Saturday, August 07, 2021

Hello 2021.. (yang dah ke penghujung)

Assalamualaikum w.b.t 


Dah bulan Ogos wei. Buat yang sesat masuk ke dalam ni, anda semua apa khabar? Puas kita berkurung tahun ni dalam rumah tak keluar² kan. Aku coret sikit kat sini untuk kenangan di masa akan datang. Semoga selepas 20 tahun lagi kalau² aku terjumpa balik posting ni, aku tak lupa betapa seksanya hidup di zaman gelap covid19.

Doakan semoga aku kembali rajin blogging di zaman orang dah tak pandang blog² ni semua. Bila baca balik blog post lama², rasa macam eh, bestnya dulu² boleh celoteh sorang² tanpa risau kena kecam atau ada yang terasa hati tiba² lepas tu terus unfriend kau tanpa sebab. Lagipun bila umur dah menuju ke 4 series ni, kalau kurang menulis macam tepu lama². At least bila menulis dapat keluarkan isi² otak yang lama terpengap.

Lagi satu, rasanya sekarang ni bila nak cari petua ke, review tempat makan ke (yang ikhlas), nak cari review tempat jalan² ke, atau nak baca citer² santai macam susah. Kat FB, IG tu penuh iklan je kalau bab review² ni. Nak cari yang genuine tu susah (bukan takde langsung la, ada tapi susah). Kalau search kat google kang, keluar mesti posting zaman tok kaduk, zaman aku masih berdua. Sekarang aku ni anak pun dah tiga. Padan muka aku, aku pun antara penyumbang jugak kepada kurangnya posting² kat blog kan.

Aih, aku rasa macam nak tulis satu perenggan je tadi, dah panjang jugak melalut sudahnya. Nampak sangat jiwa menulis masih menebal lagi kan. Doakanlah semoga selalu datang ilham nak menulis ok. Busuk² pun mungkin boleh share resepi ke kan. Memandangkan sekarang ni pun bukan boleh pegi berjalan² waima nak makan luar pun tak boleh. OKlah, see u when i see u..

Ciao

Wasalam..
Izma A.W

Friday, April 20, 2018

K Fry Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum w.b.t Wasalam..

Memandangkan tengahari semalam haiwan terakhir yang ada dalam peti ais sudah pun habis, maka plannya nak makan kat luar jela sambil pegi topup barang basah. Mula2 sebut KFry kat incek abah, tapi dia kata nak Nandos sebab kami ada voucher nak kena guna sebelum end of this month. Aku say ok jela, janji makan kat luar. Ajak tomyam pun iols on je.

Maka sebelah petangnya aku join anak2 tido petang. Adat seorang surirumahtangga sepenuh masa macam tu la. Tidokan anak, dengan maknya jalan sekali. Siap bersambung2 mengalahkan anak2. Hahahaha. Alih2, incek abah datang kejut sambil bisik, "KFry jom". Aku terus macam blur, mimpi ke apa ni...

Kami ni kalau dah terjebak, memang payah nak move on. Lagi2 kalau benda tu terasa sesuai sangat dengan tekak ni kan. Nak kata melayu sangat pun tak, nak kata mat salleh sangat pun tak jugak. Kira tengah2 la ni. Hehehe.

Al-kisahnya, semalam masuk kali ke tiga dalam bulan ni makan KFry ni. Setiap kali datang pun order benda yang sama je. Punya kuat kuasa mandrem diorang ni buat kami laki bini angau teringat2 agaknya. Padahal plan awal sebelum tu nak makan benda lain tu kan. Begitu pantas hatimu berubah orang kata.

Disebabkan incek abah semalam keje from home, maka dapatlah kami gerak keluar awal sikit. Elok je incek abah suruh bersiap, dengan pantasnya semua bersiap2.

Ioi City Mall ni, kalau pegi time weekend manusia penuh macam ulat ta**k. Sebab tu seboleh2nya kami akan elak pegi weekend. Kalau dah sangap sangat dok rumah, lagi sanggup pegi cari tempat lain dulu. Kira ni kalau boleh choice terakhir.

Sampai semalam terus dengan pantas naik atas sebab nak kejarkan line up beratur. Mujur sangat, sampai2 tengok line beratur tu ada la dalam 4-5 family je. Takde la serabut nak tunggu lama2 beratur panjang2.

Ok, lets layan gambar2..


