Saturday, November 19, 2011

Banyak cerita, tapi tak banyak masa

Ding dong..

Cerita pertama

Bulan lepas merasa bercuti sekeluarga. Kali ni jauh sikit cutinya, naik kapaterobang. Tapi tidaklah ke luar negara pun. Masih lagi dalam Malaysia je. Plan yang dah dirancang sejak setahun lepas, akhirnya sampai jugak ke hari yang dinanti tu. Ni la jadinya kalau beli tiket promosi Air Asia, tahun ni beli, tahun depan baru terbang. Haha. Destinasi pilihan sekeluarga, Kuching, Sarawak.

Ni merupakan pengalaman pertama aku menjejak kaki kat kepulauan borneo. Selama hidup, memang tak penah la sekali pun sampai. Lepas 27 tahun hidup, baru la merasa. Tapi, sebenarnya semenanjung pun aku tak habis jalan lagi sebenarnya. Hahaha, kesian betul.

So far, sepanjang 3 hari 2 malam kat sana, ok la. Perjalanan & aktiviti pun smooth. Sebab puan organizer (akak aku yang sulung) dah ada experience tambah dengan dia memang dah buat research mana nak pegi, mana nak makan, mana nak minum, mana nak shopping. 24 jam berkepit dengan iPad2 dia. Sambil jalan sambil intai forum sana sini. So, kami sebagai ahli rombongan, ikut jela ke mana pun diusung.

Group kami 14 orang semuanya, termasuk askar² kecik sekali. Jalan ke mana² naik van siap dengan driver. Which is baru aku tau kat sana memang van tu umpama macam teksi je kat sini. Memang tu dikira pengangkutan awam diorang. Baru la mokcik tau.

Yang tak laratnya bila ikut trip macam ni, bila banyak sangat bergerak. Aku yang membawa orang di dalam perut ni, kejap je dah mula rasa penat. So, memang ada sampai satu ketika, aku surrender la. Tak larat nak follow diorang berjalan shopping. Dok je kat mana² tunggu diorang selesai. Bab shopping pun, aku memang tak shopping banyak mana. Dapat t-shirt selai sorang jadik la kan. Dan beli benda² yang wajib beli macam kek lapis & ikan terubuk masin tu.

Tapi sampai ke hari ni, kek lapis tu masih ada lagi baki dalam fridge, ikan masin pun ada lagi 3 ekor belum distribute. Aku ada niat nak bagi someone, tapi susahnya sebab diorang ni payah nak jumpa. Tu yang lama terperam tu. Last2 nanti aku rasa benda alah tu aku kasi orang lain kot, huhu. Kira kalau ada rezeki orang tu, dapat la bagi kat dia. Tapi kalau aku dah bagi kat orang lain tu, consider tu bukan rezeki diorang la tu kot.

So, sepanjang 3 hari kat sana, aktiviti memang berjalan sesaja. Masuk muzium (padahal kat KL punya muzium tak penah jejak pun), tengok orang utan, tengok buaya, shopping kat Waterfront, borong kain batik kat India Street (betul ke ni nama dia ek?), makan seafood kat Top Spot, lepak tepi laut dekat² Santubong kot (yang ni aku lupa nama tempat sebab aku dah mula mabuk² jalan sepanjang hari), and last but not least makan mee kolok, mee kolok, mee kolok. Hahaha, tapi sekali pun aku tak penah order sendiri. Tumpang rasa je orang lain punya. Tekak aku tetap la nak makan nasi jugak sepanjang masa.



Alhamdulillah, perjalanan kitorang selamat semuanya. Lancar dari pegi sampai la balik. Yang tak lancarnya sebab flight delay pegi balik! Pegi delay sejam, balik pun delay sejam. Masa pegi lagi kelakar, dah la delay, boleh pulak bila dah masuk kapaterobang tu, tow truck yang tolak² kapaterobang tu boleh rosak lepas siap tolak² kapaterobang kitorang. Ada la 15 minit jugak kot tunggu baru dapat mula take off. Aku yang takut naik flight ni dah mula pikir macam². Ingatkan kapaterobang tu rosak la, ada technical problem la. Mula la anasir² jahat masuk ke otak nak menakutkan aku yang dah memang takut.

