2 pun ala kadar je celebration, takde party2 ke apa pun. Cuma ahli keluarga je yang terlibat. Side mertua aku takde kek2 pun, makan je kat kedai.

Dinner ini ditaja oleh adik bongsu yang baru dapat gaji pertama. Alhamdulillah, semoga berkat rezeki yang dikongsi dengan keluarga. Terima kasih poksu yang hensem. Dia tak baca blog aku ni, so takpe tulis camni pun dia tak tau. Kalau dia tau aku cakap dia hensem, kembang!

 Dua ahli lagi tersorok dari capaian lensa kamera.
Akak kameraman malas nak bangun.. :P

Makanan 3 beranak. Yang lain aku tak kuasa nak kacau.

Makan kat Restoran Patatimo Wangsa Link, Wangsa Maju. Aku makan nasi kerabu memandangkan kedainya konsep makanan Kelantan. Yang iyenya memang dah lama tak makan nasi kerabu, teringin. Menu ada banyak, macam konsep kedai tomyam biasa la jugak. Tapi aku tak belek, malas sebab memang dah set dari rumah nak makan nasi kerabu. Takut nanti dah rambang, terus tukar niat.

Minum petang untuk birthday mak pulak buat kat rumah je. Semuanya home-cooked oleh chef2 terhebat. Aku ni bertuah dilahirkan di samping chef2 hebat. Dapat pulak ipar duai pun kaki dapur. Memang makin buncit la hari ke hari. Hehehe.

Mak & ayah bersama cucu2 yang ada setakat ini.
Semua di dalam gambar itu sedap2 belaka.

Akak aku buat sup urat keting, makan dengan bihun. Kek coklat moist ditaja oleh kakak ipar aku, kak Gee. Adik ipar aku bawak dadih milo (terlupa nak rasa, huhuhu). Yang bujang2 sponsor fries & cocktail. Tuan rumah pun sempat lagi buat cucur makan dengan kuah kacang, mak aku ler sape lagi. Aku? Aku bawak bihun je 2 peket. Jadi la dari takde, ahahahaha. Kebetulan semalam tak berapa sihat, kepala nyut2 dari bangkit tido. Memang tak larat nak buat apa sangat.

Tapi dalam tak larat, sempat gak aku ubah meja makan & sofa tengah hari tu sebelum keluar. Tu yang lepas tu rasa nak pitam sepanjang jalan dalam kete. Membawak ke malam denyutnya. Last2 sampai rumah balik malam tadi, terus padam!

Nota kaki lapan: Perkara wajib setiap kali hujung minggu kat famili belah Semenyih, camne lewat sekalipun mesti lepak rumah Atok. Perkhabaran yang baru diterima semalam, rumah atok nak renovate! Gonna missed my childhood memories yang bakal hilang. Sob sob sob (T_T) ...

Till my next post.. Bye bye bye..

 

-END-

Friday, November 08, 2013

Sesekali..

Ding dong..

Lama sungguh senyapkan diri. Bila tengok post akhir, bulan April. Mak aih, betul punya berehat dari dunia blogging. Malas pun ye jugak sebenarnya tu, malas nak menaip. Nak update dari Tab pun malas jugak, tah apa benda setting tak betul, manjang tak jadi. Fedup ler makcik nak melayan haih.

Dek kerana kesenyapan yang lama ini, makanya banyak la benda2 basi kononnya nak dicoretkan, tapi tu pun tengok la kalau mood nak mengarang tu datang. Insya Allah, ada la nanti kot se-post dua. Cerita cuti2 ke, jalan2 makan2 ke. Lama dah kan tak melambakkan gambar2 makanan kat dalam ni. Padahal setiap kali ke mana2, kemain la keluar kamera snap itu ini. Tapi entrynya, non hado!

My little girl, dah menginjak ke alam toddler. 
Wajah baby2 pun dah semakin pudar. 

Akalnya, jangan tanya la. Seiring la dengan umur dia yang makin bertambah. Ada masa aku layankan je bila dia mula buat perangai. Ada masa, datang gak singa dalam diri yang tersimpan rapi ni. Tapi, Insya Allah tak sampai tahap yang teruk2 la. Nak marah2 sangat pun, dia kecik lagi. Tak paham pun kalau benda yang dia buat tu salah ke betul. Ini cabaran mendidik anak yang semua parent akan lalu. Aku tak terkecuali la kan. Harap aku akan selalu sabar menghadap dia 24 jam sehari.