Terus dapat masuk dalam tali2 ni beratur. Biasanya sampai2 je line dah sampai kedai sebelah. Nangeh nak beratur. By the way, kalau datang dengan rakyat yang ramai macam aku ni kadang2 lambat sikit dapat table sebab nak bagi table yang sesuai dengan ruang yang lapang. Sebab aku dengan nak letak stroller la, baby chair la. Jadi kena la memahami sikit kalau dia bagi table dulu kat orang belakang.

Siap semalam ada 1 group warga emas sampai2 terus dia bagi masuk, tapi diorang bagitau la kat orang2 depan ni diorang nak bagi keuatamaan kat warga emas. Ok next time, kami bawak mak ayah kami suruh diorang beratur. Hahahahaha... :-P

Nah, bawah ni barisan menu2 yang ada. Tapi ada 3 page yang belakang tak transfer masuk lappy dan aku kemalasan nak buat lagi sekali. Ampunlah ye. Hope this help.










Kami punya order yang tak pernah berubah since 1st time datang. Setia betul kan. Yang ye sebenarnya tak reti nak makan apa sangat pun. Sebab kami duorang bukan biasa makan makanan Korea ni. Nak order tah apa2 kang takut tak kena tekak. Ayam goreng jela senang, konfem makan sampai abis.

 Kepak ayam goreng tak pedas untuk bebudak.
Tapi mak bapak budak pun tumpang sekaki. 
Siap tapau tak abis sambung makan kat rumah pulak.

Yang paling happy bila abah ajak pegi KFry

 Kakak ni tengah gaulkan nasi & buatkan bebola.
Sedap namati la nasi bola ni, rasa macam makan sushi.
Must try!

 Dah jadi bola!
Tengok tu, tuan dia tak sabar2 nak mencapai.

 Half chicken pedas namati. 
For abah & ibu. 
Serius pedas, pijar2 bibir lidah semua.
1st time order dulu takut sangat tak abis.
Sekali masuk kali ketiga dah ni, tak pernah tak abis.. :-p

2 orang kenit yang paling happy dapat keluar pakai baju baru.

Footnote: Doakan semoga hakak istioqamah kembali menulis dan mereview ye.

Wednesday, April 18, 2018

I'm back!

Assalamualaikum w.b.t Wasalam..

Terasa janggal sangat nak mula menaip kat blog balik. Maklumlah, dah tak mainstream orang kata. Semua orang sekarang lebih fokus update aktiviti masing2 kat medium media sosial yang lain. FB, tweeter, instagram dan tah apa benda lagi agaknya aku pun tak tau. Mana la orang rajin sangat nak mengadap blog menulis panjang2 sekarang ni kan. Huhu, tak cakap orang lain, cakap diri sendiri tu.

Tapi, aku rasa sebenarnya tak puas kalau tak dapat update kat blog. Sebab kat sini, lagi senang nak rujuk balik di masa hadapan. Macam sekarang ni, bila terasa nak carik info susah sikit nak dapat info2 terkini bila google. Balik2 keluar posting tahun 2010, 2011, 2012. Orang dah kurang sharing maklumat kat blog. Tu yang kadang2 bila berjalan, terasa nak cari tempat makan yang best pun susah. Kalau kat FB, orang dok viral bermusim. Kalau musim kedai A, asik naik citer kedai A je. Tak best.

Lepas tu, kalau ada apa2 memori nak cerita untuk baca balik masa akan datang, kat blog jugak seronok nak merepek sorang2. Takyah risau orang nak kecam ke, nak kutuk ke apa. Sebab aku sorang je baca sambil ketawa syok sendiri. Kalau kat FB kang bila over sangat cerita, kena cop riak pulak. Sharing kegembiraan pun kena kecam, I is dong andestan kekadang. Baik lagi kat blog je.

Oklah, till next entry..

Sunday, November 23, 2014

Berubah ke arah yang baru

Assalamualaikum w.b.t

Melihat balik entry teratas, haih dah sebulan lebih rupanya tak menulis. Patutlah rasa macam sarat dada je selama ni. Cerita banyak, tapi jejari kemalasan nak menaip. Takde ke application yang boleh updatekan entry blog dengan cara aku-cakap-kau-publish? Kesibukkan sikit sekarang ni. Alhamdulillah, setelah lebih 2 tahun bermastautin kat rumah. Hari2 bangun ikut suka, ikut timing anak bangun baru bangkit dan sesedap rasa nak berbaring2 landing ngadap tv sepanjang hari. Akhirnya aku pilih untuk keluar dari comfort zone yang aku sendiri cipta. Berhijrah.