Dah tu fligth yang balik pulak, sampai² KL tengah hujan lebat. Punya la berpeluh tapak tangan aku menahan nerves masa mula nak start landing tu. Gegar satu macam je aku rasa. Tapi tengok bie kat sebelah rilek je macam takde benda. Nasib baik masa tu lampu diorang tutup. Kalau tak mesti semua orang boleh nampak muka aku yang dah pucat kot. Hahaha, takut tak penah hilang weh, biar la dah berkali² naik pun, tetap serammmmm..

Cerita kedua

Mari bercerita pasal budak tecit. Hari ni dah masuk 22 minggu dan 3 hari. Bersamaan dengan 5 bulan setengah lebih kurang. Perut pun dah mula nampak sikit, tapi bila pakai t-shirt, still maintain je macam slim (macam je la, tapi tetap gemok!). Last scan sebelum pegi Kuching hari tu, masa tu dah nak masuk 19 minggu. Tapi puas doktor pusing², tetap tak nampak jugak gender. Alahai anak ibu, pandai sorok kan. Tapi maybe sebab kecik sangat lagi, so susah doktor tu nak tengok. Insya Allah awal bulan depan ada appointment untuk scan dengan gomen. Mungkin masa tu dah boleh nampak ke, mana la tau kan.

Tapi, apa pun jantinanya, kitorang tak kisah. Baik laki atau pompuan kan, yang penting dia sihat walafiat sudah la. Aku kadang² risau jugak, tambah dengan keadaan aku kena daibetis ni. Tapi bie selalu ingatkan, jangan pikir yang bukan². Kalau kita pikir elok, elok la dia dalam tu. Jangan runsing sangat. Aku pun, pasrah jela. Tapi tiap kali rasa si tecit ni gerak, terus aku senyum. Sihat la tu kan. Doa je banyak².

Tapi yang tak tahan, masa aku pegi check up awal bulan hari tu. Nurse suruh baring pastu dia check perut. Check sambil buat muka yang something. "Erm, tak boleh nak rasa ni". Waaa.. aku macam nak nangis dengar nurse cakap macam tu. Cuak pulak aku kan. Nasib baik lepas tu dia test dengar bunyi jantung baby, desyus2 dia punya bunyi. Baru la lega sikit hati. Bikin gua seriau betul itu nurse la. Hopefully everything going to be fine lor. Aku pun takmo risau² sangat, takut nanti efek ke baby.

Khamis lepas pegi check up lagi, semuanya ok kecuali aku punya BSP. Last 2 weeks aku buat test tu tiba² bacaan dia naik. Jadik, minggu depan doktor suruh buat sekali lagi, pastu dia nak jumpa untuk tengok result. Hurm, matik ler tetiap minggu kena pegi klinik. Tapi aku rasa BSP hari tu naik mesti sebab banyak sangat makan masa raya haji kot. Makan tanpa kawalan. Lemak² daging korban tu belum clear lagi, tu pasal la bacaan tiba² naik kan. Ayat nak sedapkan hati je ni, haha.

Owh, bulan ni dah nak mula beli barang² si tecit ni. Setakat ni katil, stroller, baby carrier / carseat dah ada. Hasil turun temurun je dari kak ipar aku. Awal² dia dah suruh aku angkut bawak balik sebab nak kurangkan benda kat umah diorang. Lagipun kakak syina (anak sedara saya) tu dah tak guna pun semua benda² tu. Nak tunggu pakai untuk bakal adik dia, maybe lambat lagi kot. Hahaha. Jadik, nak kasi bakal adik sepupu dulu pakai.

So, barang² yang disebut di atas tu boleh la strike out dari list nak beli. Selamat sikit poket abahnya nanti. Minggu ni pulak kebetulan ada baby fair kat Midvalley sampai esok. Memandangkan hari ni keje, so kena tunggu esok baru dapat pegi. Tak tau lagi la akan beli belah ke tak kat sana, tapi kalau nampak apa² keperluan dia & aku yang rasa memang nak guna. Insya Allah beli la. Bajet untuk barang baby pun dah ada sikit simpan dari awal² tau pregnant hari tu (tq abahnya!).

Sat lagi, nak print list barang yang nak dibeli. Senang kalau dah ada list ni, takde la pening sangat nanti pusing² tak tau apa nak dicari. Lagipun risiko adalah sangat besar kalau berjalan shopping tanpa list ni. Sebab nanti akan end up beli benda yang bukan² sebab mata dah rambang. Hahaha.