Lagipun bukannya sepanjang masa dia buat perangai. Kalau dibandingkan, dia lagi banyak buat hati aku senang dari sebaliknya. Hanan ni walau masih muda usianya, tapi kadang2 ada jugak tingkah laku dia yang menunjukkan dia paham situasi. Bila ibu marah, dia akan nangis sambil lari peluk kaki ibu. Kalau masa tu tengah duduk, dia akan datang gomol muka ibu sampai aku sesak nafas! Punya la dia tak bagi aku marah. Selalunya, memang tak jadi marah. Gelak lagi ada la.

Alahai anak, apa la sangat marah ibu ni. Kang awak tido, ibu pulak yang nangis sebab nyesal dah terlebih marah, kadang2 la. Biasala, kadang2 stress jugak bila dia buat perangai tak kena masa. Contohnya, masa kita tengah masak tu la dia ajak teman tengok upin ipin dengan dia. Ni minyak panas bukan main seronok lagi dok melantun2 dari kuali, dia pulak dok keluar masuk dapur nak tarik kita ke depan. Mau aku tak stress? Istighfar jela selalunya, jangan diikutkan hasutan syaitan wahai ibu abah sekalian. Itu cara diorang mintak perhatian kita. Biasa la.

Ha, lelaki ini pulak tak lain tak bukan, kekasih hati beta. 

Yang sekarang ni teramat la busy. 70% masa dia sekarang untuk keje. 30% je untuk kami berdua kat rumah ni. Kadang2 baki yang ada tu pun kena ambik jugak. Weekend keje, cutu umum keje, kat rumah pun kadang2 dia kena layankan keje dia. Sedih jugak sebab tak biasa kan. Kadang2 boleh sampai makan hati berulam jantung bila mikirkan. Tapi nak buat camne, tugas dia sekarang memerlukan dia dalam keadaan macam tu. Nak tak nak, sebagai isteri kena cuba faham. Aku tau, dia pun sedaya upaya nak bahagikan masa untuk famili sebaik mungkin. 

Which is aku sebagai isteri kena appreciate. But, sebagai manusia biasa kadang2 aku mudah sangat meletop. So ada jugak la masanya aku macam tiba2 tak paham. I mean, tiba2. Padahal bendanya takde apa sangat pun. Biasa la, manusia mudah lupa. Hehehe. Kena kuatkan hati lepas ni, tak boleh ikut sangat rasa bengang yang kadang2 datang tu. Tanam dalam hati, sikit je lagi. Lepas ni semua will be back to normal. Finger crossed!

Kena selalu ingatkan diri, dia suami terbaik yang aku ada. Kena hargai semua usaha dia untuk aku selama ni. Aku rasa takde orang lain yang mampu sabar dengan aku macam mana dia. Sebab tu orang kata, jodoh kita ni dah Allah tentukan cantik2, cun2, ngam2 untuk kita. Kalau ada kurang sikit2 kat mana2 tu, adjust la bagi cantik relationship tu. Insya Allah, aman. Aku la tu, kena selalu ingatkan diri sendiri, kena banyak muhasabah. Moga suami saya ini sabar dengan kerenah saya. 

Incek suami sudah janji, lepas settle semua nak bawak kami jalan2 cuti2. Hopefully sebelum birthday dia bulan 12 nanti sempat la. Kesian tengokkan dia yang keje ngalahkan minah kilang. Aku dulu penah rasa keje kilang 12 jam tiap2 hari selama sebulan. Takde cuti! Memang stress wa cakap lu. Tapi bila gaji masuk, hilang terus stress. Hehehe.

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-

Saturday, April 27, 2013

All about my little HZ..

Ding dong..

Jarang2 rasanya aku menulis pasal dia. Sungguh pun sebenarnya hari2 ada saja cerita pasal dia yang bersilih ganti kisahnya. Lepas satu, satu benda rasanya boleh dicerita. Tapi sengaja aku diamkan. Ada masanya, aku rasa biarlah aku simpan sorang2 kisah si dia ini. Saja, rasa kedekut nak kongsi pada dunia tentang dia. Siapa dia little HZ ni? Siapa lagi kalau bukan Hanan Zulaikha uchuk nomey acham2 ibu tu. Hehehe.


Dah setahun satu bulan. Lebih 12 bulan, lebih 365 hari umurnya. Tapi, entry pasal dia tak sampai pun 20 kot. Kalau orang lain tu, agaknya dah macam2 cerita keluar kan. Tambah2 dengan posisi dia sebagai anak yang pertama, my first little angle. Tetap, cerita dia aku simpan2 jugak takmo heboh pada orang luar lebih2. Walaupun dengan kemudahan internet, laptop & TAB yang bie dah sediakan, still entry pasal dia sangat la sikit. 