Aku rasa macam satu big step jugak bila aku buat keputusan ni dulu. Sebab untuk keluar dari keadaan yang aku dah rasa selesa selama ni, macam2 alasan yang hadir dalam kepala. Alasan2 yang aku sendiri cipta untuk aku kata TIDAK pada keputusan yang aku cuba buat. Tapi, syukur alhamdulillah. Aku ada roommate yang sangat supportive. Walau dia tak banyak mencurah idea, tapi sekurang2nya dialah yang banyak mencerahkan otak aku bila aku rasa stuck nak buat decision.

Awal bulan November baru2 ni, dengan rasminya aku dah upgrade jawatan aku dari sekadar surirumahtangga sepenuh masa yang dapat elaun sara hidup dari suami dan dicampur sedikit imbuhan daripada perniagaan Qaseh Gold. Kepada surirumahtangga separuh masa yang bergaji sendiri. Aku sekarang adalah salah seorang dari ribuan yang menyertai Coway sebagai Health Planner full-time! Kerja biasa2 je, jual penapis air & penapis udara.


Bukan kerja 9 to 5 pun. So far aku still ada masa untuk uruskan rumah macam biasa. Cuma komitmen yang aku tak boleh elak ialah meeting setiap pagi Isnin, Rabu & Jumaat. Sejam je pun meetingnya. Lepas habis meeting, fleksibel. Takde appointment, aku balik terus. Kalau ada appointment, boleh straight away ke tempat yang nak dituju. The best part is, aku yang tentukan workload aku sekarang. Nak income banyak, buat keje lebih. Kalau keje sikit, income pun ciput la braderrrr.

Tapi dalam pada sibuk berkerja sekarang, Hanan masih dalam jagaan aku sepenuhnya. Just baru2 ni aku baru mula bagi dia duduk rumah pengasuh sekali sekala. Untuk persediaan dia ke taska tahun depan, insya Allah. Walaupun kerja aku sekarang boleh dikatakan fleksibel. Takde masalah pun kalau aku nak terus jaga Hanan sendiri. Tapi aku kena mula fikirkan kebajikan dia. Ibu dia sekarang dah terjun ke bidang sales. So, bila buat sales nak taknak aku memang ada komitmen untuk jumpa client.

Untuk pastikan Hanan dapat life sebagai seorang toddler yang ceria dan gembira, aku kena makesure dia dapat bergaul dan bermain dengan kawan2 sebaya dia. Memang setakat ni aku nampak happy je dapat usung dia ke hulu ke hilir. Tapi deep down in my heart, aku kesian tengok dia. Sebab aku tau sebenarnya dia penat. Kalau aku yang dah dewasa ni pun penat, inikan pulak dia yang kecik lagi. So, keputusan yang baik perlu dibuat. Aku putuskan, tahun depan January 2015 bermulalah kehidupan baru Hanan bersama kawan2 kat taska. Insya Allah, aku cuba sediakan yang terbaik untuk dia, my sweet little pumpkin yang makin bijak.. :)

Setakat entry ini ditulis, aku dah mampu buat sales yang incomenya melebihi berkali ganda gaji aku dulu yang bekerja 8am - 7pm campur hari Sabtu dan kadang2 hari Ahad pun keje. Alhamdullillah.. Mungkin berkat doa daripada anak dara aku yang aku usung ke sana ke mari tu. Dan restu yang tak pernah putus daripada roommate aku yang tersayang. Yang tak pernah jemu jadi penyokong, penasihat, dan segala2nya. Thanks bie. Dia mungkin tak baca pun ni, sebab dia sendiri pun dah lama tak jenguk blog. But I know, satu hari nanti dia akan baca jugak entry ni.

Semoga kami terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dariNYA. Semoga kerja keras aku nak membantu meningkatkan ekonomi family kecil aku ni diredhai Allah hendaknya. Walaupun komisen untuk sales yang aku buat untuk bulan ni akan masuk bulan depan. Aku tetap syukur ya Allah. Tak sangka, lain yang kami rancang, tapi rancangan Allah jugaklah yang lebih hebat. Alhamdulillah, 2014 adalah tahun yang sangat hebat dan indah.

Semoga penghijrahan aku kali ini memberikan kebaikkan untuk ramai orang..

Wasalam..