Bilik baby pun mungkin akan di deco dalam masa terdekat ni. Bilik kedua kat rumah tu sekarang fungsinya lebih kepada bilik sidai kain & bilik solat. Tapi in near future, kalau ada rezeki lebih Insya Allah nak tukar mesin basuh. Aku dah goda² dan pujuk rayu bie mintak dia beli washer dryer je terus. Senang nanti basuh kain tu tak payah nak sidai² dah. Keluar dari mesin tu dah kering terus lipat je. Nasib baik mesin lipat kain belum ada orang cipta lagi, kalau ada, memang harus la mintak yang tu sekali. Hahaha.

Andai kata dah dapat tukar mesin basuh nanti, maka tak payahla sidai kain baju dalam bilik tu lagi. Boleh simpan ampai² yang dok dalam bilik tu. Space yang ada tu boleh letak katil baby. Katil yang ada dalam tu pun mungkin nak tukar ke katil single je nanti. Katil skang ni besar sangat, buat menambah space aku nak menyemakkan tempat je. Sebab katil tu besar dan kosong, harusla jadi tempat melonggok kain baju belum lipat. Maka unsur² yang menambah kemalasan ni, harus dihapuskan sesegera mungkin.

Kalau bilik tu dah lapang sikit, baru la selesa nak jadikan nursing room. Sebab nanti mesti nak ada sebijik almari kecik untuk letak baju², stok² pampers segala. Tu belum kira nak simpan stroller, carrier apa semua dalam bilik tu. Rumah kecik kan, nak longgok semua tu kat ruang tamu kang, takde ruang pulak orang nak bergerak. Semak otak aku nanti. Jadik, kalau boleh nanti semua barang tu aku nak sumbat dalam bilik je. Kot sepah2 camne pun, benda tu dalam bilik. Tak pening sangat memandang.

Cerita ketiga

Ini cerita pasal rumah pulak. Semalam baru lepas confirm deal nak pasang tinted cermin. Dah dekat setahun pindah baru la dapat nak buat. Nak buat camne kan, semua tu memerlukan bajet. Jadik, kena tunggu ada bajet baru boleh buat. Alhamdulillah, encik bie manage to get the bajet untuk 'aksesori' tambahan untuk rumah tu.

Untuk second phase ni, antaranya nak pasang tinted, pasang sliding window kat bahagian yard (sekarang just ada grill je) dan tambah wall cabinet kat dapur untuk simpan² barang yang banyak sepah² kat dapur tu. Ikutkan hati aku, macam banyak je lagi nak tambah, tapi ukur bajet di poket sendiri la kan. Baper yang ada tu, setakat tu jela dulu.

Wall cabinet tu penting sebenarnya. Sebab aku dah mula membayangkan nanti bila si tecit dah keluar, barang² dia kat dapur konfem kena ada satu space. Tempat nak simpan susu, simpan botol, simpan alat² BF pump, simpan warmer, simpan food processor (kalau dah beli nanti), simpan nestum (bila dia dah start makan nanti). Semua tu kena pikir dari sekarang.

Macam aku cakap tadi la, rumah aku kecik. Kalau benda tu bersepah², nampak sangat la tak tersusunnya. Kang aku jugak yang pening tengok rumah berserabut. Jadi, kena betul² plan tempat untuk pastikan benda² ni semua akan organize kat tempat yang sepatutnya.

Owh, berbalik kepada cerita nak beli washer dryer & katil single tu. Jadinya sekarang aku kena carik buyer untuk katil queen & mesin basuh yang ada tu. Bie punya syarat memang camtu, selagi tak dapat jual, dia takkan proceed untuk beli yang baru. Logik la kan, dah kalau yang baru tu sampai nanti, yang lama still ada dok kat umah tu, mana nak sumbat? Kalau roof top rumah aku tu diorang ada bukak ruang simpanan, boleh jugak aku tumpang sebulan ke dua bulan kan. Tapi nan ado, maka pepandai la carik solution sendiri yakni menjual benda² tu.

Maka dengan itu, saya sudahi entry panjang lebar saya ini dengan satu pengumuman..

Kepada sesiapa yang berminat nak beli mesin basuh jenama Samsung berkapasiti 7kg dengan fungsi fully auto dan katil queen yang disertakan dengan tilam sekali (tilam 100% baru tanpa sebarang tanda yang tidak diingini). Sila la tinggalkan pesanan untuk saya hokeh!

Nota kaki lapan: Ni namanya lepas gian nak menulis. Ikutkan hati, banyak lagi nak letak, tapi dah penat. Maka harusla berenti dulu..

Till my next post.. Bye bye bye..



-END-
Related Posts with Thumbnails