Bukan apa, ibu memang jenis save lebih2. Saja je nak kedekut cerita. *senyum kambing busuk*

Alhamdulillah, setakat entry ini, Hanan dah mula bertateh. Dari depan ke dapur pun dia dah berani melangkah dengan kedek2nya tu. Takde la segagah mana lagi, masih dalam peringkat cuba2. Yang penting, dia dah ada self confident nak jalan sendiri. Syabas betheh!

Last week dia demam, berulang2 demamnya. Elok2 dia baik demam, dia start prektis jalan. Hari2! Sebelum ni bukan la dia tak penah prektis, pernah. Tapi dengan paksaan. Hahaha. Biasanya aku saja biarkan dia berdiri pastu lari jauh dari dia supaya dia kejar. Dapat la 2-3 tapak sebelum dia jatuh atau sendiri duduk. Sejak dari dia masuk 11 bulan hari tu lagi.

Minggu ni, genap setahun sebulan, akhirnya dia berani jugak nak bangun sendiri, melangkah sendiri. Slow & steady. Takde la macam sebelum ni yang asyik nak cepat sampai kat next point. Tak berani berjalan lama punya pasal. Yayang, yayang. Makin besar dah kamu! Rasa macam baru lagi ibu pantang sorang2 kat rumah ni hari tu. Esok lusa tau2 je dah mula berlari agaknya. Hehehe.

Bab bercakap, so far yang boleh dengar bijik butir yang clear pada telinga aku ialah: 'abah, abu (ibu), tup (tutup), kak (bukak), nak, bak, meh, nyen (nenen), mamam, nyet (monyet), tak (cak)'. Yang lain tu lagi banyak merapu je, sebutir habuk aku tak tau apa benda. Tapi mulut dia memang tak reti diam punya. Paling takde membebel pun, dia bantai menjerit2 sorang2. Aku ingat apa benda, rupanya tengah main sorang2. Ceh!


Sekarang dah ada satu lagi tambahan, anak aku minat bola weh!!! Pantang pasang bola kat tv, dia terus terpekik2 jerit. 'Gal!!! (gol)'. Padahal orang tu tengah dok sepak dari atas, tak sampai depan pintu gol pun lagi. Dia manjang la gol sesaja. Bahana setiap kali balik Semenyih tengok pak2 sedara dia main PS3 game bola, pastu usu belah abah dia boleh bawak dia layan bola depan tv sambil jerit. Dah anak aku terikut sekali minat bola. 

Tapi takpe, sok dah besar boleh teman ibu layan bola sebab abah selalu layan 10 minit je, pastu tau2 dah berdengkur. Huhuhu.

Pasal makan minum dia. So far masih cuba kekalkan homemade food. Garam, gula masih belum mula. Tapi biskut aku beli Farley Rusk je. Minggu lepas pun sesat jugak sekeping biskut tiger sebab masa tu kat rumah wan dia orang semua dok layan kacang, dia ngendeng nak jugak. Biskut dia tak bawak, menggagau aku ke dapur cari apa yang boleh dibagi. Takut kalau biar kang wan atau atok dia kesian tengok dia merengek, sumbat je kacang tu. Haih, naya je.

Maklumlah, cucu nan seaorang. Buah hati pengarang jantung kot. Biasa la tu kan. Kena paham la situasi2 macam tu. Macam tadi pun, lepak rumah wan dia. Tau2 dah ada biskut tiger tu kat tangan. Tengah krup krap baik punya kunyah. Padahal aku bawak je biskut Hanan. Takpela, kira pejam mata jela. Setakat sekali dua tu, boleh pejam mata. Takkan aku nak rampas dari tangan anak yang tengah makan kan. Hati orang tua kita kena jaga juga.

Well, that's all for now. Nanti la kalau ada benda rasa2 interesting nak cerita, aku mengarang lagi. Nak join anak dara beradu. Dia dari pukul 10:30 tadi dah selamat landing. Kena kuasa 'nyen', memang dia kalah punya la. Walaupun petang tadi dia dah bantai tido dari pukul 2 sampai pukul 6. Malam memang cukup time dia dah start nyanyi nak 'nyennnnnnnn' sambil gosok mata.

Sekian.



Related Posts with Thumbnails