Friday, October 03, 2014

Minyak bawang putih, penawar selsema dan kahak

Assalamualaikum w.b.t


Anak korang selalu selsema? Kena pulak kalau musim2 hujan kan, konfem ada je hingus meleleh. Kesian tengok budak kecik kalau kena selsema. Yelah, diorang bukan reti nak hembus keluar semua macam kita yang dah tua bangka ni. Dapat pulak kalau yang pakej dengan hidung tersumbat sekali. Tengah2 malam kang tiba2 terjaga si kecik tu sebab tak selesa nak bernafas.

Hanan memang ratu selsema la aku rasa. Dari baby sampai la sekarang, pantang silap sikit terus kena selsema. Mudah sangat. Kalau balik kampung belah Kuala Lipis, konfem kena. Sebab kat sana kalau malam sejuk mengalahkan macam duduk dalam aircond. Siang pulak panas ya rabbi. Tu yang cepat je hingus dia start meleleh. Jadi, sebagai mak yang prihatin, aku memang dah belajar cara2 sediakan ubat natural untuk dia dari dulu. Especially untuk selsema, batuk dan kahak.

Buat yang tak tau, selsema ni kalau dibiar memang akan seterusnya lead kepada batuk, dan akhir sekali kalau terus dibiarkan boleh jadi kahak. Kalau kahak tu pulak dibiarkan, boleh jadi sampai ke tahap bronchitis pulak. Hanan dah kena awal tahun hari tu. Sampai masuk wad segala. Mak serik nyah! Kesian tengok dia kena neb, kena cucuk2, kena paksa2 makan ubat apa semua. Tobat! Tapi masa tu takleh nak elak, sebab memang tengah musim jerebu yang sangat teruk. Ramai jugak budak yang kena.

Seboleh2nya, elakkan la bagi anak biasa dengan ubat2 moden ni. Selagi boleh gunakan cara dan kaedah natural, selagi tu la kena elak ubat-ubatan yang penuh dengan segala macam bahan kimia tu. Tapi kalau keadaan dah mendesak, takpe. Kita tak boleh jugak nak menolak sepanjang masa.

So, let me share cara nak buat minyak bawang putih ni..

Bawang putih 2 - 3 ulas (Jangan buang kulit)
Minyak sesudu (Sebaik2nya minyak zaitun. Tapi kalau takde, minyak apa2 pun boleh la)

Goreng sangai (tanpa minyak) bawang putih tu sampai dah nampak lembik. Lenyek dalam sesudu minyak yang dah diletak dalam bekas. Sapukan kat dada, ubun-ubun, belakang, tapak kaki, betis dan batang hidung (jaga2, jangan sampai terkena mata).

Disebabkan minyak bawang putih ni agak panas, better cuba calit sikit dulu untuk percubaan kali pertama. Takut kulit anak sensitif, tak boleh tahan panas dari bawang putih tu pulak kan. Tak pasal naik ruam ke apa, dah jadi kes lain pulak.

Sebaik2nya amalkan sapu minya ni setiap kali selepas mandi dan tengah malam antara jam 1am - 3am. Sebab waktu baru nak masuk pagi keadaan yang sejuk tu boleh jadi makin menusuk untuk yang tengah selsema tu. So disarankan sapu masa2 macam tu untuk bagi keselesaan masa tido.

Selain minyak, satu lagi cara ialah stokin bawang putih. Caranya ambik bawang putih yang dah disangai tadi tu, ketuk sikit pastu bubuh dalam stokin. Pakaikan sepanjang malam. As usual, kena try test pakai kejap dulu. Takut kulit anak tak tahan sebab bawang putih ni memang bersifat panas. Tak caya cuba pegi dapur ambik bawang putih, tenyeh kat pipi. Then you will know what I mean. Hehehe. Kalau nampak macam kulit tapak kaki si kecik tu jadi kemerah-merahan, better stop. Cukup la setakat sapukan minyak bawang putih tu, pastu pakaikan stokin.

Selain tu, jangan lupa amalkan Qaseh Gold Junior ni sepanjang masa. Insya Allah, boleh meningkatkan daya imun dan ketahanan tubuh anak2 kita. Hanan dah setahun amal Qaseh Gold Junior, alhamdulillah jarang la dihinggap demam so far. Hahaha, sempat aku selit iklan sekali kan.. :) 


Selamat mencuba ibu2 yang prihatin sekalian..

Wasalam..
Related Posts with Thumbnails